Pilihan

1. Alor Setar - Kulim (Lebuhraya Utara-Selatan)
- Tol = RM 30.40/hari
- Minyak = RM 36.00/hari
- Jarak = 120 km (240 km pergi balik)
- Masa = 1 jam 30 minit (masa terpantas dicatat)
- Laju Purata = 110 - 120 km/jam
- Tahap Risiko = Sederhana (Kuning)
  Anggaran Kos Perjalanan Sebulan = RM 1,328.00

2. Sungai Petani - Kulim (Lebuhraya Utara-Selatan)
- Tol = RM 15.40/hari
- Minyak = RM 18.30/hari
- Jarak = 61 km (122 km pergi balik)
- Masa = 1 jam (masa terpantas dicatat)
- Laju Purata = 110 - 120 km/jam
- Tahap Risiko = Rendah (Hijau)
  Anggaran Kos Perjalanan Sebulan = RM 674.00

3. Sungai Petani - Sidam Kiri - Padang Serai - Lunas - Kulim (Jalan Negeri)
- Tol = Tiada
- Minyak = RM 14.10/hari
- Jarak = 47 km (94 km pergi balik)
- Masa = 1 jam (masa terpantas dicatat)
- Laju Purata = 70 - 80 km/jam
- Tahap Risiko = Tinggi (Merah)
  Anggaran Kos Perjalanan Sebulan = RM 282.00

*   Tidak kira duit makan dan selenggara kenderaan (KBN).
** Purata Penggunaan Minyak Jenis RON95(Shell) adalah RM 0.15/km

Salam Lebaran 2012

Assalamualaikum wbt,

Bersempena syawal yang akan tiba ini, keluarga KAMI ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua kenalan dalam negeri mahupun luar negara (ada ker?). Untuk keluarga Sabah, Sarawak juga keluarga yang berada di Semenanjung Malaysia. KAMI ingin menyusun semua jari-jemari yang ada memohon maaf sekiranya ada kata-kata yang mengguris hati sanubari sama ada semasa perbualan mahupun didalam penulisan blog atau FB. Apapun matlamat hidup kita di dunia ini, kita masih rakyat Malaysia, Dusun ker, Bajau ker, Brunei ker, Bidayuh ker, Jawa ker, BN ker, PR ker, PAS ker, UMNO ker, MCA ker, MIC ker, GERAKAN ker, DAP ker, PKR ker, PBS ker, kita masih rakyat Malaysia..yooo.

Bersama adalah lebih baik, oleh itu berhati-hati di jalan raya, INGATLAH ORANG TERSAYANG...



(klik gambar untuk besarkan atau klik sini untuk sambung ke FB)


[video akan menyusul, itupun kalau KAMI rajin buat]...  

ataupun

korang layan sajalah video2 raya KAMI yang lama ni.



2011


2010

Sekian, terima kasih.

InsyaAllah, PRU 13 KAMI Mengundi...

KAMI lebih suka video Namewee, Afdlin Shauki, Ku Li arahan Pete Teo ni berbanding yang sering ditayang di TV terutamanya TV3. Rakyat Malaysia pilih Malaysia, tapi salah satu masalah yang disebut oleh KU LI (Tengku Razaleigh) adalah, Bangla juga pilih Malaysia, Indon, Vietnam, Pakistan dan lain-lain juga pilih Malaysia, masalahnya mereka berstatus PATI. ISUnya, pengurusan kedatangan warga ini ke Malaysia perlu diperbaiki atau perlu ada 'transformasi' (pinjam ayat PM) ke arah yang lebih terurus dan terkawal. Tidak salah juga kalau membuat 'reformasi' (pinjam ayat ketua pembangkang Malaysia) secara menyeluruh supaya wujudnya pendekatan baru bagi mengurus lambakan pendatang ini. Jadi, video Saya Pilih Malaysia ini tidak relevan walaupun ada unsur patriotik. Kalau anda semua nak tengok, mai tengok yang ini dulu. Lepas tu cue tengok yang ni plak... Nampak sangat video tersebut condong kepada pemerintah sekarang iaitu BN dengan tema warna biru. Walau pun ini mungkin persepsi tetapi ia mungkin juga ada betulnya. Apa ada hal, nilai sajalah sendiri. Korang semuakan bijak-bijak belaka. Peace No War. Saksikan video ni ok. Jom mengundi. Tak sabar rasanya.

Ulang Tahun Kelahiran Arif Wafi Ke-4.

 Happy Birthday untuk Arif Wafi. Dah nakal macam BoboiBoy dah yer. Suka gusti2 kepala yer. Mentang-mentang kepala keras macam batu..adoihai. Terbaekk!!!

Ayah doakan semoga Wafi sihat selalu dan dilindungi rahmat dilimpahi berkat oleh Allah swt. Amin.



Hadiah minta kat ibu yer Arif. Miss U, Love U sayang...Ummmah.

Salam Ramadhan

Salam semua, Hari ini terasa nak update blog yang dah lama bersawang ni. Rasa macam tak percaya bila bekerja semula. Setelah setahun setengah berhempas pulas mengasah dan membilas otak agar segala karat marat yang berada celah sel neoron tertanggal satu demi satu. Nah sekarang bila mula kerja, tenganga. Semuanya hampir berubah dek kerana transformasi yang sering dilaungkan oleh PM. Transformasilah sangat. Yerlah, kita hanya menurut perintah. Tetapi kali ini agak berbeza lenggoknya, bila mana sebelum entri ini ditulis, entri terakhir lebih kepada memuja seseorang yang entah macam mana terasa macam dia tu hebat sangat. Apa tak hebatnya, hari-hari masuk TV. Tak payahlah nak dipanjangkan cerita. Tapi apa yang aku mampu nasihat kepada mereka-mereka yang benci sangat orang tu, abaikanlah saja dia tu. Kalaupun dia nak jadi PM supaya tak kempunan, berilah dia sepenggal dua. Kita lihat kalau dia mampu mengubah dan merubah Malaysia. Apa ada hal. Berbalik dengan cerita aku. Selepas sahaja selesai belajar, pada 2 Julai lepas, telah melapor diri di JPA. Padan muka aku, sebabnya kalau ikut aku boleh melapor diri pada 3 Julai, tapi memandangkan keterujaan untuk bekerja semula, pada hari itu juga surat melapor diri ke HQ dikeluarkan. Hampeh. Ingat ada sehari lagi nak 'enjoy' katak kat KL ni. Tapi tak apalah. Dengan harapan dapat penempatan cepat, bolehlah 'settle' semuanya. Ko gila beb, rupanya, kena kerja lagi beberapa bulan kat KL....KL menjerit lah gamaknya...huhuhu. Kini bagi penempatan sementara waktu,aku berada di Bahagian Korporat dengan menbawa lagak korporat yang agak-agak berlagak, walau tidak berapa segak. Biarlan. KL pun KL lah, dah nama sementara. Jangan nanti yang kekal lebih teruk daripada yang ini. Saya yang menurut perintah. Nanti sambung lagi. Mungkin tahun depan.Hahaha....Untuk kesempatan kali ini, KAMI ingin mengucapan selamat menyambut Ramadhan Al-mubarak kepada semua rakan-rakan pengunjung. Sekian.Tamat.Titik.
Klik imej untuk besarkan.
 
Copyright 2009 Blog K.A.M.I All rights reserved.
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Blogspot Templates From Wordpress Theme by EZwpthemes