Cerita Bapak Setan

Ada seorang hamba Allah yg tua dan buta serta duduk jauh dari masjid. Dia mintak izin solat kat rumah, tapi nabi ketika itu tidak memberi izin, lepas tu dia pergi jugaklah dalam keadaan bersusah payah hingga dia terjatuh dalam parit, habis jubah putihnya kotor dan berbau, dia balik tukar dan peristiwa ni berlaku sampai 3 kali.

Kali yang ketiga aku tolong dia dari jatuh dan bawak dia ke masjid. Orang tua buta itu berasa suka dan akhirnya sampai ke masjid. Lalu dia mengucapkan terima kasih (lebih kurang mcm nilah);

Orang Tua Buta : Terima kasih kerana tolong pakcik, anak ni siapa nama?

Bapak Setan : Aku ni syaitan (dengan bangga dan riak menjawab).

Orang Tua Buta : Kenapa anak tolong pakcik. (masih dalam kehairanan sbb namanya setan)

Bapak Setan : Tadi bila kau jatuh kali pertama habis dosa kau gugur, kali kedua kau jatuh habis dosa keluarga engkau Allah ampun, dan aku takut kalau2 kali ke-3 kau jatuh seluruh penduduk Madinah ni Allah ampunkan dosanya. Jadi sia2 lah usaha aku selama ni, tu yang aku tolong kau tu.

Orang Tua Buta : Oh...sbb tulah nama ko setan (Syaitan).

0 Usul:

 
Copyright 2009 Blog K.A.M.I All rights reserved.
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Blogspot Templates From Wordpress Theme by EZwpthemes