BERMULA DENGAN
PERANCANGAN
Umum mengetahui bahawa terjadinya sebuah rumah adalah hasil
daripada petukang-petukang, buruh-buruh dan pekerja-pekerja yang mengangkut,
mengikat dan menambat kayu kayan batu dan simen membentuk tiang dinding dan
atap. Ditebuk lubang di atas dan di bawah juga di tengah bagi mengalirkan udara
segar supaya ‘roh’ yang mediaminya kelak kekal sihat sejahtera tanpa penyakit.
Ia dipanggil tingkap anjung dan pintu. Semua elemen ini membentuk sebuah
kediaman yang kita panggil rumah. Kediaman atau rumah ini pada hakikinya tempat
atau ruang kita berteduh, berlindung dan berehat dan jarang sekali kita
menggunakannya untuk pergi menangkap ikan atau berlumba di Litar Sepang. Rumah
dibina hanya untuk tujuan berkenaan yang kita panggil objektif dan tujuan serta
akhirnya ada manfaat yang kita dapat daripadanya.
Adakah kita terlupa bahawa, sebelum terdirinya sebuah rumah
kediaman, ianya diconteng, dilakar dan dilukis di atas kertas, tanah hatta di daun
atau batang pisang sekalipun. Proses ini kita panggil merekabentuk atau ‘perancangan’.
Amatlah besar makna perancangan ini kerana ia merupakan elemen jangkaan,
taksiran dan nilaian yang dimasukan ke dalam lakaran tadi dengan mengambilkira apa
sahaja yang akan berlaku pada masa hadapan. Dinding dirancang supaya
menggunakan jenis kayu yang tahan lama, dinding simen yang serap haba, dinding
kaca yang telap cahaya dan sebagainya dan lain-lain. Banyak lagi elemen yang
perancangan penggunaannya dan pembinaannya mengambil kira keperluan masa
hadapan. Ekoran istilah perancangan ini, terbentuk syarat-syarat, garis
panduan, seterusnya undang-undang yang perlu dipatuhi bagi memastikan segala
perancangan yang dicadang mencapai kejayaan.
Perancangan ialah
sesuatu yang bersifat masa depan. Dalam bahasa yang mudah, perancangan ruang dijalankan
bagi memastikan masa hadapan yang bakal dilalui berada dalam keadaan yang
selesa dan tenteram. Begitulah halnya mengenai kediaman atau rumah
tadi. Contoh yang sangat mudah difahami bukan?. Rumah hanya suatu ruang (space)
untuk didiami, berlindung dan beristirehat walaupun didalamnya ada ruang-ruang
yang dikhaskan seperti bilik tidur, dapur atau ruang tamu. Pembahagian ruang
ini diwujudkan supaya tujuan keselesaan dan ketenteraman mencapai tahap yang
diingini.
Dalam aspek
Perancangan Bandar, perancangan bersifat masa hadapan yang mempunyai visi bagi
mewujudkan sebuah kawasan atau reruang spatial yang harmoni dan sejahtera.
Iaitu keseimbangan antara penduduk dengan alam persekitaran. Bagi
memastikan perancangan sebuah bandar mencapai kejayaan, undang-undang perlu ada
dan dilaksanakan. Siapa sahaja yang terlibat dalam hal berkaitan perancangan
sebuah Bandar, skim perumahan, pusat perniagaan, taman perindustrian dan
sebagainya perlu mematuhi undang-undang yang dikuatkuasakan. Ini kerana
undang-undang yang diwujudkan bersifat “wajib’ yang mesti dipatuhi dan diikuti
oleh setiap golongan yang terlibat dalam bidang Perancangan Bandar.
KEWUJUDAN
UNDANG-UNDANG
Di zaman-zaman awal, pemilik-pemilik tanah bebas untuk
menjalankan sebarang jenis pembangunan ke atas tanah mereka tanpa sebarang
kawalan atau sekatan. Natijahnya, timbul isu pembangunan seperti berlakukan
pembangunan tanah yang tidak teratur, isu banjir disebabkan perparitan yang
tidak menemui titik akhir (final discharge), tanah runtuh disebabkan tiada
kawalan pembangunan lereng bukit, agihan kemudahan awan serta infrastruktur
yang tidak tersusun dan isu-isu lain yang membantutkan pembangunan Bandar.
Implikasi ini adalah disebabkan ketiadaan panduan kepada pemilik tanah bagi
membangunkan tanah walaupun bertujuan baik bagi meningkatkan kualiti
persekitaran fizikal (Ismail Ibrahim,2000).
Bangkitnya kesedaran terhadap ideologi “kepentingan awam
melebihi kepentingan individu” maka wujudlah keperluan supaya hak terhadap
pembangunan dan pemajuan tanah perlu dikawal agar ianya tidak menimbulkan
masalah kepada awam.
Hakikatnya, aktiviti perancangan bandar diterjemahkan
sebagai “satu proses persediaan, terdahulu dan di dalam bentuk teratur,
cadangan-cadangan bagi dasar-dasar dan tindakan untuk mencapai tujuan yang
tertentu” (JPBD,2001). Selain itu ia membawa maksud “pengawalan terhadap
pembagunan dengan cara mengawal tanah” (JPBD,2001).
Namun yang nyata, bila membincangkan tentang sejarah perancangan bandar, sejarah perundangannya juga tidak harus diabaikan. Ini kerana di Malaysia, sejarah perancangan bandar berkembang selari dengan perundangan dalam bidang perancangan bandar itu sendiri. Sebagai contoh, penambhbaikan demi penambahbaikan kepada perundangan dibuat berikutan kejadian-kejadian yang berlaku dilapangan menjadikan undang-undang tersebut lebih ‘matang’ untuk dilaksanakan pada bila-bila masa walau dimana kita berada di bumi Malaysia ini (kecuali Sabah dan Sarawak). Ianya perlu padan dengan kehendak zaman dahulu, kini dan pada masa akan datang.
Namun yang nyata, bila membincangkan tentang sejarah perancangan bandar, sejarah perundangannya juga tidak harus diabaikan. Ini kerana di Malaysia, sejarah perancangan bandar berkembang selari dengan perundangan dalam bidang perancangan bandar itu sendiri. Sebagai contoh, penambhbaikan demi penambahbaikan kepada perundangan dibuat berikutan kejadian-kejadian yang berlaku dilapangan menjadikan undang-undang tersebut lebih ‘matang’ untuk dilaksanakan pada bila-bila masa walau dimana kita berada di bumi Malaysia ini (kecuali Sabah dan Sarawak). Ianya perlu padan dengan kehendak zaman dahulu, kini dan pada masa akan datang.
Ciri-ciri perancangan Bandar telah dikesan sekitar tahun
1801. Pada ketika itu, telah diwujudkan “Committee of Accessors” (Jawatankuasa
Penilai) di Pulau Pinang. Ia berperanan sebagai kerajaan tempatan dalam
merancang dan melaksanakan pembangunan di Pulau Pinang (Ahmad Atory Hussain,
1991). Seterusnya, pada tahun 1917, “Town Improvement Enacment” telah
diperkenal dan merupakan kali pertama aktiviti perancangan Bandar dikanunkan di
Negeri-Negeri Tanah Melayu. Enakmen ini memperkenalkan konsep pembaikan atau
pemulihan ruang Bandar seperti jalan, lorong belakang dan kawasan lapang
bagi memenuhi objektif mewujudkan tahap
kesihatan awam, keselesaan dan kemudahan yang berkaitan dengan membuat
susunatur kegunaan tanah serta reruang atau kawasan-kawasan berjiran.
Kronologi pencapaian perancangan Bandar tidak berhenti
disitu, malahan ia menjadi semakin jelas apabila pelantikan Charles Crompton
Reade sebagai “Penasihat Perancang Bandar” (Town Planning Advisor) bagi
kerajaan persekutuan Tanah Melayu. Tidak pasti apakah latar belakang beliau
pada ketika itu, tetapi berdasarkan telahan dan bacaan-bacaan lanjut di ruangan
maya serta Wikipedia, beliau merupakan salah seorang perancang Bandar yang
memperkenalkan konsep ‘Garden Cities’ di beberapa tempat di Manchester,
Liverpool dan Sheffield. Di Malaysia (Persekutuan Tanah Melayu), beliau
mencadangkan diwujudkan undang-undang perancangan Bandar yang sistematik dan
efisien.
Pada tahun 1923, “Enakmen Perancangan Bandar “ (Town
Planning Enactment) diperkenalkan. Ia merupakan akta yang sangat komprehensif,
menggabungkan beberapa peruntukkan perancangan terdahulu, kawalan pembangunan
dan mempunyai kuasa dalam pelaksanaan peningkatan skim perbandaran. Namun,
kelemahan ketara enakmen ini ialah tuntutan pemilik tanah supaya menyerahkan
tanah untuk kemudahan awan seperti jalanraya dan sebagainya tanpa dibayar
sebarang pampasan. Akhirnya ia dikaji semula bagi memenuhi kehendak-kehendak
awam supaya pihak kerajaan akan membayar gantirugi untuk tanah yang diambil
bagi tujuan kemudahan awam (Pindaan Enakmen tahun 1927). Enakmen ini seterusnya
dimasukan dalam bahagian IX (Perancangan Bandar), Enakmen Lembaga Sanitari pada
tahun 1930.
Pada tahun 1957 iaitu selepas merdeka, pembangunan yang
pesat dari semua aspek (ekonomi, sosial dan perbandaran) melihat
pentingnya melihat aspek perancangan bandar
apabila kerajaan membuat beberapa dasar dan polisi mengenai pembangunan Bandar. Kepentingan ini menjadi teras perlunya semakan semula
beberapa peruntukan perundangan perancangan Bandar sebelum ini agat ia selaras
arus pembangunan semasa serta dan dasar-dasar kerajaan. Maka, kerajaan
mengarahkan kajian terperinci ke atas sistem perancangan Bandar dan desa yang
sedia ada supaya wujud perundangan berkaitan perancangan Bandar dan desa yang
lebik dinamik dan efisien. Pada tahun 1976, terbentuklah undang-undang
perancangan yang kita panggil Akta 172 (Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976.
Kronologi ini membuatkan kita sedar bahawa, perancangan bandar
diletakkan pada satu tahap yang sangat tinggi dari segi kepentingannya kepada Negara
dalam mewujudkan persekitaran kehidupan yang berkualiti dan selesa untuk
didiami.
Malangnya, walaupun kita mempunyai akta atau perundangan bandar
yang sangat baik dan menyeluruh, kita
masih menghadapi pelbagai isu-isu besar mengenai pembangunan bandar. Pihak
Berkuasa Tempatan hanya melihat isu-isu perbandaran sebagai suatu yang remeh
dan boleh diselesaikan dengan segera melalui mesyuarat dan perundingan. Malah
lagi malang, mereka membuat tindakan yang hanya memberi kesan jangka pendek terhadap
sesuatu isu. Contoh paling ketara adalah; penyediaan tempat letak kenderaan.
Apakah perlu menyediakan tempat letak kenderaan pada masa yang sama kita ingin menggalakkan
orang ramai menggunakan perkhdimatan pengangkut awam?. Bagaimanakah urusan
lalulintas dalam Bandar, sedangkan PBT disajikan dengan pelan-pelan pegurusan lalulintas
didalam RT (Seksyen 12 (3)(a)) yang telah dibincangkan bertahun-tahun (2 tahun penyedian RT) tetapi
tidak dilaksana. Kita lupa bahawa, perancangan bandar yang ada undang-undang dan
akta itu akan lebih berkesan apabila ia dilaksanakan dengan baik. Pegawai
Perancang Bandar di PBT harus menyahut cabaran ini, atau kita boleh mencadangkan
supaya jawatan YDP di PBT dibuka kepada pegawai perancang Bandar dan bukan
hanya dikhususkan kepada seorang PTD. Boleh kah?
Bab seterusnya, kita bincangkan pula mengenai “Perbandaran
yang malang” apabila akta sedia ada tidak dilaksana semaksima mungkin. Banyak
contoh-contoh akan diberikan bukan sahaja bersifat ilmiah, malahan
contoh-contoh benar yang telah berlaku dilapangan. Undang-undang sudah ada,
garis panduan sudah tersedia, kaedah juga telah diberi, tinggal lagi untuk memilih sama
ada membuat keputusan tidak popular atau keputusan berbaur politik selamat, atau akur kepada tekanan 'pemaju yang bermata satu'.
(Nota: Pandangan ini adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya mengambarkan pendirian jabatan atau organisasi dimana saya berkhidmat. Contoh-contoh yang diberikan adalah contoh yang benar dan diolah supaya tidak menyinggung pihak-pihak tertentu).
0 Usul:
Catat Ulasan