Dengar Suara Hati


Tak kisahlah hati tu warna apa. Kalau ikutkan bukan merah atau jingga atau kuning tahi anjing atau hitam. Tapi untuk bertindak kita kena dengar suara hati. Tidaklah hati tu membuka mulut untuk bercerita sipolan-sipolan ada skandal dengan sipolan-sipolan. Iissshh, aku cukup meluat dgn kesundalan cakap-cakap orang di pejabat. Termasuklah talam 18 muka seorang kakitangan tua pembantu SU. Argghhhh, biarkan dia menambah-nambahkan dosanya, masih tak sedar diri lagi. Inilah spesis hati hitam, atau hitam hati atau hati mati.

Kesedaran mendengar suara hati membantu kita mengenali siapa kita, keadaan sedia ada kita, tanpa ilusi, tanpa alasan dan membantu kita ke arah lebih realistik. Suara hati kadang-kadang tidak membenarkan kita puas hati dengan hasil tidak seberapa. Tapi orang yang tidak mendengar suara hati..."Wah..hebatnya aku melayan tetamu di jamuan Hari Raya ini" kata si kakitangan tua itu. Sambil duduk di meja VIP dengan kerusi seakan-akan nak tumbang, senget, berat kot.

Ah, sudah, aku pun sama. Mengumpat orang.... so, kena dengar suara hati semula. Ia membantu kita mengenali dan menghargai keperluan kita. Perlu tak kita mengumpat, baik ker? dpt pahala ke? mengumpat boleh baikan penyakit ker? terutama, penyakit hati hitam, legam...purgh. Ramai kecewa sebab jangkaan hidup tidak dipenuhi, termasuklah kata orang tu klu tak mengumpat atau mengata, hidup aku tak tenteram, katanya. Adakah patut. Maksud jangkaan hidup ni, yang positif...positif saja. Tak kan negatif kot. Apa yg ada dalam perancangan masa hadapan kita...nak kurus ker, nak kaya ker, nak kahwin ker...Nak berubah jadi baik ker...berubahlah kesimpulannya. So, perubahan itulah perlu mendengar suara hati....jangan ikut suka sendiri.

Oleh itu, dengarlah suara hati...Tahap kesedaran kita masa itu, daripada semua keputusan baik2 yang kita senaraikan, kita akan pilih yang terbaik bukan terbalik. Untuk sebab yang yang terbaik, dan kita rancang untuk membuatnya secara yang terbaik bukan terbalik.

Tapi ingat, situasi boleh berubah. Dan pada masa itu denganlah balik suara hati muasabah diri dan kendiri. Kita mungkin berubah, tapi kita perlu bersifat terbuka kepada perubahan itu.

Tepuk dada, jangan tanya selera, tapi tanyalah hati dan salurkan hanya yang baik2 ke otak. Biar otak tolong analisis. Akhirnya akan keluar "PERKARA YANG BETUL, UNTUK SEBAB YANG BETUL, DALAM CARA YANG BETUL" itulah kuasa suara hati.
P/s : Aku sendiri susah nak buat. Mungkin kena letak pembesar suara kat hati kot. Untuk pengetahuan, hati tidak pernah menipu.

3 Usul:

ahtok berkata...

latar putih. Bersih.


.

K.A.M.I..... berkata...

TQ

Tanpa Nama berkata...

sukanya design love tu... buat tshirt pun cantik....

 
Copyright 2009 Blog K.A.M.I All rights reserved.
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Blogspot Templates From Wordpress Theme by EZwpthemes