Gathering 2008


Assalamualaikum wbt.
Saya bersyukur kerana pada kesempatan ini kita dapat berhimpun dan berjumpa untuk mengerat dan meneruskan persahabatan setelah sekian lama terjalin.

Jarang sekali kita berjumpa dan bercerita mengenai diri dan perkembangan masing-masing atas dasar persahabatan walaupun sering berjumpa bagi tujuan kerja dan sebagainya. Bagi saya hubungan persahabatan sangat penting selain hubungan kekeluargaan, bahkan dalam hubungan suami isteri elemen-elemen ‘persahabatan’ menjadi faktor kemesraan perbualan dan perbincangan.

“My Love commitment to myself, my family and my fellowmen becomes a total commitment that gives me the courage and strength to face the challenges of life.” Sebenarnya dalam sedar atau tidak kita telah meletakkan persahabatan itu menjadi pasca rangsangan tenaga yang sangat kuat auranya dan sehingga menjadikan suatu cabaran hidup mudah untuk ditangani. Berbanding mereka-mereka yang mengasingkan diri, mereka cuma ada diri mereka untuk menang dalam seribu atau sejuta cabaran.

Nah, ayuh kita buktikan dengan adanya flatform PLANNERSnet “asas kita sama”, rangkaian persahabatan ini akan terus berkembang bukan setakat hanya sahabat tetapi usahasama perniagaan yang membawa keuntungan. Siapa yang tahu, suatu hari nanti akan wujud, PlannersNET Enterperise atau Sdn. Bhd. Tapi itu bukanlah matlamat utama kita.

Akhir sekali mudah-mudahan, Gathering 2008 di Alor Star ini menjadi suatu kenangan yang besar untuk semua (XSBP) serta lahirnya PLANNERSnet ‘asas kita sama’ ini membawa sesuatu yang membanggakan suatu hari nanti.

“Yang bernama sahabat itu ialah yang berlari ke arah kita selaju-lajunya sedangkan yang sedia ada sedang berlari selaju-lajunya meninggalkan kita”.
Untuk semua yang bergelar sahabat, jagalah sahabat anda dan persahabatan anda.

0 Usul:

 
Copyright 2009 Blog K.A.M.I All rights reserved.
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Blogspot Templates From Wordpress Theme by EZwpthemes