
Aku singgah RNR, Restoran Jejantan, Sg. Buloh untuk solat. Sekali lagi kejutan dengan teguran salam. Aku jawab salam dan terus mencari siapakah dia. Alhamdulillah, memoriku masih tajam, sah aku mampu sambung study lepas ni. Salam itu tadi dari Drs. Khalil Idham Lim, Ahli Dewan Undangan Negeri Titi Serong, Perak, Malaysia (Sila baca blog YB). Aku sempat minum bersama beliau dan bertanyakan tentang hal-hal terkini serta aktiviti semasa yang dibuat. Respon sangat baik. Semasa perbualan, datang dua orang dari arah belakang sambil menghulur salam. Awalnya, aku tak kenal pun kedua-duanya. Tapi YB Khalil menyebut AJK Pas Pusat dan seorang lagi mungkin driver dia. Nah, rupanya orang penting juga. Dia adalah Dr. Haji Dzulkefly b. Ahmad, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat. Baca wordpress nya di sini
Kira oklah. Untuk makluman, aku bukanlah sebelah mana2. Mahu yang hijau atau biru. Aku cuma menjalankan amanah dan tugas kerajaan. Apapun, kalau ada yang rasa entri ini bersifat politik, mohon maaf dan sila nyatakan perenggan mana. Yang pasti aku menganggap mereka-mereka tu kira pangkat abang atau sahabat seislam kita.
0 Usul:
Catat Ulasan