Awas, Jangan Derhaka (Part Finale)

Teorinya senang, mana-mana anak yang tak menyenangkan hati ibu dikira derhaka. Amacam. Cuba u all bayangkan apa akan jadi kalaulah benda itu kekal dalam hati ibu sehingga dia meninggal dunia. Agak-agak kita ni kategori anak apa agaknya.

Oleh itu, cuba bersihkan diri kita dari rasa tak senang ibu tanpa kita tahu dan sedar. Itu, ibu, sekarang try kat bapa pulak. Trylah…. Tak salahkan dan pastinya tak rugi. Aku aje yang rugi, sbb sampai sekarang aku tak leh brcakap face to face ngan bapa aku. Tapi aku cuba sikit2, biasakan diri melalui telefon.

Siti


Awas, Jangan Derhaka (Part 2)

Kali kedua kita Tanya, jawapan ibu, “ Tak ada, engkau belum pun sakitkan hati mak.” Kali ketiga kita tanya, jawapan ibu mungkin, “ Tak ada, engkau memang anak yang baik, Cuma…Cuma, satu hari tu engkau kata nak balik. Mak pun carilah umbut kelapa. Engko kan suka makan umbut kelapa masak santan. Lepas tu mak pun masak dan bila ko sampai, mak letakkan atas meja, suruh engko makan. Engko buat dek aje. Sikit pun engko tak sentuh. Yerlah dah belajar jauh nun dibandar, mana nak kenal umbut kelapa, makan burger agaknya.”
(Nota, masa tu aku memang penat, sbb penerbangan dari Johor kena transit di Kuching, pas tu singgah Labuan (delay) dan baru sampai KK – 7 jam)

Tengok, pasal umbut kelapa aje. Selama ini pasti u all ingat u all dah ok, yerlah kita beri dua ratus ringgit sebulan, kita ingat mak tak simpan apa-apa perasaan dengan kita, rupanya ada, dan puncanya cuma umbut kelapa.

Tengok, benda nampak kecik, kita tak pernah terfikir, rupanya itulah yang mengecilkan hati mak kita. (Harap2, mak maafkan aku sbb kahwin ngan orang Kedah..ma..minta ampun minta maaf dari hujung kaki sampai hujung rambut).

www.zutg.kom

Awas, Jangan Derhaka (Part 1)


Aku beranggapan semua pembaca berasal daripada kg. Tak kisahlah kg nya kat Bandar…sbb klu time raya, mesti korang kata nak balik kg kan?... malanglah nasib klu tidak berkg. Nanti klu dah berada dikng tu, cuba Tanya kat ibu kita dan bapa, kalau ibu bapa masih ada. Tanyakan soalan ini berasingan.

Tanya soalan ni kena cari time yg sesuai jgk, tgklah klu ibu atau bapa tu dok sorang2 ker, ha…masa tulah yang paling sesuai.

Apa soalanya, “Mak, agak-agaknya saya ni ada tak sakitkan hati mak?” Pernah tak tanya soalan seumpama itu. Ha, sbb tu aku kata tadi, kena cari time yang sesuai, time semua orang dah tidur. Sbb jawapan emak boleh berbeza bergantung pada situasi dan suasananya.

Emak mungkin akan jawab, “Tak, engkau baik saja,”. U all jangan percaya, sehingga kita Tanya 3 kali. Kalau jawapan emak masih sama, maknanya betullah tu. Anda boleh berpuas hati sbb bebas dari kederhakaan. Tanya plk pada bapa kita dalam situasi dan suasana yang sama macam kita tanya mak kita.

Jangan main-main kerana redha ibu bapa bererti redhalah Allah kepada kita. Oleh itu, Ibu yang berterus terang lebih baik daripada ibu yang memendam perasaan.
 
Copyright 2009 Blog K.A.M.I All rights reserved.
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Blogspot Templates From Wordpress Theme by EZwpthemes