Malam Yang Hangat (Part III)

Balik dari Old Town White Cofee Sg. Petani...dekat setengah jam perjalanan balik. Isteriku terasa nak muntah juga perut mcm dipulas-pulas...katanya. Lalu aku memasang gear turbo dan memandu berlagak ala-ala Kimi Raikkonen atau yang dekat sikit Karamjit Singh...huhuhu aku peduli apa...

Sampai dirumah..dia terus meluru ke pintu bilik air dibilik tengah....Lega.

Kini jam dinding dah 12.20 am. Isteriku telah ayu dibuai mimpi (tak tahulah mimpi apa)..esok aku tanya. Waktu aku menulis entri ini, bahang malam masih hangat dirasa...mcm hari2 sebelum ini. Ntahlah..mungkin perubahan cuaca.

Sebentar tadi aku sempat mengambil posing2 mardiah. Mcm2 gaya ditunjuk. Antaranya...










Itulah antaranya. Banyak lagi akan di upload di http://alieja.fotopages.com/ sedikit masa lagi.

Malam Yang Hangat (Part II)

Hari ini, malam ini, saat ini...merupakan saat gumbira aku...setiap minggu hari ini berulang. Seolah-olah hari ini hari yang cukup special dan paling aku nantikan bagi setiap minggu dan 4 kali sebulan...KHAMIS.

Hari ni.. aku akan ketemu isteri...anak-anak. Menatap wajah-wajah mereka yang seminggu meninggalkan aku keseorangan di rumah 'baru' (dah setahun lebih, mardiah still kata umah baru)... dan hari ini juga aku pastikan akan melihat perkembangan wafi. Nampak sihat, berbanding 3 minggu sudah. Demam, batuk, selesema...semua ada. Mardiah pula..sudah pandai menyusun baris kata...kadang paham dan banyak juga sukar dimengerti... berkerut dahi bila mendengar ceritanya yang kadang-kadang dia sahaja yang paham...Lalu dalam hati aku terlintas..."I'm sorii" versi Amir peserta Raja Lawak Musim 3. Tak kisahlah, yg penting aku buat-buat paham.

Untuk si isteri pula...aku menanti habuan...cukup sekadar pelukan atau belaian...serta sedikit ciuman...cukup...cukup. Kalau nak lebih..pasti malam itu menjadi MALAM YANG HANGAT.

Malam Yang Hangat (Part I)

Aku rasa mcm nak menunjukkan bakat aku malam ini...nak pejam mata...hangat terasa..semacam ada bara dibawah katil...walaupun kipas berputar pada tahap maksima..aku tetap terasa hangat semacam bara.

Aku bangun lalu menjenguk dapur..teringin pula nak masak...tapi...(ntahlah...nak bagi alasan apa ntah)...malas.

Aku beredar ke ruang tamu...sudah pasti screen 37 inci JVC itu aku tatapi...hilang sedikit rasa bara..tapi hangat masih terasa...MALAM YANG HANGAT...aku rasa macam nak bogel saja...ahh..takut...mana nak tahu ada orang skodeng aku..huhuhu...

Nah... ini saja yang aku mampu buat malam ini...






Ahli Pertubuhan 'Mulut Murai"

Selama ini aku tak tahupun kat "opis yang satu lagi" itu ada pertubuhan "mulut murai". Gosip-gosip ini sudah biasa menjadi agenda pertubuhan yang tidak diregister itu. Tak kira ia 'jinak' atau 'liar'...semua akan dibualkan...sampai mual..jual..ntah apa lagi. Tapi aku tertarik dengan keahliannya. Pastinya semua adalah minah. Tak kisahlah..mak minah atau minah dara...walaupun ada teruna tua atau bapak teruna yang nak kacau daun... ahlinya tetap berpendirian bahawa minah sahajalah yang mampu digelar 'murai'. Ntahlah...setahu aku Azwan Ali pun orang pernah kata dia 'mulut murai'.

Satu aje nasihat aku kat depa2 ni...Sebelum mahu membuka agenda 'mulut murai' dengan gosip-gosip terkini dan hangat..sedelik dan selidik dulu..kalau-kalau ada tali barut dari teruna tua atau bapak teruna itu nak curi-curi dengar...dah tu direportnya sehingga sampai ke pengetahuan Tuan SUSU...habihlah pertubuhan itu di haramkan selamanya. Ada rasional kenapa Tuan SUSU mahu berbuat demikian. Dia tak mahu kuncu-kuncu rakyat mendengar gosip2 itu sehingga mencipta spekulasi yang mencalar imej syarikat. Atau melihat seolah-olah ahli-ahli 'mulut murai' itu duduk di frontline hanya mencipta idea-idea gosip yang mampu dijaja sehingga menjejaskan kerja. Musibahnya, akan dibuang kerja. Sampai hatiker? ... Paham2 ajelah yer. Apa-apapun...aku nak ucap selamat bekerja lebih cemerlang pada Mac ini. Sekian.

RIBUT dalam cawan...

2007 aku dikejutkan dengan panggilan telefon dari 'unit khas'. Daripada sebuah kantor di sebatang jalan berhampiran cenderasari. 'Unit Khas' itu menyatakan dgn nada kedengaran sedikit simpati tetapi seakan-akan teruja utk memaklumkan berita yang aku anggap 'ribut' itu. Mana tak nya, dlm sibuk aku membuat persiapan kerja kantor utk dihebah-hebahkan kepada rakyat tentang sedikit rancangan kemajuan sebuah negeri di utara semenanjung yang kecil dan terpencil itu, tetiba lenyap seketika disapu oleh 'ribut' yang kalut malut sampai di speaker talipon tangan ku dalam keadaan 'separuh bogel' di hari jumaat...(korang paham2 ajelah..sbb apa separuh bogel..hehehe)

'Ribut' yang aku maksudkan itu baik hakikinya tapi semcm ternampak sesuatu tanda keraguan. Mungkin itu perasaan, lantar aku tidak menghiraukannya. Tapi, isunya Gerombolan kakitangan kantor besar di'usir' keluar dari sama ada kantor2 bahagian, mahupun kantor2 di zon terpilih yang dipilih oleh KP kantor besar. Dengan alasan, mereka ini punyai kaliber dan pengalaman untuk menubuhkan 'unit khas yang satu lagi'.

Permulaan 'ribut' itu hampir menyesakkan nafas hampir semua gerombolan kakitangan yang terkena tempias 'ribut'. Keadaan tertekan, sedih, hampa, pilu, cuak, gelabah, nista, gemuruh dan ada lagi ayat2 lain yg seumpama dengan perasaan itu.

Tanggal 14 Mei 2007, gerombolan itu diminta berhimpun menerima watikah peng'usir'an, sambil kesempatan KP kantor besar menerangkan situasi sebenar. Walaupun, medan itu bertukar menjadi luahan rasa terkilan dan terkejut serta rayuan2 secara lisan untuk 'pohon sembah derhaka'. Namun, misi 'ribut' tetap diteruskan dgn janji. "U all pergi dulu, set up the 'ribut' first, set up the agenda 'ribut' first, dah settle lepas tu u all tulisla surat tukar semula", dan kata2 KP kantor besar itu aku pegang hingga ke hari ini.

Mungkin KP kantor besar merasai 'ribut' yang kami lalui setelah hampir 2 tahun sudah hampir reda atau cuma tinggal angin sepoi2 bahasa sahaja, sungguhpun begitu, khabaran apa pun tak dak. Jangan kata jenguk, nak kata hai dalam telefonpun susah...oh lupa, gerombolan itukan telah dipinjamkan kepada 'kantor besar yang satu lagi' makanya, 'unit khas yang satu lagi' itu adalah dibwh tggjwb 'kantor besar yang satu lagi'...kini dah tak ada kait-mengait dengan kantor besar di jalan cenderasari. Ahhh..sudah...'ribut' lagi. Mana boleh tak ada kait mengait !!!.

Betul lah kata kawan aku itu yang baru msk di kantor besar yg kini aku dengar ditugaskan di negeri Cik Siti Wan Kembang..siannnn. Apa boleh buat, itulah penangan ayat keramat 'SAYA YANG MENURUT PERINTAH'...apa2 pun selamat bertugas...ikut ajelah !. Berbalik dengan kata2nya..."Dunia kantor ini mcm ribut dlm cawan.."nahhh !, satu lagi 'ribut' yang aku jumpa...Tambahnya lagi..."Pusing2 situ jugak. Then, cerita dari mulut ke mulut sngat cepat. Cerita baik ditambah-tambah jadi kurang baik". Tambahnya lagi "Dlm cawan tu takde air. Kosong... Yang ada angin, oksigen. Angin tu bertiup kencang jadi mcm 'ribut'. 'Ribut' dalam cawan tertumpu n pusing2 di situ saja. Sudahnya cawan pecah, serpihan kena kat muka org, luka". Berdarah..biarlah, boleh belah...ayat yg last tu aku saje tambah...kasi panassss...

Ahhhhh !!!, malaslah nak hirau, sbb klu aku hiraupun, sapa plak yang nak hirau aku kt sini. Kalau u all nak tahu, 'ribut' dekat sini lagi dasyat dari 'ribut' dekat kantor besar di jalan cenderasari itu. Dengarnya pula, cerita mulut ke mulut (masih belum rasmi)....dlm masa terdekat aku akan di'kembali'kan ke dalam 'ribut' yang cuma dalam cawan itu. Mungkin.

'PUPUS'...

Salam semua...

Agar hari ini anda rasa cemerlang. Hari esok akan gemilang...dan terus-terusan gemilang. InsyaAllah.

Semoga semuanya dalam pemantauan dan pemerhatian. Jauh atau dekat. Banyak atau 'ciput'...panjang atau 'pendek' (ingat nama samaran dulu ABANG PENDEK, kat pejabat lama sblm msuk gomen)...itu semua tak penting. Yang penting, kita perlu berubah supaya tidak 'PUPUS'...

Kalau pandai, nak lagi pandai, kalau mahir, nak lagi mahir...kalau bodoh tak kan nak jadi lagi bodoh, dah tentu nak jadi bijak dan cerdik. Yang penting kita nak berubah. Yang penting kita nak buat perubahan dalam hidup kita. Yang penting kita tak nak berada di takuk lama, sedangkan orang lain dah buat macam-macam takuk, namun kita masih di takuk yang tu jugak.

Ambik Contoh satu cerita dogeng pasal sorang Maharaja, Al-Sultanet Ibnu Mangkuqet di sebuah negara bertuah bernama Cenonet. Si Maharaja amat senang lenang duduk di atas kerusi memerintah, dalam mahligai intan berlian. walhal dibiayai dengan duit cukai rakyat, atau dari duit bayar saman kerana berniaga tak ikut peraturan, atau duit saman road block kat sungai2 ditepi mahligai sutlan. Senang cerita 'DUIT RAKYAT'. Tapi rakyat sanjung, tetap junjung, tetap setia sebab ia 'lambang'...itulah takuk rakyat yang miskin dan hina...dulu kini dan selamanya...sehingga Al-Sultanet Ibnu Mangkuqet punyai anak dan cucu cicit, setia rakyat pada takuk itu juga.... tak berubah....pelik..Yang miskin pun sama, tidak terfikit kalau diberi sedikit pendapatan si Maharaja itu kepada si miskin, tak perlu duit, cukup serpihan intan permata berlian dari mahligai intannya..memadai. Apa yang si Maharaja beri pada si miskin. Itu pun si maharaja memerintah tidak terfikir. Tak usah bimbang, Jelata masih setia...alkisah pula yg murtad derhaka kepada agama..yg patut direjam hingga mati...Si Maharaja juga ada berkata-kata...Aku peduli apa, ...."DOSA ITU BUKAN AKU YANG PUNYA, AHMAD ALBAB YANG PUNYA"...itulah dia takuk lama Al Sultanet Ibnu Mangkuqet, sehingga itupun dia tidak terfikir bahawa dia masih 'lambang' pemerintah...apa yang si Maharaja perintah ....PATIK NAK CUKAI DINAIKAN, PATIK NAK PEMBERIAN SAMAN KEPADA RAKYAT DITINGKATKAN, PATIK NAK GUNDEK2 YANG CUN2 MCM J.LO( hitam manis..huhuhu) ...ntahlah....

Dan takuk..takuk inilah yang akan menyebabkan mereka dan keluarga mereka 'PUPUS'....atau disemadi dalam muzeum AL-SUTANET IBNU MANGKUQET. Bernasib baiklah bagi orang-orang yang pegangan keimanannya hanya kepada agama Allah....ISLAM.

BERUBAH KE ARAH KEMAJUAN BUKAN KEMUNDURAN.

p/s : apalah aku merepek ni labuuuuuuuu...

Mardiah Nyanyi lagi...esk..esk..esk

video
 
Copyright 2009 Blog K.A.M.I All rights reserved.
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Blogspot Templates From Wordpress Theme by EZwpthemes