Arif Wafi (terbaru)






Mangsa


Ikan Kerapu Sweet Sour Dinner kat Heritage Hotel, Manila. Takut jugak nk mkn, sbb tgk dia pun mcm nak makan orang...tk kisah lah...yg penting perut aku kenyang...huhuhu.

Utk aksi yg lgi menarik...kunjungi http://alieja.fotopages.com

Perjalan balik kampung tahun lepas... (Part I)

KLIA: Ntah, apa yg dia baca tuh, aku mls nk kisah...sbb penat. Ko gila brng dah lah bwk mcm 2 3 bulan nak balik kg. Aku bagi tahu wife, bwk yg patut ajelah. Skali bawak yg tak patut, nak terkentut aku angkat ke hulu ke hilir kat KLIA ni....

Tetiba, dia dtng..."Ayah, tengok dlm ni..ada NEMOOOO...(Finding Nemo)"... aku senyum. Hilang penat. Oh itu rupanya yg dia belek dari tadi, bukan baca...tgk aje.




Untuk orang "Mau layu" saja...

Org "mau layu", skali suruh skali buat, skali hentak skali bergerak, skali nasihat skali tulah dia rasa tanggungjawab. Adakah anda org 'mau layu' itu?



P/s : Jawapan hanya dipublish bagi komentor yang brbangsa melayu sahaja. Aku bangsa Brunei, so aku tk perlu komen.

Jantan Betina

Sapa tahu, yg mana jantan dan yang mana betina...dan beri 3 alasan.
Klu sapa dpt teka dgn alasan yg memuaskan, akan dipertimbangkan HADIAHnya.

Anugerah Tuhan...

Penah tk korang fikirkan sesuatu pd hari ini, dan esoknya ia menjadi...serupa mcm ada kuasa atau kemampuan yg luar biasalah...best giler klu ada kuasa mcm tuh....

OSC Lost in action


Kata Menteri: 'Sajak Kematian' tidak wajar

Alahai seorang menteri terdidik lagi mampu mendidik ini. Kadang2 aku rasa ada juga menteri yang cetek tanggapannya walaupun punyai pendidikan mengatasi tinggi langit, walhal mungkin 'statement' itu terpengaruh dgn unsur politik jumud yang didokongnya.

Aku setuju...mungkin !!!. klip video "Sajak Kematian" tidak sesuai di sekolah, tapi hakikatnya ia mampu mewujudkan satu kaedah baru pembelajaran dalam memperguna teknologi IT dan ICT. Kreatif apa !!!. Dalam suasana bapak menteri itu mencari2 fomula terbaik utk sistem pembelajaran di Malaysia, nah... skrang dia sendiri menidakkan itu dan ini untuk dilaksanakan. Wahhh... banyak cantik hidung kau !!!. Mungkin dia ni nak idea itu datang sendiri daripada dia, kertas kerja dia, diluluskan oleh kabinet... justeru apa sahaja yg dilakukan oleh pihak lain, dia sama sekali tidak bersetuju.

Aku jadi hairan dengan sebilangan ibu bapa yang membantah. Mungkin aku nak tahu jgk bilangan bantahan itu, 10, 100, 1000, 10,000....alahai. Tidakkah itu perkara baik wahai ibu bapa. Dia seumpama pendekatan merontan anak2 yang berumur 10 tahun dan masih tidak solat 5 waktu lagi. Bukankah itu ada unsur menakut2kan. 10 tahun..muda beb. Korang yang ada pendirian agama 'cetek' jgk, aku rasa tak akan sanggup merotan anak2. Apa manfaatnya? dia akan solatlah bodoh...walaupun niatnya bkn atas dasar kerana Allah, tapi at least dia dipupuk dari seumur muda itu dengan 'rotan'. Yang ni versi video klip.

Hairan, unsur2 filem ke'hantu'an, alam ghaib dan aksi2 hero2 hollywood yg melampau batas ditayang di TV dan wayang, tambahan filem dan drama genre seram telah brleluasa tanpa ada dasar kawalan dari pihak kerajaan. Aku rasa, yang itu lebih menakut-nakutkan dan berpengaruh, tambahan ia terdedah secara langsung terhadap anak-anak yang usianya cukup muda, saya rasa ia tidak akan membawa manfaatpun berbanding klip video 'Sajak Kematian' itu.

Alahai menteri. Come on lah menteri. Tahulah kau tu nak menjaga reputasi dan menarik undi utk bertanding jawatan Naib Presiden parti jumud kau tu...mungkin.

Bukan 'berkira' tapi mengira...

Hari ni dah 393 hari aku bertugas di tempat kerja aku atau lebih spesifik di dalam daerah Manusia Dalam Bahaya dan untuk mendetailkannya akulah pelopor pejabat Orang Suka Cuti yang pertama di Pihak Bawa Tahi ini. Ini bermakna dah 393 hari aku berulang pergi dan balik kerja, keseorangan. Walaupun ada cubaan untuk menyewa di daerah Manusia Dalam Bahaya, tapi aku lebih selesa duduk di rumah sendiri yang baru dibeli dengan duit rakyat dipanggil loan kerajaan di salah sebuah bandar dalam hutan. Ini bermakna 786 jam aku berada dalam kereta spanjang 393 hari itu dan jumlah perjalanan sejauh 48,732 km. (perjalanan pergi ; 1 jam dan dah tentulah balik 1 jam; melainkan ada assignment suka rela yang aku hendak buat sendiri. Cth, menghantar orang itu dan orang ini, atau barang itu dan barang ini). Dan selama itulah aku merisikokan diri sepanjang perjalanan terdedah kepada kemalangan, ancaman keselamatan (dirompak, disamun atau..dirogol …mungkin…), serta kepenatan dan keletihan yang menjurus kepada penyakit-penyakit berjangkit yang aku bawa dari daerah Manusia Dalam Bahaya itu. Itu tidak kira pembunuhan selama ini yang aku buat. Aku hanya mampu mengeluh, huh…sorilah nyamuk, kumbang, burung, ayam, kucing atau anjing, siput babi atau sesiapa sajalah yang ada atas jalan. Banyak nyawa terkorban, habuan kena lenyik tayar kenderaan aku atau melekat di cermin dan bumper depan.

Hari ini aku cuba hendak meluahkan sesuatu tentang harga tanggungjawab sebagai kakitangan awam, walaupun aku jarang menggunakan kaki apabila bekerja di tempat duduk empuk dan meja kayu kepunyaan syarikat HMK. Bukanlah niat untuk ‘berkira’ malah jauh untuk menunjuk-nunjuk atau mengadu domba, tetapi sekadar mengira apa yang berlaku sepanjang 393 hari aku bertugas di kawasan Manusia Dalam Bahaya ini.

Kita mulakan dengan pertanyaan Harga dan Nilai Tanggungjawab dan Amanah. Ada sesiapa yang sanggup beri nilai tanggungjawab ? ada sesiapa yang berani meletakharga sebuah amanah? Aku nak korang letak harga setelah cerita ini selesai nanti. Begitu jgk ngan aku.

Ok, sekarang mari kita tgk kira-kira ini.

16 Mei 2007, aku ditempatkan daerah Manusia Dalam Bahaya sebagai peneraju sebuah unit khas hasil titik peluh satu kumpulan kakitangan awam yang berkalibar dan beramanah serta ada tanggungjawab, iaitu mengwujudkan unit di panggil Orang Suka Cuti atau singkatannya OSC. Ntah macam mana wujudnya unit ini, kerap sangat stafnya mengambil cuti. Cuti rehat, cuti sakit, cuti kecemasan, cuti setengah hari, dan lain cuti cuti yang berkaitan. Salah satu sebab adalah, ada peluang. Dengan kata lain ‘ tak ada kerja’. Tak kisahlah, yang penting semua kerja telah settle.

Maklumat Kenderaan dan perjalanan



So, harga dan nilai Tanggungjawab dan Amanah tadi. Di sini aku boleh saja meletakkan harga tanggungjawab dan amanah adalah sejumlah RM 18,960.84. Iaitu harga perjalananku pergi dan balik sepanjang 393 hari di daerah Manusia Dalam Bahaya. Tidak kah aku patut menuntut jumlah itu kepada kerajaan. Atau kerajaan patut melihatnya dan menukarkan kepada ganjaran setimpal seperti ganjaran RM 10 juta kepada 6 orang hakim yang dipecat semasa krisis kehakiman 1988.

Tapi, itulah pilihan aku. Pilihan yang ada pengorbanan, keutamaan keluarga, mencari keselesaan, dan menuntut kebendaan. Biarlah aku pikul peranan ini sebagai tanggungjawab serta amanah yang diberikan oleh bapak kerajaan utama serta kuncu-kuncu dihujung ‘bontot’nya.

Dengar Suara Hati


Tak kisahlah hati tu warna apa. Kalau ikutkan bukan merah atau jingga atau kuning tahi anjing atau hitam. Tapi untuk bertindak kita kena dengar suara hati. Tidaklah hati tu membuka mulut untuk bercerita sipolan-sipolan ada skandal dengan sipolan-sipolan. Iissshh, aku cukup meluat dgn kesundalan cakap-cakap orang di pejabat. Termasuklah talam 18 muka seorang kakitangan tua pembantu SU. Argghhhh, biarkan dia menambah-nambahkan dosanya, masih tak sedar diri lagi. Inilah spesis hati hitam, atau hitam hati atau hati mati.

Kesedaran mendengar suara hati membantu kita mengenali siapa kita, keadaan sedia ada kita, tanpa ilusi, tanpa alasan dan membantu kita ke arah lebih realistik. Suara hati kadang-kadang tidak membenarkan kita puas hati dengan hasil tidak seberapa. Tapi orang yang tidak mendengar suara hati..."Wah..hebatnya aku melayan tetamu di jamuan Hari Raya ini" kata si kakitangan tua itu. Sambil duduk di meja VIP dengan kerusi seakan-akan nak tumbang, senget, berat kot.

Ah, sudah, aku pun sama. Mengumpat orang.... so, kena dengar suara hati semula. Ia membantu kita mengenali dan menghargai keperluan kita. Perlu tak kita mengumpat, baik ker? dpt pahala ke? mengumpat boleh baikan penyakit ker? terutama, penyakit hati hitam, legam...purgh. Ramai kecewa sebab jangkaan hidup tidak dipenuhi, termasuklah kata orang tu klu tak mengumpat atau mengata, hidup aku tak tenteram, katanya. Adakah patut. Maksud jangkaan hidup ni, yang positif...positif saja. Tak kan negatif kot. Apa yg ada dalam perancangan masa hadapan kita...nak kurus ker, nak kaya ker, nak kahwin ker...Nak berubah jadi baik ker...berubahlah kesimpulannya. So, perubahan itulah perlu mendengar suara hati....jangan ikut suka sendiri.

Oleh itu, dengarlah suara hati...Tahap kesedaran kita masa itu, daripada semua keputusan baik2 yang kita senaraikan, kita akan pilih yang terbaik bukan terbalik. Untuk sebab yang yang terbaik, dan kita rancang untuk membuatnya secara yang terbaik bukan terbalik.

Tapi ingat, situasi boleh berubah. Dan pada masa itu denganlah balik suara hati muasabah diri dan kendiri. Kita mungkin berubah, tapi kita perlu bersifat terbuka kepada perubahan itu.

Tepuk dada, jangan tanya selera, tapi tanyalah hati dan salurkan hanya yang baik2 ke otak. Biar otak tolong analisis. Akhirnya akan keluar "PERKARA YANG BETUL, UNTUK SEBAB YANG BETUL, DALAM CARA YANG BETUL" itulah kuasa suara hati.
P/s : Aku sendiri susah nak buat. Mungkin kena letak pembesar suara kat hati kot. Untuk pengetahuan, hati tidak pernah menipu.

Cerita Bapak Setan

Ada seorang hamba Allah yg tua dan buta serta duduk jauh dari masjid. Dia mintak izin solat kat rumah, tapi nabi ketika itu tidak memberi izin, lepas tu dia pergi jugaklah dalam keadaan bersusah payah hingga dia terjatuh dalam parit, habis jubah putihnya kotor dan berbau, dia balik tukar dan peristiwa ni berlaku sampai 3 kali.

Kali yang ketiga aku tolong dia dari jatuh dan bawak dia ke masjid. Orang tua buta itu berasa suka dan akhirnya sampai ke masjid. Lalu dia mengucapkan terima kasih (lebih kurang mcm nilah);

Orang Tua Buta : Terima kasih kerana tolong pakcik, anak ni siapa nama?

Bapak Setan : Aku ni syaitan (dengan bangga dan riak menjawab).

Orang Tua Buta : Kenapa anak tolong pakcik. (masih dalam kehairanan sbb namanya setan)

Bapak Setan : Tadi bila kau jatuh kali pertama habis dosa kau gugur, kali kedua kau jatuh habis dosa keluarga engkau Allah ampun, dan aku takut kalau2 kali ke-3 kau jatuh seluruh penduduk Madinah ni Allah ampunkan dosanya. Jadi sia2 lah usaha aku selama ni, tu yang aku tolong kau tu.

Orang Tua Buta : Oh...sbb tulah nama ko setan (Syaitan).

Daya Ingatan...

video

video

video

video

Ahli Fikir...

Ini Wafi

Ini plak Mardiah


Aku kah adik, kakak kah aku...Ayah?


Isi hati OSC

Salam,

Hi, kengkawan. Lama agaknya aku tak menulis, mengattach atau menyembang ngan korang. Maaf aku pohon bagi pihak keluarga K.A.M.I.

Ntahlah, smenjak ekonomi merundum, politik kacau bilau, jiwa kacau tak tentu hala. Tempat kerja pun tidak menjanjikan apa2, melainkan pandangan serong dan songsang yang tidak bernoktah agaknya. OSC ntah dimana? masih mengikut amalan lama...seolah2 tiada yg baik dari yg baru berbanding yang lama. Atau masih ada angkuh, sombong lagi ego tatkala kami dihantar hendak memperbaiki apa yang kurang kepada yang lebih baik. Biarkanlah....aku ada kah, tak ada kah...sama aje, klu dah kata tok menteri tak pakai, nasihat bapak KSN tak endah, usaha bapak KSU dipandang sebelah mata.... jadi...semua tak kena...tak menjadi....

Apa2 pun, terima kasih pada yang menyokong, membela, sabar dan membantu. Pertolongan kamu aku akan kenang sampai bila2.

Jumpa lagi. Bye.

Selamat Hari Raya


Mengapa WANITA sangat Istimewa....

Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. "..i letih la..dah lewat ni, i nak tido lah....."Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas...leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..rendam lepas makan tadi..basuh jap...susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masak
tadi...check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam anak nak susu...memang dah kering pun flusk ni, jerang la air...sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong....salin la gula...check bubur untuk anak nak hantar ke taska esok...nasib baik ade lagi...ishh. ..ni lauk bila ni, semalam...dah beku dah....basuh la kejap....pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh...penat dah ni, besok je la basuh....sidai kaian lap je lah...tik...bunyi air dah masak...salin air dalam flusk...ok settle...

baru teringat tak semayang lagi...on da way nak g bilik, papa tgk tv lagi...nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska...check. ..baju 2 pasang, towel...towel kecik utk selsama...calamine lotion untuk sapu ruam...pampers 4 keping....alamak. .telupa pulak masukkan botol...basuh botol jap...ok settle... ternampak pulak beg g keje...emm.. besok nak pakai beg polo coklat lah, asik2 pakai beg hitam ni je...salin jap barang2 g beg coklat...cek sume 6
poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh pulak..selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti...hishhh sempit la beg ni...hangin je....nak kena beli ni beg baru...rasenya 25 hb ni Sogo sale nih...mana flyers tadi ek...ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok settle...

Tetiba dengar suara papa..."..u buat apa lagi tu..tadi kata nak tido.."...." ..yelah nak tido la ni..nak smayang jap..."

masuk toilet..buat apa2 yang patut...cuci muka dulu..2 jenis lak tu...adoi..gosok gigi...smayang. ..pakai toner...pakai treatment cream...nak lawa and maintain punya pasal lah ni... nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak...huhuhuhu. .. bukak almari...emmm. ..pakai baju hijau ni lah besok...gosok kejap..check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni...kat bilik belakang... la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah..ishhh ...g dapur, basuh, sambung gosok baju...gantung elok2...kemaskan baju gantung2...masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor...ok settle...

dgr suara papa lagi..."..i dah ngantuk ni.."..dalam pada nak masuk ke bilik...owh. ..pokok aku dah nak mati ni ha..lupa dah 3 hari tak siram...ok, siram jap...check jap pintu ni...sah tak kunci lagi...grill pun tak tutup..ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku...bukak lampu luar..

ni mainan ni sepah2...masukkan la dalam bakul mainan budak ni...banyak nya...sampai bawah meja makan pun ade...adoi.. ..ok dah ...

ok dah boleh baring...adoi sakitnya pinggang...cium si comel ni kejap...selimutkan die...la..napa basah ni...emm, tukar la pempers ni...tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la...nanti g Sogo 25 hb ni beli la skali...ok sayang tido k....kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh..tido sampai pagi k...gud nite..sweet dreams...

aaahh...sedapnya dapat baring...mana pulak lotion sapu kurus aku nih...ha, ni dia...sambil sapu lotion kurus,,,setkan alarm...setkan program kerja besok...pg kul 9.30 ade meeting.. ahh...boring. ..panas pulak lotion nih..dah la...emm..sedapnya lelapkan mata...Ya Allah...terima kasih untuk rezekiMU hari ini,...mohon keberkatan dari mu tuhan...papa pun bangun tutup tv..."...i dah ngantuk sangat ni...nak tido lah...citer pun tak best malam ni, bola pun
takde..."... selang seminit ...dengar suara papa berkeruh...dah agak dah....

So?....apa yang peliknya..??

Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?...SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENA BUAT....tu yang tak boleh nak mati cepat tu...

Tak kira la wanita berkerjaya atau surirumah... setiap wanita adalah
istemewa dengan cara mereka sendiri...

Kalau lelaki mengakui kebenaran ini....hormat dah hargailah mereka...untuk
keperibadian dan kebolehan mereka untuk berdikari...

HIDUP UNTUK KAUM HAWA!!!

Semua Orang Suka Kita Ker?

Selamat bertemu kembali. Aku rasa hari ini sedikit bahagia setelah semalam rasa nak pitam, setelah hari sebelumnya sasau sedikit bila Wafi admit di KMC (Kedah Medical Centre). Mungkin tak sihat (anggapan ketika itu sebab dia asyik muntah bila menyusu). So, nak tahu apa sebenarnya yang berlaku ka atas Dek Wafi, Ibu nak rujuk KMC(pakar). Aku ikut saja. Nah, sekarang Dek Wafi kena tahan 2-3 hari. Tak apalah, yang penting ibunya rasa puas dan meredakan kerisauan kami berdua.

Tinggalkan cerita itu buat sementara waktu. Nanti aku sambung. Inn Sha Allah. Nah, luahkan sedikit masa anda. Nak luahkan sedikit pasal perihal suka, tak suka, atau benciker tak?.

Macam mana kita nak tahu orangitu suka kita? Susahkan?

Bukan sebab orang senyum kat kita, orang tu suka kat kita. Tak semestinya. Kadang-kadang dia senyum, tak ikhlas. Kadang-kadang dia senyum menyindir, dalam benci dan menyampah pun orang itu pun boleh senyum kat kita.

Riak senyum pelbagai makna. Dalam dunia ni kan macam-macam ragam manusia ada? macam-macamlah makna senyuman itu bergantung kepada niat hati. Jadi, macam mana nak tahu orang suka kat kita?.

Pasal tulah kita boleh anggap semua orang suka pada kita dan kita jugak tak boleh anggap semua orang benci kat kita. Memang susah.

Dulu aku ada kawan, memang best giler lah dia ni. Apa2 aje dia tolong. Tapi kebanyakannya aku tolong dia...hahahaha. Rasanya pinjam duit dah tentu. Dia suka kawan ngan aku, akupun hanya sedikit suka kawan ngan dia. Sbb pinjam duit tak bayaq. ... eh eh eh. Tetiba ntah mcm mana di kata kat orang lain, aku pinjam duit dia tak bayaq... so, dia tunjuk kat aku betapa dia suka berkawan ngan aku, tapi pada masa yg sama...dot dot dot, "tembak belakang" beb.

Susah nak tahu kan?. Jadi, apa yang kita boleh buat?...heheheh, buat tak reti aje. Yang kita tahu dan reti kita buat ialah buat baik dan berbaik dengan semua orang. Orang nak benci ker, nak menyampah ker, nak sakit hati ker, itu dia orang punya pasal. Ada aku kisah. Yang aku tahu, aku tak buat gitu pun pada sesiapa. Kalau ada, tolong bagi tahu ok!!.

Merdeka Jiwa



Hampir Ke Situ - Versi Ainul Mardiah

video

video

Arif Wafi masih di NICU HSB

Arif Wafi masih di NICU, mulanya kena 'Kuning', 210 (ntah apa sukatannya) tahap kuning. Yang pasti dia bukan 'budaya kuning' yang menular pada remaja2 kita kala ini. InsyaAllah, Arif Wafi bukan begitu.

Dah masuk 7 hari dia masih di HSB, di wad NICU. Ntah sampai bila. Jaja dah menangis teringat2kan dia. Apa taknya, masa melawat tu hari, dia tgk bila baby yg lain nangis, depa (nurse) buat bodoh aje. Jaja titiskan air mata. Ibu mana yg nak tgk anak (baby) diperlaku begitu. Malangnya HSB yang aku rasa jagaannya masih tak rapi walaupun duduk kat wad jagaa rapi. Setidak2nya depa tu kena jaga, tgk, usap, atau belai. Baby akan rasa tenang begitu. Setidak2nya dia tak akan rasa takut lepas tu. Ntahlah.

Ibu, Mardiah ... Wafi...sabar noh.... InsyaAllah, ayah doakan semuanya selamat. Amin.

Arif Wafi ....



kemaskini Masa yang dinanti tiba. Malam 9 Ogos 2008, Jaja dah terasa sakit nak bersalin. Tapi masih mampu bertahan. Walaupun kesakitannya tak mampu ku layan dan ku tahan, sbb memang dia saja yang rasa betapa sakitnya ia.

10 Ogos 2008 ( ahad), 12.30 am, ku rasa dah tiba masa utk admit jaja ke hospital. Mak mertua ku panggil, Achi (Kak Jaja) bingkas bangun, mungkin dia rasa ada perkara yang boleh dibantu.

Malam itu dalam keadaan bertahi mata yg tak sempat dibasuh, kereta meluncur terus ke Hospital Sultanah Bahiyah yang dulu sbnrnya dekat aje ngan umah kat mergong, kini jauh dalam beberapa batu. 1.22 pagi, Liza kawan sepejabat Jaja dulu seolah2 menunggu kehadiran kami untuk menghulur sedikit bantuan. Ntah mcm mana dia tetiba aje ada di sana. Oh, ayahnya masuk hospital. Pengsan. Muntah2. Info dari mulutnya. Liza tanpa berfikir panjang menolak kerusi roda terus ke kaunter daftra wad. Aku pun tak tahu kat mana kaunter tu (masa tu). Nasib baik liza ada. Aku naik aje dekat Dewan bersalin Jaja dah masuk LR, bersedia bersalin.

Lebih 9 jam, barulah doc panggil, aku dimaklumkan pmbedahan perlu kerana trdapat tanda baby lemas. Aku setujukan saja, ku doakan semuanya selamat. Dulu Mardiah pun kes sama. Tak apa yg penting kedua2nya selamat. Ibu dan anak. Jaja dipindah ke dewan bedah (bersalin). Akhirnya kira-kira jam 1.30, jaja keluar dalam keadaan masih baring. Dia kata dah "Baby sama mcm ayah", maknanya baby boy. Syukur alhamdulillah, kedua2 selamat.

Jaja dibawa ke Wad Kenanga 2A, baby pula perlu diletak di Wad NICU utk jagaan rapi.

Itulah detik2 kelahiran Arif Wafi, selama 9 jam aku ngan mak mertua menunggu diluar dewan bersalin, sedangkan Jaja meronta menahan kesakitan hndak bersalin.

.....hati seorang adik...

Bila teringat waktu kecik2 dulu..kita selalu impikan sesuatu yang indah...hari yang indah..waktu yang bahagia...teringat waktu dlu buat aku terkenang saat2 aku dan abg2...aku merasakan aku adalah insan yang paling bertuah miliki abg yang selalu bergurau dan bermain2 dgn aku...tp itu waktu aku masih bergelar seoarang budak...tapi.....knp??...aku jd adik yang pendiam bila abg2 pergi nun jauh belajar disana...hati ku selalu menangis kerana rindukan gurauan abg2ku....tp bkan jg maksudku tuk berpaling tatkala mereka ada didepanku....sewaktu mrk takda aku tercari2 kerana aku tdak mampu berdepan dgn mama dan bp bila mrk marah atau melenting...aku mrh tapi apa harus aku buat...terkadang tu aku melawan kata mama sebab aku tak pandai nak berkata apa2....maafkan aku mama....tp...aku nak abg aku semula...aku sebenarnya ingin meluah apa sahaja yang terbuku dihati...tapi....mama kata jgn ganggu hidup dorang...dorang ada masalah yang lebih besar lg....jd hati aku pun tertahan...aku kdg merasakan aku makin jauh dgn mereka....kdg aku jeles lihat kwn2 yang masih rapat dgn abg...menjaga...dan mlindungi....jauh disudut hati aku ingin saja aku lari dari perasaan rindu dgn abg2ku...dan aku takut nak mgadu dgn abg sendiri...aku cuba tuk memahami keadaan mrk seperti yang mama katakn.....

MEMO JKT…

(melalu YM)

ARAS-X : dapat tak memo jkt melalui emel?
ATAR : email? regardg?
ARAS-X: aku send kat ko sekarang
You have received 1 file from ARAS-X… “memo jkt.pdf”.
You have received 1 file from ARAS-X….”Skop_Tugas_Lampiran_1.doc”.
You have received 1 file from ARAS-X…. “Skop_Tugas.doc”.
ARAS-X: dia nak esok petang.
ARAS-X: tapi aku malas nak layan.
Riaksi selepas membaca memo ngan lampiran yg diterima)
ATAR: BAPAK DIA.....!!!
ATAR: WOI INIPUN KITA KENA BUATKAH...?
ARAS-X: dia orang mane bleh pikir!!!
ARAS-X: bende remeh temeh ni pun tak leh nak pikir!!!!
ATAR: INI PATUTNYA ATASAN AJE YG KENA WUJUD, BIAQ STANDARD, BENDA2 ATAU KERJA2 TMBAHAN DKT PBT MASING2 YG BELAIN BIAQ PILAH, DEPA BG KERJA LAIN TU ATAS DASAR PRTOLONGAN AJE...LAINLAH KLU DAH DITETAPKAN DARI AWAL.
ATAR: SABAR2....
ATAR: cool...coooool...
ATAR: fuhhhhhhhhhh.....
ARAS-X: Play Nudge: (Smash)
ARAS-X: Play: (Tennis)
ATAR: logiknya kenapa? sbb klu benda dah standard, semua org ikut, senang nak pantau....esok kawan ni blain, kawan tuh belain..kn payah... daerah tu skop nya gini, tapi mai daerah yg satu lgi skop nya gitu plak...iskk..isk... setahun, 2 tahun blum tentu ada skop yg tepat utk unit2 osc, betullah ada dasar 'top down buttom up', dalam kes ni pihak yg memikir patutnya yg bergaji lebih dan dah tentu yang duduk memikirkan pasal2 benda ni....aku tak fahamker, atau aku mmg tak faham....
ARAS-X: malas lah nak buat
ATAR: patutlah kata prof. sorang tuh, malaysia ni kaya dngn org yg memikirkan pasal visi dan misi selama brtahun2, tp hasilnya ...tak nmpk sngat.... objektifnya segerombolan...tp satu apa tak trcapai, skopnya brguni2, tp yg dilihat sering berubah2...mengikut peredaran masa... yg memikir biaq memikir, yg bekerja biarlah diorang bkerja (walaupun aku tak bnyk kerja)...
ATAR: apapun didunia ni, visi, misi dan matlamat serta objektif paling tepat adalah AL-QURAN...bk kata Ustazah Baiyah...(dia ada kat baling sekrang ni..)...

SMS...

Motorola : "Nak ibu balik esok".

Nokia : "Tk pyhla, nnt khamis abg pi sana kot".

Motorola : "Ke ibu balik sana? Kain dah lipat ?, Dah Basuh ?, makanan dlm pti asi dah berbasuh?".

Nokia : "Aiya, tul jgk tuh, alasan yang kukuh utk balik, ok jgk tuh".

Motorola : "Tp itu kerja hjg minggu... Klu ibu maintain lg la..".

Nokia : "Ok".

Motorola : "Miss U".

Nokia : "Miss u 2".

Dengan kata lain...

Isteri : "Nak ibu balik esok". (Aja rasa nak baliklah esok !.)

Suami : "Tk pyhla, nnt khamis abg pi sana kot". ("Fuhhh, best nya". hati kecil berkata. Kalau nak balik, balik lah, rindu ni. Tp, hari khamis ni abg nak pi sana, ada urusan. Tk pyhla balik")

Isteri : "Ke ibu balik sana? Kain dah lipat ?, Dah Basuh ?, makanan dlm pti asi dah berbasuh?". (memang talip boleh buat... tp boleh tak dia readykan rumah tu sepertimana aku tinggalkan rumah tu pada setiap pagi ahad.... ).

Suami : "Aiya, tul jgk tuh, alasan yang kukuh utk balik, ok jgk tuh". (oklah, aja balikla sini).

Isteri : "Tp itu kerja hjg minggu... Klu ibu maintain lg la..". (Klu aja balik, aja buat kerja tuh. Klu tak aja buat hujung minggu, sbb kerja2 tuh semua kan aja buat hujung minggu, so aja akan buat hujung minggu ni klu tak bersalin lagi).

Suami : "Ok". (Yerlah tuh).

Isteri : "Miss U". (Rindu abg).

Suami : "Miss u 2". (Rindu aja juga).

* Keterangan : si isteri betul2 nak balik sbb rindu, si suami pula betul nak kan si isteri balik, juga sbb rindu. Semua ayat2 dalam SMS tu, sama ada pendek atau panjang, bunga hiasan saja. Namun si isteri dan suami meluahkanya dengan ikhlas dan jujur secara psikologi. Dunia K.A.M.I, suka hati kamilah.

New baby, REDline 100 day's


Penggunaan 'Kalau"...

Contoh 1: Negatif

Bapak Garang

Dulu bapak aku garang, dia selalu marah kitaorang, Dia kata, "kalau tak garang,korang selalu pecahkan barang". Bila bapak berang, habis kitaorang lintang pukang. Kalau aku jadi bapak orang, aku tak mahu jadi garang, nak baik macam Kukang. Tapi... aku tetap garang...ishkk..ishkk apa punya orang.

Contoh 2: Negatif dan Positif

Orang Senang

Aku tengok orang kaya pun berhutang, keliling pinggang, beli barang semua pakai kartu (kad) hutang, tapi dia panggil 'credit card' bank itu dan ini dia pegang. Kalau boleh tak mahu bawak banyak wang, sebab banyak penyangak (pencuri) wang sekarang, dilorong gelap atau terang, semuanya tak tenang. Orang kaya pun tak senang. Takut dengan bayang-bayang yang selalu main wayang. Kalau aku jadi kaya, aku tak mahu hutang...tapi sekarang..aku masih berhutang....ishkkk...ishkkk bilalah hidup nak senang.

Contoh 3: Negatif

Sembahyang

Versi cina mu'alaf: Wa tengok ah, semua agama ada semaiyang. Cina tokong sana dia semaiyang, India pun kuil sana dia semaiyang, melayu(islam) masjid pun ada semaiyang juga...haha. Lu fikil apa beza ah diaolang semaiyang?...kawan melayu wa kata ah, "Cina sama India banyak tuhan diaorang mahu semaiyang(sembah)". "Me'layuuuu' ah, satu tuhan saja maa, sudah layu mau pi semaiyang kah"?... Kalau aku, alamak..akupun penah kantoi sembahyang...sebab bercinta sakan dengan orang...Tapi sekarang...

Moral : 'kalau' akan tiada kesudahan dan tidak berpenghujung. Penggunaan 'kalau' menggambarkan angan-angan (menimbulkan persoalan, ntah boleh jadi ke tak?), atau perkara yang dah dpt keputusan/penyelesaian cuma kurang baik, atau nak menunjuk-nunjuk yang dia tu boleh buat lagi baik, atau cuba membezakan diri dengan orang tertentu, atau saja mengada-ada nak perangat dan menyakiti hati orang. Faham-faham ajelah.

Adakah patut...

"Pear..Pic, Pear..Pic, Pear..Pic, Pear..Pic, ..ini Pear mardiahhh !!! ini Pic !!!". “Napelah ibu ni pakse2 mardiah”, jawab si ayah dalam hati yang sebak. “Mardiahkan kecik lagi”. Ayah cuba dengan nada memujuk, “Ini Pear, yang ini Pic. Buah Pear ni yang kaler hijau, Pic ni yang mcm kaler oren ni.

Mardiah masih was2. “dia sptutnya boleh ingat”, kata Ibu dalam hati dengan nada yang tak puas hati. "Mardiah tunjuk mana Buah Pear…?". Ibu bertegas lagi… Ayah bangun sambil melipat2 kain pelekatnya yang hamper trlondeh. "Mardiah !!!, tunjuk kat ayah mana buah Pic?". Mardiah diam. Mata sedikit berair. Dia tertekan bila melihat riak wajahnya. Kesian tengok. Ibu masih tak puas hati, dia kata lagi “ Mardiah duduk sana, jgn pi mana, tgk buku tuh (buah Pear dan Pic) Jangan suruh ibu buat susu". Lagi dia tertekan.

Ayah sbnrnya kurang setuju dengan cara ibu. Mardiah masih…. masih keliru. “Oh, movie boleh ingat word by word”. Nanti ibu buang semua CD tuh, klu tak ingat jugak. Tunjuk ibu mana Pic?”. Ibu tambah lagi. Ayah bangun lagi, kali ni nmpak mcm cengih..(buat2 muka garang). Lalu tetiba aje tangan mengetuk TV dengan untuk melepas geram (geram kat ibu sbnrnya). Durpppppppp.... , lalu keluarlah tangisan yang dari tadi ditahan-tahan.

Sori mardiah. Ayah tak patut buat gitu kat mardiah. Tapi yang tak sanggup lihat mardiah tahan nangis. Kalau nak nangis, mardiah nangis terus. Hilang tension. Kesian mardiah, kecik2 dah dapat tekanan. Adakah patut…

Ibu : kita kena cari approach lain, sbb dia (mardiah) bukan tak boleh ingat, tapi dia hilang fokus sbb tension tngk ibu garang sangat. Tapi, garang2 pun dia masih cari ibu banding ayah dia.

Ibu tinggal Ayah pula...



"Malam masih muda". Itulah kata2 spirit bagi mengekang mata sebab esoknya ada exam. Fuh, dulu masa kat "studio", Aku selalu kata mcm tu. Yerlah kalau study kat bilik, sahih katil & bantal jawabnya. Lantaran masa itu persaingan dengan kengkawan yang nak dpt keputusan exam cun punya.

Itu masa study dulu lah, rindu plak rasanya nak study balik. Sekarang, kat umah... apalah aku nak buat nih... Ibu seminggu outstation. Kat KL, jauh. Jaja tinggal Aku plak kali ini. Selalunya, masa kerja kat tempat lama lu, aku yang tinggalkan dia. Sian jugak kadang2 tu. Nak buat mcm mana, tanggungjawab kerja. Sekarang ni, dalam sarat tu, dia nak pi jugak tinggalkan aku. Tapi semuanya bersedia, baju baby satu beg, surat hospital, kot2 lah kena brsalin kat KL. Harap2 tak. Jaja sebenarnya dalam lembut & manja tu, dia "besi & batu" sbnrnya...hahahaha...sori ja.

Kali ni Ibu tinggal ayah plak, malam ni tak tahu nak masak ker tak, sbb lepas magrib tadi, ntah macam mana, lena... bangun aje dah nak habih warta perdana di tv1. Tu yang malas nak masak (sbnrnya. diet sbb perut dah naik beb). Makan maggilah jawabnya. Eh, memang jenama MAGGI, kari..pedasss..tambah teluq ngan bawang goreng. Sedapppp... yang penting kenyang...pastu tu leh tidur lena.

Esok rutin, 6 pagi, bangun, mandi, solat, pi kerja. Lusa, 6 pagi, bangun, mandi, solat, pi kerja...dari rumah nak pi tempat kerja 1 jam wooo... itulah setiap hari hingga khamis ni, minggu depan, bulan depan, tahun depan (harap2 tak sampai tahun depan).... PENAT.

Ok, mata pun dah naik stim baik punya, jumpa lagi nanti. Ibu, mardiah...baby dalam perut. Good Nite, miis u all. I LOVE U all. Bye...

Bicara Hemie untuk ...TEMAN


Teman…..Aku benar-benar tidak ingin lagi lalui peristiwa lalu. Rasanya tidak lagi aku mahu detik itu berulang,walaupun ada rasa kegembiraan. Aku hargai kehadirannya sebagai seseorang yang istimewa. Tapi, aku tetap seorang perempuan biasa yang punyai keegoan apabila diperlakukan seperti ini. Tuhan sahaja yang tahu apa yang aku lalui. Adakalanya aku ingin terus berlari, biar tiada siapa yang dapat menjejaki langkahku. Ingin aku bersendirian di sebuah pulau yang damai…… sendirian aku mencipta sebuah kehidupan.

Aku benci mendengar tiap bait bicaranya yang masih lagi jelas kedengaran, penuh harapan yang akhirnya menghancurkan perasaanku. Teman, sejak dulu…aku nekad melupakannya, namun…terasa terlalu sukar. Aku cuba meneruskan kehidupan seperti biasa bersama teman-teman seperjuangan. Dengan sokongan seorang sahabat, aku dapat melupakannya. Hari ini….dia hadir lagi, sekali lagi aku harap kehadirannya hanya sebagai seorang teman yang biasa, namun ia begitu menyakitkan….

Tapi kini…..keegoanku benar-benar tercabar, siapa dia sehingga hanya kerana dia aku mengalirkan air mata. Cukup setakat ini…aku benar-benar tidak mahu mempercayai kaum adam ini. Sepatutnya tidak aku sanggup katakan seperti ini, tapi jauh di sudut hati aku seolah-olah membencinya sekaligus menguggat persepsiku terhadap kaum adam sepertinya.

Biar hari ini dia atau sesiapa saja katakan, aku seorang yang ego atau keras hati…aku akan buktikan suatu hari nanti, aku juga mampu berjaya tanpa kehadirannya. Biar harapan ini pernah punah, aku tetap akan bangun dengan sendiri…mengatur langkah berbekalkan semangat dan keredhaanNya……..Apa maknanya kehadiran seorang lelaki jika hanya datang ibarat persis ombak yang akan surut, sejauhmana kasih yang dibawa bersamanya jika ia bukan satu tautan kukuh untuk seorang perempuan yang tulus cintanya. Adakah layak kaum adam ini mencipta azimat dari bait-bait bicara indah, lantaran ia tidak membawa secebis pengertian, bicara kosong yang menjadi racun yag sukar dicari penawarnya……

Surat Dukacita dikala berduka... (harga minyak naik)




Salam semua, lama tak ketemu kalian, bukan segaja atau disegajakan, tapi rasa macam tak ada masa... ehh bukan jugak, masa rasanya ada saja, tapi yang tepat, tak ada mood. Tambahan minggu lepas mendapat berita duka cita, permohonan pindah tempat kerja tidak berjaya. Fuh, ayah masih kekal bekerja di sini (Baling) Mardiah !!!. Dan sblm2 ni, mood dah memang LOST, tak tahu nak buat mcm mana. Tak apalah, terima saja. Orang kata, selagi takdir tuhan letak ayah mcm ni, maka itulah ada sebabnya DIA berbuat demikia. Syukur apa yang ada.




Kakak (Mardiah) pun kena pandai bersyukur, terima saja apa yg ayah & ibu bagi. Ingat tuh. Dulu ayah pun tak dapat layanan mcm Kakak sekarang. Mungkin ibu pernah. Merasa jugak dia. Tapi lepas ni Kakak kena faham, Ayah & Ibu akan mula berjimat, tak ada dah tengok wayang, tak ada dah pi tesco saja nak main games, tak ada dah jalan2 yg tak bermatlamat dan bertujuan. Skali-skala oklah. Mungkin lepas ni kita pi dengan adik pulak. Adik pun dah berusia 34 bulan (dlm kandungan), sedikit masa lagi kita semua akan jumpa adik, InsyaAllah.

Montaj Bicara Hari Ibu di MHI

"tetiba aje aku tgk muka kak jaja ngan mardiah dalam tv".... kata Sawal semasa menjamu sarapan di kantin tempat kerja sambil memerhati Montaj Bicara Hari Ibu di MHI 8.30 pagi 12/05/08...suspender aje...hehehehe..Sawal maksudkan foto nilah....

Kenangan Gathering

Malam 3hb

Lawatan ke Muzium Padi


Sebelum bertolak ke Padang Besar

You will be the next...

Gathering 2008


Assalamualaikum wbt.
Saya bersyukur kerana pada kesempatan ini kita dapat berhimpun dan berjumpa untuk mengerat dan meneruskan persahabatan setelah sekian lama terjalin.

Jarang sekali kita berjumpa dan bercerita mengenai diri dan perkembangan masing-masing atas dasar persahabatan walaupun sering berjumpa bagi tujuan kerja dan sebagainya. Bagi saya hubungan persahabatan sangat penting selain hubungan kekeluargaan, bahkan dalam hubungan suami isteri elemen-elemen ‘persahabatan’ menjadi faktor kemesraan perbualan dan perbincangan.

“My Love commitment to myself, my family and my fellowmen becomes a total commitment that gives me the courage and strength to face the challenges of life.” Sebenarnya dalam sedar atau tidak kita telah meletakkan persahabatan itu menjadi pasca rangsangan tenaga yang sangat kuat auranya dan sehingga menjadikan suatu cabaran hidup mudah untuk ditangani. Berbanding mereka-mereka yang mengasingkan diri, mereka cuma ada diri mereka untuk menang dalam seribu atau sejuta cabaran.

Nah, ayuh kita buktikan dengan adanya flatform PLANNERSnet “asas kita sama”, rangkaian persahabatan ini akan terus berkembang bukan setakat hanya sahabat tetapi usahasama perniagaan yang membawa keuntungan. Siapa yang tahu, suatu hari nanti akan wujud, PlannersNET Enterperise atau Sdn. Bhd. Tapi itu bukanlah matlamat utama kita.

Akhir sekali mudah-mudahan, Gathering 2008 di Alor Star ini menjadi suatu kenangan yang besar untuk semua (XSBP) serta lahirnya PLANNERSnet ‘asas kita sama’ ini membawa sesuatu yang membanggakan suatu hari nanti.

“Yang bernama sahabat itu ialah yang berlari ke arah kita selaju-lajunya sedangkan yang sedia ada sedang berlari selaju-lajunya meninggalkan kita”.
Untuk semua yang bergelar sahabat, jagalah sahabat anda dan persahabatan anda.

Besday Ayah


Klu diikutkan akun, nak juga kembali ke zaman kanak2 dulu, walaupun tak ada kek, tak ada hadiah, tp seronok rasanya. Yang pasti tak perlu ingatpun bila besday aku. Dululah.... Sekarang, bila ada aje org bagi kek, makanya nak kena ingat plak umur kita berapa. Uhhh...dah 30 tahun rupanya aku menumpang dibumi Allah ni. Doakan semoga diberkati rezeki, dianugerahkan kesihatan dan ditawarkan keimanan yang tinggi oleh-Nya. Hanya aku aje tak mampu menerima tawaran itu sungguhkan mencuba sedaya upaya. Mana ada iman ala kadar...so, ibu give me support to beriman kepada yang Esa.


Ainul: Bergaya dan mewarna




PLANNERSnet



Awas, Jangan Derhaka (Part Finale)

Teorinya senang, mana-mana anak yang tak menyenangkan hati ibu dikira derhaka. Amacam. Cuba u all bayangkan apa akan jadi kalaulah benda itu kekal dalam hati ibu sehingga dia meninggal dunia. Agak-agak kita ni kategori anak apa agaknya.

Oleh itu, cuba bersihkan diri kita dari rasa tak senang ibu tanpa kita tahu dan sedar. Itu, ibu, sekarang try kat bapa pulak. Trylah…. Tak salahkan dan pastinya tak rugi. Aku aje yang rugi, sbb sampai sekarang aku tak leh brcakap face to face ngan bapa aku. Tapi aku cuba sikit2, biasakan diri melalui telefon.

Siti


Awas, Jangan Derhaka (Part 2)

Kali kedua kita Tanya, jawapan ibu, “ Tak ada, engkau belum pun sakitkan hati mak.” Kali ketiga kita tanya, jawapan ibu mungkin, “ Tak ada, engkau memang anak yang baik, Cuma…Cuma, satu hari tu engkau kata nak balik. Mak pun carilah umbut kelapa. Engko kan suka makan umbut kelapa masak santan. Lepas tu mak pun masak dan bila ko sampai, mak letakkan atas meja, suruh engko makan. Engko buat dek aje. Sikit pun engko tak sentuh. Yerlah dah belajar jauh nun dibandar, mana nak kenal umbut kelapa, makan burger agaknya.”
(Nota, masa tu aku memang penat, sbb penerbangan dari Johor kena transit di Kuching, pas tu singgah Labuan (delay) dan baru sampai KK – 7 jam)

Tengok, pasal umbut kelapa aje. Selama ini pasti u all ingat u all dah ok, yerlah kita beri dua ratus ringgit sebulan, kita ingat mak tak simpan apa-apa perasaan dengan kita, rupanya ada, dan puncanya cuma umbut kelapa.

Tengok, benda nampak kecik, kita tak pernah terfikir, rupanya itulah yang mengecilkan hati mak kita. (Harap2, mak maafkan aku sbb kahwin ngan orang Kedah..ma..minta ampun minta maaf dari hujung kaki sampai hujung rambut).

www.zutg.kom

Awas, Jangan Derhaka (Part 1)


Aku beranggapan semua pembaca berasal daripada kg. Tak kisahlah kg nya kat Bandar…sbb klu time raya, mesti korang kata nak balik kg kan?... malanglah nasib klu tidak berkg. Nanti klu dah berada dikng tu, cuba Tanya kat ibu kita dan bapa, kalau ibu bapa masih ada. Tanyakan soalan ini berasingan.

Tanya soalan ni kena cari time yg sesuai jgk, tgklah klu ibu atau bapa tu dok sorang2 ker, ha…masa tulah yang paling sesuai.

Apa soalanya, “Mak, agak-agaknya saya ni ada tak sakitkan hati mak?” Pernah tak tanya soalan seumpama itu. Ha, sbb tu aku kata tadi, kena cari time yang sesuai, time semua orang dah tidur. Sbb jawapan emak boleh berbeza bergantung pada situasi dan suasananya.

Emak mungkin akan jawab, “Tak, engkau baik saja,”. U all jangan percaya, sehingga kita Tanya 3 kali. Kalau jawapan emak masih sama, maknanya betullah tu. Anda boleh berpuas hati sbb bebas dari kederhakaan. Tanya plk pada bapa kita dalam situasi dan suasana yang sama macam kita tanya mak kita.

Jangan main-main kerana redha ibu bapa bererti redhalah Allah kepada kita. Oleh itu, Ibu yang berterus terang lebih baik daripada ibu yang memendam perasaan.

Oh...Dacing rindukan Bulan

Semalam aku balik daripada main badminton,..sblm tu nak gi tahu, ha..rutin aku hari ahad, aku akan balik rumah lewat… yerlah…memang kerja gila..duk kat Sg. Petani(62 km), tapi main kat baling..apa ke jadahnya… ha, tak apa, kita tinggal perkara yang jadi pilihan aku itu…

Nak cerita, semalam ni, abis main badminton, dalam pukul 11.04 malam, aku pun menyusur balik dalam keadaan relaks. Tak perlu tergesa-gesa, sbb akan sampai juga..insyaAllah, bisik hati. Sblm sampai kat Kg. Sirako (tak kisah lah kampong apa pun), u all pun bukan tahu kat mana. Tapi kisah benar ni, benar2 terjadi..aku lihat sibuk penduduk2 memasang sepandok pilihanraya, bendera serta poster. Di satu sudut yang agak tinggi, aku lihat seakan monyet memanjat dah mengikat batang2 buluh dan terkibarlah dacing serta bulan. Di kiri jalan dacing dan dikanan jalan, bulan. Aku berhenti, sbb bermnat nak tengok semangat waja anak2 muda memasang sepandok2 itu. Tetiba aje aku dengar orang menjerit “ woi, dah lah woi, aku nak guna tangga tu”…geng sibulan bersuara. “sat..sat, sikit lagi…” geng sidacing plak menjawab. Aku jadi pelik. Yerlah, aku nak tgk sebelah geng bulan aje, tapi, malam tadi aku tgk sesuatu yang menarik, tertarik dan pelik… aku ingat depa2 ni, kotlah mcm wakil2 rakyat yg bertanding dlm kawasan tu, hak bulan duk kat dacing, dacing plak dok umpat bulan. Pelik2.

Berhenti dan beredar setelah aku lihat peristewa itu, lalu aku pulang dalam keadaan memikirkan siapa sbnrnya depa tu, pengundi ker, penyokong ker, atau pekerja ker…confius. Alangkah bagus kalau ada semangat mcm tu. Bekerja sama mencapai matlamat, walau fahaman politik berlainan. 12. 23 am baru sampai rumah.

Jawapan Sang Ayah

Ibu tahu tak air sedim tu sejuk... so, bagi mengawal kesejukan tu ayah pun mengeluarkan air buangan kecil. Orang tak perasan sbb asyik dok susun batu...tu..kueh...kueh..kueh... dak lah adakalanya terfikir nak jadi superhero..., adakalanya terfikir nak jadi kaya..., adakalanya terfikir untuk melepaskan osc (sekaligus meletak jawatan) dan adakalanya terfikir nak berkahwin dua...hakikatnya terfikir untuk membayangkan betapa kerdil tubuh ini dengan ciptaan TUHAN semesta alam...sub'hanaAllah.

batu....si baju biru....aku......

asyik sungguh si baju biru tu menstabilkan dirian ketul-ketul batu yang berbeza bentuk tu. aku pun asyik melihatnya. agaknya apa di dalam fikiran si baju biru tu sewaktu asyik membina menara-menara batu. aku pulak terlupa apa yg ada dalam fikiranku waktu aku asyik melihat aksi si baju biru. cuma yg aku pasti setelah menara-menara batu itu didirikan, aku ingin sangat jatuhkannya dari jarak jauh... tak pasti samada rasa itu disebabkan iri hati atau aku nak tunjukkan kemahiran aku membuat lontaran. si baju biru merelakan hasrat aku. adakah dia memperlekehkan kemahiran aku dengan senyuman manisnya atau dia mmg suka-suka membina menara batu yg dibinanya penuh kesungguhan?
adakah hidup ini penuh hasad dengki........
adakah hidup ini suka menunjuk-nunjuk....
adakah hidup ini hanya suka-suka.......
adakah hidup ini untuk memperlekehkan orang lain....
adakah kesungguhan dalam hidupku....
adakah aku mahir.....
adakah batu itu keras?

Tajuk entri ???

Ntahlah, aku pun tak tahu nak bubuh tajuk apa...suka 'hati' u all lah nak bagi tajuk.
Dalam benci ada cinta,
dari mata turun ke hati,
jahat hati kerana buta,
ilmu ada tidak diberkati.

Kalau masuk ke rumah orang,
salam diberi budi pekerti,
hitam hati umpama arang,
ayat QURAN disalah erti.

Malam hari mengaji QURAN,
siang hari mencari rezeki,
Bersopan santun dengan orang,
InsyaAllah, dihormati.

Kecik-kecik memakai tudung,
Menutup aurat, mahkota perempuan,
Bila dah kaya janganlah sombong,
Bantulah orang dalam kesusahan.

Sekian...

rindu makin mendalam

seminggu tak berjumpa terasa umpama 169 jam sedang dihitung.
perjalanan alor star - sungai petani terasa sejauh 60km.
si suria yang bergerak 140km/jam rasanya macam 14km/jam.
sampai bila rasanya perlu begini?
namun aku lebih simpati pada yang lain yang lagi jauh jaraknya,
panjang masanya, tinggi kosnya...

SEMOGA PERKAHWINAN KITA DIRAHMATI NYA
SEHINGGA KE AKHIR HAYAT

Wanita Saigon


Gambar ini aku ambik semasa kami menyusuri Sungai Mekong, Vietnam. Dalam gelak riang kami menggantikan aweks saigon mengayuh perahu ke muara, terdetik untuk menanyakan berapakah pendapatan mereka sebulan. Yerlah kalau rowers pegawai persekutuan boleh dapat habuan sehingga boleh datang kemari, apalah nasib mereka-mereka ini.
Inilah yang aku katakan sebelum ini, Semangat Waja. Tak kira upah banyak mana, tak kira panas terik, hujan, atau apa sekali keadaan pun, rezeki perlu dicari. Hidup mesti diteruskan... Alangkah bagusnya belia kita ada semangat itu. Tidak perlu paksaan kerana itulah pekerjaan.

Hujan Batu

Orang selalu kata, "hujan batu di negeri sendiri, hujan emas di negeri orang", sebab tu la ni aku lebih suka kat negeri orang, kahwinpun dengan orang yang bukan senegeri, banyak 'emas' ooooo, memberi kekayaan, memberi kebahagian. Yerlah, kalau dah kaya, bahagialah, kan gitu?...

Camtulah, kita cari emas (kekayaan) dulu kat negeri orang, pastu bawa balik ke negeri sendiri, buat bekalan hingga hari tua... dengan kata lain...dengan modal yang korang dapat dari negeri yang berhujankan emas tu, kutip hujan batu kat tepi-tepi jalan, buat jalan bertar...atau buat bisnes jual batu, atau buat benda2 yang ada kaitan dengan batu, jual batu permata ker, batu delima ker, batu kristal ker....ha..ha kan batu jugak tu....huhuhuhu...kelakarnya....ishhhh, apalah yang aku merepek ni.

Kalaulah ada hujan emas kat negeri sendiri, nescaya takkan ada golongan miskin tegar kat Malaysia ni.

Mengubah Takdir

Hati Batu...itu mardiah. Ha..dulu time aku kecik, aku nak mintak beli keropok yg harganya hanya sekupang dua, hanya mintak dalam hati ajelah. Kalau mintakpun sure bapa tak beli atau mama sekalipun. Ha..itu dulu, betul kata u all budak sekarang berbeza sedikit. Realiti. Memanglah apa yang kita usaha kita akan dapat. Aku faham. Tersangatlah faham. Nak jadi baik itu pilihan kita; nak jadi jahat tu pun pilihan kita; nak berjaya tu pilihan kita, nak gagal tu pun pilihan kita. Kalau makan, kita tak pernah gagal; apabila hati kata aku nak makanlah, terus beli roti canai, suapkan kat mulut. Semudah itu kita berjaya menikmati roti canai buatan mamak. Jadi beza sangatkah apa yang kita nak usahakan sesuatu yang lebih besar daripada tu dan kita akan berjaya akhirnya? sebab nak berjaya, itu pilihan kita sendiri, samalah juga dengan kegagalan.

Cuma beza kes mardiah & aku time kecik. Bukan aku tak nak usaha, tapi aku tahu, pada masa tu, air beras minuman pengubat kecewa tatkala sedih (tak dapat apa yg aku nak). Nak makan nasi, nasi dengan garam ajelah atau ikan masin. Nak lauk sedap, mungkin sebulan sekali. Itupun belum tentu. Sebab aku tahu bapa & mama tak mampu nak beli susu, dan tak mampu nak beli lauk yang sedap2 setiap hari. Dengan itulah kita perlu berusaha untuk mencari pilihan yang tepat...iaitu seperti mana yang aku ada sekarang. Syukur alhamdulillah.

Kalau takdir tak boleh berubah takkan TUHAN suruh kita berdoa. Betul tak?

Hati Budak

Alangkah bagusnya kalau hati ayah macam hati mardiah. Tengoklah mardiah, kehendak dia tak boleh tak ikut. Kata dia kata dialah. Kehendak dia, kemahuan dia kena diikutkan jugak. Bersungguh-sungguh dia dalam usaha memiliki sesuatu. Tak kena gaya, dalam supermarket tu dia menjerit atau menangis, "Nak itu jugak, ayah tak bagi ibu!!!, ayah tak kesian kat mardiah", katanya. Akhirnya ayah pun akur, dalam tak ada duit tak ada duit tu pun, beli jugak...huh... RM39.90 harganya.

Hati budak, hati waja. keras macam batu. Bukan macam kereta waja, nama saja, tapi tekan sikitpun dah kemek. Hati budak keras batu. Kemahuan dia kalau tak diikut boleh bergoncang dunia! Kan bagus kalau hati ayah pun macam tu. Bertegas dalam membina semangat. Tapi hakikatnya, kita ni makin tua makin lemah, tapi rasional. Rasional ke malas? Banyaklah engkau punya malas !!!

akhirnya berjaya...walau separuh jalan



Yang dinanti-nanti telah tiba.... ptg tadi SI DIA dah naikkan lining utk langsir bilik si comel. Penantian dari tahun 2007 telah tercapai walaupun separuh jalan sebab ada banyak lagi lining untuk tiga sliding door dan bilik tengah. Tak pasti bila titik noktah lining-lining tu akan dinaikkan sepenuhnya. Ke hulu hilir dengan mesin jahit dan sebungkus plastik besar yang terselit dalamnya dua keping karpet biru yang perlu dicantum. Nasib baik sepasang telinga ini masih kukuh melekat di bahagian tepi kepala akibat sindiran sampoi tapi bermakna yang kadang kalanya membuat diri ini hangat-hangat tahi ayam untuk menyiapkan projek vertical itu.
SABAR YER SAYANGKU...... I LOVE YOU TOO.

501


Sepintas aku melihat buku biru yang menunjukan kod-kod urusniaga serta baki yang ada. Terdetik dihati "tinggal ni aje ker?"... lalu aku simpan semula dengan perasaan gusar. Apa taknya disebabkan 501, bayaran 663 angkasa tetap dipotong walaupun aku tahu semuanya dah habis diguna. Bilalah 501 nak siap?. dah plan nak tanam pokok hujung tahun lepas, 7101 buat hal plak. Apa punya merajuk ntah dia tu, selang tak sampai beberapa bulan, dah buat hal. Beribu jugak aku belanja. Air keringlah, bateri konglah, langgar belakanglah. Semuanya berlaku dalam waktu terdekat. Inallilah.


501 tu bila lah nak siap agaknya. Ibu !!! jangan lupa perabih jahit langsir tu, Nanti ayah beli besi langsir plak. Sure ayah guna V atau MC. Yang lain dah ada dah, tinggal nak tunggu Ibu abih jahit aje. Ishhh...501, bilalah ko nak siap?. Buku biru tu, dah nak ...."...... " tak tau nak cakap apa dah. Faham2 ajelah ibu. Runsing plak dibuatnya. Sekarang 501 buat hal plak, rasanya dia pun turut merajuk juga, tak ada progres katanya...baru padan muka aku.

Kadang-Kadang

Aduh..napelah lama sangat. Macam 2 tahun rasanya.Ibu pun nampak gelisah...tak keruan. Ibu kata semalam tak dapat tidur nyenyak. Teringat kat DIA. Ayah tetap brdengkur...ntahlah. Kadang-kadang ayah pun rindu jugak. Cuma boleh kontrol... kontrol macho. Kadang-kadang benda macam ni, Ayah nak elak, tapi apakan daya. Ayah ingat, ayah saja yang akan tinggalkan DIA, rupanya Ibu juga, kini. Alahai... kadang-kadang akur untuk "berkhidmat untuk negara", susah untuk tidak akur kepada "saya yang menurut perintah", kini Ibu pun sudah condong untuk akur kepada slogan kerajaan itu. Ayah bukan nak apapun, kadang-kadang cemburu bila DIA dengan (dijaga) orang lain, Ayah tak boleh terima bila DIA kata "tak nak balik rumah baru" tambah lagi bila DIA kata "nak balik rumah atuk, Ayah!"... Urghhhh...kadang-kadang tak tahu nak kata apa. Kadang-kadang terfikir jugak, DIA dah tak sayang Ayah ker? ...Kadang-Kadang !!!

video

Besday Mardiah


Ha...inilah kek yang tersalah buat...amendelah kek ni ibu, kata nak Snow White...apa2 pun ibu jgnlah kecewa...rasanya sama..namanya kek juga...


Ini mardiah dok tunggu para jemputan yg tengah dok main tiup tepung.... dalam hati...ini besday aku ker sukaneka....boring betul...


Posing mcm artis, nilah gelagat mardiah klu depan kamera... ngalahkan artis...



 
Copyright 2009 Blog K.A.M.I All rights reserved.
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Blogspot Templates From Wordpress Theme by EZwpthemes