Memaparkan catatan dengan label Santai. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Santai. Papar semua catatan

GUNUNG KINABALU: MENAWAN, TERTAWAN DAN SETERUSNYA DITAWAN.

Assalamualaikum wrt dan salam sejahtera, 
Pendakian 2014 bersama beberapa 
anggota Majlis Perbandaran Kulim.
Penceritaan ini mungkin agak berbeza berbanding penceritaan ilmiah ataupun santai cara orang lain. Sebab apa?..sebab ini cara saya..hahahaha. Saya akan cerita pendakian 2014 untuk artikel PERSADA (versi web) dan Buletin MPKK selepas saya menghimpun semua gambar dan bahan-bahan daripada kawan yang lain. Nukilan ini hanyalah pengalaman saya dan kemungkinan juga ada yang tidak sama berbanding pengalaman orang yang lebih berpengalaman.
Pada saya, sekiranya anda masih muda, sihat tubuh badan, boleh jalan kaki pergi 'shopping' berjam-jam lamanya tanpa sakit kaki, anda boleh mencuba untuk mendaki Gunung Kinabalu, sama ada sampai atau tidak, saya tak boleh jamin, 'Mountain Guide' pun tak boleh jamin, semuanya terletak atas diri anda sendiri. Cuma apa yang boleh saya katakan, peluang untuk mereka-mereka yang memiliki tubuh badan yang baik untuk sampai ke puncak amat cerah bergantung pada keadaan cuaca.
Pendakian 2014 bersama 17 orang
yang  lain, termasuk 5 orang adik saya.
Seringkali juga saya terserempak dengan para pendaki yang usianya jauh lebih tua dari saya, semasa mendaki baru-baru ini saya ada terserempak dengan seorang pendaki warga Malaysia berbangsa Cina yang penuh uban di kepala, melihat keadaanya, saya menjangkakan yang usianya sekitar 60 tahun. Dia mendaki dari Mesilau dan bersama beberapa lagi pendaki lain dan semasa kami tiba di Laban Rata, dia sedang menunggu pendaki lain dari kumpulannya, apa yang mengagumkan saya, yang ditunggunya bukanlah yang lebih berusia darinya tetapi anggota kumpulannya yang jauh lebih muda darinya, sekitar lingkungan umur 20 – 35 tahun...Jangan tak caya...
Saya juga pernah mendaki dengan adik saya (Jaja Haszliza) pada tahun 2009 dan bersama jiran (Cikgu Shaari) serta kawan-kawan yang lain (Bazilah, Munirah, Amir, Khamis), kebanyakan mereka tidak ada pengalaman mendaki gunung dan adik saya bukanlah seorang yang aktif bersukan tetapi Syukur Alhamdulillah kami berdua selamat sampai ke puncak Gunung Kinabalu dengan tiga orang yang lain (Cikgu Shaari, Bazilah dan Munirah). Tahniah.
Sebelum kita ingin mendaki, kita perlu tanya diri kita dahulu, apa sebabnya kita ingin mendaki? Kerana kawan-kawan yang lain telah mendaki, saja nak cuba kemampuan diri atau macam-macam lagi, anda perlu tahu “What Drives You or Motivates You“?
Bila anda dah tahu sebab apa anda nak naik, yang lainnya akan jadi agak mudah, tetapi tidak bermakna pendakian tersebut adalah sesuatu yang mudah, anda mendaki gunung bukan berjalan di taman bunga, tambahan pula dengan ketinggian gunung tersebut, udara semakin nipis, bila anda mendaki sehingga aras 3000 meter dan ke atas, kita akan mengalami kesukaran bernafas sedikit, kita akan rasa cepat penat dan langkah akan jadi sedikit perlahan. Paling ditakuti, kemungkinan anda akan mendapat High Altitude Pulmonary Edema atau HAPE atau paling sering berlaku ialah  Acute Mountain Sickness (AMS) dan High Altitude Cerebral Edema ( HACE ). Trylah tanya simptom-simptomnya dekat pakcik Google ok untuk persediaan awal.
Pendakian saya pada tahun 2013 bersama 20 peserta daripada anggota Majlis Perbandaran
Kulim dan kawan-kawan daripada JPBD, LADA dan pihak swasta.
Kalau anda ingin mendaki secara santai tanpa terlalu membebankan diri, ada baiknya anda ambil 'porter' untuk membawa beg anda, atau anda boleh juga suruh 'Mountain Guide' anda bawa beg anda dengan sedikit bayaran. Percayalah 'backpack' yang kecil saiznya pun akan jadi satu beban yang cukup berat untuk kita. Cukup untuk kita bawa kamera dan 'trekking pole' sahaja. Tak perlu nak bawa makanan banyak-banyak kerana makanan dah termasuk dalam 'package' kos pendakian.
Sebelum mendaki kita di beri “packed lunch/breakfast”, hanya berupa sebotol air mineral, dua biji epal dan roti sandwich. Sebaiknya sebelum mendaki awal pagi elok anda bersarapan dahulu dengan makanan yang tidak terlalu berat, makan nasi goreng pun boleh, burger pun boleh, nasi lemak takut mengantuk pulak. Selebihnya bawa coklat seperti 'snickers' atau apa-apa jenama yang anda suka, tak perlu banyak sangat.
Air minuman pula, bawak botol air mineral yang kecil pun dah cukup, untuk sampai ke Laban Rata ada terdapat lebih kurang tujuh pondok untuk kita berhenti dan di setiap pondok tersebut ada disedikan tandas dan air dari gunung, insyaAllah selamat untuk diminum tetapi tidak digalakkan untuk meminum dalam kuantiti yang banyak.
Pendakian saya pada 2009 bersama 7 orang kawan-kawan yang lain. Hanya
5 orang berjaya sampai ke puncak.
Rasanya tak perlu lagi saya tulis panjang lebar tentang mendaki gunung ni kerana, dah beribu-ribu orang mendaki gunung ini dan cukup banyak tips-tips tentang mendaki Gunung Kinabalu yang boleh kita cari di internet ni. Cuma dari pengalaman saya sendiri, jangan mendaki terlalu laju, perlahan pun tidak mengapa, tetapi teruskan mendaki.
Jangan berhenti terlalu lama di satu-satu pondok, berhenti untuk mengalas perut sedikit ataupun untuk minum air selain mengambil gambar, elakkan berbual-bual panjang di pondok kerana kita takkan perasan masa berlalu. Kebiasaanya pendaki akan sampai ke Laban Rata, tempat bermalam seawal jam 12 PM dan 2:30 PM sekiranya mereka memulakan pendakian seawal 8 a.m pagi tetapi ada juga saya jumpa pendaki yang memberitahu kepada saya, terdapat beberapa orang dalam kumpulan mereka yang sampai ke Laban Rata pada jam 9 p.m malam dan ada juga yang sampai pada jam 11 p.m malam.
Setiap orang berbeza, kali ini saya dan kumpulan (18 orang termasuk saya) sampai di Laban Rata helipad seawal jam 2 p.m, - 5 p.m kali ini saya agak lewat tiba berbanding tahun lepas (2013) kerana kecederaan lutut. Dan sudah semestinya ini bukanlah rancangan saya untuk mendaki. 
Untuk maklumat 'dinner' disediakan seawall jam 4:30 PM, jadi kalau anda sampai awal pun belum ada lagi makanan di sediakan. "Take your time..beb", tak perlu nak cepat-cepat sangat. Yang penting sekali “Mental” kena kuat kerana kadang-kadang kita tewas di sini, walaupun tubuh badan kita masih lagi berupaya meneruskan pendakian, kita tewas “Mentally”. Jangan mudah patah semangat.
Bagi saya kepada yang berminat, cuba dulu, jangan dengan baca blog sana sini kita dah mengalah, tak cuba tak tahu. Orang kata “Di Mana Ada Kemahuan, Di Situ Ada Jalan, Inn sha Allah”. Jalan atau “trail” untuk ke puncak memang dah ada, takkan sesat, cuma anda perlu cari “Kekuatan Mental” untuk sampai ke puncak Gunung Kinabalu.
Yakin Boleh, Be Confident With Yourself
Saya cukup yakin anda boleh...
SubhahanAllah, maha besar cipta Allah SWT.
Pendakian 2014 adalah mungkin pendakian terakhir saya. Tetapi kalau ada 'What Drives You or Motivates You', contohnya, wife ajak naik ker. Kenapa tidak sekali lagi?....hohoho. 
Jumpa lagi nanti. Salam.

Apa ker jadah...

Assalamualaikum untuk semua.

Salam SeMalaysia untuk mereka yang berada di bumi Malaysia dan mendaftar sebagai warganegara yang sah. Melainkan anda bukan warga negara yang sah yang mendapat kerakyatan melalui agen-agen untuk memenangi parti semasa pilihanraya.
Nyah dari bumi Malaysia ini.


Muhammad Jamalul Kiram III

p/s : Gambar tiada kaitan dengan kenyataan di atas...:::kikikiki:::

Pilihan

1. Alor Setar - Kulim (Lebuhraya Utara-Selatan)
- Tol = RM 30.40/hari
- Minyak = RM 36.00/hari
- Jarak = 120 km (240 km pergi balik)
- Masa = 1 jam 30 minit (masa terpantas dicatat)
- Laju Purata = 110 - 120 km/jam
- Tahap Risiko = Sederhana (Kuning)
  Anggaran Kos Perjalanan Sebulan = RM 1,328.00

2. Sungai Petani - Kulim (Lebuhraya Utara-Selatan)
- Tol = RM 15.40/hari
- Minyak = RM 18.30/hari
- Jarak = 61 km (122 km pergi balik)
- Masa = 1 jam (masa terpantas dicatat)
- Laju Purata = 110 - 120 km/jam
- Tahap Risiko = Rendah (Hijau)
  Anggaran Kos Perjalanan Sebulan = RM 674.00

3. Sungai Petani - Sidam Kiri - Padang Serai - Lunas - Kulim (Jalan Negeri)
- Tol = Tiada
- Minyak = RM 14.10/hari
- Jarak = 47 km (94 km pergi balik)
- Masa = 1 jam (masa terpantas dicatat)
- Laju Purata = 70 - 80 km/jam
- Tahap Risiko = Tinggi (Merah)
  Anggaran Kos Perjalanan Sebulan = RM 282.00

*   Tidak kira duit makan dan selenggara kenderaan (KBN).
** Purata Penggunaan Minyak Jenis RON95(Shell) adalah RM 0.15/km

short term memory loss (STML)...

Memori merujuk kepada pengekalan penyimpanan, dan recall balik maklumat-maklumat yang tersimpan termasuklah pengalaman kita yang lepas, pengetahuan dan pemikiran. Memori untuk maklumat tertentu mungkin jauh berbeza mengikut individu dan keadaan individu itu berfikir.Sejauhmana mereka berhempas pulas menekan dan terus meneran supaya kita dapat mengingati semula. Ia juga boleh berbeza-beza mengikut kandungan maklumat itu sendiri, atau sejauh mana kita dapat membuat panel pemisah serta mengurus kategori-kategori maklumat yang sebenarnya kita cipta sendiri.

Oleh itu maklumat yang menarik cenderung untuk menjadi lebih diingati daripada maklumat yang tidak menarik atau biasa. Contohnya, kalau aku mengandaikan maklumat hubungan seks mesra dengan awek ku beberapa hari yang lepas itu merupakan 'tragedi' yang menarik, maka aku mungkin akan ingatnya lebih lama berbanding kuliah ANOVA yang disampaikan oleh Dr. Irina (bukan nama sebenar). Walaupun anda tidak nampak perkaitan antara kedua-dua contoh peristiwa tersebut dari segi moral kerana kedua-dua 'tragedi' mempunyai sifat negatif dan positif. Walaupun anda meletakkan 100% tahap keyakinan menyatakan bahawa kedua-dua tidak mempunyai impak besar kepada memori, tetapi aku sebaliknya. Senang disimpulkan macam ni, jangan diingat benda-benda yang 'lucah' tak berfaedah tuh, nanti ingatan (memori) terganggu....ok ker kesimpulan tuh..... Kan bagus kita cuba mengingati fakta-fakta dan fomula-fomula kelas ANOVA berbandingn...ehem..ehem tuh. Tetapi apa sebenarnya yang berlaku adalah sebalik. Punahhh...

Kegagalan memori yang biasanya boleh menyebabkan dari kegagalan menyimpan ingatan di tempat yang pertama (priority), kegagalan untuk mengekalkan maklumat (lupa), dan seterusnya kegagalan untuk mendapatkan maklumat kemudiannya (recall). Ini adalah masalah utama aku....adusss, dah tua agaknya. Neuron pun dah lembik.

Mekanisme biologi memori yang tepat sukar difahami sepenuhnya, tetapi kebanyakan ahli-ahli sains percaya memori yang hasil adalah sejauh mana perubahan dalam sambungan atau kekuatan sambungan antara neuron di dalam otak. Patutlah selalu tengok iklan susu lembu mengwar -warkan situasi ini. Jadi aku menyimpulkan berdasarkan iklan susu-susu baby di TV, susu lembu yang diproses dengan tambahan agen-agen penguat yang banyak kandungan AHA DHA (ape ke jadah benda alah ni aku pun tak tahu), yang berfungsi untuk perkembangan saraf otak, pembentukan jaringan lemak otak dan menjaga penyambungan sel-sel saraf otak. Jadi ia sebenarnya boleh dijadikan makenisme penguat memori...yer lah kot.

Ooo...kalau macam tu, betul lah. Aku boleh setuju aku mempunyai kawalan daya memori yang lemah kerana waktu usiaku bayi, aku cuma minum susu yang diperbuat daripada air beras setelah berhenti penyusuan mama. Harap-harap aku hanya ada STML daripada LTML

Himpunan Ceritera Bermusim

DSLR oh DSLR...

Ramai rakan-rakan saya minat kamera terutamanya DISELAR (DSLR). Kita juga boleh tengok serata tempat ramai yang membawa DSLR ke hulu ke hilir sama ada di kampung, di bandar dan sudah pastinya di kawasan peranginan. Kadangkala ada juga yang kelihatan membawa beg kamera semacam nak balik kampung, besar begnya. Macam-macam ada dalam beg. Flash, lense extra, battery pack, charger dll. Tetapi kualiti hasil yang diperolehi masih tak hebat mana.

3 sebab mudah yang sememangnya ramai mengalami masalah ini. Minat kamera dan memiliki sebuah, tapi setelah bertahun kualiti gambar yang dihasilkan tak seberapa. Kemahirannya masih ditahap lama. Cuba baca sebab-sebab dibawah. Adakah anda juga mengalaminya?

  1. Tak bawa kamera - kalau dah minat kamera pastikan anda sentiasa membawa kamera dalam beg anda sekurang-kurangnya sebuah kamera kompak bagi melatih kemahiran anda dalam komposisi.Rajin-rajinlah ambil gambar dan menilai gambar yang anda telah ambil.
  2. Anda hidup tergesa-gesa - Ramai orang hidup kelam kabut macam tak cukup tanah sekarang ini. Entah apa yang mereka kejar tak tahulah. Jadi tak ada masa nak melihat suasana sekeliling, pemandangan indah, kejadian yang berlaku sekeliling. Jika begini keadannya sampai bilapun anda tak nampak gambar apa yang nak diambil.
  3. Risau atau takut orang kritik - Ini merupakan salah satu masalah besar yang dihadapi oleh semua manusia. Anda sentiasa bawa kamera. Anda menikmati perjalanan hidup anda dengan tidak tergesa-gesa. Apabila anda nampak sesuatu yang menarik untuk dirakamkan, malangnya anda takut nanti apa orang kata apabila anda keluarkan kamera anda dan mula mengambil gambar. Akhirnya anda simpan saja niat itu dan biarkan kamera terperap dalam beg.
Itu antara beberapa perkara tak bijak yang sering menghantui peminat kamera. bagaimana saya tahu semua itu...sebab itu adalah perkara yang saya alami selama ini yang masih saya cuba atasi. Itupun ada hati nak ''upgrade body''...hehehe. Anda pulak bagaimana ?

Harap ini gadget terakhir aku tahun ini...

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan ke-7

Sekadar berkongsi dan memerhati...

(Artikel ini telah dibuang kerana terdapat ura-ura saya akan dibayar sebanyak RM 2 juta untuk melakuknya...)

Toingggggg...... hehehe

Fiqah; in the making

vote for her Nur Shafiqah no 73 here...

Nak tgk gambar lain kat sini...


Dalam kenangan....

Kata2 akhir sebelum aku mampu melupakan yang lama...
"Bismillahirrahmanirrahim...tidurlah hati setenang mata, agar esok nampak cahaya...bila hati berkata-kata, mulalah fikiran meronta...nafsu menggila, meminta agar diganti atau dilupa, walhal yang diminta hanya tenang dari gila, gusar menjadi gumbira, hambar menjadi ceria....moga esok nampak cahaya...bukan air mata......''

untuk Laptop ku yang pergi entah ke mana...

Selamat Tahun Baru

Selamat tahun baru semua, selamat datang 2011, selamat tinggal 2010, sememangnya 2010 banyak menyimpan kenangan sama ada gembira atau tidak. Yang gembira kita simpan lg utk kita wat revision dlm tahun ini (2011), begitu juga yang kurang atau tidak happy aje kalau nk kenang balik. Buatlah sempadan, mudah-mudahan dan sememangnya Allah memberikan hikmah kepada mereka yang sabar.

InsyaAllah, sama-sama kita cari sesuatu dalam 2011, cari ilmu (itu akulah tu), cari jodoh (bg kengkawan yg belum ketemu jodoh), cari rezeki, cari sahabat, cari kawan, cari ilham dan yang paling utama adalah cari keredhaan dari yang esa.

Entri ini aku tulis setelah bergelar student diUTM, back to school...orrg kata. Walaupun berbeza banyak masa aku ambik sarjana muda kat sini, tapi awek aku kata ada satu persamaan yg unik. Aku pi register sorang-sorang. Dulu aku dari Sabah, tapi skrang aku dari Kedah. Aku drive siuttt...menaiki suria kontot NAZA kia..letih gila. Alhamdulillah aku menjejak kaki di UTM yang sememangnya banyak kenangan di sini.

Wish me luck my dear...utk kengkawan pun sama. Doakan kejayaan aku. InsyaAllah aku akan doakan kebahagian dan kesejahteraan kamu semua.

Oklah, nak survey geng yg leh ajak main badminton sat...ntah mcm mana nak mula. Tapi yg pasti aku nk gi kompleks sukan sat...see u all. Bye.

Trip to Tip of Borneo;Tanjung Simpang Mengayau, Kudat


Klik sini, untuk gambar yang lain...citernya..bila free nnt baru nk karang...huhu atau tgk aje gambar u all lah tlng wat citernya...huhuhu...

Related sini dan sini.

Harga photo nih...RM (infiniti)

NAK TENGOK TUHAN KE???

Satu kisah menarik yang ustaz aku ajor masa sekolah dulu ialah cerita Firaun yang nak naik langit tengok tuhan nabi musa. Cerita nye memang menarik tetapi akhirnya habis macam tu je... aku pun tak kaji cerita tu dah ... biarle ustaz yang ada zaman sekarang ni...

Bukan apa...aku teringat cerita ustaz aku dulu sebab aku dengor pasal bangunan pencakar langit yang di khaborkan nak dibina bernama bangunan warisan. Khabornya 100 tingkat...wooo tinggi tu... agaknya sampai tak ke langit... ceritanya nak cakar langit... mesti ada jari jari bangunan tu kut... Kalau tak macam mana nak cakar????

Sebenarnya aku bukan kisah sangat dengan cakar tak cakar langit tu...tapi 5 bilion tu rasenye besor... kalau nak banding dengan 98 juta untuk SAR tu jauh langit dengan kerak bumi le... tapi apa manafaatnya bangunan seratus tingkat tu..?? nak kata buat pejabat ... pejabat yang ada kat KL pun tak penuh lagi... Bangunan Petronas tu dah penuh ke???

Kalau nak kata buat bangunan untuk pejabat kerajaan tak masuk akal sebab bangunan yang ade pun dah diheret ke Putrajaya. Pakatan Rakyat telah membantah atas alasan yang banyak... rasionalnya tak nampak selain kemegahan atau mungkin ada peluang projek. Rakyat bukan tak nak projek megah... tapi mana yang lebih diutamakan??? berapa banyak lagi rakyat tak tentu hala hidup deme...

Yang papa kedana bersepah merata pelusuk alam Malaysia ni.. Nak makan pun dah tak tentu waktu... susu anak pun tak tentu hala... cukai yang turnu pulak seluar dalam dan sekeperluan dengannya.....

Bagi yang hidup mewah deme dah tak peduli pasal makan sebab deme hanya pikir nak bermewah...nak pakai seluar dalam pun jenuh pikir 10 kali... warna apa??? jenama apa... bentuk apa??? tebal mana dan mungkin ada yang pikir nak pakai kat dalam ke kat luar macam Superman???

Tu belum kire lagi warna rambut...... tapi bagi yang miskin macam aku ni...pikir nak makan apa.. anak sekolah macam mana.... tu belum kire orang kampung yang duduk entah ulu banat mana lagi macam yang selalu kat dalam TV Bersamamu tu...tu yang deme jumpe... yang deme tak jumpe dan yang tak mahu orang tau banyak lagi.... tapi itule nasib bile diperintah oleh keluarga bangsawan yang tak pernah rase hidup susah... dapat pulak bini yang memang kaki joli... agaknya deme nak pikir ke pasal orang macam kite???

Apakah motto rakyat diutamakan masih boleh dipakai???

Jom kita main....

Di sini ada satu pengiraan matematik mudah untuk latihan anda semua, sediakan kalkulator, ia akan memberikan kejutan pada setiap dari anda yang membuat kiraan ini.

* Ia cuma mengambil masa lebih kurang 30 saat
* Ikut arahan ini satu persatu..
* Jangan terus pergi ke arahan terakhir sebelum anda siapkan kesemua kiraan.
* Bersedia dengan kalkulator anda !!! OK....

Kita mulakan...

1. Mula-mula, tetapkan jumlah dalam seminggu... berapa kali anda ingin makan malam bersama suami atau isteri dan anak-anak di luar. (tekan nombor di kalkulator)

2. Darab atau kalikan dengan 2

3. Tambah atau campurkan dengan 5

4. Darabkan atau kalikan dengan 50

5. Jika tarikh lahir anda pada tahun ini sudah lepas atau sudah berlalu .....tambah 1760, sebaliknya tambah 1759 jika ianya belum lepas.

6. Kiraan Terakhir : Tolak tahun anda dilahirkan. (Contoh : 1941, 1973, 1985 dan sebagainya)

Jumlah yang anda dapat di kalkulator sekarang adalah dalam tiga digit nombor...kan !!

Digit pertama dari 3 digit tersebut - Adalah jumlah nombor yang anda ingin makan malam bersama isteri atau suami dan anak-anak dalam masa seminggu...

Agak2 korang..2 digit nombor dibelakang tu...nombor apa tuh...?


Selamat mencuba...

Arnab bin Kura-Kura...Layan

Demokrasi..."sehingga menjilat jari"...

Demokrasi umpama tagline KFC, .."sehingga menjilat jari"....

Kepada mereka yang mempropagandakan dan mempergunakan demokrasi, kemudian setelah itu mengaku dirinya seorang pemimpin...Kepada mereka semua (para pemimpin), berhentilah segala propaganda, masa untuk memilih, dipilih sudah berlalu (pilihanraya), jangan diungkit, jangan dibahas bila ia sudah berlalu, masanya untuk mengorak langkah meneraju negara, bukan bercakaran sesolah-olah dunia ini kamu yang punya...sedarlah kalau iapun kamu telah menang dan sebelah sana sudah kalah, semat ayat keramat ini, agar kamu faham, agar kamu tidak terpesong dari niat asal sebagai pemimpin, bukannya menyelongkar harta khazanah bumi untuk diri sendiri, rakus melahap 'hak' rakyat...setelah demokrasi memilih kamu...tanpa melihat siapa dibelakang kamu....menyapu bersih...sehingga menjilat jari.....semat ayat keramat ini...ingat ayat keramat ini, faham ayat keramat ini... "demokrasi adalah pemerintahan dari rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat. Maka tidak boleh ada kepemimpinan yang lebih tinggi dari kedudukan rakyat, dan tidak ada kehendak yang boleh mengatasinya melainkan kuasa Allah SWT...

Apa bezanya kalau bagi tahu dengan tak bagi tahu?

Salam semua kengkawan,

Member aku mempunyai masalah lanjutan daripada masalah-masalah sebelumnya. Bukan nak dengaq skali lagi cerita-cerita yang direka-rekanya itu, tapi sekadar nak menjaga hati member, sebab kalau tak dengaq, sohih dia berkecik hati. Begini ceritanya. Ia berkisar mengenai keadaan dalam hubungan rumah tangga (bukan hubungan kelamin k..). Ini hubungan berkomunikasi, perbualan, percakapan. Kadang-kadang mendatangkan salah faham, masej tak sampai, cakap yang tak berapa jelas, teragak-agak, bertanyakan sesuatu, memberitahu sesuatu & aku rasa banyak lagi member ni mention, aku tak ingat, mungkin sudah terlalu tua, atau terlalu tua sudah aku, atau ingatan aku sudah mencapai tahap beku. Tak apalah, dengaq sajalah. Kita ambik contoh Kes 1 yang di ceritakannya.

KES 1: (balik ke rumah setelah hampir 8 jam berada di ruangan kerja)

Si isteri bertanyakan kepada si suami mengenai masakan apa yang hendak dihidangkan untuk santapan berbuka puasa. Si suami dengan nada biasa, (bukan dalam keadaan menyindir, tidak juga dalam keadaan mod yang kurang siuman aka gila) serius menjawab dengan nyata serta difahami oleh si isteri. Jawapan itu juga sbnrnya berniat, oleh kerana setelah lebih kurang 8 jam mengadap kerja. Jawab si suami, "Tak kisah, makan saja apa yang ada". Penjelasannya, sudah tentu apa yang ada itu maksudnya yang telahpun siap dimasak, atau apa-apa sajalah yang ada dalam dapur. Tapi si isteri masih bertegas (mgkn juga dengan niat; ingin menyediakan yg terbaik aka yg disukai suami) ingin tahu apa lagi selain yang dah ada. Lantas si suami terus mengingatkan sesuatu yang bagi dia mudah & pantas disediakan dek melihat kepenatan si isteri dengan harapan tak perlulah masak yang rumit-rumit serta tak perlu membazir. Suami hanya kata, "...buat sup telur dahlah". Nah, sudah diberitahu. Hairan, dia minta menu itu KIV untuk sahur nanti. Tambahnya juga, dia nak masak ikan pari asam pedas. Suami pun diam, hairan. Apa tujuan si isterinya bertanya pada mula bicara tadi?


KES 2: (bangun sahur)

Melihat kepenatan & ketidakupayaan si isteri setelah menyediakan masakan berbuka puasa tadi, sepanjang malam itu si suami mencari sesuatu job yang dia boleh tolong. Jadi, dia sediakan anak, mandikan, pakaikan dan si suami minta si isteri beri makan anak dalam keadaan duduk, santai dan rehat. Cukup. Baju kerja malam itu juga si suami tolong ironkan. Dengan harapan si isteri boleh ambik masanya mengiron baju sebelum ini utk berehat (niat).Tak perlu bagi tahu, nak bagi tahu mcm mana, si isteri dah lena. Ini mungkin silap si suami, TAK BAGI TAHU. Elok si isteri bangun pagi, seterika sekali lagi. Adus. Sia-sia usaha si suami, penat akhirnya si isteri. Tapi masalahnya, mak dah bagi tahu baju tu dah seterika. Tapi kenapa eh? still seterika juga. Lagipun, berapa lama dah seterika baju? Tak kan tak dapat beza baju yang telah diseterika.

.....bangun sahur, si suami bagi tahu, baju telah diseterika. Si isteri menjawab kecewa..."yer ker, kenapa tak cakap, lain kali bagi tahu lh, penat ambik masa setengah jam seterika skali lagi". Fuhhhhh..., apa maknanya ni?. Pastu tu keluar balik pasal masak asam pedas yang aku tak jamah pun. Nak jamah mcm mana, sup telur yang KIV tu ada depan mata, melantak tu sajalah...


Kesimpulan:

Apa bezanya kalau si suami bagi tahu dalam KES 1 dengan suami tak bagi tahu dalam KES 2, . Ala bro, sama sajakan. KES 1, tanya, bagi tahu (jawab), tapi buat benda lain. suami tak minta pun...dapat penat. KES 2, tak tanya (tak bagi tahu), buat (seterika baju)...still dapat penat...inilah contoh komunikasi yang gagal. Sebenarnya, si isteri atau suami kena faham niat kedua2nya. Itu lebih penting daripada mencari kesalahan.


Setelah selesai bersahur dan si suami melicinkan pinggan nasinya, si isteri bagi tahu dalam style perli, "...ingat tak makan gulai, itu yang masak ikan pari asam pedas tu". Si suami diam, membatalkan niat sepinggan nasi tambah, bangun lalu membasuh tangannya, walaupun sebenarnya si suami boleh membasuh tangan dengan hanya mejilat jarinya di depan si isteri tadi, sambil berkata dalam hati,"...ada aku cakap nak makan ikan pari asam pedas...aku cuma nak makan sup telur saja"...

Sekian.

(p/s: Apa yang anda perlu ambik dan buka hati serta minda adalah pengajarannya, walaupun sedikit)

Cuti Raya belajar PSCS3...


 
Copyright 2009 Blog K.A.M.I All rights reserved.
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Blogspot Templates From Wordpress Theme by EZwpthemes