Memaparkan catatan dengan label Family. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Family. Papar semua catatan

ULANGTAHUN KELAHIRAN KE-10

Assalamualaikum wrt.

Hai, jumpa sekali lagi...

Entri kali ni tak ada ayat gempak gempek. Hanya potret anak perempuan kesayangan KAMI. Photo ni dahl lama saya ambik. Raya tahun 2011. Masa ni berjinak-jinak dengan kamera yang baru setahun jagung...hahaha.

Anyway, esok merupakan sambutan hari kelahiran Ainul yang ke-10. Hoho...dah besar dah budak ni. Ayah dan Ibu doakan semoga dilimpahi rahmat dan berkat serta dilindungi oleh Allah SWT sepanjang masa.

Happy birthday sayang!!! I LOVE U.


Ulang Tahun Perkahwinan Ke-9



Ya Allah, aku bersyukur kepada Mu yang telah memanjangkan jodoh ku bersama isteriku sehingga kesaat ini. Kekalkan lah nikmat Mu ini ke atas kami dan jadikan lah kami berdua suami isteri di dunia dan di akhirat.

Ya Allah, Andai Kau berkenan, limpahkanlah rasa cinta kepada kami, yang Kau jadikan pengikat rindu Rasulullah dan Khadijah Al Qubro, yang Kau jadikan mata air kasih sayang Ali bin Abi Thalib dan Fatimah Az Zahra dan yang Kau jadikan penghias keluarga Nabi-Mu yang suci.

Ya Allah, andai semua itu tak layak bagi kami, Maka cukupkanlah permohonan kami dengan redha-Mu. Jadikanlah kami suami dan isteri yang saling mencintai di kala dekat, saling menjaga kehormatan dikala jauh, saling menghibur dikala duka, saling mengingatkan dikala bahagia, saling mendoakan dalam kebaikan dan ketaqwaan serta saling menyempurnakan dalam peribadatan.

Ya Allah, sempurnakanlah kebahagiaan kami dengan menjadikan perkahwinan kami ini sebagai ibadah kepada-Mu dan bukti ketaatan kami kepada sunnah Rasul-Mu.

Ya Allah…indahkanlah rumah kami dengan kalimah-kalimah-Mu yang suci. Suburkanlah kami dengan keturunan yang membesarkan asma’-Mu. Penuhi kami dengan amal shaleh yang Engkau redhai. Jadikan mereka Yaa…Allah teladan yang baik bagi manusia.

Ya Allah…damaikanlah pertengkaran di antara kami, pertautkan hati kami, dan tunjukkan kepada kami jalan-jalan keselamatan. Selamatkan kami dari kegelapan kepada cahaya. Jauhkan kami dari keburukan yang tampak dan tersembunyi.

Ya Allah…berkatilah pendengaran kami, penglihatan kami, hati kami, keturunan kami dan ampunilah kami. Jadikanlah kami termasuk golongan orang-orang mukmin. Amin..amin, ya rabbalallamin.

Selamat Ulang Tahun Sayangku, Nor Azliza binti Jamian...I Love U..

ABANG...

Salam Lebaran 2012

Assalamualaikum wbt,

Bersempena syawal yang akan tiba ini, keluarga KAMI ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua kenalan dalam negeri mahupun luar negara (ada ker?). Untuk keluarga Sabah, Sarawak juga keluarga yang berada di Semenanjung Malaysia. KAMI ingin menyusun semua jari-jemari yang ada memohon maaf sekiranya ada kata-kata yang mengguris hati sanubari sama ada semasa perbualan mahupun didalam penulisan blog atau FB. Apapun matlamat hidup kita di dunia ini, kita masih rakyat Malaysia, Dusun ker, Bajau ker, Brunei ker, Bidayuh ker, Jawa ker, BN ker, PR ker, PAS ker, UMNO ker, MCA ker, MIC ker, GERAKAN ker, DAP ker, PKR ker, PBS ker, kita masih rakyat Malaysia..yooo.

Bersama adalah lebih baik, oleh itu berhati-hati di jalan raya, INGATLAH ORANG TERSAYANG...



(klik gambar untuk besarkan atau klik sini untuk sambung ke FB)


[video akan menyusul, itupun kalau KAMI rajin buat]...  

ataupun

korang layan sajalah video2 raya KAMI yang lama ni.



2011


2010

Sekian, terima kasih.

Ulang Tahun Kelahiran Arif Wafi Ke-4.

 Happy Birthday untuk Arif Wafi. Dah nakal macam BoboiBoy dah yer. Suka gusti2 kepala yer. Mentang-mentang kepala keras macam batu..adoihai. Terbaekk!!!

Ayah doakan semoga Wafi sihat selalu dan dilindungi rahmat dilimpahi berkat oleh Allah swt. Amin.



Hadiah minta kat ibu yer Arif. Miss U, Love U sayang...Ummmah.

Klip Raya 2011



Assalamualaikum wrt,

Alhamdulillah, klip sempena Eidul Fitri yang tinggal beberapa hari aje lagi ini telah siap dan telah berjaya di muat naik ke dalam akaun youtube KAMI. Pada tahun ini, KAMI berkesempatan menyediakan klip ini untuk semua keluarga seluruh Malaysia, dan rakan-rakan yang sering 'mendampingi' KAMI, di alam siber (FB, Blog dan YM). Semoga bahagia di hari raya.

Selamat Hari Raya Eidul Fitri dari KAMI sekeluarga, Maaf Zahir dan Batin..

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan ke-7

Trip to Tip of Borneo;Tanjung Simpang Mengayau, Kudat


Klik sini, untuk gambar yang lain...citernya..bila free nnt baru nk karang...huhu atau tgk aje gambar u all lah tlng wat citernya...huhuhu...

Related sini dan sini.

Perusahaan belakang rumah...

Aku rasa...

Aku rasa senang bersama dia..bukan sbb dia awek@bini aku, tp aku nk jadikan dia sahabat menggantikan sahabat lain yg aku ada....aku rasa seronok klu awek aku boleh jadi kawan aku untuk berkongsi apa yang aku rasa. Aku rasa sudah sampai masanya aku nak cakap apa yang aku rasa ...cuma aku rasa dia belum bersedia lagi...sbb aku dah rasa apa yang aku rasa bila dia bersungguh untuk membeli hamster buat kakak...aku terasa.

Projek 2010 : Mairah Enterprise


Tajuk n3 tu gimik awal aje...lebih kurang mcm publisiti awalah...Tetap dgn niat asal seperti n3 yg lepas(klik sini) projek akan terus dijalankan. Dan sekarang proses pembersihan kolam no 2 dijalankan bagi menempatkan anak2 itik G2(group 2). Kira boleh panggil kumpulan ke 2(300 ekor tolak yg mati, tinggal 250++ ekor) sbb sebelum tu dah ada kumpulan pertama yg katanya hasil jualan tahunan sahaja mencecah 15 ribu (hasil jualan telur masin bagi 100 ekor itik, termasuk jualan dari rumah, pasar dan borong) sumber info dari Sawal (Rizal AR).

Dengan info itulah, kami berusaha meneruskan projek ini dengan lebih tersusun lagi serta menyediakan rekod dengan lebih teratur (mcm serius la huhu...). Mudah-mudahan dengan usaha ini, pendapatan keluarga bertambah. Buat masa sekarang, keluarag masih dalam proses penamaan dan penjenamaan syarikat. Ia bergantung kepada penyelaras projek (Buat masa sekarang kita bagi mandat tu dekat Sawal). Biar dia uruskan dulu. Kami dari jauh ni bagi modal aje dulu. InsyaAllah, Jun nnt aku turun padang. Tunggu...Apa2 hal, adik2 call aje. Komputer pun dh ada, internet pun dah ada...jgn simpan, pakai, itu sebahagian drp investment....Bawah ni ada beberapa keping foto semasa kejadian pembersihan kolam..layan aje...ok.


Perusahaan keliling rumah

(Entri tertunggak Raya 2009)

Cukup aku letak gambar aje...sbb klu cerita pun korang bukan nk baca. At least korang tgk gmbr, Lu fikir sendirilah citer dia.

Ini aku ambik masa balik raya tahun lepas. Perusahaan itik dan kolam ikan..fuhhh....buat masa sekarang Sawal ngan Mama and de geng yg usahakan....harap suatu hari nnt berjayalah...

Skrng ni pun dah sampai lagi 300 ekor itik telur. Tp dah mati 42 ekor...dah itik masih kecil lagi...lepas ni harapnya tk ada lagi yg mati.

Ok u all layan lah..dokumentari bergambar ni...






Mardiah tengah kutip telur itik

Hari ni kita kutip 98 biji

Ikan oh ikan


Lihatlah dunia...inilah rumah kat kampung kami...nk tahu lokasinya...klik sini.

Basikal baru...pagi2 dah duduk depan pintu...

Adik...tengok kakak..

Asyik2 kakak, wafi bila plak?..jeles betul..


Inilah basikal aku...

Walaupun jenama tak famous, tp aku tetap ada basikal...huhuhu


Menggantikan yang lama...

Jalan-jalan..wafi

cool beb





Tahun pra sekolah...Mardiah

Tahun ni mardiah dh masuk pra sekolah, atau tadikalah...minggu pertama mmg teruja...tp yg aku syok sikit..ibu dialah..boleh ibu dia nangis semasa hari pertama hantar ke tempat tu...mardiah cool aje...aku sedikit sebak...besar sudah anak aku rupanya...Tp aku serupa tu jugak...Bila lh nk ubah perangai..kebapaan sikit...ni mcm budak2.


Besday Mardiah 5th

B'day Mardiah, tiada yg menarik sekadar sambutan biasa...tapi..haha..Mcm anak raja plak..sampai nk kena buat dua kali....bukan apa, ibunya ingat ayah kena pi outstation..minggu sudah...tp tk jadi..so, itu yg buat smpi 2 kali..hari sabtu lepas sekali...sekali lagi khamis (7.1.2010 - tarikh yg sbnrnyanya Mardiah berumur 5 tahun...dengan surprise party...yg ada kami (berempat) sahaja.
Hehe...banner ada syarikat yg sponsor...sambutan hari sabtu lepas (2.1.2010)

Mardiah..siap make up lg...ini keja ibulah..


Karekter upin & ipin kali ini menjadi pilihan...depa kata mcm toyol lh plak...


Yang ni plak...khamis (7.1.2010)...Mardiah kata nk surprise party..haha ni dia...siap ada lilin keliling rumah lagi..

Ha..tu dia....

Apa2 pun selamat hari lahir yang ke-5. Sayang Mardiah..sayang ibu n ayah serta wafi juga...Tahun ni dah masuk tadika...rajin-rajin belajar...boleh belajar kt oversea..kt negara yg ada salji...itu yang mardiah nak kn...


Wafi pagi tadi...

Assalamualaikum semua,

Rasanya lama dah tk update... K.A.M.I. Bukan malas, cuma tk berapa rajin sikit. Terlalu bnyk entri tertunggak...dulu ingat bil air aje yg ada tertunggak, tp skrng nk update blog pun dah ada istilah tu...

Apapun, KAMI doakan kawan2 berkeadaan baik sejahtera. Tk ada apa yg nk ditulis dlm entri ni sbnrnya, cuma nk tunjuk gambar wafi pagi tadi tengah mandi. Layan....ok. Mungkin akan aktif kembali nulis blog ni tahun depan..hehehe.


ps: guna Nikon dslr D5000...power gila aku rasa

Adik...kena serang lima jantan

Promosi Gambus sepupuku...

Klik gambar ni utk ke websitenye..

Arif Wafi dah setahun...

Cepat masa beredar...kini Wafi dah setahun. Dalam setahun bermacam dugaan buat ujian kami sekeluarga. Telah aku nukilkan sebahagiannya dalam blog ini. Dan sebahagian lagi, biarlah kami yang rasa dan lalui.

Ayah dan Ibu acapkali mendoakan semoga Wafi terlindung dan terhindar dari segala jenis penyakit. Amin Ya Rabbal Alamin.
 
Copyright 2009 Blog K.A.M.I All rights reserved.
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Blogspot Templates From Wordpress Theme by EZwpthemes