Sedikit Info Dekinabalutrip'09


Peserta Dekinabalutrip'09

Senarai Perserta
1. Abd Talip b. Abd Rahman (Ketua Program Dekinabalutrip’09)
2. Saari b. Saad (Guru Sekolah)
3. Amir Hamzah b. Abdullah Sani (Juruteknik Pejabat Projek Zon Utara)
4. Khamis B. Awang (Pegawai Kementerian Pembangunan Luar Bandar)
5. Bazilah bt. Mohd. Ramaly (Ketua Unit OSC, Majlis Daerah Setiu)
6. Normunirah bt. Awaluddin (JPBD, Negeri Kedah)
7. Noor Mazidah bt. Mohd. Khir (Juruteknik Pejabat Projek Zon Utara)
8. Tarik Diri – masalah kesihatan
9. Tarik Diri – kenduri kahwin anak saudara
10. Tidak membuat confirmation awal...
(tempat ke 11 – ke 20 ditolak oleh penganjur)


Tentatif Perjalanan Dekinabalutrip09 (naik gunung sahaja)

8 Dis. 2009 (Selasa)

6.30 am - Berkumpul di Ambangan Height (rumah akuler)
7.00 am - Bertolak ke Airport Penang
8.00 am - Check-in penerbangan ke Kota Kinabalu,Sabah
10.15 am - Berlepas ke Kota Kinabalu-AirAsia
1.05 pm - Dijangka tiba di Bandaraya Kota Kinabalu
1.30pm – 3.00pm - Berehat di Kota Kinabalu,makan tengahari
Membeli keperluan mendaki
3.00pm - Perjalanan ke Kinabalu Park
5.00pm - Dijangka tiba di Kinabalu Park
Urusan Check-in di Hostel.
Bayaran Permit masuk ke Kinabalu Park

6.30pm – 7.30pm - Makan malam di Bayu/Balsam Restoran
7.30pm - Kemas peralatan dan keperluan yang akan dibawa mendaki Fasa pertama iaitu dari Timpohon Gate ke Laban Rata seperti :
Peringkat ini pendakian dibuat pada waktu siang, jadi sudah memadai memakai pakaian ringan seperti track bottom,t-shirts atau seluar pendek.
1. Cap/Hat
2. Sun-glasses
3. Baju hujan jenis pakai buang bagi meringankan beban
4. Kasut yang sesuai-kasut sukan sudah mencukupi.Tetapi untuk menjaga kaki dan ankle pakai kasut ‘high-cut’.
5. Jika selesa memakai slippers/sandals tidak menjadi masalah.ia juga boleh digunakan jika hendak ke Toilet dll.
6. Sun block for skin & lips (Factor 15+)
7. Face towels.
8. Botol air mineral 1 liter.Botol kosong boleh diisikan dengan air semasa di hentian pondok2 tersebut.
9. Bag plasik
10. Stokin 5 pasang
11. Kertas tissue
12. Makanan ringan dan mudah dimakan seperti raisins, chocolate, nuts, energy bars, glucose and some oral rehydration salts, Other food like instant noodle, instant coffee or tea, bread, canned sardines and tuna .
13. Bag kecil pinggang
14. Bag sandang kecil.Jika bag tidak kalis air.masukkan barang keperluan tadi didalam plastik bag sebelum dimasukan kedalam bag sandang.Limitkan beban yang hendak di tanggung kepada 10 kg.
15. Still camera.Pastikan batery,memory.
16. Walking/hiking stick (boleh dibeli di Timpohon Gate) kepada yang memerlukan sahaja.
17. Berus gigi,ubat gigi dll .
18. Kit ubat-ubatan,seperti:
· Painkillers (paracetamol/PANADOL is adequate. Strong painkillers should not be taken as they may mask the symptoms of altitude sickness)
· ster treatment
· Anti-nausea/anti-vomiting tablets
· Antihistamines
· Imodium or other anti-Diarrhea tablets
· Plasters/Band Aids
· Knee supports etc.
· Oral rehydration salts/sachets
· Insect repellent containing DEET

9 Dis. 2009 (Rabu)

6.00am - Bersedia untuk bergerak ke Pejabat Renjer
Kinabalu Park untuk pendaftaran
Sarapan pagi

7.30am – 8.00am - Urusan Pendaftaran peserta untuk mendapatkan tag nama serta bayaran:
Permit mendaki
Bayaran Guide
Bayaran Pengangkutan ke Timpohon Gate
Bayaran Insuran Nyawa
Bayaran untuk porter(jika perlu) - RM7 bagi 1 kg

8.00 am-8.30am
Menaiki Bas menuju ke Timpohon Gate
Disini pendaki dikehendaki melaporkan nama sebelum di benarkan melalui pintu gerbang ini

8.30am-4.30pm
Disepanjang pendakian ada disediakan beberapa pondok bagi pendaki merehatkan diri seperti Pondok kandis,Pondok Ubah,Pondok Lowii,Pondok Mempening,Pondok Layang-Layang,Pondok Villosa dan akhirnya Pondok Paka.
Disetiap pondok(shelter) ada disediakan tangki air minum untuk kemudahan pendaki

4.30pm-5.30pm
Daftar masuk ke Hostel Gunting Lagadan dan merehatkan diri

5.30pm-7.00pm
Makan malam di Laban Rata Resort
Kemudian balik ke hostel untuk rehatkan diri dan masuk tidur awal untuk mendapatkan kesegaran badan untuk awal pagi bagi memulakan pendakian fasa ke-2 ke puncak Gunung Kinabalu
10 Dis. 2009 (Khamis)

1.30 am
Bangun dan menyiapkan diri serta barang keperluan Seperti:
- Glove-pakai yang kalis air
- Cap
- TorchLight-jenis ikat di kepala (ikut guide aje)…kalau nak beli pun tak apa.
- Windbreaker
- Plastik bag
- Sweater
- Coklat bar
- ½ liter botol air mineral
- Camera
- Bateri tambahan
- Pastikan hanphone telah dicas sepenuhnya kerana kuasa bateri cepat hilang di puncak

2.30 am
Mulakan pendakian fasa ke-2.Pada peringkat ini pendakian dijalankan serentak dengan kumpulan lain.Bilangan pendaki dihadkan kepada 140 orang sahaja dalam satu masa.

6.00am
Setelah melalui sesak nafas dan kepayahan mendaki akhirnya kita tiba di puncak tertinggi di Asia Tenggara.

8.00am
Dijangka turun kembali ke Laban Rata.Pendaki tidak digalakkan lama berada di puncak,disebabkan kesukaran bernafas yang memberi kesan sakit kepala serta lalui turun dikhuatiri dilanda kabus yang akan menyukarkan perjalanan.

4.30 pm
Dijangka tiba di Kinabalu Park.Rehat sebentar disini sambil minum petang

5.30pm
Kembali ke Kota Kinabalu

8.30pm
Dijangka tiba di Tang Dinasty Hotel,Kota Kinabalu
Check-in di
Makan malam / aktiviti bebas
Tidur

11 Dis. 2009 (Jumaat)

7.00am-5.00pm
Aktiviti bebas.
Aktiviti pilihan yang disediakan penganjur
1. 3 pulau. Pulau Manukan, Pulau Sapi dan Pulau (aku tk ingat nama pulau tu)…
2. Shopping di pasar Philipine.

7.00 pm - 8.00 pm
Makan malam dan Aktiviti Bebas

12 Dis. 2009 (Sabtu)

4.30 am
Breakfast dan bertolak ke Airport Terminal 2 (Penerbangan Air Asia)

7.00 am
Bertolak ke Penang Airport

9.50 am
Dijangka tiba di Penang Airport


Persediaan kelengkapan MendakiTimpohon Gate ke Laban Rata. Mendakian Waktu Siang(Barangan Keperluan semasa mendaki)
Pendakian dijalankan pada waku siang yang kebiasanya panas dengan pancaran cahaya matahari, jadi pakaian yang ringkas seperti t-shirts berseluar pendek sudah memadai.
Track bottom pun sesuai juga
Cap/hat. (jika memerlukan)
Sun-glasses (jika memerlukan)
Baju hujan, persediaan jika hujan.gunakan jenis pakai buang bagi meringankan beban.Boleh di dapati di Kinabalu Park.
Kasut yang sesuai.memakai kasut jenis’high cut’mampu melindungi buku lali daripada cedera.Kasut sukan sudah memadai.
Sandal atau selipar.Setengah pendaki hanya memakai sandal dengan stokin tebal di peringkat pendakian ini. Ia juga boleh digunakan semasa di hostel di Gunting Lagadan, Laban Rata
Krim Penahan Cahaya Matahari
Tuala Muka.
Botol air mineral 1 liter.Botol ini boleh digunakan untuk mengisi air di setiap pondok perhentian
Kertas tisu
Makanan bertenaga yang mudah dibawa, seperti - raisins, chocolate, kacang, energy bars, glucose and some oral rehydration salts.
Disyorkan membawa makanan segera, seperti – maggi mee,makanan dalam tin dan juga kopi,teh dan roti bagi menjimatkan perbelanjaan di Laban Rata. (walau bagaimanapun ia perlu disembunyikan kerana tidak digalakan oleh pengurusan)
Beg plastik
Ubat penangkis seranggga
Ubat-Ubatan(yang ni aku akan sediakan)
Pouch Bag.Berguna semasa pendakian peringkat kedua
Bag sandang.Disyorkan gunakan bag yang kalis air hujan.Jika tidak bungkus pakaian anda didalam bag palstik sebelum dimasukkan kedalam bag sandang.Limitkan berat barangan yang akan dibawa mendaki hanya kurang dari 10kg.jangan menyiksa diri dengan mengangkat beban yang berat
Kamera untuk gambar atau video.Jangan lupa bateri tambahan,memori card atau negetif filem.Di Laban Rata Mahal
Tongkat, boleh didapati di Timpohon Gate(kepada yang memerlukan sahaja hanya RM 1 – 10 sahaja)
Tuala,berus gigi,ubat gigi serta sabun.

Penyakit Perubahan Altituide
Gunung Kinabalu di kategorikan sebagai gunung beraltitude tinggi(12,000 - 18,000 feet [3,658 - 5,487 meters) , jadi risiko anda mendapat “altitude sickness atau acute mountain sickness” (AMS) sentiasa ada..Laban Rata adalah tempat dimana anda akan berehat untuk satu malam sebelum meneruskan perjalanan ke Low’s Peak pada ketinggian(8,000 - 12,000 feet [2,438 - 3,658 meters]) bagi membiasakan diri dengan tekanan tanah tinggi. Anda perlu berhati dengan perubahan pada diri anda, kerana bukan semua orang akan mendapat kesan yang sama.Bagi anda yang belum pernah berada di kedudukan altitude tinggi eloklah waspada..
Pada peringkat ketinggian 10,000 feet (3,048 meters), 75% daripada kita akan menerima kesan AMS yang sederhana (Laban Rata, 3,270 meters/10,728 feet). Kesan ringan AMS seperti sakit kepala,pening, tak mampu bernafas,tiada selera makan,susah tidur,rasa nak muntah,rasa khayal.Kesan AMS lebih dirasai pada sebelah malam.Jika anda mengalami gejala di atas, eloklah mengambil penadol/paracetamol atau ubat tahan sakit.Kebiasaannya kesan AMS ini dapat di atasi dengan memakan penadol.Tetapi jika kesan AMS ini masih ada setelah memakan ubatan di atas, elok lah anda tidak meneruskan perjalanan
Panduan bagi mencegah AMS:
Jika anda merasakan terkena kesan AMS, eloklah berhenti mendaki sehingga kesan tersebut sabil atau hilang
· Selalu ingat, kesan AMS tak sama pada semua orang.Ada yang teruk ada yang biasa sahaja.
· Banyakkan minum air kosong.Pendaki akan kehilangan banyak air semasa mendaki (sekurang2nya 3-4 quarts sehari). Warna urine sepatutnya cerah.
· Adakan aktiviti ringan pada altitude ini, elakkan daripada banyak tidur.Kerana tidur akan mempercepatkan seseorang terkena AMS
· Elakkan merokok atau pengambilan dadah serta ubat tidur.
· Makan banyak karbohyidrat(nasi,roti)
· Jika gejala AMS masih terasa eloklah turun ke bawah

Nasihat Perubatan Kepada Pendaki
Setelah anda menyiapkan diri dengan kesihatan dan kekuatan tubuh badan sebelum mendaki, anda perlu juga menyediakan sebarang ubat melawan penyakit semasa pendakian.Kebiasanya kebanyakan pendaki menghadapi masalah dengan kesan acute gunung(Acute Mountain Sickness), kecederaan buku lali, lutut,anggota badan melecur dan sakit perut(kesan dari air gunung yang tak bertapis). Adalah di nasihatkan anda membawa bersama Kit perubatan sendiri.
Dibawah ini di senaraikan ubat-ubatan yang perlu anda bawa:
KOTAK KECEMASAN PERIBADI
Ubatan tahan sakit (paracetamol/PANADOL mencukupi.Ubatan tahan sakit yang kuat tidak digalakkan kerana ia memberi kesan sampingan kepada penyakit perubahan altitude
Ubatan merawat kulit melecur
Penahan loya/muntah
Anti- alahan(histamines)
Penahan cirit-birit(Imodium or other anti-Diarrhea tablets )
Plasters luka
Krim penahan matahari untuk kulit dan bibir
Penyokong lutut.
Paket garam rehidrat (oral rehydration salts)
Ubatan pelindung serangga DEET

KEPERLUAN KESIHATAN
Walaupun hampir keseluruhan laluan hingga ke puncak tidak memerlukan kemahiran teknik memanjat gunung, tetapi latihan kecergasan amatlah dituntut sebelum pendakian di jalankan. Adalah penting untuk memahami anda akan mendaki di pelbagai keadaan bentuk muka bumi.Ia akan memberikan tekanan kepada otot dan lutut. Perlu juga diingatkan kebanyakkan pendaki akan mengalami kecederaan semasa di dalam perjalanan turun. Semasa peringkat awal pendakian anda di nasihati memperlahankan langkah supaya membolehkan badan kita menyesuaikan diri dengan altitude ketinggian 3,000meters.Pada ketinggian ini kandungan oksigen hanya 70% berbanding pada paras aras-laut.
Untuk mendaki gunung Kinabalu:-Anda perlu berkeadaan fizikal yang baik.-Anda TIDAK berpenyakit lemah jantung atau dada.-Lutut dan kaki anda berada dalam keadaan baik..-Jangan terburu-buru dan tahu had fizikal anda..
Minta pandangan pakar fizikal:-Jika anda perlu mengambil sebarang jenis ubatan-Jika anda mengalami masalah kesihatan lain sila maklumkan lebih awal bagi persediaan pencegahan atau langkah lain yang difikirkan perlu.
Jika anda perlu memakan ubat semasa mendaki, anda perlu memaklumkan kepada doktor sebelum pendakian. Perubahan altitude dan tekanan mungkin memberi kesan sampingan.kepada ubatan yang di makan .



MAP dekinabalutrip'09


NOTA KHAS DARI PIHAK PENGUASA TAMAN SABAH
Adalah disarankan individu yang akan mendaki Gunung Kinabalu menjalankan pemeriksaan perubatan sebelum pendakian .Jika anda mempunya sejarah perubatan penyakit dibawah, anda amat tidak digalakkan peneruskan pendakian ini: Hypertension, Diabetes, Palpitation, Arthritis, Heart disease, severe anemia, Peptic ulcers, Epileptic fits, Obesity (overweight), Chronic asthma, Muscular cramps, Hepatitis (jaundice); atau penyakit lain yang akan memberi kesan kepada pendakian.Pendakian Gunung Kinabalu merupakan “pendakian sekali seumur hidup” bagi kebanyakkan orang, oleh itu persediaan rapi amatlah dituntut sebelum mendaki. Dengan mendapatkan maklumat lengkap dan jadual persedian yang sempurna, anda akan berpeluang cerah untuk mencapai kemuncak gunung.Nota di atas di sampaikan oleh Pihak Berkuasa Taman Sabah.Anda dinasihatkan mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh mereka untuk menghindarkan kemalangan atau anda di timpa sakit semasa di atas gunung.
 
Copyright 2009 Blog K.A.M.I All rights reserved.
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Blogspot Templates From Wordpress Theme by EZwpthemes