Adakah patut...

"Pear..Pic, Pear..Pic, Pear..Pic, Pear..Pic, ..ini Pear mardiahhh !!! ini Pic !!!". “Napelah ibu ni pakse2 mardiah”, jawab si ayah dalam hati yang sebak. “Mardiahkan kecik lagi”. Ayah cuba dengan nada memujuk, “Ini Pear, yang ini Pic. Buah Pear ni yang kaler hijau, Pic ni yang mcm kaler oren ni.

Mardiah masih was2. “dia sptutnya boleh ingat”, kata Ibu dalam hati dengan nada yang tak puas hati. "Mardiah tunjuk mana Buah Pear…?". Ibu bertegas lagi… Ayah bangun sambil melipat2 kain pelekatnya yang hamper trlondeh. "Mardiah !!!, tunjuk kat ayah mana buah Pic?". Mardiah diam. Mata sedikit berair. Dia tertekan bila melihat riak wajahnya. Kesian tengok. Ibu masih tak puas hati, dia kata lagi “ Mardiah duduk sana, jgn pi mana, tgk buku tuh (buah Pear dan Pic) Jangan suruh ibu buat susu". Lagi dia tertekan.

Ayah sbnrnya kurang setuju dengan cara ibu. Mardiah masih…. masih keliru. “Oh, movie boleh ingat word by word”. Nanti ibu buang semua CD tuh, klu tak ingat jugak. Tunjuk ibu mana Pic?”. Ibu tambah lagi. Ayah bangun lagi, kali ni nmpak mcm cengih..(buat2 muka garang). Lalu tetiba aje tangan mengetuk TV dengan untuk melepas geram (geram kat ibu sbnrnya). Durpppppppp.... , lalu keluarlah tangisan yang dari tadi ditahan-tahan.

Sori mardiah. Ayah tak patut buat gitu kat mardiah. Tapi yang tak sanggup lihat mardiah tahan nangis. Kalau nak nangis, mardiah nangis terus. Hilang tension. Kesian mardiah, kecik2 dah dapat tekanan. Adakah patut…

Ibu : kita kena cari approach lain, sbb dia (mardiah) bukan tak boleh ingat, tapi dia hilang fokus sbb tension tngk ibu garang sangat. Tapi, garang2 pun dia masih cari ibu banding ayah dia.

4 Usul:

ah tok berkata...

Alahai..,

"Kalau saya. Kita lebih kena byk belajar psikologi." kata saya.
Hakikatnya. Susah juga.

Pendekatan psikologi dalam mendidik anak lebih berhasil kot. Ada pendekatan teknik Sucida. Bagus teknik tu. Cubala google.

"ANAK KITA HARTA KITA."

Tanpa Nama berkata...

nak guna teknik kayulogi.... parents aku guna teknik tu dulu...alhamdulillah... jadik insan yg berguna jugak...

Tanpa Nama berkata...

Klu mcm tuh, K.A.M.I pun boleh kata airlogi(rendam dlm air smpi hampir lemas), seranggalogi(letak kat pokok yg ada serangga), buanglogi (kena cmpk dari rumah, keedabub..jatuh brgolek di atas duri sembilu)...rotanlogi (kena rotan dan kena balasah), gustilogi (kena paksa bergusti sbb gaduh ngan adik-adik)...jadi apa skrang....alhamdulliha Sya (UTM), adik 2 (Al azhar, Mesir), adik 3 (Klj Petronas), adik 4 (UUM), adik 5 (UTP, wlpun dibentuk olh org lain), adik 6 (UMS)...yg lain sekolah lagi..Adakah patut...

Tanpa Nama berkata...

PATUT !!!! bebudak skarang kena balik macam asal...... tak salah...jgn sampai si anak saman ibu bapa sudah la...

 
Copyright 2009 Blog K.A.M.I All rights reserved.
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Blogspot Templates From Wordpress Theme by EZwpthemes