Apa sudah jadi pada OSC?

Di dalam buku panduan Penambahbaikan Sistem Penyampaian Prosedur dan Proses Cadangan Pemajuan Serta Pelaksanaan Pusat Setempat (Edisi Kedua), disebut 3 tujuan penting yang mana boleh dikatakan reformasi dalam sistem penyampaian PBT dalam proses cadangan pemajuan. Pada mulanya aku sendiri tidak tahu apa sebenarnya motif pelaksanaan pusat setempat yang menyebabkan banyak persoalan timbul diawal pelaksanaannya (pertengahan 2007).Secara tidak langsung OSC merupakan agen pihak kerajaan persekutuan dalam usaha melaksanakan tujuan-tujuan itu. Antaranya, reformasi terhadap sistem penyampaian prosedur dan proses cadangan pemajuan di seluruh PBT di Malaysia agar selaras dengan peruntukan KTN 1965, Akta 172, Akta 133 dan lain-lain serta penguatkuasaannya agar dilaksanakan dengan lebih berkesan. Maka timbul idea untuk melaksanakan sebuah agensi atau unit pusat setempat atau sehenti (bukan serenti) atau lebih glamor orang panggil OSC.

2007
Sebelum pelaksanaan secara rasmi dan meganya pada 13 April 2007 oleh YAB PM (ketika itu; Abdullah) OSC dikecam pelbagai pihak kerana dilihat masih kabur, tidak konsisten, proses yang sarat dengan senarai semak, prosedur yang banyak dan ada kes-kes yang mana melibatkan kakitangan tidak memahami konsep dan prinsip OSC itu sendiri. Ini ditambah dengan usaha ‘hidden hand’ di PBT yang melembabkan proses serta menjejaskan kelangsungan permohonan. Maka, wujud OSC BARU selepas tarikh keramat 13 April 2007. Sebanyak 533 jawatan telah diluluskan untuk mengisi kekosongan OSC setiap PBT yang mana ia merupakan jawatan di PERINGKAT PERSEKUTUAN. Pada masa itulah grombolan penganggur lulusan IPTA/IPTS merebut untuk mereka ditawarkan kekosongan itu. Bertuahlah mereka (533) yang berjaya melepas UJIAN AWAL (ujian pertama).

Kos Ujian Awal : + RM 20 juta (gaji, kursus, bengkel, professional dll)
Korban : Anak/Laki/Bini jauh, Kena merantau, OSC kontraks berhenti, kerja swasta ditinggal, awek bertukar, peluang kahwin satu lagi, saman JPJ belambak dan lain-lain justifikasi kos melepas.

2008
Pada ketika itu, ramai yang berpendapat OSC Baru dapat menjalankan tugas dengan bebas dan berkesan kerana badan tersebut terletak bawah JKT, KPKT dan dalam identiti seorang pegawai Persekutuan (tidak terikat dengan arahan PBT). Semua keadaan di PBT perlu dilaporkan secara berkala kepada pihak persekutuan. Wujud istilah-istilah yang sebelum ni aku sendiri kabur, kini difahami oleh semua OSC. FastLane, UBBL, CCC, BKJ, JKB, INSPEKTORAT, Portal OSC dan banyak cekadak lagi yang perlu dilapor kepada JKT. Bukan itu saja, undang-Undang dan akta berkaitan juga dipinda selaras dengan inisiatif baru kerajaan ini. Sehingga sekarang secara peribadi aku bersetuju OSC adalah mekanisme yang berjaya bukan sahaja di PBT malah diperingkat JKT dan KPKT.

Ribut-ribut dulu kini menjadi tenang, segala mangkuk, cawan, pinggan, rumah yang sebelumnya hancur berkecai terburai kini diperbaiki dengan cemerlang gemilang sekali. Cuma untuk menghampiri dan melepasi garis TERBILANG tidak kesampaian, kerana ORANG itu sudah tiada dalam perkhidmatan..hahaha. (Cemerlang, GEMILANG DAN TERBILANG). Namun syabas untuk semua. Kerana semuanya bergembira. Itulah UJIAN KEDUA.

Kos Ujian Kedua : + RM 24 juta setahun
Korban : mangkuk, cawan, pinggan, rumah, kena kutuk, kena maki, kena hamun, kena marah, kena latih, kena bamboo, kena cuti, kena lari, kena sumpah, kena pregnant, kena xcident, kena masuk hospital, kena kata, kena hina, kena kahwin, kena tunang, kenal boyfriend, kenal girlfriend dan dll.

2009
Disangka panas sampai ke petang, rupanya ribut ditengah hari. Tercetus cerita ngeri walaupun persepsi, ntah macam mana terjadi. Bermula episod UJIAN KETIGA apabila MNKT ke-61 bersetuju menerima cadangan menjadikan perjawatan OSC sebagai perjawatan PBT. Runsing, pusing dan pening tidak terperi, umpama gelora tsunami bila di bawa ke PWTC. Dibincang, diulas, dan diterang oleh agen mangkuk dan pinggan. Perlukah 2 tahun memikir bilangan perjawatan yang banyak serta penempatan secara taburan di seluruh PBT menimbulkan masalah. Kenapa tidak difikir masa dulu lagi? Kenapa sekarang? Kenapa faktor jarak dan lokasi PBT menjadi penyebab. Bukankan kita berada di zaman IT yang serba canggih. Bagi aku, jarak dan lokasi, No hal bro…ada solution beb. Tinggal nak cari, bincang dengan KAMI aje…ini tetiba aje keluar keputusan kabinet almari. Bila masa bincang? Bila masa putus? Ingat OSC ni bola sepak ker, sepak terajang sudah tentu. Bola keluar masuk balik. Tak gol, kena pressure. Bila 1 gol. Nak lagi 2, 3, 4….10.

Alasan Morale Pegawai PBT…aku rasa alasan ini juga sudah ketinggalan zaman. Seingat Aku rasa lebih 5 kali perjumpaan dan alasan-alasan yang berkaitan morale ini telah diajukan. Tapi…senyap…tak ada berita, nak settlekan, jangan harap. Contohnya, pegawai yg sukar menyesuaikan diri, lu fikrila snediri. Bukan nak kata kt pegawai, tp dah nama pegawai professional. Biar depa fikir sendiri. Tak kan selama2nya tak dapat menyesuaikan diri. Termasuk aku. Ya, faham, pembayaran gaji dan elaun kekal menjadi tanggungjawab persekutuan disalur terus kepada PBT. Tapi perlu diingat, kaedah masih belum ditetapkan.

Kalaulah kewangan beri alasan sukar, seperti mana JKT kata sukarnya urus kakitangan osc di PBT, tidak mustahil gaji PBT akan tolong bayarkan,senang, lebih disentralisasi. Apa lg, naik anginlah PBT, diberhentikan mereka-mereka itu. Atas alasan tidak mampu membayar gaji. Siapa yang boleh bagi jaminan perkara tu tak berlaku. JKT, KPKT, PM. Itu hal gaji, elaun, tangga gaji, anjakan gaji, bonus, imbuhan2 lain…macam mana?.

Di PWTC, aku difahamkan ada soal selidik opsyen. Tapi dijelaskan itulah borang opsyen. Aik, siapa nak bodohkan siapa ni?. ..Sokongan bukannya orang bodoh…walaupun ada segelintir orang yang bodoh tu berada dalam sokongan. Tapi aku masih tak faham, dalam kertas kerja bil 2/61, MNKT (2 Disember 2008) para 12 “Bagi maksud pengisian, penyandang Kumpulan Sokongan yang sedia ada di PBT boleh memilih kekal dalam perkhidmatan persekutuan atau secara peminjaman di PBT (bermakna masih kekal persekutuan). Tapi borang opsyen yang mereka kata borang soalselidik itu tertera…SETUJU atau TIDAK SETUJU. Setuju akan menerima skim perkhidmatan dan ketua perkhidmatan yang baru (PBT) Tidak Setuju akan DIBERSARAKAN. Woittt…Yang aku faham, keputusan MNKT, perbincangan JPA dan KPKT jelas bersetuju dengan para 12 iaitu sekiranya Tidak Setuju, mereka masih kekal perkhidmatan persekutuan cuma dipinjamkan di PBT.

Memanglah ada PBT suka, Tapi berapa? dan apa kurangnya PBT yang tak suka OSC. So, apa jaminan utk tahun berikutnya? OSC akan ada 103 kaedah? Separuh OSC dibubar? OSC diserap bawah Bahagian Bangunan? Mana tujuan OSC asal? OSC oh OSC?, OSC tinggal kenangan?.

2010
OSC ada 103 kaedah dan prosedur? UJIAN KEEMPAT

2011
Separuh OSC dibubur? Diserap bwh Bah. Bangunan/Perancang? UJIAN KELIMA

2012
Ntahlah…bak kata nabil, Lu Fikirlah Sendiri. UJIAN SETERUSNYA…

...
Harap semua kawan2 bersabar dan berusaha mencari jalan utk menyelesaikan masalah ini. Ye, betul. P & P tak trlibat, tapi tanggungjawab masih ada, kita bersama ketika kita susah, dihina di ketuk dan di'tampar'.. semasa awal penubuhan..dan pastinya masa ini juga kita akan tetap bersama...kita akan terus-terusan berkerja utk tunjukkan betapa pentingnya kita (osc), tingginya harapan, besarnya pengorbanan. Namun, fobianya diperlaku seakan-akan budak yang tak reti berfikir dulu kini dan akan datang. Ia menurunkan semangat, melemahan azam dan menumpulkan pemikiran... .kita hak siapa? dah tentu bukan hak mana2 pihak...bkn PBT, bukan JKT atau KPKT...'hak' kita terikat..yg bezakan pangkat dan gred, itu dinamakan peraturan dan arahan. LUMRAH. Arahan ; Kalau A, A kena ikut...kalau Z, mana boleh jadi Y...tp Tuhan jadikan kita ada otak untuk berfikir dan memikir, kalau pihak atasan dah kering otak (tak mau pakai otak utk memerah dan mencari kaedah yang lebih baik) tak kan hina sangat goongan sokongan itu utk ditanya atau meminta pendapat...at least ada plan A+ atau A-, atau AA atau AAA...turun padang tanyala beb...jangan main game aje diluar skrin komputer...mangsanya, kakitangan bawahan....yang kita panggil sokongan...dah nama sokongan,,,kalau dah tak ada sokongan... tak jalanlah P & P itu... dan saya bersetuju yang menjalankan proses dan prosedur OSC dengan jayanya adalah SOKONGAN. sekian, cerita lanjut...

MELIHAT DARI LUAR JENDELA...

p/s : Kepada mereka itu "Anda mungkin mahu buat perkara yang betul, dan anda mungkin mahu buat itu kerana sebab yang betul. Akan tetapi jika anda tidak menggunakan prinsip yang betul, anda mungkin masih melanggar tembok".

3 Usul:

ah tok berkata...

Gua rasa, mereka tak serius tentang hal ini. Dan lagi satu adalah tidak adil bagi mereka untuk diberi opsyen sebegitu.
Satu, keputusan mesyuarat lain. keputusan yang diwarwarkan lain juga. kan ke lebih elok jika mereka diberi ruang untuk berbincang dari segala sudut tentang hal ini.

Gua taknak jadi orang state beb! Haha!

hadi berkata...

hebat penulisan..siap kronologi yg jitu....

setuju sgt...dimana matlamat dan tujuan asal penubuhan OSC...

Dgn meletakkan kakitangan OSC dibawah PBT bermakna tiada perubahan (transformasi kepada kaedah/sistem penyampaian)yang berlaku (berbanding sebelum OSC)....sama je seperti sistem PBT sebelum ni....

mungkin akan tiba masanya SATU PERUBAHAN... demi meningkatkan sistem penyampaian kepada public..sesungguhnya kita hanyalah penjawat awam yg tugasnya adalah berkhidmat untuk rakyat..

bakrialias berkata...

Pada awal2 penubuhan OSC, berpuluh pegawai dari JPBD ditendang segera (notis 1 hari setengah) bertaburan ke PBT masing2. Jenuh bersilat pegawai2 pada masa tu.. Bukan sekadar maki dan sumpah seranah yang ditadah di PBT, segala khianat dan sihir juga turut terkena batang tubuh kami. KPKT ada peduli apa? JKT ada peduli? JPBD??? Bila Restructure KPKT lulus, JUSA2 dah bertambah, konpim jawatan masing2.. lantak ko la OSC.. nak berkubur ke.. nak tutup ke.. itulah gelagat manusia..

 
Copyright 2009 Blog K.A.M.I All rights reserved.
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Blogspot Templates From Wordpress Theme by EZwpthemes