Memaparkan catatan dengan label Kerja. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kerja. Papar semua catatan

BAH. 1: KEBANGKITAN PERUNDANGAN PERANCANGAN BANDAR

BERMULA DENGAN PERANCANGAN

Umum mengetahui bahawa terjadinya sebuah rumah adalah hasil daripada petukang-petukang, buruh-buruh dan pekerja-pekerja yang mengangkut, mengikat dan menambat kayu kayan batu dan simen membentuk tiang dinding dan atap. Ditebuk lubang di atas dan di bawah juga di tengah bagi mengalirkan udara segar supaya ‘roh’ yang mediaminya kelak kekal sihat sejahtera tanpa penyakit. Ia dipanggil tingkap anjung dan pintu. Semua elemen ini membentuk sebuah kediaman yang kita panggil rumah. Kediaman atau rumah ini pada hakikinya tempat atau ruang kita berteduh, berlindung dan berehat dan jarang sekali kita menggunakannya untuk pergi menangkap ikan atau berlumba di Litar Sepang. Rumah dibina hanya untuk tujuan berkenaan yang kita panggil objektif dan tujuan serta akhirnya ada manfaat yang kita dapat daripadanya.

Adakah kita terlupa bahawa, sebelum terdirinya sebuah rumah kediaman, ianya diconteng, dilakar dan dilukis di atas kertas, tanah hatta di daun atau batang pisang sekalipun. Proses ini kita panggil merekabentuk atau ‘perancangan’. Amatlah besar makna perancangan ini kerana ia merupakan elemen jangkaan, taksiran dan nilaian yang dimasukan ke dalam lakaran tadi dengan mengambilkira apa sahaja yang akan berlaku pada masa hadapan. Dinding dirancang supaya menggunakan jenis kayu yang tahan lama, dinding simen yang serap haba, dinding kaca yang telap cahaya dan sebagainya dan lain-lain. Banyak lagi elemen yang perancangan penggunaannya dan pembinaannya mengambil kira keperluan masa hadapan. Ekoran istilah perancangan ini, terbentuk syarat-syarat, garis panduan, seterusnya undang-undang yang perlu dipatuhi bagi memastikan segala perancangan yang dicadang mencapai kejayaan.

Perancangan ialah sesuatu yang bersifat masa depan. Dalam bahasa yang mudah, perancangan ruang dijalankan bagi memastikan masa hadapan yang bakal dilalui berada dalam keadaan yang selesa dan tenteram. Begitulah halnya mengenai kediaman atau rumah tadi. Contoh yang sangat mudah difahami bukan?. Rumah hanya suatu ruang (space) untuk didiami, berlindung dan beristirehat walaupun didalamnya ada ruang-ruang yang dikhaskan seperti bilik tidur, dapur atau ruang tamu. Pembahagian ruang ini diwujudkan supaya tujuan keselesaan dan ketenteraman mencapai tahap yang diingini.
Dalam aspek Perancangan Bandar, perancangan bersifat masa hadapan yang mempunyai visi bagi mewujudkan sebuah kawasan atau reruang spatial yang harmoni dan sejahtera. Iaitu keseimbangan antara penduduk dengan alam persekitaran. Bagi memastikan perancangan sebuah bandar mencapai kejayaan, undang-undang perlu ada dan dilaksanakan. Siapa sahaja yang terlibat dalam hal berkaitan perancangan sebuah Bandar, skim perumahan, pusat perniagaan, taman perindustrian dan sebagainya perlu mematuhi undang-undang yang dikuatkuasakan. Ini kerana undang-undang yang diwujudkan bersifat “wajib’ yang mesti dipatuhi dan diikuti oleh setiap golongan yang terlibat dalam bidang Perancangan Bandar.



KEWUJUDAN UNDANG-UNDANG

Di zaman-zaman awal, pemilik-pemilik tanah bebas untuk menjalankan sebarang jenis pembangunan ke atas tanah mereka tanpa sebarang kawalan atau sekatan. Natijahnya, timbul isu pembangunan seperti berlakukan pembangunan tanah yang tidak teratur, isu banjir disebabkan perparitan yang tidak menemui titik akhir (final discharge), tanah runtuh disebabkan tiada kawalan pembangunan lereng bukit, agihan kemudahan awan serta infrastruktur yang tidak tersusun dan isu-isu lain yang membantutkan pembangunan Bandar. Implikasi ini adalah disebabkan ketiadaan panduan kepada pemilik tanah bagi membangunkan tanah walaupun bertujuan baik bagi meningkatkan kualiti persekitaran fizikal (Ismail Ibrahim,2000).

Bangkitnya kesedaran terhadap ideologi “kepentingan awam melebihi kepentingan individu” maka wujudlah keperluan supaya hak terhadap pembangunan dan pemajuan tanah perlu dikawal agar ianya tidak menimbulkan masalah kepada awam.

Hakikatnya, aktiviti perancangan bandar diterjemahkan sebagai “satu proses persediaan, terdahulu dan di dalam bentuk teratur, cadangan-cadangan bagi dasar-dasar dan tindakan untuk mencapai tujuan yang tertentu” (JPBD,2001). Selain itu ia membawa maksud “pengawalan terhadap pembagunan dengan cara mengawal tanah” (JPBD,2001).

Namun yang nyata, bila membincangkan tentang sejarah perancangan bandar, sejarah perundangannya juga tidak harus diabaikan. Ini kerana di Malaysia, sejarah perancangan bandar berkembang selari dengan perundangan dalam bidang perancangan bandar itu sendiri. Sebagai contoh, penambhbaikan demi penambahbaikan kepada perundangan dibuat berikutan kejadian-kejadian yang berlaku dilapangan menjadikan undang-undang tersebut lebih ‘matang’ untuk dilaksanakan pada bila-bila masa walau dimana kita berada di bumi Malaysia ini (kecuali Sabah dan Sarawak). Ianya perlu padan dengan kehendak zaman dahulu, kini dan pada masa akan datang.
Ciri-ciri perancangan Bandar telah dikesan sekitar tahun 1801. Pada ketika itu, telah diwujudkan “Committee of Accessors” (Jawatankuasa Penilai) di Pulau Pinang. Ia berperanan sebagai kerajaan tempatan dalam merancang dan melaksanakan pembangunan di Pulau Pinang (Ahmad Atory Hussain, 1991). Seterusnya, pada tahun 1917, “Town Improvement Enacment” telah diperkenal dan merupakan kali pertama aktiviti perancangan Bandar dikanunkan di Negeri-Negeri Tanah Melayu. Enakmen ini memperkenalkan konsep pembaikan atau pemulihan ruang Bandar seperti jalan, lorong belakang dan kawasan lapang bagi  memenuhi objektif mewujudkan tahap kesihatan awam, keselesaan dan kemudahan yang berkaitan dengan membuat susunatur kegunaan tanah serta reruang atau kawasan-kawasan berjiran.

Kronologi pencapaian perancangan Bandar tidak berhenti disitu, malahan ia menjadi semakin jelas apabila pelantikan Charles Crompton Reade sebagai “Penasihat Perancang Bandar” (Town Planning Advisor) bagi kerajaan persekutuan Tanah Melayu. Tidak pasti apakah latar belakang beliau pada ketika itu, tetapi berdasarkan telahan dan bacaan-bacaan lanjut di ruangan maya serta Wikipedia, beliau merupakan salah seorang perancang Bandar yang memperkenalkan konsep ‘Garden Cities’ di beberapa tempat di Manchester, Liverpool dan Sheffield. Di Malaysia (Persekutuan Tanah Melayu), beliau mencadangkan diwujudkan undang-undang perancangan Bandar yang sistematik dan efisien.
Pada tahun 1923, “Enakmen Perancangan Bandar “ (Town Planning Enactment) diperkenalkan. Ia merupakan akta yang sangat komprehensif, menggabungkan beberapa peruntukkan perancangan terdahulu, kawalan pembangunan dan mempunyai kuasa dalam pelaksanaan peningkatan skim perbandaran. Namun, kelemahan ketara enakmen ini ialah tuntutan pemilik tanah supaya menyerahkan tanah untuk kemudahan awan seperti jalanraya dan sebagainya tanpa dibayar sebarang pampasan. Akhirnya ia dikaji semula bagi memenuhi kehendak-kehendak awam supaya pihak kerajaan akan membayar gantirugi untuk tanah yang diambil bagi tujuan kemudahan awam (Pindaan Enakmen tahun 1927). Enakmen ini seterusnya dimasukan dalam bahagian IX (Perancangan Bandar), Enakmen Lembaga Sanitari pada tahun 1930.

Pada tahun 1957 iaitu selepas merdeka, pembangunan yang pesat dari semua aspek (ekonomi, sosial dan perbandaran) melihat pentingnya  melihat aspek perancangan bandar apabila kerajaan membuat beberapa dasar dan polisi  mengenai pembangunan Bandar. Kepentingan  ini menjadi teras perlunya semakan semula beberapa peruntukan perundangan perancangan Bandar sebelum ini agat ia selaras arus pembangunan semasa serta dan dasar-dasar kerajaan. Maka, kerajaan mengarahkan kajian terperinci ke atas sistem perancangan Bandar dan desa yang sedia ada supaya wujud perundangan berkaitan perancangan Bandar dan desa yang lebik dinamik dan efisien. Pada tahun 1976, terbentuklah undang-undang perancangan yang kita panggil Akta 172 (Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976.

Kronologi ini membuatkan kita sedar bahawa, perancangan bandar diletakkan pada satu tahap yang sangat tinggi dari segi kepentingannya kepada Negara dalam mewujudkan persekitaran kehidupan yang berkualiti dan selesa untuk didiami.

Malangnya, walaupun kita mempunyai akta atau perundangan bandar yang sangat  baik dan menyeluruh, kita masih menghadapi pelbagai isu-isu besar mengenai pembangunan bandar. Pihak Berkuasa Tempatan hanya melihat isu-isu perbandaran sebagai suatu yang remeh dan boleh diselesaikan dengan segera melalui mesyuarat dan perundingan. Malah lagi malang, mereka membuat tindakan yang hanya memberi kesan jangka pendek terhadap sesuatu isu. Contoh paling ketara adalah; penyediaan tempat letak kenderaan. Apakah perlu menyediakan tempat letak kenderaan  pada masa yang sama kita ingin menggalakkan orang ramai menggunakan perkhdimatan pengangkut awam?. Bagaimanakah urusan lalulintas dalam Bandar, sedangkan PBT disajikan dengan pelan-pelan pegurusan lalulintas didalam RT (Seksyen 12 (3)(a)) yang telah dibincangkan  bertahun-tahun (2 tahun penyedian RT) tetapi tidak dilaksana. Kita lupa bahawa, perancangan bandar yang ada undang-undang dan akta itu akan lebih berkesan apabila ia dilaksanakan dengan baik. Pegawai Perancang Bandar di PBT harus menyahut cabaran ini, atau kita boleh mencadangkan supaya jawatan YDP di PBT dibuka kepada pegawai perancang Bandar dan bukan hanya dikhususkan kepada seorang PTD. Boleh kah?

Bab seterusnya, kita bincangkan pula mengenai “Perbandaran yang malang” apabila akta sedia ada tidak dilaksana semaksima mungkin. Banyak contoh-contoh akan diberikan bukan sahaja bersifat ilmiah, malahan contoh-contoh benar yang telah berlaku dilapangan. Undang-undang sudah ada, garis panduan sudah tersedia, kaedah juga telah diberi, tinggal lagi untuk memilih sama ada membuat keputusan tidak popular atau keputusan berbaur politik selamat, atau akur kepada tekanan 'pemaju yang bermata satu'.

(bersambung...)

(Nota: Pandangan ini adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya mengambarkan pendirian jabatan atau organisasi dimana saya berkhidmat. Contoh-contoh yang diberikan adalah contoh yang benar dan diolah supaya  tidak menyinggung pihak-pihak tertentu).

Mesyuarat Penyelarasan dan Pelaksanaan Unit OSC Zon Utara

Memandangkan hari ini semua gambar tidak dapat di'upload' melalui FB, jadi saya akan gunakan blog KAMI untuk anda tontoni. 

 Wirawati dan Wira OSC Utara

 Pengerusi Bersama (Tuan rumah dan KU OSC Pendang)

Perbincangan Bermula

 KU OSC yang hadir dan para wakil KU OSC

Santai ditengah hari (patutnya saya berdiri ditengah)

Selamat menikmati hidangan tengah hari. Menu adalah daripada saya sendiri. Diharapkan ada selesa dan itu sahaja yang mampu kami buat dan semestinya yang terbaik dari OSC MPKK.

Anda juga diminta untuk memberi komen/ulasan atau maklumbalas kepada cadangan logo Kelab Kebajikan OSC Zon Utara di bawah.

Untuk makluman, cadangan untuk mendaftarkan kelab ini kepada pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) akan dibuat sedikit masa lagi. Ini setelah JK Penaja (merujuk mesyuarat pada 21 Mac 2013)Ini adalah inisiatif saya sendiri dan harap anda semua menyokongnya. Kertas kerja penubuhan kelab akan dibuat oleh OSC MPKK dan dibantu OSC MDB dan anda (OSC Utara) juga boleh menyumbang idea.

p/s : Untuk paparan yang jelas, sila klik pada gambar.

Putrajaya International Convention Centre (PICC)

Aku telah menghadiran jemputan JPA untuk Majlis Penyampaian Surat Tawaran HLP Sesi 2010 pada 25 Jun 2009. Teruja sedikit sebab dah 2 kali aku mohon. Kali pertama pada 2007, gagal diperingkat panel PSM JPBD (urusetia). Kini aku cuba pada tahun ni. Akhirnya berjaya ditawarkan. Syukur.


Aku terima tawaran dan jemputan inilah membawa aku ke PICC. Terima kasih kepada Dato'KP JPBD, Panel PSM JPBD dan JPA kerana memberi peluang ini. Memang teruja beb. Seluruh kakitangan awam di Malaysia yang berjaya berhimpun di sini. Seramai 300 lebih, yang ambik PhD dan master sama ada pengajian dalam dan luar negara daripada 1000 lebih yang memohon. Tapi yg tak bestnya, penyampaian tawaran ala pra-konvokesyen tu hanya untuk penerima tawaran program PhD. Master dan yang lain2 tengok dari jauh aje. Tapi..aa...ada aku kisah. Apa yang penting (bukan kerjasama), tapi, aku kena cari tempat kt universiti yang menawarkan pengajian yang aku pilih. Bidang perancangan menjurus kepada pengangkutan, secara sepenuh masa melalui penyelidikan. Dan tempat belajar yang bermain dibenak yang dah hampir berkarat tahap 4 ni adalah UTM, Skudai, Johor. Harap2 ada tempat lagi. Dan yang paling penting, harap2 boleh study lagi walaupun tahap berkarat dah tahap kritikal (Tahap 4 tuh)...InsyaAllah.

p/s : Terima kasih kepada semua yang menyokong. Untuk awek; kena plan our 2010 program terutama sekolah Mardiah lebih awal. Ada satu kejutan lagi untuk U my dear....jeng..jeng..jeng Tungguuuu...post pada entri akan datang.

PBT ker Federal ?

Assalamualaikum...

Kita berehat minda seketika.. berikan sedikit minda dengan membaca pesanan-pesanan dari Alquran... Khasnya untuk diri aku sendiri....Bagi aku PBT ker Federal ? sama saja cuma persepsi diantara kepentingan peribadi dan kepentingan amanah dan tanggungjawab kerja berbeza-beza. Tidak salah, kerana itu adalah HAK. Walau bagaimanapun....JANGAN MENGELUH ..........Kita selalu Bertanya.... ......... .......dan Al-Quran sudah menjawabnya. ......... .......

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?QURAN MENJAWAB 'Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; 'Kami telah beriman,' ('I am full of faith to Allah') sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.'-Surah Al-Ankabut ayat 2-3.

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?QURAN MENJAWAB 'Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.'- Surah Al-Baqarah ayat 216.

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?QURAN MENJAWAB 'Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. '- Surah Al-Baqarah ayat 286.

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?QURAN MENJAWAB 'Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman.'- Surah Al-Imran ayat 139.

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?QURAN MENJAWAB 'Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?QURAN MENJAWAB 'Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk'- Surah Al-Baqarah ayat 45.

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?QURAN MENJAWAB 'Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?- Surah At-Taubah ayat 111.

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?QURAN MENJAWAB 'Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. '- Surah At-Taubah ayat 129.

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!QURAN MENJAWAB '... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.'- Surah Yusuf ayat 12Kalu nak mengeluh lagi ............ pi ngaji

Nasihat untuk diriku dan juga utk semua ahli group (osc_team@yahoogroups.com) selamat memilih.

(diolah dari sumber http://manjongmari.blogspot.com/)

WaLlahu 'Alam
 
Copyright 2009 Blog K.A.M.I All rights reserved.
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Blogspot Templates From Wordpress Theme by EZwpthemes