Sawan mengikut kefahaman melayu

Aku hamparkan maklumat ni untuk pengetahuan semua. Bukannya apa, saja nak sambung post sebelum ni (di sini).

Empat jenis penyakit sawan yang sering menyerang bayi. Kita lupakan dulu sawan babi atau gila babi atau yang belajar tinggi sikit dia panggil epilepsi. Anak aku kata, tak elok kata 'babi', tapi minta kebenaran semua pengecualian untuk entri ni ok. Tak kan aku nak kata gila khinzir...

Berbalik fakta mengenai sawan. Empat jenis tadi. 1. Sawan tangis, 2. Sawan esak, 3. Sawan tarik atau sawan terjun dan 4. Ibu sawan.

Yang aku nak cerita pasal Ibu Sawan yang kena kat anak aku baru-baru ni. Sian dia. Tapi tak apalah. Dah hampir sembuh dah. Minta2 tak kena lagi lepas ni. Ibu sawan ialah bisul yang bernanah, berkudis, berair serta berbau hanyir yang betompok-tompok di kepala bayi. Penyakit ini dipercayai berpunca daripada darah ibu yang kotor akibat ketidakseimbangan amalan pemakanan harian kerana banyak mengambil makanan yang kurang berkhasiat, atau semasa hamil, ibu tidak sihat. Misalannya, ibu ketika hamil gemar memakan buah-buahan atau makanan berjeruk, terperam, serta makanan laut, atau masakan bertumis pedas, yang mungkin menimbulkan alahan. Segala makanan yang dimakan oleh ibu itu disalurkan kedalam darah bayi, dan oleh yang demikian, bayi yang bakal dilahirkan terpaksa menerima racun atau toksik semasa masih di dalam kandungan.

Oleh itu amat penting untuk ibu hamil menjaga pemakanan harian bagi memastikan kandungannya bebas daripada sebarang risiko kerasunan dan dapt dilahirkan dalam keadaan sihat, cergas dan cantik.

Rawatan :

Untuk mencuci ibu sawan, sediakan air rebusan daun sirih, daun inai, jintan hitam, garam kasar/jantan, sedikit mata kunyit serta sedikit daun mambu. Gunakan ramuan ini sebelum mandi dan semasa mandi.

Selepas mandi, gunakan sapuan herba yang dirumus daripada tepung sagu rumbia yang digaul dengan ubi keladi betawi merah. sapukan rumusan itu di bahagian ibu sawan yang berkudis. Jika ibu sawan bengkak serta bernanah seperti benjolan bisul, lakukan cucian air rebusan sirih, kemudian pupuk sarang angkut-angkut, tepung sagu rumbia atau bedah mentah belut, seperti menggunakan bedak sejuk.


Senang-senang pi jumpa doktor aje...

7 Usul:

aidanharas.. berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
aidanharas.. berkata...

time i pregant dulu slalu makan pizzahut, seafood, mcD, air sirap.. ade kemungkinan tak dapat ibu sawan?

K.A.M.I..... berkata...

Sya rasa klu makanan itu menjadi rutin u seharian mungkin boleh jadi. Tapi biasanya bayi yg kena adalah bayi yang dilahirkan secara pembedahan.

Tanpa Nama berkata...

bukan tak jaga pemakanan ...rasanya terlabih berjaga-jaga

armouris berkata...

lagi info tentang sawan kat sini - Memahami Penyakit Sawan.

Update terkini isu-isu semasa kesihatan ada di infokesihatan@twitter.

mama leen berkata...

salam..
anak saya pun tengah jadi.. cian dia tak boleh tido.. memang masa ngandung tu kuat makan asam..

Zul Azri Muhaiyadin berkata...

saya just nak share pengalaman sendiri…..terjadi pada anak perempuan saya dari lepas bersalin nurse pun pelik asyik menangis je sampai biru muka menangis...dia suruh bagi susu...sejak dari itu dia mmg kerap nangis sampai kadang-kadang 2 jam baru berenti nangis, mcm2 dah berikhtiar, mengurut le, jumpa bomoh le, nak tidur pun sampai kena tido dalam kete malam2, tu rutin harian pastu kena pasang surah yasin tiap2 malam..…macam2 dah buat dan selepas umurnya lebih kurang 6 bulan…..waktu tu lah….baru saya tahu apa itu penyakit sawan…..mata terbeliak nampak mata putih je…mulut berbuih….kaki kejang, terjadi di kampung….mmg taktahu nak wat mcmana….bawa lari ke klinik desa…bagi ubat yg masukkan ikut bontot pastu MD situ suruh cepat2 bawa pegi Hospital Jempol……kuar masuk hospital….dr kerajaan sampai swasta..ada sekali baru kuar dr hospital swasta, sampai rumah je…taksempat nak masuk rumah pun jadi lagi….bomoh ker..urut ke semua dah buat……kalau yg moden….anak saya doktor dah sarankan utk buat mri….dan amik ubat epilim….hari2 kena makan sampai umoq 2 tahun…..dan akhirnya ditemukan oleh seorang hamba Allah…iaitu Produk SNE…..mula2 mmg takpercaya jugak pasal produk2 ni….just nak cuba,yg penting waktu tu apa yg sy piki akan tetap akan berusaha cr penawar untuk anak saya…………dan hasilnya mmg buat saya puashati dgn kesannya….anak saya dah sembuh sepenuhnya…..ubat hospital sy hentikan sendiri….dan sekarang umor dia dah 2 tahun …mmg tak pernah kena lagi sampai sekarang……alhamdulillah….jadi kesempatan ini, saya nk syorkan kepada sesiapa sahaja yg ada masalah sawan ini…cuba produk ini….www.produksne.com.my…..insyaallah……..

 
Copyright 2009 Blog K.A.M.I All rights reserved.
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Blogspot Templates From Wordpress Theme by EZwpthemes