Bukan 'berkira' tapi mengira...

Hari ni dah 393 hari aku bertugas di tempat kerja aku atau lebih spesifik di dalam daerah Manusia Dalam Bahaya dan untuk mendetailkannya akulah pelopor pejabat Orang Suka Cuti yang pertama di Pihak Bawa Tahi ini. Ini bermakna dah 393 hari aku berulang pergi dan balik kerja, keseorangan. Walaupun ada cubaan untuk menyewa di daerah Manusia Dalam Bahaya, tapi aku lebih selesa duduk di rumah sendiri yang baru dibeli dengan duit rakyat dipanggil loan kerajaan di salah sebuah bandar dalam hutan. Ini bermakna 786 jam aku berada dalam kereta spanjang 393 hari itu dan jumlah perjalanan sejauh 48,732 km. (perjalanan pergi ; 1 jam dan dah tentulah balik 1 jam; melainkan ada assignment suka rela yang aku hendak buat sendiri. Cth, menghantar orang itu dan orang ini, atau barang itu dan barang ini). Dan selama itulah aku merisikokan diri sepanjang perjalanan terdedah kepada kemalangan, ancaman keselamatan (dirompak, disamun atau..dirogol …mungkin…), serta kepenatan dan keletihan yang menjurus kepada penyakit-penyakit berjangkit yang aku bawa dari daerah Manusia Dalam Bahaya itu. Itu tidak kira pembunuhan selama ini yang aku buat. Aku hanya mampu mengeluh, huh…sorilah nyamuk, kumbang, burung, ayam, kucing atau anjing, siput babi atau sesiapa sajalah yang ada atas jalan. Banyak nyawa terkorban, habuan kena lenyik tayar kenderaan aku atau melekat di cermin dan bumper depan.

Hari ini aku cuba hendak meluahkan sesuatu tentang harga tanggungjawab sebagai kakitangan awam, walaupun aku jarang menggunakan kaki apabila bekerja di tempat duduk empuk dan meja kayu kepunyaan syarikat HMK. Bukanlah niat untuk ‘berkira’ malah jauh untuk menunjuk-nunjuk atau mengadu domba, tetapi sekadar mengira apa yang berlaku sepanjang 393 hari aku bertugas di kawasan Manusia Dalam Bahaya ini.

Kita mulakan dengan pertanyaan Harga dan Nilai Tanggungjawab dan Amanah. Ada sesiapa yang sanggup beri nilai tanggungjawab ? ada sesiapa yang berani meletakharga sebuah amanah? Aku nak korang letak harga setelah cerita ini selesai nanti. Begitu jgk ngan aku.

Ok, sekarang mari kita tgk kira-kira ini.

16 Mei 2007, aku ditempatkan daerah Manusia Dalam Bahaya sebagai peneraju sebuah unit khas hasil titik peluh satu kumpulan kakitangan awam yang berkalibar dan beramanah serta ada tanggungjawab, iaitu mengwujudkan unit di panggil Orang Suka Cuti atau singkatannya OSC. Ntah macam mana wujudnya unit ini, kerap sangat stafnya mengambil cuti. Cuti rehat, cuti sakit, cuti kecemasan, cuti setengah hari, dan lain cuti cuti yang berkaitan. Salah satu sebab adalah, ada peluang. Dengan kata lain ‘ tak ada kerja’. Tak kisahlah, yang penting semua kerja telah settle.

Maklumat Kenderaan dan perjalanan



So, harga dan nilai Tanggungjawab dan Amanah tadi. Di sini aku boleh saja meletakkan harga tanggungjawab dan amanah adalah sejumlah RM 18,960.84. Iaitu harga perjalananku pergi dan balik sepanjang 393 hari di daerah Manusia Dalam Bahaya. Tidak kah aku patut menuntut jumlah itu kepada kerajaan. Atau kerajaan patut melihatnya dan menukarkan kepada ganjaran setimpal seperti ganjaran RM 10 juta kepada 6 orang hakim yang dipecat semasa krisis kehakiman 1988.

Tapi, itulah pilihan aku. Pilihan yang ada pengorbanan, keutamaan keluarga, mencari keselesaan, dan menuntut kebendaan. Biarlah aku pikul peranan ini sebagai tanggungjawab serta amanah yang diberikan oleh bapak kerajaan utama serta kuncu-kuncu dihujung ‘bontot’nya.

3 Usul:

Tanpa Nama berkata...

alamak..pasni xmo cuti dahh =P

Tanpa Nama berkata...

ceria senyumanmu masih tak dapat lindungi kelat di hatimu...
sabar yer sayang....

Mohammad Hafiz berkata...

sangat informative jadual di atas..boleh ke diambil utk kira kos kereta saya?

 
Copyright 2009 Blog K.A.M.I All rights reserved.
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Blogspot Templates From Wordpress Theme by EZwpthemes