Oh...Dacing rindukan Bulan

Semalam aku balik daripada main badminton,..sblm tu nak gi tahu, ha..rutin aku hari ahad, aku akan balik rumah lewat… yerlah…memang kerja gila..duk kat Sg. Petani(62 km), tapi main kat baling..apa ke jadahnya… ha, tak apa, kita tinggal perkara yang jadi pilihan aku itu…

Nak cerita, semalam ni, abis main badminton, dalam pukul 11.04 malam, aku pun menyusur balik dalam keadaan relaks. Tak perlu tergesa-gesa, sbb akan sampai juga..insyaAllah, bisik hati. Sblm sampai kat Kg. Sirako (tak kisah lah kampong apa pun), u all pun bukan tahu kat mana. Tapi kisah benar ni, benar2 terjadi..aku lihat sibuk penduduk2 memasang sepandok pilihanraya, bendera serta poster. Di satu sudut yang agak tinggi, aku lihat seakan monyet memanjat dah mengikat batang2 buluh dan terkibarlah dacing serta bulan. Di kiri jalan dacing dan dikanan jalan, bulan. Aku berhenti, sbb bermnat nak tengok semangat waja anak2 muda memasang sepandok2 itu. Tetiba aje aku dengar orang menjerit “ woi, dah lah woi, aku nak guna tangga tu”…geng sibulan bersuara. “sat..sat, sikit lagi…” geng sidacing plak menjawab. Aku jadi pelik. Yerlah, aku nak tgk sebelah geng bulan aje, tapi, malam tadi aku tgk sesuatu yang menarik, tertarik dan pelik… aku ingat depa2 ni, kotlah mcm wakil2 rakyat yg bertanding dlm kawasan tu, hak bulan duk kat dacing, dacing plak dok umpat bulan. Pelik2.

Berhenti dan beredar setelah aku lihat peristewa itu, lalu aku pulang dalam keadaan memikirkan siapa sbnrnya depa tu, pengundi ker, penyokong ker, atau pekerja ker…confius. Alangkah bagus kalau ada semangat mcm tu. Bekerja sama mencapai matlamat, walau fahaman politik berlainan. 12. 23 am baru sampai rumah.

1 Usul:

Awanama berkata...

kata hati dari penggantung spandok.... depa upah aku pasang spandok...pasang jer la....bila orang dacing tanya..hg geng mana....timbang kati sama hg la.... bila orang bulan tanya....aku pun cerah mcam hg jugak...

 
Copyright 2009 Blog K.A.M.I All rights reserved.
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Blogspot Templates From Wordpress Theme by EZwpthemes