Arif Wafi (terbaru)






Mangsa


Ikan Kerapu Sweet Sour Dinner kat Heritage Hotel, Manila. Takut jugak nk mkn, sbb tgk dia pun mcm nak makan orang...tk kisah lah...yg penting perut aku kenyang...huhuhu.

Utk aksi yg lgi menarik...kunjungi http://alieja.fotopages.com

Perjalan balik kampung tahun lepas... (Part I)

KLIA: Ntah, apa yg dia baca tuh, aku mls nk kisah...sbb penat. Ko gila brng dah lah bwk mcm 2 3 bulan nak balik kg. Aku bagi tahu wife, bwk yg patut ajelah. Skali bawak yg tak patut, nak terkentut aku angkat ke hulu ke hilir kat KLIA ni....

Tetiba, dia dtng..."Ayah, tengok dlm ni..ada NEMOOOO...(Finding Nemo)"... aku senyum. Hilang penat. Oh itu rupanya yg dia belek dari tadi, bukan baca...tgk aje.




Untuk orang "Mau layu" saja...

Org "mau layu", skali suruh skali buat, skali hentak skali bergerak, skali nasihat skali tulah dia rasa tanggungjawab. Adakah anda org 'mau layu' itu?



P/s : Jawapan hanya dipublish bagi komentor yang brbangsa melayu sahaja. Aku bangsa Brunei, so aku tk perlu komen.

Jantan Betina

Sapa tahu, yg mana jantan dan yang mana betina...dan beri 3 alasan.
Klu sapa dpt teka dgn alasan yg memuaskan, akan dipertimbangkan HADIAHnya.

Anugerah Tuhan...

Penah tk korang fikirkan sesuatu pd hari ini, dan esoknya ia menjadi...serupa mcm ada kuasa atau kemampuan yg luar biasalah...best giler klu ada kuasa mcm tuh....

OSC Lost in action


Kata Menteri: 'Sajak Kematian' tidak wajar

Alahai seorang menteri terdidik lagi mampu mendidik ini. Kadang2 aku rasa ada juga menteri yang cetek tanggapannya walaupun punyai pendidikan mengatasi tinggi langit, walhal mungkin 'statement' itu terpengaruh dgn unsur politik jumud yang didokongnya.

Aku setuju...mungkin !!!. klip video "Sajak Kematian" tidak sesuai di sekolah, tapi hakikatnya ia mampu mewujudkan satu kaedah baru pembelajaran dalam memperguna teknologi IT dan ICT. Kreatif apa !!!. Dalam suasana bapak menteri itu mencari2 fomula terbaik utk sistem pembelajaran di Malaysia, nah... skrang dia sendiri menidakkan itu dan ini untuk dilaksanakan. Wahhh... banyak cantik hidung kau !!!. Mungkin dia ni nak idea itu datang sendiri daripada dia, kertas kerja dia, diluluskan oleh kabinet... justeru apa sahaja yg dilakukan oleh pihak lain, dia sama sekali tidak bersetuju.

Aku jadi hairan dengan sebilangan ibu bapa yang membantah. Mungkin aku nak tahu jgk bilangan bantahan itu, 10, 100, 1000, 10,000....alahai. Tidakkah itu perkara baik wahai ibu bapa. Dia seumpama pendekatan merontan anak2 yang berumur 10 tahun dan masih tidak solat 5 waktu lagi. Bukankah itu ada unsur menakut2kan. 10 tahun..muda beb. Korang yang ada pendirian agama 'cetek' jgk, aku rasa tak akan sanggup merotan anak2. Apa manfaatnya? dia akan solatlah bodoh...walaupun niatnya bkn atas dasar kerana Allah, tapi at least dia dipupuk dari seumur muda itu dengan 'rotan'. Yang ni versi video klip.

Hairan, unsur2 filem ke'hantu'an, alam ghaib dan aksi2 hero2 hollywood yg melampau batas ditayang di TV dan wayang, tambahan filem dan drama genre seram telah brleluasa tanpa ada dasar kawalan dari pihak kerajaan. Aku rasa, yang itu lebih menakut-nakutkan dan berpengaruh, tambahan ia terdedah secara langsung terhadap anak-anak yang usianya cukup muda, saya rasa ia tidak akan membawa manfaatpun berbanding klip video 'Sajak Kematian' itu.

Alahai menteri. Come on lah menteri. Tahulah kau tu nak menjaga reputasi dan menarik undi utk bertanding jawatan Naib Presiden parti jumud kau tu...mungkin.

Bukan 'berkira' tapi mengira...

Hari ni dah 393 hari aku bertugas di tempat kerja aku atau lebih spesifik di dalam daerah Manusia Dalam Bahaya dan untuk mendetailkannya akulah pelopor pejabat Orang Suka Cuti yang pertama di Pihak Bawa Tahi ini. Ini bermakna dah 393 hari aku berulang pergi dan balik kerja, keseorangan. Walaupun ada cubaan untuk menyewa di daerah Manusia Dalam Bahaya, tapi aku lebih selesa duduk di rumah sendiri yang baru dibeli dengan duit rakyat dipanggil loan kerajaan di salah sebuah bandar dalam hutan. Ini bermakna 786 jam aku berada dalam kereta spanjang 393 hari itu dan jumlah perjalanan sejauh 48,732 km. (perjalanan pergi ; 1 jam dan dah tentulah balik 1 jam; melainkan ada assignment suka rela yang aku hendak buat sendiri. Cth, menghantar orang itu dan orang ini, atau barang itu dan barang ini). Dan selama itulah aku merisikokan diri sepanjang perjalanan terdedah kepada kemalangan, ancaman keselamatan (dirompak, disamun atau..dirogol …mungkin…), serta kepenatan dan keletihan yang menjurus kepada penyakit-penyakit berjangkit yang aku bawa dari daerah Manusia Dalam Bahaya itu. Itu tidak kira pembunuhan selama ini yang aku buat. Aku hanya mampu mengeluh, huh…sorilah nyamuk, kumbang, burung, ayam, kucing atau anjing, siput babi atau sesiapa sajalah yang ada atas jalan. Banyak nyawa terkorban, habuan kena lenyik tayar kenderaan aku atau melekat di cermin dan bumper depan.

Hari ini aku cuba hendak meluahkan sesuatu tentang harga tanggungjawab sebagai kakitangan awam, walaupun aku jarang menggunakan kaki apabila bekerja di tempat duduk empuk dan meja kayu kepunyaan syarikat HMK. Bukanlah niat untuk ‘berkira’ malah jauh untuk menunjuk-nunjuk atau mengadu domba, tetapi sekadar mengira apa yang berlaku sepanjang 393 hari aku bertugas di kawasan Manusia Dalam Bahaya ini.

Kita mulakan dengan pertanyaan Harga dan Nilai Tanggungjawab dan Amanah. Ada sesiapa yang sanggup beri nilai tanggungjawab ? ada sesiapa yang berani meletakharga sebuah amanah? Aku nak korang letak harga setelah cerita ini selesai nanti. Begitu jgk ngan aku.

Ok, sekarang mari kita tgk kira-kira ini.

16 Mei 2007, aku ditempatkan daerah Manusia Dalam Bahaya sebagai peneraju sebuah unit khas hasil titik peluh satu kumpulan kakitangan awam yang berkalibar dan beramanah serta ada tanggungjawab, iaitu mengwujudkan unit di panggil Orang Suka Cuti atau singkatannya OSC. Ntah macam mana wujudnya unit ini, kerap sangat stafnya mengambil cuti. Cuti rehat, cuti sakit, cuti kecemasan, cuti setengah hari, dan lain cuti cuti yang berkaitan. Salah satu sebab adalah, ada peluang. Dengan kata lain ‘ tak ada kerja’. Tak kisahlah, yang penting semua kerja telah settle.

Maklumat Kenderaan dan perjalanan



So, harga dan nilai Tanggungjawab dan Amanah tadi. Di sini aku boleh saja meletakkan harga tanggungjawab dan amanah adalah sejumlah RM 18,960.84. Iaitu harga perjalananku pergi dan balik sepanjang 393 hari di daerah Manusia Dalam Bahaya. Tidak kah aku patut menuntut jumlah itu kepada kerajaan. Atau kerajaan patut melihatnya dan menukarkan kepada ganjaran setimpal seperti ganjaran RM 10 juta kepada 6 orang hakim yang dipecat semasa krisis kehakiman 1988.

Tapi, itulah pilihan aku. Pilihan yang ada pengorbanan, keutamaan keluarga, mencari keselesaan, dan menuntut kebendaan. Biarlah aku pikul peranan ini sebagai tanggungjawab serta amanah yang diberikan oleh bapak kerajaan utama serta kuncu-kuncu dihujung ‘bontot’nya.

Dengar Suara Hati


Tak kisahlah hati tu warna apa. Kalau ikutkan bukan merah atau jingga atau kuning tahi anjing atau hitam. Tapi untuk bertindak kita kena dengar suara hati. Tidaklah hati tu membuka mulut untuk bercerita sipolan-sipolan ada skandal dengan sipolan-sipolan. Iissshh, aku cukup meluat dgn kesundalan cakap-cakap orang di pejabat. Termasuklah talam 18 muka seorang kakitangan tua pembantu SU. Argghhhh, biarkan dia menambah-nambahkan dosanya, masih tak sedar diri lagi. Inilah spesis hati hitam, atau hitam hati atau hati mati.

Kesedaran mendengar suara hati membantu kita mengenali siapa kita, keadaan sedia ada kita, tanpa ilusi, tanpa alasan dan membantu kita ke arah lebih realistik. Suara hati kadang-kadang tidak membenarkan kita puas hati dengan hasil tidak seberapa. Tapi orang yang tidak mendengar suara hati..."Wah..hebatnya aku melayan tetamu di jamuan Hari Raya ini" kata si kakitangan tua itu. Sambil duduk di meja VIP dengan kerusi seakan-akan nak tumbang, senget, berat kot.

Ah, sudah, aku pun sama. Mengumpat orang.... so, kena dengar suara hati semula. Ia membantu kita mengenali dan menghargai keperluan kita. Perlu tak kita mengumpat, baik ker? dpt pahala ke? mengumpat boleh baikan penyakit ker? terutama, penyakit hati hitam, legam...purgh. Ramai kecewa sebab jangkaan hidup tidak dipenuhi, termasuklah kata orang tu klu tak mengumpat atau mengata, hidup aku tak tenteram, katanya. Adakah patut. Maksud jangkaan hidup ni, yang positif...positif saja. Tak kan negatif kot. Apa yg ada dalam perancangan masa hadapan kita...nak kurus ker, nak kaya ker, nak kahwin ker...Nak berubah jadi baik ker...berubahlah kesimpulannya. So, perubahan itulah perlu mendengar suara hati....jangan ikut suka sendiri.

Oleh itu, dengarlah suara hati...Tahap kesedaran kita masa itu, daripada semua keputusan baik2 yang kita senaraikan, kita akan pilih yang terbaik bukan terbalik. Untuk sebab yang yang terbaik, dan kita rancang untuk membuatnya secara yang terbaik bukan terbalik.

Tapi ingat, situasi boleh berubah. Dan pada masa itu denganlah balik suara hati muasabah diri dan kendiri. Kita mungkin berubah, tapi kita perlu bersifat terbuka kepada perubahan itu.

Tepuk dada, jangan tanya selera, tapi tanyalah hati dan salurkan hanya yang baik2 ke otak. Biar otak tolong analisis. Akhirnya akan keluar "PERKARA YANG BETUL, UNTUK SEBAB YANG BETUL, DALAM CARA YANG BETUL" itulah kuasa suara hati.
P/s : Aku sendiri susah nak buat. Mungkin kena letak pembesar suara kat hati kot. Untuk pengetahuan, hati tidak pernah menipu.

Cerita Bapak Setan

Ada seorang hamba Allah yg tua dan buta serta duduk jauh dari masjid. Dia mintak izin solat kat rumah, tapi nabi ketika itu tidak memberi izin, lepas tu dia pergi jugaklah dalam keadaan bersusah payah hingga dia terjatuh dalam parit, habis jubah putihnya kotor dan berbau, dia balik tukar dan peristiwa ni berlaku sampai 3 kali.

Kali yang ketiga aku tolong dia dari jatuh dan bawak dia ke masjid. Orang tua buta itu berasa suka dan akhirnya sampai ke masjid. Lalu dia mengucapkan terima kasih (lebih kurang mcm nilah);

Orang Tua Buta : Terima kasih kerana tolong pakcik, anak ni siapa nama?

Bapak Setan : Aku ni syaitan (dengan bangga dan riak menjawab).

Orang Tua Buta : Kenapa anak tolong pakcik. (masih dalam kehairanan sbb namanya setan)

Bapak Setan : Tadi bila kau jatuh kali pertama habis dosa kau gugur, kali kedua kau jatuh habis dosa keluarga engkau Allah ampun, dan aku takut kalau2 kali ke-3 kau jatuh seluruh penduduk Madinah ni Allah ampunkan dosanya. Jadi sia2 lah usaha aku selama ni, tu yang aku tolong kau tu.

Orang Tua Buta : Oh...sbb tulah nama ko setan (Syaitan).

Daya Ingatan...

video

video

video

video

Ahli Fikir...

Ini Wafi

Ini plak Mardiah


 
Copyright 2009 Blog K.A.M.I All rights reserved.
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Blogspot Templates From Wordpress Theme by EZwpthemes