Ahli Pertubuhan 'Mulut Murai"

Selama ini aku tak tahupun kat "opis yang satu lagi" itu ada pertubuhan "mulut murai". Gosip-gosip ini sudah biasa menjadi agenda pertubuhan yang tidak diregister itu. Tak kira ia 'jinak' atau 'liar'...semua akan dibualkan...sampai mual..jual..ntah apa lagi. Tapi aku tertarik dengan keahliannya. Pastinya semua adalah minah. Tak kisahlah..mak minah atau minah dara...walaupun ada teruna tua atau bapak teruna yang nak kacau daun... ahlinya tetap berpendirian bahawa minah sahajalah yang mampu digelar 'murai'. Ntahlah...setahu aku Azwan Ali pun orang pernah kata dia 'mulut murai'.

Satu aje nasihat aku kat depa2 ni...Sebelum mahu membuka agenda 'mulut murai' dengan gosip-gosip terkini dan hangat..sedelik dan selidik dulu..kalau-kalau ada tali barut dari teruna tua atau bapak teruna itu nak curi-curi dengar...dah tu direportnya sehingga sampai ke pengetahuan Tuan SUSU...habihlah pertubuhan itu di haramkan selamanya. Ada rasional kenapa Tuan SUSU mahu berbuat demikian. Dia tak mahu kuncu-kuncu rakyat mendengar gosip2 itu sehingga mencipta spekulasi yang mencalar imej syarikat. Atau melihat seolah-olah ahli-ahli 'mulut murai' itu duduk di frontline hanya mencipta idea-idea gosip yang mampu dijaja sehingga menjejaskan kerja. Musibahnya, akan dibuang kerja. Sampai hatiker? ... Paham2 ajelah yer. Apa-apapun...aku nak ucap selamat bekerja lebih cemerlang pada Mac ini. Sekian.

0 Usul:

 
Copyright 2009 Blog K.A.M.I All rights reserved.
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Blogspot Templates From Wordpress Theme by EZwpthemes