Memaparkan catatan dengan label Destinasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Destinasi. Papar semua catatan

GUNUNG KINABALU: MENAWAN, TERTAWAN DAN SETERUSNYA DITAWAN.

Assalamualaikum wrt dan salam sejahtera, 
Pendakian 2014 bersama beberapa 
anggota Majlis Perbandaran Kulim.
Penceritaan ini mungkin agak berbeza berbanding penceritaan ilmiah ataupun santai cara orang lain. Sebab apa?..sebab ini cara saya..hahahaha. Saya akan cerita pendakian 2014 untuk artikel PERSADA (versi web) dan Buletin MPKK selepas saya menghimpun semua gambar dan bahan-bahan daripada kawan yang lain. Nukilan ini hanyalah pengalaman saya dan kemungkinan juga ada yang tidak sama berbanding pengalaman orang yang lebih berpengalaman.
Pada saya, sekiranya anda masih muda, sihat tubuh badan, boleh jalan kaki pergi 'shopping' berjam-jam lamanya tanpa sakit kaki, anda boleh mencuba untuk mendaki Gunung Kinabalu, sama ada sampai atau tidak, saya tak boleh jamin, 'Mountain Guide' pun tak boleh jamin, semuanya terletak atas diri anda sendiri. Cuma apa yang boleh saya katakan, peluang untuk mereka-mereka yang memiliki tubuh badan yang baik untuk sampai ke puncak amat cerah bergantung pada keadaan cuaca.
Pendakian 2014 bersama 17 orang
yang  lain, termasuk 5 orang adik saya.
Seringkali juga saya terserempak dengan para pendaki yang usianya jauh lebih tua dari saya, semasa mendaki baru-baru ini saya ada terserempak dengan seorang pendaki warga Malaysia berbangsa Cina yang penuh uban di kepala, melihat keadaanya, saya menjangkakan yang usianya sekitar 60 tahun. Dia mendaki dari Mesilau dan bersama beberapa lagi pendaki lain dan semasa kami tiba di Laban Rata, dia sedang menunggu pendaki lain dari kumpulannya, apa yang mengagumkan saya, yang ditunggunya bukanlah yang lebih berusia darinya tetapi anggota kumpulannya yang jauh lebih muda darinya, sekitar lingkungan umur 20 – 35 tahun...Jangan tak caya...
Saya juga pernah mendaki dengan adik saya (Jaja Haszliza) pada tahun 2009 dan bersama jiran (Cikgu Shaari) serta kawan-kawan yang lain (Bazilah, Munirah, Amir, Khamis), kebanyakan mereka tidak ada pengalaman mendaki gunung dan adik saya bukanlah seorang yang aktif bersukan tetapi Syukur Alhamdulillah kami berdua selamat sampai ke puncak Gunung Kinabalu dengan tiga orang yang lain (Cikgu Shaari, Bazilah dan Munirah). Tahniah.
Sebelum kita ingin mendaki, kita perlu tanya diri kita dahulu, apa sebabnya kita ingin mendaki? Kerana kawan-kawan yang lain telah mendaki, saja nak cuba kemampuan diri atau macam-macam lagi, anda perlu tahu “What Drives You or Motivates You“?
Bila anda dah tahu sebab apa anda nak naik, yang lainnya akan jadi agak mudah, tetapi tidak bermakna pendakian tersebut adalah sesuatu yang mudah, anda mendaki gunung bukan berjalan di taman bunga, tambahan pula dengan ketinggian gunung tersebut, udara semakin nipis, bila anda mendaki sehingga aras 3000 meter dan ke atas, kita akan mengalami kesukaran bernafas sedikit, kita akan rasa cepat penat dan langkah akan jadi sedikit perlahan. Paling ditakuti, kemungkinan anda akan mendapat High Altitude Pulmonary Edema atau HAPE atau paling sering berlaku ialah  Acute Mountain Sickness (AMS) dan High Altitude Cerebral Edema ( HACE ). Trylah tanya simptom-simptomnya dekat pakcik Google ok untuk persediaan awal.
Pendakian saya pada tahun 2013 bersama 20 peserta daripada anggota Majlis Perbandaran
Kulim dan kawan-kawan daripada JPBD, LADA dan pihak swasta.
Kalau anda ingin mendaki secara santai tanpa terlalu membebankan diri, ada baiknya anda ambil 'porter' untuk membawa beg anda, atau anda boleh juga suruh 'Mountain Guide' anda bawa beg anda dengan sedikit bayaran. Percayalah 'backpack' yang kecil saiznya pun akan jadi satu beban yang cukup berat untuk kita. Cukup untuk kita bawa kamera dan 'trekking pole' sahaja. Tak perlu nak bawa makanan banyak-banyak kerana makanan dah termasuk dalam 'package' kos pendakian.
Sebelum mendaki kita di beri “packed lunch/breakfast”, hanya berupa sebotol air mineral, dua biji epal dan roti sandwich. Sebaiknya sebelum mendaki awal pagi elok anda bersarapan dahulu dengan makanan yang tidak terlalu berat, makan nasi goreng pun boleh, burger pun boleh, nasi lemak takut mengantuk pulak. Selebihnya bawa coklat seperti 'snickers' atau apa-apa jenama yang anda suka, tak perlu banyak sangat.
Air minuman pula, bawak botol air mineral yang kecil pun dah cukup, untuk sampai ke Laban Rata ada terdapat lebih kurang tujuh pondok untuk kita berhenti dan di setiap pondok tersebut ada disedikan tandas dan air dari gunung, insyaAllah selamat untuk diminum tetapi tidak digalakkan untuk meminum dalam kuantiti yang banyak.
Pendakian saya pada 2009 bersama 7 orang kawan-kawan yang lain. Hanya
5 orang berjaya sampai ke puncak.
Rasanya tak perlu lagi saya tulis panjang lebar tentang mendaki gunung ni kerana, dah beribu-ribu orang mendaki gunung ini dan cukup banyak tips-tips tentang mendaki Gunung Kinabalu yang boleh kita cari di internet ni. Cuma dari pengalaman saya sendiri, jangan mendaki terlalu laju, perlahan pun tidak mengapa, tetapi teruskan mendaki.
Jangan berhenti terlalu lama di satu-satu pondok, berhenti untuk mengalas perut sedikit ataupun untuk minum air selain mengambil gambar, elakkan berbual-bual panjang di pondok kerana kita takkan perasan masa berlalu. Kebiasaanya pendaki akan sampai ke Laban Rata, tempat bermalam seawal jam 12 PM dan 2:30 PM sekiranya mereka memulakan pendakian seawal 8 a.m pagi tetapi ada juga saya jumpa pendaki yang memberitahu kepada saya, terdapat beberapa orang dalam kumpulan mereka yang sampai ke Laban Rata pada jam 9 p.m malam dan ada juga yang sampai pada jam 11 p.m malam.
Setiap orang berbeza, kali ini saya dan kumpulan (18 orang termasuk saya) sampai di Laban Rata helipad seawal jam 2 p.m, - 5 p.m kali ini saya agak lewat tiba berbanding tahun lepas (2013) kerana kecederaan lutut. Dan sudah semestinya ini bukanlah rancangan saya untuk mendaki. 
Untuk maklumat 'dinner' disediakan seawall jam 4:30 PM, jadi kalau anda sampai awal pun belum ada lagi makanan di sediakan. "Take your time..beb", tak perlu nak cepat-cepat sangat. Yang penting sekali “Mental” kena kuat kerana kadang-kadang kita tewas di sini, walaupun tubuh badan kita masih lagi berupaya meneruskan pendakian, kita tewas “Mentally”. Jangan mudah patah semangat.
Bagi saya kepada yang berminat, cuba dulu, jangan dengan baca blog sana sini kita dah mengalah, tak cuba tak tahu. Orang kata “Di Mana Ada Kemahuan, Di Situ Ada Jalan, Inn sha Allah”. Jalan atau “trail” untuk ke puncak memang dah ada, takkan sesat, cuma anda perlu cari “Kekuatan Mental” untuk sampai ke puncak Gunung Kinabalu.
Yakin Boleh, Be Confident With Yourself…
Saya cukup yakin anda boleh...
SubhahanAllah, maha besar cipta Allah SWT.
Pendakian 2014 adalah mungkin pendakian terakhir saya. Tetapi kalau ada 'What Drives You or Motivates You', contohnya, wife ajak naik ker. Kenapa tidak sekali lagi?....hohoho. 
Jumpa lagi nanti. Salam.

Trip to Tip of Borneo;Tanjung Simpang Mengayau, Kudat


Klik sini, untuk gambar yang lain...citernya..bila free nnt baru nk karang...huhu atau tgk aje gambar u all lah tlng wat citernya...huhuhu...

Related sini dan sini.

Sedikit Info Dekinabalutrip'09


Peserta Dekinabalutrip'09

Senarai Perserta
1. Abd Talip b. Abd Rahman (Ketua Program Dekinabalutrip’09)
2. Saari b. Saad (Guru Sekolah)
3. Amir Hamzah b. Abdullah Sani (Juruteknik Pejabat Projek Zon Utara)
4. Khamis B. Awang (Pegawai Kementerian Pembangunan Luar Bandar)
5. Bazilah bt. Mohd. Ramaly (Ketua Unit OSC, Majlis Daerah Setiu)
6. Normunirah bt. Awaluddin (JPBD, Negeri Kedah)
7. Noor Mazidah bt. Mohd. Khir (Juruteknik Pejabat Projek Zon Utara)
8. Tarik Diri – masalah kesihatan
9. Tarik Diri – kenduri kahwin anak saudara
10. Tidak membuat confirmation awal...
(tempat ke 11 – ke 20 ditolak oleh penganjur)


Tentatif Perjalanan Dekinabalutrip09 (naik gunung sahaja)

8 Dis. 2009 (Selasa)

6.30 am - Berkumpul di Ambangan Height (rumah akuler)
7.00 am - Bertolak ke Airport Penang
8.00 am - Check-in penerbangan ke Kota Kinabalu,Sabah
10.15 am - Berlepas ke Kota Kinabalu-AirAsia
1.05 pm - Dijangka tiba di Bandaraya Kota Kinabalu
1.30pm – 3.00pm - Berehat di Kota Kinabalu,makan tengahari
Membeli keperluan mendaki
3.00pm - Perjalanan ke Kinabalu Park
5.00pm - Dijangka tiba di Kinabalu Park
Urusan Check-in di Hostel.
Bayaran Permit masuk ke Kinabalu Park

6.30pm – 7.30pm - Makan malam di Bayu/Balsam Restoran
7.30pm - Kemas peralatan dan keperluan yang akan dibawa mendaki Fasa pertama iaitu dari Timpohon Gate ke Laban Rata seperti :
Peringkat ini pendakian dibuat pada waktu siang, jadi sudah memadai memakai pakaian ringan seperti track bottom,t-shirts atau seluar pendek.
1. Cap/Hat
2. Sun-glasses
3. Baju hujan jenis pakai buang bagi meringankan beban
4. Kasut yang sesuai-kasut sukan sudah mencukupi.Tetapi untuk menjaga kaki dan ankle pakai kasut ‘high-cut’.
5. Jika selesa memakai slippers/sandals tidak menjadi masalah.ia juga boleh digunakan jika hendak ke Toilet dll.
6. Sun block for skin & lips (Factor 15+)
7. Face towels.
8. Botol air mineral 1 liter.Botol kosong boleh diisikan dengan air semasa di hentian pondok2 tersebut.
9. Bag plasik
10. Stokin 5 pasang
11. Kertas tissue
12. Makanan ringan dan mudah dimakan seperti raisins, chocolate, nuts, energy bars, glucose and some oral rehydration salts, Other food like instant noodle, instant coffee or tea, bread, canned sardines and tuna .
13. Bag kecil pinggang
14. Bag sandang kecil.Jika bag tidak kalis air.masukkan barang keperluan tadi didalam plastik bag sebelum dimasukan kedalam bag sandang.Limitkan beban yang hendak di tanggung kepada 10 kg.
15. Still camera.Pastikan batery,memory.
16. Walking/hiking stick (boleh dibeli di Timpohon Gate) kepada yang memerlukan sahaja.
17. Berus gigi,ubat gigi dll .
18. Kit ubat-ubatan,seperti:
· Painkillers (paracetamol/PANADOL is adequate. Strong painkillers should not be taken as they may mask the symptoms of altitude sickness)
· ster treatment
· Anti-nausea/anti-vomiting tablets
· Antihistamines
· Imodium or other anti-Diarrhea tablets
· Plasters/Band Aids
· Knee supports etc.
· Oral rehydration salts/sachets
· Insect repellent containing DEET

9 Dis. 2009 (Rabu)

6.00am - Bersedia untuk bergerak ke Pejabat Renjer
Kinabalu Park untuk pendaftaran
Sarapan pagi

7.30am – 8.00am - Urusan Pendaftaran peserta untuk mendapatkan tag nama serta bayaran:
Permit mendaki
Bayaran Guide
Bayaran Pengangkutan ke Timpohon Gate
Bayaran Insuran Nyawa
Bayaran untuk porter(jika perlu) - RM7 bagi 1 kg

8.00 am-8.30am
Menaiki Bas menuju ke Timpohon Gate
Disini pendaki dikehendaki melaporkan nama sebelum di benarkan melalui pintu gerbang ini

8.30am-4.30pm
Disepanjang pendakian ada disediakan beberapa pondok bagi pendaki merehatkan diri seperti Pondok kandis,Pondok Ubah,Pondok Lowii,Pondok Mempening,Pondok Layang-Layang,Pondok Villosa dan akhirnya Pondok Paka.
Disetiap pondok(shelter) ada disediakan tangki air minum untuk kemudahan pendaki

4.30pm-5.30pm
Daftar masuk ke Hostel Gunting Lagadan dan merehatkan diri

5.30pm-7.00pm
Makan malam di Laban Rata Resort
Kemudian balik ke hostel untuk rehatkan diri dan masuk tidur awal untuk mendapatkan kesegaran badan untuk awal pagi bagi memulakan pendakian fasa ke-2 ke puncak Gunung Kinabalu
10 Dis. 2009 (Khamis)

1.30 am
Bangun dan menyiapkan diri serta barang keperluan Seperti:
- Glove-pakai yang kalis air
- Cap
- TorchLight-jenis ikat di kepala (ikut guide aje)…kalau nak beli pun tak apa.
- Windbreaker
- Plastik bag
- Sweater
- Coklat bar
- ½ liter botol air mineral
- Camera
- Bateri tambahan
- Pastikan hanphone telah dicas sepenuhnya kerana kuasa bateri cepat hilang di puncak

2.30 am
Mulakan pendakian fasa ke-2.Pada peringkat ini pendakian dijalankan serentak dengan kumpulan lain.Bilangan pendaki dihadkan kepada 140 orang sahaja dalam satu masa.

6.00am
Setelah melalui sesak nafas dan kepayahan mendaki akhirnya kita tiba di puncak tertinggi di Asia Tenggara.

8.00am
Dijangka turun kembali ke Laban Rata.Pendaki tidak digalakkan lama berada di puncak,disebabkan kesukaran bernafas yang memberi kesan sakit kepala serta lalui turun dikhuatiri dilanda kabus yang akan menyukarkan perjalanan.

4.30 pm
Dijangka tiba di Kinabalu Park.Rehat sebentar disini sambil minum petang

5.30pm
Kembali ke Kota Kinabalu

8.30pm
Dijangka tiba di Tang Dinasty Hotel,Kota Kinabalu
Check-in di
Makan malam / aktiviti bebas
Tidur

11 Dis. 2009 (Jumaat)

7.00am-5.00pm
Aktiviti bebas.
Aktiviti pilihan yang disediakan penganjur
1. 3 pulau. Pulau Manukan, Pulau Sapi dan Pulau (aku tk ingat nama pulau tu)…
2. Shopping di pasar Philipine.

7.00 pm - 8.00 pm
Makan malam dan Aktiviti Bebas

12 Dis. 2009 (Sabtu)

4.30 am
Breakfast dan bertolak ke Airport Terminal 2 (Penerbangan Air Asia)

7.00 am
Bertolak ke Penang Airport

9.50 am
Dijangka tiba di Penang Airport


Persediaan kelengkapan MendakiTimpohon Gate ke Laban Rata. Mendakian Waktu Siang(Barangan Keperluan semasa mendaki)
Pendakian dijalankan pada waku siang yang kebiasanya panas dengan pancaran cahaya matahari, jadi pakaian yang ringkas seperti t-shirts berseluar pendek sudah memadai.
Track bottom pun sesuai juga
Cap/hat. (jika memerlukan)
Sun-glasses (jika memerlukan)
Baju hujan, persediaan jika hujan.gunakan jenis pakai buang bagi meringankan beban.Boleh di dapati di Kinabalu Park.
Kasut yang sesuai.memakai kasut jenis’high cut’mampu melindungi buku lali daripada cedera.Kasut sukan sudah memadai.
Sandal atau selipar.Setengah pendaki hanya memakai sandal dengan stokin tebal di peringkat pendakian ini. Ia juga boleh digunakan semasa di hostel di Gunting Lagadan, Laban Rata
Krim Penahan Cahaya Matahari
Tuala Muka.
Botol air mineral 1 liter.Botol ini boleh digunakan untuk mengisi air di setiap pondok perhentian
Kertas tisu
Makanan bertenaga yang mudah dibawa, seperti - raisins, chocolate, kacang, energy bars, glucose and some oral rehydration salts.
Disyorkan membawa makanan segera, seperti – maggi mee,makanan dalam tin dan juga kopi,teh dan roti bagi menjimatkan perbelanjaan di Laban Rata. (walau bagaimanapun ia perlu disembunyikan kerana tidak digalakan oleh pengurusan)
Beg plastik
Ubat penangkis seranggga
Ubat-Ubatan(yang ni aku akan sediakan)
Pouch Bag.Berguna semasa pendakian peringkat kedua
Bag sandang.Disyorkan gunakan bag yang kalis air hujan.Jika tidak bungkus pakaian anda didalam bag palstik sebelum dimasukkan kedalam bag sandang.Limitkan berat barangan yang akan dibawa mendaki hanya kurang dari 10kg.jangan menyiksa diri dengan mengangkat beban yang berat
Kamera untuk gambar atau video.Jangan lupa bateri tambahan,memori card atau negetif filem.Di Laban Rata Mahal
Tongkat, boleh didapati di Timpohon Gate(kepada yang memerlukan sahaja hanya RM 1 – 10 sahaja)
Tuala,berus gigi,ubat gigi serta sabun.

Penyakit Perubahan Altituide
Gunung Kinabalu di kategorikan sebagai gunung beraltitude tinggi(12,000 - 18,000 feet [3,658 - 5,487 meters) , jadi risiko anda mendapat “altitude sickness atau acute mountain sickness” (AMS) sentiasa ada..Laban Rata adalah tempat dimana anda akan berehat untuk satu malam sebelum meneruskan perjalanan ke Low’s Peak pada ketinggian(8,000 - 12,000 feet [2,438 - 3,658 meters]) bagi membiasakan diri dengan tekanan tanah tinggi. Anda perlu berhati dengan perubahan pada diri anda, kerana bukan semua orang akan mendapat kesan yang sama.Bagi anda yang belum pernah berada di kedudukan altitude tinggi eloklah waspada..
Pada peringkat ketinggian 10,000 feet (3,048 meters), 75% daripada kita akan menerima kesan AMS yang sederhana (Laban Rata, 3,270 meters/10,728 feet). Kesan ringan AMS seperti sakit kepala,pening, tak mampu bernafas,tiada selera makan,susah tidur,rasa nak muntah,rasa khayal.Kesan AMS lebih dirasai pada sebelah malam.Jika anda mengalami gejala di atas, eloklah mengambil penadol/paracetamol atau ubat tahan sakit.Kebiasaannya kesan AMS ini dapat di atasi dengan memakan penadol.Tetapi jika kesan AMS ini masih ada setelah memakan ubatan di atas, elok lah anda tidak meneruskan perjalanan
Panduan bagi mencegah AMS:
Jika anda merasakan terkena kesan AMS, eloklah berhenti mendaki sehingga kesan tersebut sabil atau hilang
· Selalu ingat, kesan AMS tak sama pada semua orang.Ada yang teruk ada yang biasa sahaja.
· Banyakkan minum air kosong.Pendaki akan kehilangan banyak air semasa mendaki (sekurang2nya 3-4 quarts sehari). Warna urine sepatutnya cerah.
· Adakan aktiviti ringan pada altitude ini, elakkan daripada banyak tidur.Kerana tidur akan mempercepatkan seseorang terkena AMS
· Elakkan merokok atau pengambilan dadah serta ubat tidur.
· Makan banyak karbohyidrat(nasi,roti)
· Jika gejala AMS masih terasa eloklah turun ke bawah

Nasihat Perubatan Kepada Pendaki
Setelah anda menyiapkan diri dengan kesihatan dan kekuatan tubuh badan sebelum mendaki, anda perlu juga menyediakan sebarang ubat melawan penyakit semasa pendakian.Kebiasanya kebanyakan pendaki menghadapi masalah dengan kesan acute gunung(Acute Mountain Sickness), kecederaan buku lali, lutut,anggota badan melecur dan sakit perut(kesan dari air gunung yang tak bertapis). Adalah di nasihatkan anda membawa bersama Kit perubatan sendiri.
Dibawah ini di senaraikan ubat-ubatan yang perlu anda bawa:
KOTAK KECEMASAN PERIBADI
Ubatan tahan sakit (paracetamol/PANADOL mencukupi.Ubatan tahan sakit yang kuat tidak digalakkan kerana ia memberi kesan sampingan kepada penyakit perubahan altitude
Ubatan merawat kulit melecur
Penahan loya/muntah
Anti- alahan(histamines)
Penahan cirit-birit(Imodium or other anti-Diarrhea tablets )
Plasters luka
Krim penahan matahari untuk kulit dan bibir
Penyokong lutut.
Paket garam rehidrat (oral rehydration salts)
Ubatan pelindung serangga DEET

KEPERLUAN KESIHATAN
Walaupun hampir keseluruhan laluan hingga ke puncak tidak memerlukan kemahiran teknik memanjat gunung, tetapi latihan kecergasan amatlah dituntut sebelum pendakian di jalankan. Adalah penting untuk memahami anda akan mendaki di pelbagai keadaan bentuk muka bumi.Ia akan memberikan tekanan kepada otot dan lutut. Perlu juga diingatkan kebanyakkan pendaki akan mengalami kecederaan semasa di dalam perjalanan turun. Semasa peringkat awal pendakian anda di nasihati memperlahankan langkah supaya membolehkan badan kita menyesuaikan diri dengan altitude ketinggian 3,000meters.Pada ketinggian ini kandungan oksigen hanya 70% berbanding pada paras aras-laut.
Untuk mendaki gunung Kinabalu:-Anda perlu berkeadaan fizikal yang baik.-Anda TIDAK berpenyakit lemah jantung atau dada.-Lutut dan kaki anda berada dalam keadaan baik..-Jangan terburu-buru dan tahu had fizikal anda..
Minta pandangan pakar fizikal:-Jika anda perlu mengambil sebarang jenis ubatan-Jika anda mengalami masalah kesihatan lain sila maklumkan lebih awal bagi persediaan pencegahan atau langkah lain yang difikirkan perlu.
Jika anda perlu memakan ubat semasa mendaki, anda perlu memaklumkan kepada doktor sebelum pendakian. Perubahan altitude dan tekanan mungkin memberi kesan sampingan.kepada ubatan yang di makan .



MAP dekinabalutrip'09


NOTA KHAS DARI PIHAK PENGUASA TAMAN SABAH
Adalah disarankan individu yang akan mendaki Gunung Kinabalu menjalankan pemeriksaan perubatan sebelum pendakian .Jika anda mempunya sejarah perubatan penyakit dibawah, anda amat tidak digalakkan peneruskan pendakian ini: Hypertension, Diabetes, Palpitation, Arthritis, Heart disease, severe anemia, Peptic ulcers, Epileptic fits, Obesity (overweight), Chronic asthma, Muscular cramps, Hepatitis (jaundice); atau penyakit lain yang akan memberi kesan kepada pendakian.Pendakian Gunung Kinabalu merupakan “pendakian sekali seumur hidup” bagi kebanyakkan orang, oleh itu persediaan rapi amatlah dituntut sebelum mendaki. Dengan mendapatkan maklumat lengkap dan jadual persedian yang sempurna, anda akan berpeluang cerah untuk mencapai kemuncak gunung.Nota di atas di sampaikan oleh Pihak Berkuasa Taman Sabah.Anda dinasihatkan mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh mereka untuk menghindarkan kemalangan atau anda di timpa sakit semasa di atas gunung.

dekinabalutrip09


Bayaran(boleh dibuat 2 kali) adalah termasuk mendaki gunung sehingga menuju puncak(sijil diberikan), penginapan di Kota Kinabalu dan Gunung, melawat 3 pulau dan berhenti mandi serta snorkeling(option) di pulau manukan. Shopping di pasar philippine serta shopping kompleks berhampiran...kalau larat lah...hehehe...
Promosi ini adalah sehingga 3 September 09(tarikh tutup penyertaan), penyertaan hanya terhad 20 orang peserta. Ikut jangan tak ikut, ada berani, jom sertai kami....bla...bla...bla
dekinabalutrip09

Cuti Hujung Minggu; Part Finale: Tercapainya hajat...

U all layan gambo ni ajelah eh... malas nk citer. Citerpun bukannya u all nk baca..huhuhu.
(semua gambo mandi tidak dapat ditunjukkan atas nasihat awek, kerana tdpt capture yg memaparkan unsur 18 SX..huhuhu..terutamanya akuler...)

Apapun..hajat kami dah tercapai. Alhamdullilah.










____
Cuti Hujung Minggu
- T.A.M.A.T -

Cuti Hujung Minggu; Part II : Bayview Beach Resort atau Bayview Hotel?


Habis tengok wayang kami terus ke hotel. Hotel tu kt Batu Ferringgi. Awek ada sebut 'Bay View Hotel"katanya. Aik...mcm tak betui aje. Dari semalam dah rasa mcm tak betui. Sbb apa?...ntahlah. Setahu aku Bay View Hotel ada kt Georgetown aje.

"Ha...sah btul...awek aku mention nama hotel tu tak betul...hahaha. Sebtulnya Bayview Beach Resort Penang bukan Bayview Hotel. Klu bayview mmg kt G'town. Tk apalah, yang penting jalan nk pi sana betul. Telinga aku hmpir cair sbb dari tadi Mardiah dok tanya, bila nak pi hotel. Ibu pun dah beli google kat parkson tadi. Ntah sbb apa. Rasanya adalah tu...rungkai hati. Biarlah dia. Dari G'town ke Batu Feringgi ambik masa dalam 20 minit hingga 1/2 jam. Sampai Hotel tepat jam 4. Check in.

Sbnrnya, awek dah booking hotel ni 2 hari sebelumnya. Dah mention tarikh 3 julai. Tp rekod kt hotel 31 Julai. Mangkuk betui. Nasib baik bilik banyak lagi. Klu tak.....(u all fikirlah sendiri).

Mardiah dari tadi tak sabar nk mandi kolam. Tujuan kami datang sini pun semata2 nak mandi. Tapi bukan kolam, mandi pantailah. Tu yang cari hotel yg dkat pantai. Kami nak rendam Wafi kt air laut. Org tua kata klu nk bagi kulit baby sembuh n elok (dari ruam atau radang kulit) rendam kt laut..huhuhu. Betui ker?...Aku dh google kat ternet, try cari, tp tak jumpa pun. Mybe, tak publish lg kot. Anywy, yg penting kami mncuba. Ntah org tua mana yg aku dengaq, aku tak pasti. U all jgn pulak percaya sngt. Kami tk rugi apapun. Jgn esok kuar metro edisi penang; Pantai Bt. Feringgi: Ubat Ruam (sumber kat aman?.. haah...blog ni lah yg ditulis kecil dipenjuru kiri sblh atas bawah tajuk berita). Mampos aku. Kami tk apa, dpt jalan2 bak kata awek. Jalan2 beb. Dia sponsor wei. Hotel 4 bintang tuh...Kononnya aku ada kata b'4 tu, smpena hadiah bsday dia...hahaha. Tgk, mai sini....dia yg kena 'seret'. Tp sbnrnya dh lama plan. Cuma hari ni yg dpt pi. 2 minggu sblmnya, Wafi demam dan ada hal sikit. Tq Ibu kerana menaja pakej percutian ini..hehehe love u.

Sepanjang perjalanan wafi tido, Mardiah tk abih2 tanya bila nak sampai. Aku plak, sibuk dok fikir wujud ker hotel tu kt Bt. Feringgi nih. Sempat mardiah tido seround, Ibu was-was....tup..tup semua dah settle. Msuk bilik aje, mardiah dah ready nk mandi...mmg teruja betul budak ni klu pi hotel. Terutama hotel yg provide swimming pool. Layan...




















(bersambung...)

Cuti Hujung Minggu; Part I : GH Penang dan Plaza Gurney

Selesai perkara di GH Penang, kami terus ke Plaza Gurney. Appointment ngan pakar Neurological Surgery. Kena postpond. Pakar memang tak ada masa tu. Pakar tu cuma ada pada selasa dan khamis. Aku dan awek decide ambik khamis. So, khamis depan 9 Julai 2009, jam 10.30 pagi. Dah set ngan awek kena cuti...hopely, tk ada apa. Walaupun masih risau dan tertanya2. Kenapa Neurological Surgery? Apa Neurological Surgery? tak apalah tunggu khamis ni. Wafi sebenarnya sihat luaran, cuma kami nak bagi puas hati sbb tengok dev. progress Wafi mcm lambat sikit. Tak mcm baby biasa. So, untuk langkah awal, kami jumpa pakar, nak tahu apa katanya. Doakan kami mudah-mudahan Arif Wafi tak ada apa. Pasal Neurological Surgery tu u all google kt sini. Baca ajelah utk pengetahuan. Sebenarnya, masa umur wafi 3 bulan dulu, kami ada buat brainscan, dr pun mention pasal ada cecair dalam otak (water on the brain) atau Hydrocephalus. Baca sini. Dan kesan Hydrocephalus disini. Sebab tu nak refer pakar. Lagi pun ia atas advise Tok Wan Wafi (Tok Wan adalah salah sorg dr kt KMC. Dr. Razif, Kedah Medical Center. Kami selalu berjumpa dia dan sbb itu kami gelar dia Tok Wan Wafi..huhuhu)...beribu habis wei. Klu ada ibu bapa yg ada pengalaman, just share ngan kami.

Kami teruskan dengan aktiviti cuti hujung minggu kami. Makan tengah hari seh. Baru jam 12.15 t/hari. Check ini hotel jam 3 - 4. So ada masa jalan2 kat Gurney. Entah mcm mana aku terlepas cakap pasal citer carton animation kt wayang. ICE AGE..."Yea...yea...ayah nak tengok wayang citer Ice Age, bleh tak"? Ok, jom. Awek ngan wafi, gi shoping. Aku ngan mardiah tengok wayang. Show jam 1. Layan. Best memang best. Yang tk best kami ambik show 3D, aku memang tk berkenan nak kena pakai spek 3D tu. Naik pening kepala. Tk dah trambik yg tu, layan ajelah. yang penting mardiah gumbira. Dan dia tunjuk dengan perkataan "Wahhh". Klu dia dah kata mcm tu, kira oklah tu.
(bersambung...)

Tringin nk mandi kt pantai...fuhhh

Bah, kali nik K.A.M.I brkurapak dlm loghat brunei. Nyatu tah, klu inda brapa paham tu, kamu tanya sajalah bah. Gambar2 ani diambil masa bercuti di Sabah (balik kampung), Ku rasa tahun 2006 brangkali. Inda ku brapa perasan. Lama sudah inda mandi pantai, siok aku liat gambar2 ani. Bah, tantang banar2. Ku rasa inda payah paham. Liat gambar sudah. Semasa bercuti di Pulau Manukan .




Teringin kan mandi pantai...

XPDC Gunung Baling

Hampir 2 tahun aku di tempatkan di sini. Mulai hari pertama, aku dh teringin nak panjat gunung ni. Bukan apa, saja suka2. Memamg syok. Mulanya nk panjat 2 minggu sudah. Tapi ada aktiviti lain plak. Memenuhi jemputan kahwin merata tempat. Yerlah, waktu cuti sekolah. Bila cuti sekolah aje, kenduri bercambah. Cuti sekolah adalah musim 'mengawan' bagi orang melayu...huhuhu. Tgk bangsa len, tak kisah pun nak buat hari apa.

Mengenai Gunung Baling ni. Ketinggian lebih kurang 420 meter. Ia merupakan sejenis gunung limestone outcrops atau bahasa mudahnya yang ada gua batu kapur yang dihuni kelawar. Lokasi :Mukim Pulai, Daerah Baling, Kedah. Koordinat puncak tertinggi gunung ini adalah 5°40.790’N 100°54.567’E. Klik Google Map untuk melihat peta. Kami start mendaki di Kg. Bawah Gunung.

9.15 Pagi: Bersedia untuk bertolak. Tapi masih menunggu seorang lagi member belum sampai. Katanya masih panaskan badan kat kolam air panas ulu legong...hehehe yg tu aku tambah.

9.25 Pagi:
Perjalanan mendaki bermula, yang aku risau sangat...pacat. Harap2 keluarga pacat masih tido. Grombolan kami menyusuri kebun2 orang kampung. Durian bersepah, atas kepala bawah tanah. Bawah tanah ditebuk tupai, atas kepala yang aku risau. Jatuh atas kepala...fuhhh...panjang cerita.

10.15 Pagi: Melalui trek berbatu. Mencabar bagi aku, sian kat sorang member. Ketinggalan merata. Mulut yg nyaring tu pun dah diam tak berkata...Penat agaknya. Yang aku respect kat pompuan nih, pergghhh...mmg kuat. Apa lah dia makan ntah. Aku dah mengeluh, peluh dah hampir habis...dia..still cool beb. Nama dia cukup aku panggil Huda. dah kampung pun duk bawah bukit ni aje.
10.45 Pagi: Aku tk kisah, dari sejam yg lalu aku dengaq member kata dah nak sampai. Tp, sampai sekarang tak sampai2...Dalam hati...cinabeng betul. Tapi kat luar...jaga penafasan. Kerap juga terkentut sepanjang perjalanan. Harap benda hidup yang terhidu kentut aku tu paham. Depa tak peduli perlakuan buruk kita kepada alam ia akan selalu membuka lebar tanganya menyambut kita, selayaknya kita berlajar darinya dan menjadi sahabatnya. Mintak kebenaran dulu.
11.10 Pagi: Aku kira dah sampai puncak. Tapi kini kami kena melalui trek batu kampur yang berbentuk-bentuk dan tajam. Bahaya. Malang aku pulak masa tuh. Kaki kejang, sikit aje lagi. Yang lain dah memacu mcm dah tak ingat dunia. Aku hanya duduk menahan sakit. Ada jgak mamat nih kesian kat aku. Dia bagi bantuan urutan tenaga batin..huhuhu. Tapi kena teruskan jugak. Tinggal beberapa tapak aje lagi.

11.36 Pagi. Akhirnya grombolan kami sampai. Lega. Tak payah fikir nak balik, jom kita tgk dunia melalui gunung ini. Kita nikmati alam. Bila lagi, entah esok lusa, aku dah tak ada di sini...atau tak ada lagi di dunia ini. Hampir setengah jam di puncak. Inilah hari yang paling mencabar sepanjang tahun 2009. Mungkin akan ada lagi. Stay tune...


'Vote Sipadan Island to be the New 7 Wonders of Nature'

Kempen 'Vote Sipadan Island to be the New 7 Wonders of Nature'. Semua rakyat Malaysia diseru untuk bersama-sama menyertai kempen ini. Undilah Pulau Sipadan melalui www.votesipadan.com atau www.new7wonders.com agar Pulau Sipadan berjaya memasuki pusingan yang seterusnya. Tempoh undian akan berakhir pada 7 Julai 2009.

Aku sudah mengundi..anda bila lagi !!!

Semasa di Vietnam, Julai 2007.

(Entri tertunggak 2007)
Di sebuah bandar Vietnam (Saigon), Julai 2007. (klik gambar utk gambar besar)
Apa yang anda fikir tentang gambar ini jika anda seorang town planner ?.
 
Copyright 2009 Blog K.A.M.I All rights reserved.
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Blogspot Templates From Wordpress Theme by EZwpthemes