Memaparkan catatan dengan label Serius. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Serius. Papar semua catatan

Magik


Aku mampu menembusi pintu bilik tanpa membukanya...dasyat beb...tapi dalam tak sedar...ngigau...saksikan...
(I was able through the door without opening it ... amazing ... but in a delirious ..... watch it...)

Melayu...Melayu...Melayu...

Melayu..Melayu..Melayu..wei korang ni tak habis2 cerita pasal Melayu. Bangsa lain dah sampai kemuncak...tapi melayu ni masih jadik kemuncup, di sentuh sedikit emosi, di sentak sedikit marah, di jentik sedikit merajuk, sampai bila nak jadik macam ni wei...sampai bila?...China agresif membangun, India mengejar di belakang....Melayu?....Melayu seumpama teratai meLAYU di tasik madu....hampes betul...mana pemimpin Melayu yang tulen macam Hang Jebat....mana? 'Raja adil raja disembah,raja zalim raja disanggah,...itu baru Melayu tulen...Tak kan pemimpin Melayu hanya tahu setakat tahu, tapi tidak mahu tahu untuk lebih tahu. Wahai pemimpin Melayu, cuba tengok statistik miskin tegar, siapa dominasi, tengok pula jenayah (rogol, dadah, rasuah, rempit..dll), siapa juara. Ada pemimpin dah jadi pemimpin lebih 50 tahun. Apa sebenarnya anda buat?...anda tahu ker? anda sedar ker? Jangan sampai aku kata, selama 50 tahun anda semua(pemimpin) ni hanya pandai buat anak(rakyat) lembu sudah...(emosi).


Tak apalah, kita tinggal dulu (pemimpin melayu) yang dah uzur tu, beralih pula kepada pemimpin baru (muda@yang kata nak tawan putrajaya)...Relek ah der, lu org tahu ker yang itu orang (pemimpin melayu yang dah uzur) dah berjasa lebih 50 tahun derrrr, lu orang tak perasan ek? Cuba renung sedikit derrrr. Bukan susah sangat, renung aje. Agak2, apalah diorang buat sampai tak ter'perasan' Melayu paling ramai miskin derrrr...., melayu paling ramai rogol derrrrr, pemimpin melayu paling ramai rasuah derrr.... tak perasan ekkk?....jadi, jangan ikut macam itu orang derrrr....jangan sampai aku sumpah korang jadi batu derrrr...serupa macam tak buat apa der...Jangan sampai semua orang yang menyimpan harapan (kebanyakannya Gen Y) ni...samakan korang2 ni dengan tunggul yang dah ada macam sampah bersepah kat malasia (MALAYsia)...tunggul yang tetiba saja jadik menteri...jangan derrrr. Tolonglah jangan ikut derrr...Aku kadang2 menyampah juga dgn lu orang nih derr...Baru dapat 2 3 kerat tanah (negeri) kat malasia(MALAYsia) nih, dah nak jadi penyamun derrr, walaupun bukan semua, tapi aku mempunyai firasat yang korng pun ada hati kan derrr?....hahahah...jangan nak sembunyi lah derrr....tolonglah jangan ok. Ada orang kata nak jadikan malasia (MALAYsia), Kerajaan Rakyat Malaysia. Dengar tu derrr. Jadi, semua HMK (Hak Milik Kerajaan) adalah hak rakyat der. Itu yang aku faham lah derrrr, harap korang pun mempunyai fahaman yang serupa. Jangan ulangi kesilapan pemimpim melayu yang berzaman tu. Jangan jadikan Melayu ni didasari madu, tapi rasa madu pun tak tahu. Harap korg faham der...Kalau lu orang buat juga...maka jatuh sumpah anda adalah MALAY'SIAL' sekali di Malaysia.


Untuk rakyat, berikutan kenaikan harga barang dan harga minyak yang tak menentu. Sabar saja lah yer...huhuhuhu


Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian seluruh rakyat Malaysia.

Sekadar berkongsi dan memerhati...

(Artikel ini telah dibuang kerana terdapat ura-ura saya akan dibayar sebanyak RM 2 juta untuk melakuknya...)

Toingggggg...... hehehe

Asal kain dari benang, asal BN jadi bangang...(tahap emosi memuncak)

Asalkan tertegak slogan melayu jadi tuan, semuanya tak mengapa. Biar hari-hari rebus pucuk paku dan berlaukkan siput babi pun tak mengapa, janji tegakkan slogan ketuanan melayu dan berbangga mempunyai negara yang paling ramai orang melayunya sendiri miskin papa kedana. Kesiannya jiran kita, Melayu singapura tu, yang tiada beraja dan pemimpin pula dari kaum Cina, malah hidup kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. Kasihan dia... kasihan dia... kasihan dia, yang bahalul, tengging, bebal dan suka kena tipu adalah kita. Rasanya rakyat Tibet lagi maju pemikirannya dari kita? Ye ke?

AGM...berbalas pantun, bersajak dan bersyair.

Salam semua,

Hari ini aku terdetik jugak untuk menyatakan sesuatu dari benak pemikiran politik kolotku yang tk tertanding dgn org lain kolotnya. Beberapa hari kebelakangan ni, aku cuba utk menulis, cuba untuk berkarya, cuba utk menajamkan daya kreativiti dlm bidang tertentu. Tapi terkubur begitu saja. Bukan hasrat aku nak kerterbelakang dalam hal itu, tetapi ada kekangan lain.

Hampir semua media massa memperkata tentang dasyatnya satu pertubuhan politik ini utk menjuarai perjuangan melayu. Tahniah ke atas semua perwakilannya yang berapi-berapi berkata, berucap, bersyarah, berceramah dan tidak kurang yang mencemuh dan mengata. Tapi, agak hambar sebenarnya kalau nk ulas. Kerana kebanyakan hanya membaca teks ucapan berbanding yang berucap ikhlas. Perbahasan daripada para perwakilannya sepatutnya menjadi ukuran terutama bila berbahas soal hubungan kaum. Dalam kata lain, sia-sia sahaja jerit pekik untuk menggunakan peruntukan tentang kerakyatan bagi mengancam kaum lain kerana peruntukan yang tertulis ini begitu konkrit sekalipun darurat diisytiharkan, ia tetap tidak boleh disanggah.

Apa yang aku nak kata, berhentilah dari membuat tren seperti ini, tahun lepas begitu juga, 2 tahun berlalu pun hal yang sama, pemimpin berganti juga bercakap soal yang sama. Tidak banyak mengatakan hal-hal rakyat, hal-hal agama. Oh, patutlah, sudah lebih 50 tahun bertapak, masih ramai yang miskin lagi di Malaysia, bahkan baru sekarang nak terfikir dan mewujudkan 'rakyat didahulukan', dan yang baru masih jahil dengan hal-hal agama yang bagi aku simple(fesyen islam). Cubalah angkat sikit martabah ulamak di Malaysia nih, bukan 'ulemak2' mereka saja. Tetapi ulamak yang tk bias dgn mana2 parti politik pun kena angkat...martabatnya. Isy... tak der maknanya dia nak ikut nasihat ulamak2 yang tak pro mereka..yer tak?. Orang macam tu... nak dengar cakap orang agama?? Bertuah.... Ketegaq ya Rabbi!! Ego teramat tinggi!! Angkuh bukan main lagi!! Bodoh sudah pasti!!

Retorik kaum dan laungan yang biasa bergema di PWTC itu perlu dihentikan. Kalaulah Melayu itu dimartabat sekalipun, atau bak kata sayap wanita, bukan ' Ketuanan Melayu', tapi 'Kemuliaan Melayu', bagaimana pula dengan agama org melayu itu....yang hampir 100 peratus beragama ISLAM...MELAYU itu lebih mulia daripada ISLAM?. Mungkin aku tk berapa ikut sangat ucapan sayap wanita itu, dan mngkin skopnya lebih ke arah mulianya Melayu sebab pemimpin Melayu yang membawa pembangunan yang bercambah di Malaysia. Mungkin....tetapi bagi aku, itu masih 'bernilai' retorik semata. Mana mungkin mulianya ISLAM kerana MELAYU...fikir2kanlah.

Aku rasa takat itu saja, kesimpulannya, bagi aku perbahasan para perwakilan tidak ubah umpama, pertandingan debat, bagi melihat pewakilan mana yang hebat, pertandingan berbalas pantun, utk dinobat pewakilan mana yang bergaya kartun, dan juga persembahan syair dan sajak, bagi melihat pewakilan mana yang terlebih bijak. Apapun sebenarnya aku sokong sayap pemudanya, bagi aku ucapannya lebih realiti dari fantasi. Macam tulah yang kita nak....malangnya, pucuk pimpinan macam tak sokong aje, seolah-olah gema tak bersahut.

Demokrasi..."sehingga menjilat jari"...

Demokrasi umpama tagline KFC, .."sehingga menjilat jari"....

Kepada mereka yang mempropagandakan dan mempergunakan demokrasi, kemudian setelah itu mengaku dirinya seorang pemimpin...Kepada mereka semua (para pemimpin), berhentilah segala propaganda, masa untuk memilih, dipilih sudah berlalu (pilihanraya), jangan diungkit, jangan dibahas bila ia sudah berlalu, masanya untuk mengorak langkah meneraju negara, bukan bercakaran sesolah-olah dunia ini kamu yang punya...sedarlah kalau iapun kamu telah menang dan sebelah sana sudah kalah, semat ayat keramat ini, agar kamu faham, agar kamu tidak terpesong dari niat asal sebagai pemimpin, bukannya menyelongkar harta khazanah bumi untuk diri sendiri, rakus melahap 'hak' rakyat...setelah demokrasi memilih kamu...tanpa melihat siapa dibelakang kamu....menyapu bersih...sehingga menjilat jari.....semat ayat keramat ini...ingat ayat keramat ini, faham ayat keramat ini... "demokrasi adalah pemerintahan dari rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat. Maka tidak boleh ada kepemimpinan yang lebih tinggi dari kedudukan rakyat, dan tidak ada kehendak yang boleh mengatasinya melainkan kuasa Allah SWT...

Haram J@&@h punya orang, orang tua pun nak tipu ker...?

· Warga emas, faqir dan miskin di pulau pinang dan mana-mana negeri dan Negara lain, DIHARUSKAN untuk menerima sumbangan dari mana-mana kerajaan negeri, syarikat dan individu selagi mana harta mereka bercampur antara wang halal dan haram.

· Sebaiknya penyumbang tidak kira kerajaan, syarikat dan sepertinya; tidak mendedahkan sumber pemerolahan harta yang disumbang agar tidak mengelirukan penerima sebagaimana kes yang berlaku ini

· Mereka juga HARUS untuk menerima wang sumbangan dari penyumbang tadi, walaupun jelas ia adalah dari hasil yang haram seperti judi lumba kuda rasuah, riba dan sebagainya. Tiada kotor pada wang yang diterima oleh mereka, kerana mereka adalah penerima yang diiktiraf oleh syara'. Manakala dosa hasil dari pemerolehan wang itu hanya ditanggung oleh pelaku dosa dan ia tidak merebak kepada penerima dari kalangan faqir miskin dan yang memerlukan.

· Jika dilihat dari sudut hukum dan agama, warga yang menerima sumbangan terbabit TIDAK PERLU SAMA SEKALI memulangkan semula wang yang diterima.

· Namun jika dilihat dari strategi politik pihak tertentu, tindakan tersebut di luar fokus artikel ini.

oleh:
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
30 Sept 2010

Baca lanjut di sini .

Akhirnya julai yg dinanti sudah tiba...naik segala

Sebenarnya, aku tidak berbelah bagi mengenai tujuan kerajaan 1Malaysia membuat program yang dipanggil rasionalisasi subsidi itu. Aku sokong 110 peratus. Yang aku kesal, PM1Malaya ini tidak menyatakan rasionalisasi terhadap kaedah menyalur penjimatan tersebut. Kalau ada pun, ia telahpun sepatutnya dimulakan pada tahun 2008 atau tahun lepas.

Mana duit penjimatan subsidi itu menghilang selain untuk mengurangkan defisit negara yer?. Kalau itupun tujuannya sehingga sekarang defisit masih tidak berkurangan. Alamak, dimana silapnya perancangan kerajaan 1Malaysia ini. Yang gah hanya laungan 1MALAYSIA yang aku rasa anggaran utk publisitinya juga telah mencecah lebih dari sasaran penjimatan yang diumumkan semalam. Alangkah manis dan bergulanya sekiranya diumunkan sekali kaedah penyaluran penjimatan (750 juta) itu. Yang pasti, bonus untuk kakitangan tahun ini...sebagai contoh saja. Ataupun penyaluran kepada rakyat yang tidak mampu menghadapi situasi kenaikan yang diumukan tanpa melalui Dewan Rakyat ini. Sehingga kini, aku masih tertunggu-tunggu mekanisme bantuan tatkala kenaikan setiap tahun berlaku.

Kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula sememangnya mungkin tidak dapat dielakkan. Ini merupakan keputusan perit yang terpaksa dilakukan oleh kerajaan PM1Malaya. Seandainya ada lagi pengumuman program rasionalisasi subsidi selepas ini, di harap kerajaan lebih bersedia dengan pengumuman kaedah-kaedah penyaluran penjimatan kepada rakyat yang berpendapatan rendah. Itu pasti sebab mereka juga pengguna petrol, diesel, LPG dan gula. Harap Maklum Kerajaan 1Malaysia.


p/s: kami terpaksa naik air asia beb, depa kata murah, tp mcm sama aje bila bayar guna waran kerajaan. Ntahlah..

Projek 2010 : Mairah Enterprise


Tajuk n3 tu gimik awal aje...lebih kurang mcm publisiti awalah...Tetap dgn niat asal seperti n3 yg lepas(klik sini) projek akan terus dijalankan. Dan sekarang proses pembersihan kolam no 2 dijalankan bagi menempatkan anak2 itik G2(group 2). Kira boleh panggil kumpulan ke 2(300 ekor tolak yg mati, tinggal 250++ ekor) sbb sebelum tu dah ada kumpulan pertama yg katanya hasil jualan tahunan sahaja mencecah 15 ribu (hasil jualan telur masin bagi 100 ekor itik, termasuk jualan dari rumah, pasar dan borong) sumber info dari Sawal (Rizal AR).

Dengan info itulah, kami berusaha meneruskan projek ini dengan lebih tersusun lagi serta menyediakan rekod dengan lebih teratur (mcm serius la huhu...). Mudah-mudahan dengan usaha ini, pendapatan keluarga bertambah. Buat masa sekarang, keluarag masih dalam proses penamaan dan penjenamaan syarikat. Ia bergantung kepada penyelaras projek (Buat masa sekarang kita bagi mandat tu dekat Sawal). Biar dia uruskan dulu. Kami dari jauh ni bagi modal aje dulu. InsyaAllah, Jun nnt aku turun padang. Tunggu...Apa2 hal, adik2 call aje. Komputer pun dh ada, internet pun dah ada...jgn simpan, pakai, itu sebahagian drp investment....Bawah ni ada beberapa keping foto semasa kejadian pembersihan kolam..layan aje...ok.


Alahai..abaikan saja..

"kenapa perlu banyak persepsi, tidak mahukan untuk mengkaji, atau menghalusi, dari mencipta persepsi atau berimeginasi basi, atau terus bertanya empunya diri...ataupun sebodoh2 tindakan smskan saja apa yang terbuku dihati...agar kurang rasa dengki atau iri hati...kurangkan persepsi, agar spekulasi terhenti..."

entah hapa2 ntah...

Onggg..gadek gadek gadek...

"Katak o katak, nape engko lompat...bagaimana aku tak lompat...lopak sudah 'kering'"..huhuu...'kering' beb.....'kering'...huhuhu...sbb 'kemarau panjang'...

Aku pun nak lompat gak...Alor Setar ke Pantai Chenang..., jauh tuuuu...lompat jangan tak lompat...

Pakar oh pakar...

09.07.2009 ; Kami dpt giliran yg ke 25. Giliran semasa ketika itu 17, so ada 7 pesakit lagi yg tk kisah menunggu lama. Yg penting mereka itu semua mahukan jawapan segala persoalan. Begitu juga K.A.M.I. Arif sudah mula gelisah. Nak kan susu kot. Aku gemuruh sikit. Jaja, ntahlah..dia masih senyap dari tadi. Mardiah...hepi aje aku tgk. Dah, aku sendiri tk cerita pasal apa kena pi hospital. Tak apalah, nnt mardiah besar, dia akan tahu sendiri. Atau mungkin melalui blog ini juga...

25, Bilik 1, giliran sudah tiba, takut sudah terasa, lutut ketaq pun ada. Dr. Noor Hazlina, pegawai perubatan yg bertugas. Rasanya blum kawin lagi. Ntahlah, mgkin kot. Gambar aku tk berani ambik. Nanti dia terperasan yg aku syok kat dia. Padahal tak pun...hahaha. Keputusan daripada observation pakar. Rupanya dia bukan pakar, pakar cuma datang tgok x-ray (KMC CT Scan) dan dia blah. Ntah, mgkin mcm tu lah kot prosedurnya. Aku mati2 ingat jumpa pakar.... Tak apalah.

1. ?signifiken, masih negatif...tp kena buat follow up. So kena dtng sekali lagi selepas 3 bulan iaitu pada 3.9.2009.

2. Progres Dev. wafi delay. Patutnya dia dah boleh duduk, atau merangkak atau meniarap. Tapi smpai entri ni aku tulis, dia masih tk mampu buat semua tu. Jadi Dr. tu minta kita refer Unit Pemulihan carakerja di Hospital Alor Star.







3. Untuk follow-up seterusnya dia minta kita refer semula hospital alor star (psychiatry). Dptkan ukuran kepala setiap 2 minggu atau semasa follow-up dibuat dalam tempoh 3 bulan tersebut.

Itu ajelah. Wlu pun resultnya masih none signifiken, kami masih nk tahu juga kalau2 dia (Hydrochepalus) akan jadi lebih serius. Dr. tu pun mention setiap bayi perlu ada cecair tu dlm kuantiti tertentu, tetapi cecair trsebut perlu circulate and observ (mengalir dan diserap) dan perlu balance. Dalam kes wafi, dia sendiri tk tahu kuantiti cecair sbb Brain scan kt hospital seblum tu (masa umur 3-4 bulan) tiada. Sbb tu kena dtng skali lagi pada 03.09.2009.

Aktiviti lepas tu; Lepas je pi GH, kami pi aktiviti santai depan queensbay... lunch dan ambik gmbr kat sini. Saja nk try memory card (Olympus xD Picture Card 2 GB) kamera buruk ku...yg lama dah rosak...atau nk cool down kn lutut ketaq tadi...layannn...

Apakah itu `Unity Government'?

Senang untuk difaham tetapi mengapa payah nak reti? Sebenarnya, inilah yang disebut sebagai `negara tanpa pembangkang' yang pernah diamalkan di UK selepas Perang Dunia, diperkenalkan oleh Nelson Mandela selepas menamatkan dasar apartied di Afrika Selatan dan sekarang diamalkan di Indonesia. Konsep ini berusaha untuk menamatkan perbalahan politik yang merugikan negara. Tiada kaitan langsung PAS masuk Umno seperti yang dihebohkan oleh media dan ramai ahli dan sesetengah pimpinan PAS. Media memang akan memanfaatkan setiap ayat yang boleh dimanipulasikan untuk kepentingan mereka.

Hampeh si media buta...yang ni aku kata.

[Nak baca lanjut klik sini]

Lanjutan Isu Penggunaan nama "Allah"

Lanjutan Isu Penggunaan nama "Allah"..yg ni aku cilok dari http://www.tranungkite.net/ ; Isu Penggunaan Nama Allah Antara Aqidah & Taklid Buta.


"Pelbagai isu ditimbulkan di Malaysia, apabila ianya berkait politik maka ianya pasti memeningkan dan berlaku perselisihan yang tidak berkesudahan kerana kekuasaan itu sungguh-sungguh membuatkan manusia sanggup berbunuhan.Diriwayatkan daripada Tsauban ra. yang berkata telah bersabda rasulullah sallallahualaihiwasalam dengan sabdanya yang bermaksud : " Sesungguhnya apa yang aku risaukan ke atas umatku ialah pemimpin yang menyesatkan..." (hadis riwayat Tirmidzi dalam bab Fitan no.2229) disebut darjatnya Hasan Sahih.

Orang bercakap soal agama di mana-mana termasuk Menteri-Menteri yang merujuk agama hanya daripada Kamus dan Ensiklopedia (TV3 - Buletin Utama,2 March 2009)Pelbagai isu ditimbulkan di Malaysia, apabila ianya berkait politik maka ianya pasti memeningkan dan berlaku perselisihan yang tidak berkesudahan kerana kekuasaan itu sungguh-sungguh membuatkan manusia sanggup berbunuhan.

Kita apabila melihat isu ini dengan ilmiah, mengetahui bahawa kalimah "Allah" itu umum merujuk kepada tuhan bagi semua manusia baik yang Muslim, bukan Muslim, manusia dan haiwan serta seluruh hidupan dan kewujudan.Perbezaannya ialah hanya pada Siapa layak disebut Allah ? Sifat dan Ciri Allah, juga apakah ajaran yang datang daripada Allah ? Agama Islam melalui sumbernya iaitu Al-Kitab (Quran) dan As-Sunnah (rasul) beriman bahawa Allah itu Esa, tiada sekutu dan tidak mempunyai anak dan menyakini Allah mempunyai 99 nama, memiliki sifat-sifat yang mulia seperti yang diberitakan di dalam Al-Quran dan As-Sunnah.

Agama Islam melalui sumbernya iaitu Al-Kitab (Quran) dan As-Sunnah (rasul) beriman bahawa Allah itu Esa, tiada sekutu dan tidak mempunyai anak dan menyakini Allah mempunyai 99 nama, memiliki sifat-sifat yang mulia seperti yang diberitakan di dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Manakala Kristian berpegang kepada rujukan mereka iaitu Bible bahawa Allah itu mempunyai anak, isteri dan menjadikan Jesus sebagai Anak Allah.

Kita (orang Islam) tidak bersetuju dengan Kristian di dalam hal tersebut tetapi kita tidak boleh mengatakan bahawa bukan Allah tuhan mereka...kerana tuhan mereka tetap Allah dan apa yang mereka anggap tuhan itu sebenarnya ialah Allah swt cuma sifat-Nya dan ciri-ciri Allah itu yang kita perselisihkan. (puncanya rujukan tidak sama apabila kita merujuk Al-Quran dan mereka (Kristian) merujuk Bible).

Apabila kita menafikan hak Kristian untuk memanggil tuhan mereka sebagai Allah, kita sebenarnya menafikan bahawa Islam ialah pelengkap kepada ajaran Kristian dan yahudi serta pelengkap kepada kitab suci Taurat dan Injil yang semuanya berasal daripada Allah swt.

Bagaimana kita hendak menolak Firman Allah swt yang bermaksud :"dan kami turunkan Taurat dan Injil, sebelumnya (Sebelum Quran) sebagai pertunjuk kepada manusia." (Ali-Imran : 3-4)Allah memerintahkan kita mengakui kewujudan ajaran Taurat dan Injil serta rasul-rasul yang membawa kitab-kitab tersebut melalui Firman-Nya yang bermaksud :"Katakanlah (Wahai orang-orang mukmin): "Kami beriman kepada Allah dan apa yang diturunkan kepada kami, dan apa yang diturunkan kepada Ibrahim, Isma'il, Ishaq, Ya'qub dan anak cucunya, dan apa yang diberikan kepada Musa dan Isa serta apa yang diberikan kepada nabi-nabi dari Tuhannya. Kami tidak membeza-bezakan seorangpun diantara mereka dan kami hanya tunduk patuh kepada-Nya". (Al-Baqarah : 136). (...)


 
Copyright 2009 Blog K.A.M.I All rights reserved.
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Blogspot Templates From Wordpress Theme by EZwpthemes