X-press-C Dirimu...lama tk update

Antara koleksi foto dalam fotopages...sorila lama tk update. Nnt klu dh dpt SLR satu, rajin sikit kot...bilalah aku nk dpt satu...Canon 450D RM2830 beb...sebulan gaji habih dah..

atau yg nih...Nikon D90...canggih ooo...selalu guna yg nih..tp pinjam pnyer....siannn..

famili kami masa Sawal(Rizal) kawin...

mardiah umur 2 tahun..

Hessemennn....(klik sini utk tgk foto len)

Mardiah nak jadi arkitek

Sepanjang bulan ini saja, dia dah buat mcm2 bentuk yang semetrik. Hadiah untuk ibu dan ayah dia kata...Ayah..ayah, Mardiah sudah besar nanti nak jadi arkitek...Ayah pun jawab. "OK".




Ni dia marah, sbb ada satu bentuk (arca) tu dia buat tak jadi...apa lagi..gedeganggg. Tgk muka dia...masam mcm asam jawa...huhuu

Perjalanan pulang dari Putrajaya...kejutan demi kejutan

Keterujaan mendapat tawaran HLP aku bawa dengan rasa tawadu' dan bersyukur ke hadrat Illahi. Rasa mengantuk dari dalam dewan taklimat seawal pagi hingga ke petang tadi hilang dengan rasa sedikit gusar apabila kawan2 sibuk dengan sms spekulasi penempatan dan perpindahan. Urusan2 penempatan dan perpindahan itu adalah bagi kenaikan pangkat atau mengganti kekosongan yang ditinggalkan. Ahhh...biarlah. Bukan ada surat pun, lagi pun aku cuma calon simpanan. Sememangnya tidak meletak harapan yang tinggi. Cukup sekadar, kalau ada alhamdulillah, tp kalau tiada pun, sambung belajar ni sudah memadai. Kenyataan untuk menyedapkan hati..hahaha. Tapi bila sahabat (d.u.n.i.a . k.h.a.a.l.i.s.h) memaklumkan kesahihannya, aku mula tersengeh. Entah sbb apa, tp ia ada kaitan dengan tempat kerja aku sekarang. Kejutan sekali lagi.

Aku singgah RNR, Restoran Jejantan, Sg. Buloh untuk solat. Sekali lagi kejutan dengan teguran salam. Aku jawab salam dan terus mencari siapakah dia. Alhamdulillah, memoriku masih tajam, sah aku mampu sambung study lepas ni. Salam itu tadi dari Drs. Khalil Idham Lim, Ahli Dewan Undangan Negeri Titi Serong, Perak, Malaysia (Sila baca blog YB). Aku sempat minum bersama beliau dan bertanyakan tentang hal-hal terkini serta aktiviti semasa yang dibuat. Respon sangat baik. Semasa perbualan, datang dua orang dari arah belakang sambil menghulur salam. Awalnya, aku tak kenal pun kedua-duanya. Tapi YB Khalil menyebut AJK Pas Pusat dan seorang lagi mungkin driver dia. Nah, rupanya orang penting juga. Dia adalah Dr. Haji Dzulkefly b. Ahmad, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat. Baca wordpress nya di sini

Kira oklah. Untuk makluman, aku bukanlah sebelah mana2. Mahu yang hijau atau biru. Aku cuma menjalankan amanah dan tugas kerajaan. Apapun, kalau ada yang rasa entri ini bersifat politik, mohon maaf dan sila nyatakan perenggan mana. Yang pasti aku menganggap mereka-mereka tu kira pangkat abang atau sahabat seislam kita.

Putrajaya International Convention Centre (PICC)

Aku telah menghadiran jemputan JPA untuk Majlis Penyampaian Surat Tawaran HLP Sesi 2010 pada 25 Jun 2009. Teruja sedikit sebab dah 2 kali aku mohon. Kali pertama pada 2007, gagal diperingkat panel PSM JPBD (urusetia). Kini aku cuba pada tahun ni. Akhirnya berjaya ditawarkan. Syukur.


Aku terima tawaran dan jemputan inilah membawa aku ke PICC. Terima kasih kepada Dato'KP JPBD, Panel PSM JPBD dan JPA kerana memberi peluang ini. Memang teruja beb. Seluruh kakitangan awam di Malaysia yang berjaya berhimpun di sini. Seramai 300 lebih, yang ambik PhD dan master sama ada pengajian dalam dan luar negara daripada 1000 lebih yang memohon. Tapi yg tak bestnya, penyampaian tawaran ala pra-konvokesyen tu hanya untuk penerima tawaran program PhD. Master dan yang lain2 tengok dari jauh aje. Tapi..aa...ada aku kisah. Apa yang penting (bukan kerjasama), tapi, aku kena cari tempat kt universiti yang menawarkan pengajian yang aku pilih. Bidang perancangan menjurus kepada pengangkutan, secara sepenuh masa melalui penyelidikan. Dan tempat belajar yang bermain dibenak yang dah hampir berkarat tahap 4 ni adalah UTM, Skudai, Johor. Harap2 ada tempat lagi. Dan yang paling penting, harap2 boleh study lagi walaupun tahap berkarat dah tahap kritikal (Tahap 4 tuh)...InsyaAllah.

p/s : Terima kasih kepada semua yang menyokong. Untuk awek; kena plan our 2010 program terutama sekolah Mardiah lebih awal. Ada satu kejutan lagi untuk U my dear....jeng..jeng..jeng Tungguuuu...post pada entri akan datang.

21st June.... Happy Father's Day!!!

Kepada para bapa seantero melaya, K.A.M.I ingin mengucapkan Happy Father's Day.


Mohon siar kata2 pujangga dari Mother of Three Mohd.

 
Copyright 2009 Blog K.A.M.I All rights reserved.
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Blogspot Templates From Wordpress Theme by EZwpthemes