Salam Ramadhan

Salam semua, Hari ini terasa nak update blog yang dah lama bersawang ni. Rasa macam tak percaya bila bekerja semula. Setelah setahun setengah berhempas pulas mengasah dan membilas otak agar segala karat marat yang berada celah sel neoron tertanggal satu demi satu. Nah sekarang bila mula kerja, tenganga. Semuanya hampir berubah dek kerana transformasi yang sering dilaungkan oleh PM. Transformasilah sangat. Yerlah, kita hanya menurut perintah. Tetapi kali ini agak berbeza lenggoknya, bila mana sebelum entri ini ditulis, entri terakhir lebih kepada memuja seseorang yang entah macam mana terasa macam dia tu hebat sangat. Apa tak hebatnya, hari-hari masuk TV. Tak payahlah nak dipanjangkan cerita. Tapi apa yang aku mampu nasihat kepada mereka-mereka yang benci sangat orang tu, abaikanlah saja dia tu. Kalaupun dia nak jadi PM supaya tak kempunan, berilah dia sepenggal dua. Kita lihat kalau dia mampu mengubah dan merubah Malaysia. Apa ada hal. Berbalik dengan cerita aku. Selepas sahaja selesai belajar, pada 2 Julai lepas, telah melapor diri di JPA. Padan muka aku, sebabnya kalau ikut aku boleh melapor diri pada 3 Julai, tapi memandangkan keterujaan untuk bekerja semula, pada hari itu juga surat melapor diri ke HQ dikeluarkan. Hampeh. Ingat ada sehari lagi nak 'enjoy' katak kat KL ni. Tapi tak apalah. Dengan harapan dapat penempatan cepat, bolehlah 'settle' semuanya. Ko gila beb, rupanya, kena kerja lagi beberapa bulan kat KL....KL menjerit lah gamaknya...huhuhu. Kini bagi penempatan sementara waktu,aku berada di Bahagian Korporat dengan menbawa lagak korporat yang agak-agak berlagak, walau tidak berapa segak. Biarlan. KL pun KL lah, dah nama sementara. Jangan nanti yang kekal lebih teruk daripada yang ini. Saya yang menurut perintah. Nanti sambung lagi. Mungkin tahun depan.Hahaha....Untuk kesempatan kali ini, KAMI ingin mengucapan selamat menyambut Ramadhan Al-mubarak kepada semua rakan-rakan pengunjung. Sekian.Tamat.Titik.
Klik imej untuk besarkan.
 
Copyright 2009 Blog K.A.M.I All rights reserved.
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Blogspot Templates From Wordpress Theme by EZwpthemes