AGM...berbalas pantun, bersajak dan bersyair.

Salam semua,

Hari ini aku terdetik jugak untuk menyatakan sesuatu dari benak pemikiran politik kolotku yang tk tertanding dgn org lain kolotnya. Beberapa hari kebelakangan ni, aku cuba utk menulis, cuba untuk berkarya, cuba utk menajamkan daya kreativiti dlm bidang tertentu. Tapi terkubur begitu saja. Bukan hasrat aku nak kerterbelakang dalam hal itu, tetapi ada kekangan lain.

Hampir semua media massa memperkata tentang dasyatnya satu pertubuhan politik ini utk menjuarai perjuangan melayu. Tahniah ke atas semua perwakilannya yang berapi-berapi berkata, berucap, bersyarah, berceramah dan tidak kurang yang mencemuh dan mengata. Tapi, agak hambar sebenarnya kalau nk ulas. Kerana kebanyakan hanya membaca teks ucapan berbanding yang berucap ikhlas. Perbahasan daripada para perwakilannya sepatutnya menjadi ukuran terutama bila berbahas soal hubungan kaum. Dalam kata lain, sia-sia sahaja jerit pekik untuk menggunakan peruntukan tentang kerakyatan bagi mengancam kaum lain kerana peruntukan yang tertulis ini begitu konkrit sekalipun darurat diisytiharkan, ia tetap tidak boleh disanggah.

Apa yang aku nak kata, berhentilah dari membuat tren seperti ini, tahun lepas begitu juga, 2 tahun berlalu pun hal yang sama, pemimpin berganti juga bercakap soal yang sama. Tidak banyak mengatakan hal-hal rakyat, hal-hal agama. Oh, patutlah, sudah lebih 50 tahun bertapak, masih ramai yang miskin lagi di Malaysia, bahkan baru sekarang nak terfikir dan mewujudkan 'rakyat didahulukan', dan yang baru masih jahil dengan hal-hal agama yang bagi aku simple(fesyen islam). Cubalah angkat sikit martabah ulamak di Malaysia nih, bukan 'ulemak2' mereka saja. Tetapi ulamak yang tk bias dgn mana2 parti politik pun kena angkat...martabatnya. Isy... tak der maknanya dia nak ikut nasihat ulamak2 yang tak pro mereka..yer tak?. Orang macam tu... nak dengar cakap orang agama?? Bertuah.... Ketegaq ya Rabbi!! Ego teramat tinggi!! Angkuh bukan main lagi!! Bodoh sudah pasti!!

Retorik kaum dan laungan yang biasa bergema di PWTC itu perlu dihentikan. Kalaulah Melayu itu dimartabat sekalipun, atau bak kata sayap wanita, bukan ' Ketuanan Melayu', tapi 'Kemuliaan Melayu', bagaimana pula dengan agama org melayu itu....yang hampir 100 peratus beragama ISLAM...MELAYU itu lebih mulia daripada ISLAM?. Mungkin aku tk berapa ikut sangat ucapan sayap wanita itu, dan mngkin skopnya lebih ke arah mulianya Melayu sebab pemimpin Melayu yang membawa pembangunan yang bercambah di Malaysia. Mungkin....tetapi bagi aku, itu masih 'bernilai' retorik semata. Mana mungkin mulianya ISLAM kerana MELAYU...fikir2kanlah.

Aku rasa takat itu saja, kesimpulannya, bagi aku perbahasan para perwakilan tidak ubah umpama, pertandingan debat, bagi melihat pewakilan mana yang hebat, pertandingan berbalas pantun, utk dinobat pewakilan mana yang bergaya kartun, dan juga persembahan syair dan sajak, bagi melihat pewakilan mana yang terlebih bijak. Apapun sebenarnya aku sokong sayap pemudanya, bagi aku ucapannya lebih realiti dari fantasi. Macam tulah yang kita nak....malangnya, pucuk pimpinan macam tak sokong aje, seolah-olah gema tak bersahut.

180 Usul:

 
Copyright 2009 Blog K.A.M.I All rights reserved.
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Blogspot Templates From Wordpress Theme by EZwpthemes