Yang paling cantik...

Pada suatu hari, seorang murid bertanya pada gurunya. Ketika itu gurunya sedang mengajar tentang kasih sayang.

Pelajar : Cikgu, mcm mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai seorang yang kita sayang? Mcm mana juga kasih sayang itu hendak berkekalan?

Cikgu : Ok, kamu ikut apa yang cikgu suruh. Kamu pergi ke padang. Kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di depan kamu. Pilih yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang walau sekali. Dah petik rumput yang paling cantik, bawa ke kelas.

Apabila pelajar tersebut kembali ke kelas, tiada sehelai rumput pun yang dipetiknya lalu cikgu bertanya.

Cikgu : Kenapa tiada rumput yang dipilih?

Pelajar : Tadi, masa saya berjalan, saya pilihlah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik, tapi cikgu kata petik yang paling cantik, maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari rumput yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai ke penghujung padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik.Mungkin ada di belakang saya tadi yang paling cantik, dah cikgu kata tak boleh menoleh ke belakang walau lagi. Jadi, tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya, maknanya apabila kita berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita mencari yang lebih baik dari itu. Kita patut hargai orang yang berada didepan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi, kerana yang berlaku tetap telah berlaku. Semoga yang berlalu tidak berulang lagi, dan ingatlah orang yang paling kita sayang itu adalah orang yang paling cantik dan yang paling baik.

1 Usul:

MasZuber berkata...

betul tue..
tp kenkadang memang rambang nk petik rumput yang mane satu..tue yang till end of the road, satu pun xde dalam tangan..

 
Copyright 2009 Blog K.A.M.I All rights reserved.
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Blogspot Templates From Wordpress Theme by EZwpthemes