Penggunaan 'Kalau"...

Contoh 1: Negatif

Bapak Garang

Dulu bapak aku garang, dia selalu marah kitaorang, Dia kata, "kalau tak garang,korang selalu pecahkan barang". Bila bapak berang, habis kitaorang lintang pukang. Kalau aku jadi bapak orang, aku tak mahu jadi garang, nak baik macam Kukang. Tapi... aku tetap garang...ishkk..ishkk apa punya orang.

Contoh 2: Negatif dan Positif

Orang Senang

Aku tengok orang kaya pun berhutang, keliling pinggang, beli barang semua pakai kartu (kad) hutang, tapi dia panggil 'credit card' bank itu dan ini dia pegang. Kalau boleh tak mahu bawak banyak wang, sebab banyak penyangak (pencuri) wang sekarang, dilorong gelap atau terang, semuanya tak tenang. Orang kaya pun tak senang. Takut dengan bayang-bayang yang selalu main wayang. Kalau aku jadi kaya, aku tak mahu hutang...tapi sekarang..aku masih berhutang....ishkkk...ishkkk bilalah hidup nak senang.

Contoh 3: Negatif

Sembahyang

Versi cina mu'alaf: Wa tengok ah, semua agama ada semaiyang. Cina tokong sana dia semaiyang, India pun kuil sana dia semaiyang, melayu(islam) masjid pun ada semaiyang juga...haha. Lu fikil apa beza ah diaolang semaiyang?...kawan melayu wa kata ah, "Cina sama India banyak tuhan diaorang mahu semaiyang(sembah)". "Me'layuuuu' ah, satu tuhan saja maa, sudah layu mau pi semaiyang kah"?... Kalau aku, alamak..akupun penah kantoi sembahyang...sebab bercinta sakan dengan orang...Tapi sekarang...

Moral : 'kalau' akan tiada kesudahan dan tidak berpenghujung. Penggunaan 'kalau' menggambarkan angan-angan (menimbulkan persoalan, ntah boleh jadi ke tak?), atau perkara yang dah dpt keputusan/penyelesaian cuma kurang baik, atau nak menunjuk-nunjuk yang dia tu boleh buat lagi baik, atau cuba membezakan diri dengan orang tertentu, atau saja mengada-ada nak perangat dan menyakiti hati orang. Faham-faham ajelah.

2 Usul:

jagoan berkata...

Yang saya tahu, ada tiga subspesis Kukang di dunia ini.

Nycticebus coucang coucang
Nycticebus coucang menagensis
Nycticebus coucang javanicus


Err..Penulis maksudkan subspesi yang mana?

Blog K.A.M.I..... berkata...

Kukang yang mana baik. aku rasa semua speesis tu takk makan orang kan.

 
Copyright 2009 Blog K.A.M.I All rights reserved.
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Blogspot Templates From Wordpress Theme by EZwpthemes