Bodoh ker ? atau ke bodoh? (ke arah bodoh).

Sebenarnya bnyk isu aku nk tulis dlm 2 -3 minggu nih. Bukan pasai politik, tapi pasai aku sendiri, keluarga aku. Tp, ntahlah, rasa malas. Sbnrnya, aku nk tulis pasai parking kt pejabat baru (lama sbnrnya), aku nk tulis org bermuka-muka dgn talam 18 muka, aku nk tulis pasai dekinabalutrip09 aku, pasai kerja baru ku, pasai bulan pose, banyak pasailah pndeknya. Tapi aku paste kn tulisan seorg sahabat nih, harap dia tk marah. Link nya jugak aku sertakan. Begini ceritanya...

Mail Sabri kata harga minyak tak naik. Ianya kekal. Sama ja. Ada minyak harga dua hengget. ada minyak ada sringgit lapan kupang. Sama ja. Tadak beza apa pun. Apa pun tak naik.Semua maintain. Steady. Cuma, katanya, minyak RON97, yang selalu rakyat pakai tu, dia naikkan taraf kepada minyak premium. So, bila dah naik taraf ni, otomatik la harga pun canak naik. RON97 naik dari RM1.80 ke dua ringgit.Tapi jangan risau, katanya. Sebab rakyat masih boleh isi minyak dengan harga RM1.80 lagi, guna RON95. RON97 dah ' upgrade ' , kalau mau yang ' tak upgrade ' , guna RON95. Harga sama. Warna pun cantik, kuning. La ni petrol pam dah macam lampu trafik light. Ada merah, kuning, ngan hijau. Cantik kan ? Cantik kan ? Kan ? Suke tak? Suke tak?

Tutp matee! Tutup matee! Suurrrpriissssseeee !!!Ada jugak yang kena tendang perut bulan2 posa ni.

Soalan pertama, apakah RON97 yang telah dinaiktaraf menjadi minyak premium itu lebih baik kualitinya sebelum harganya dinaikkan? Adakah minyak ini telah dicampur dengan formula2 hebat yang boleh membantu menambahbaik enjin, samada dari segi ' ketukan ' ka hapa ka? Adakah dengan menggunakan RON97 yang lebih mahal ini, proton wira 1.3 aku bertambah pikapnya sampai ke tahap aku tak perlu tutup ekon setiap kali meghagaih bukit?Jawapannya sudah tentu tidak! Dan kalau jawapannya adalah ' tidak ' , jadah hapakah yang kamu naikkan harga minyak yang sama kualitinya ni, tapi tiba2 jadi mahal keesokan harinya? Bukankah itu namanya kamu sengaja menaikkan harga minyak? Bukankah harga minyak sebenarnya telah naik?!

Ini macam pi market nak beli ikan temenung, tiba2 tokey cakap sekilo kena tambah lagi dua ringgit. Tanya pasaipa, dia kata ikan temenung dah jadi ikan premium. Tanya dia lagi ikan temenung yang dia jual harini semua masuk univesiti ka? Ada ijazah semua ka? Isi manis lagi ka? Sisik makin kurang ka? Dia kata dak, sama ja. Tanya lagi ikan temenung kurang ka kot tengah laut la ni? Dia kata dak, belunggok huk lagi. Paihtu kenapa naikkan harga ikan temenung? Dia jawab harga tak naik, tapi taraf ikan temenung ni dah naik, jadi premium.Tapi harga ikan temenung mahai dari kemarin. Kita kata tak puas hati. Dia kata kita bulih beli ikan puyu, ikan puyu harga sama macam ikan temenung kemarin. Tapi ikan puyu bukan ikan temenung! Kita jawab bantah. Tapi ikan jugak! Dia betah. Tapi kita tak bulih makan ikan puyu, nanti naik ruam. Kita bagi sebab. Dia suruh makan ikan temenung. Tapi ikan temenung mahai! Kita jawab. Bukan mahai, itu harga untuk ikan premium!Last2 ada yang kena takek dengan parang tengah2 market tuh.Naik harga cakap la naik harga! Dok pebodo orang pasaipa? Cakap. Harga dah naik. Kalau nak murah, beli yang rendah kualiti. Yang ni dah naik harga. Yang sama. Harga ja beza, lebih mahai. Kan senang?

Soalan kedua. Kenapa naik harga petrol? Mail Sabri dilaporkan dalam tibitiga tempoh hari sebagai berkata sebab harga minyak dunia dah naik sampai USD82 setong.Aku tak pernah hisap rokok. Jauh lagi nak hisap dam atau hidu gam. Tapi masa mengaji dulu, ada sekoq dua kawan2 yang dok wat kerja loklaq ni. Jawapan Mail Sabri ingatkan aku kepada sorang kawan yang overdose ganja. Samada dia hidu gam, atau telebih hidu petrol, aku tatau, tapi statistik tahun bila yang dia rujuk kata harga minyak dunia dah naik sampai USD82 setong?Harga minyak dunia tak pernah lepas USD75 selepas merudum jatuh sampai ke USD40 tuhari. Samada dia di bawah pengaruh ganja, ataupun sengaja nak membodohkan rakyat sekali lagi, itu aku serah pada pembaca semua. Tapi mengatakan minyak dunia dah naik ke 82 dolar setong adalah statement yang sangat bengong. Tak masuk akal. Dan hanya boleh dilafazkan oleh orang2 yang hilang akal sahaja!Jadinya, kalau kenaikan bukan disebabkan oleh kenaikan minyak dunia, jadah hapakah yang dinaikkan jugak harga minyak? Adakah sebab BN dah senak tak tau nak kaut duit tang mana, maka last kopek, pau rakyat sekali lagi?

Soalan terakhir. Adakah kualiti RON95 sama seperti RON97? Jika rendah kualitinya, kenapa harganya sama seperti RON97?Jawapannya jugak adalah tidak. RON95 lebih rendah kualitinya daripada RON97. Dan ada beberapa laporan mengatakan bahawa sesetengah enjin tidak sesuai menggunakan RON95.

Kesimpulannya?Harga minyak memang dah naik. BN bodohkan rakyat melalui Mail Sabri mengatakan harga tak naik. Rakyat disuruh menggunakan minyak yang rendah kualitinya, tanpa sebarang kebaikan kepada kenderaan, dan disuruh membayar pada harga yang sama!Mail Sabri kata harga minyak kenderaan tidak berubah, cuma ianya telah ditingkatkan kepada premium.Rakyat juga akan kata PRU13 ini kerajaan tidak berubah, cuma kami akan gantikannya dengan Pakatan Rakyat, kerajaan Malaysia yang telah dinaiktaraf kepada tahap premium.

Sumber : Badri (hthttp://lamputih.blogspot.com/2009/09/memang-kita-dah-kena-bodoh-dengan.html)

Kari Kepala Ikan...

Sehingga menjilat jari...mcm tulah aku nak gmbarkan betapa sedapnya makan tengah hari ni. Bukan juga aku nak samakan sedapnya KFC itu sama dengan kari kepala ikan ni. Tapi, 'menjilat jari'yang aku maksudkan ini lebih sedap sehingga aku hanya mampu meniru slogan itu...(sedap giler ahh..wa cakap lu).

Itulah dia, masak dengan penuh kasih sayang. Kari Pak Andak (sorg yg popular di PPZU), sori tak tertanding. Inilah aku rasa kari yang terbaik di dunia yang penah aku rasa...(mcm aku ni dah keliling satu dunia..huhuhu).

(nnt sya akan 'attach'kan gambar)

Di entri ini aku nak ambik kesempatan nak ucap Selamat Menyambut Ramadhan al-mubharak kepada semua keluarga di Alor Setar, Keluarga di Sabah, adik di Kuching dan di Teronoh, Perak serta di Labuan, kengkawan yang berada di Malaysia dan luar negara serta semua muslimin dan muslimat.

Mimpi

Macam betulpun ada. Aku sukanya, cintanya , sayangnya...real mmg real. Akan aku bawa ke sini dan ke sana, semua aku layan, dia pun layan sama. Semua yang aku nikmati, dia pun rasa sama. Best giler...Kalau ada benda istimewa, bukan dapat kat isteri, atau anak-anak....aku bagi kat dia dulu...pandai-pandai dialah nak...rasa 10 kali, 100 kali atau 1000 kali sekalipun, asal memorinya boleh ingat semua. Aku sayang dia, aku cinta dia, aku mula ingin mencari duit untuk dia, bagi lagi solid, lagi, anggun dan lagi menarik. Mana nak tahu, rezeki dia.

Tapi sayang, hari ni aku bangun...rupanya aku bermimpi lagi...untuk memiliki yang ini...


Aku masih bermimpi yang sama dari 2 - 3 hari yg lepas. Harap-harap tahun depan ada orang nak bagi hadiah masa besday ke 32. Hehehehe...

dekinabalutrip09


Bayaran(boleh dibuat 2 kali) adalah termasuk mendaki gunung sehingga menuju puncak(sijil diberikan), penginapan di Kota Kinabalu dan Gunung, melawat 3 pulau dan berhenti mandi serta snorkeling(option) di pulau manukan. Shopping di pasar philippine serta shopping kompleks berhampiran...kalau larat lah...hehehe...
Promosi ini adalah sehingga 3 September 09(tarikh tutup penyertaan), penyertaan hanya terhad 20 orang peserta. Ikut jangan tak ikut, ada berani, jom sertai kami....bla...bla...bla
dekinabalutrip09

Arif Wafi dah setahun...

Cepat masa beredar...kini Wafi dah setahun. Dalam setahun bermacam dugaan buat ujian kami sekeluarga. Telah aku nukilkan sebahagiannya dalam blog ini. Dan sebahagian lagi, biarlah kami yang rasa dan lalui.

Ayah dan Ibu acapkali mendoakan semoga Wafi terlindung dan terhindar dari segala jenis penyakit. Amin Ya Rabbal Alamin.
 
Copyright 2009 Blog K.A.M.I All rights reserved.
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Blogspot Templates From Wordpress Theme by EZwpthemes