Memaparkan catatan dengan label Ucapan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ucapan. Papar semua catatan

ULANGTAHUN KELAHIRAN KE-10

Assalamualaikum wrt.

Hai, jumpa sekali lagi...

Entri kali ni tak ada ayat gempak gempek. Hanya potret anak perempuan kesayangan KAMI. Photo ni dahl lama saya ambik. Raya tahun 2011. Masa ni berjinak-jinak dengan kamera yang baru setahun jagung...hahaha.

Anyway, esok merupakan sambutan hari kelahiran Ainul yang ke-10. Hoho...dah besar dah budak ni. Ayah dan Ibu doakan semoga dilimpahi rahmat dan berkat serta dilindungi oleh Allah SWT sepanjang masa.

Happy birthday sayang!!! I LOVE U.


Ulang Tahun Perkahwinan Ke-9



Ya Allah, aku bersyukur kepada Mu yang telah memanjangkan jodoh ku bersama isteriku sehingga kesaat ini. Kekalkan lah nikmat Mu ini ke atas kami dan jadikan lah kami berdua suami isteri di dunia dan di akhirat.

Ya Allah, Andai Kau berkenan, limpahkanlah rasa cinta kepada kami, yang Kau jadikan pengikat rindu Rasulullah dan Khadijah Al Qubro, yang Kau jadikan mata air kasih sayang Ali bin Abi Thalib dan Fatimah Az Zahra dan yang Kau jadikan penghias keluarga Nabi-Mu yang suci.

Ya Allah, andai semua itu tak layak bagi kami, Maka cukupkanlah permohonan kami dengan redha-Mu. Jadikanlah kami suami dan isteri yang saling mencintai di kala dekat, saling menjaga kehormatan dikala jauh, saling menghibur dikala duka, saling mengingatkan dikala bahagia, saling mendoakan dalam kebaikan dan ketaqwaan serta saling menyempurnakan dalam peribadatan.

Ya Allah, sempurnakanlah kebahagiaan kami dengan menjadikan perkahwinan kami ini sebagai ibadah kepada-Mu dan bukti ketaatan kami kepada sunnah Rasul-Mu.

Ya Allah…indahkanlah rumah kami dengan kalimah-kalimah-Mu yang suci. Suburkanlah kami dengan keturunan yang membesarkan asma’-Mu. Penuhi kami dengan amal shaleh yang Engkau redhai. Jadikan mereka Yaa…Allah teladan yang baik bagi manusia.

Ya Allah…damaikanlah pertengkaran di antara kami, pertautkan hati kami, dan tunjukkan kepada kami jalan-jalan keselamatan. Selamatkan kami dari kegelapan kepada cahaya. Jauhkan kami dari keburukan yang tampak dan tersembunyi.

Ya Allah…berkatilah pendengaran kami, penglihatan kami, hati kami, keturunan kami dan ampunilah kami. Jadikanlah kami termasuk golongan orang-orang mukmin. Amin..amin, ya rabbalallamin.

Selamat Ulang Tahun Sayangku, Nor Azliza binti Jamian...I Love U..

ABANG...

Salam Lebaran 2012

Assalamualaikum wbt,

Bersempena syawal yang akan tiba ini, keluarga KAMI ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua kenalan dalam negeri mahupun luar negara (ada ker?). Untuk keluarga Sabah, Sarawak juga keluarga yang berada di Semenanjung Malaysia. KAMI ingin menyusun semua jari-jemari yang ada memohon maaf sekiranya ada kata-kata yang mengguris hati sanubari sama ada semasa perbualan mahupun didalam penulisan blog atau FB. Apapun matlamat hidup kita di dunia ini, kita masih rakyat Malaysia, Dusun ker, Bajau ker, Brunei ker, Bidayuh ker, Jawa ker, BN ker, PR ker, PAS ker, UMNO ker, MCA ker, MIC ker, GERAKAN ker, DAP ker, PKR ker, PBS ker, kita masih rakyat Malaysia..yooo.

Bersama adalah lebih baik, oleh itu berhati-hati di jalan raya, INGATLAH ORANG TERSAYANG...



(klik gambar untuk besarkan atau klik sini untuk sambung ke FB)


[video akan menyusul, itupun kalau KAMI rajin buat]...  

ataupun

korang layan sajalah video2 raya KAMI yang lama ni.



2011


2010

Sekian, terima kasih.

Salam Ramadhan

Salam semua, Hari ini terasa nak update blog yang dah lama bersawang ni. Rasa macam tak percaya bila bekerja semula. Setelah setahun setengah berhempas pulas mengasah dan membilas otak agar segala karat marat yang berada celah sel neoron tertanggal satu demi satu. Nah sekarang bila mula kerja, tenganga. Semuanya hampir berubah dek kerana transformasi yang sering dilaungkan oleh PM. Transformasilah sangat. Yerlah, kita hanya menurut perintah. Tetapi kali ini agak berbeza lenggoknya, bila mana sebelum entri ini ditulis, entri terakhir lebih kepada memuja seseorang yang entah macam mana terasa macam dia tu hebat sangat. Apa tak hebatnya, hari-hari masuk TV. Tak payahlah nak dipanjangkan cerita. Tapi apa yang aku mampu nasihat kepada mereka-mereka yang benci sangat orang tu, abaikanlah saja dia tu. Kalaupun dia nak jadi PM supaya tak kempunan, berilah dia sepenggal dua. Kita lihat kalau dia mampu mengubah dan merubah Malaysia. Apa ada hal. Berbalik dengan cerita aku. Selepas sahaja selesai belajar, pada 2 Julai lepas, telah melapor diri di JPA. Padan muka aku, sebabnya kalau ikut aku boleh melapor diri pada 3 Julai, tapi memandangkan keterujaan untuk bekerja semula, pada hari itu juga surat melapor diri ke HQ dikeluarkan. Hampeh. Ingat ada sehari lagi nak 'enjoy' katak kat KL ni. Tapi tak apalah. Dengan harapan dapat penempatan cepat, bolehlah 'settle' semuanya. Ko gila beb, rupanya, kena kerja lagi beberapa bulan kat KL....KL menjerit lah gamaknya...huhuhu. Kini bagi penempatan sementara waktu,aku berada di Bahagian Korporat dengan menbawa lagak korporat yang agak-agak berlagak, walau tidak berapa segak. Biarlan. KL pun KL lah, dah nama sementara. Jangan nanti yang kekal lebih teruk daripada yang ini. Saya yang menurut perintah. Nanti sambung lagi. Mungkin tahun depan.Hahaha....Untuk kesempatan kali ini, KAMI ingin mengucapan selamat menyambut Ramadhan Al-mubarak kepada semua rakan-rakan pengunjung. Sekian.Tamat.Titik.
Klik imej untuk besarkan.

Klip Raya 2011



Assalamualaikum wrt,

Alhamdulillah, klip sempena Eidul Fitri yang tinggal beberapa hari aje lagi ini telah siap dan telah berjaya di muat naik ke dalam akaun youtube KAMI. Pada tahun ini, KAMI berkesempatan menyediakan klip ini untuk semua keluarga seluruh Malaysia, dan rakan-rakan yang sering 'mendampingi' KAMI, di alam siber (FB, Blog dan YM). Semoga bahagia di hari raya.

Selamat Hari Raya Eidul Fitri dari KAMI sekeluarga, Maaf Zahir dan Batin..

Ramadhan Al Mubarak


Surah Ad-Dukhaan: 43- 44- 45-46
بسم الله الرحمـن الرحيــم
إِنَّ شَـجـَرَتَ الزَّقُــومِ . طَـعـَمُ الْأَ ثـِيــمِ
كــَالْـمُـهْـلِ يَـغْـلِـى فِى الْبُـطُـونِ . كـَغَـلْـىِ الــْحَـمِـيْـم

( إِنَّ شَـجـَرَتَ الزَّقُــومِ . طَـعـَمُ الْأَ ثـِيــم )
Sesungguhnya pohon zaqqum itu makanan orang yang banyak berdosa." iaitu orang banyak membuat dosa melalui ucapan dan perbuatannya.

( كــَالْـمُـهْـلِ يَـغْـلِـى فِى الْبُـطُـونِ )
Seperti tembaga cair yang mendidih di dalam perut.

( كـَغَـلْـىِ الــْحَـمِـيْـمِ )
" Seperti mendidihnya air yang sangat panas."Iaitu kepanasannya yang tak terhingga dan ia amat mengerikan.

Mudah-mudahan kita menjauhinya bukan sahaja pada bulan Ramadhan,
Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak daripada KAMI.

Selamat Tahun Baru

Selamat tahun baru semua, selamat datang 2011, selamat tinggal 2010, sememangnya 2010 banyak menyimpan kenangan sama ada gembira atau tidak. Yang gembira kita simpan lg utk kita wat revision dlm tahun ini (2011), begitu juga yang kurang atau tidak happy aje kalau nk kenang balik. Buatlah sempadan, mudah-mudahan dan sememangnya Allah memberikan hikmah kepada mereka yang sabar.

InsyaAllah, sama-sama kita cari sesuatu dalam 2011, cari ilmu (itu akulah tu), cari jodoh (bg kengkawan yg belum ketemu jodoh), cari rezeki, cari sahabat, cari kawan, cari ilham dan yang paling utama adalah cari keredhaan dari yang esa.

Entri ini aku tulis setelah bergelar student diUTM, back to school...orrg kata. Walaupun berbeza banyak masa aku ambik sarjana muda kat sini, tapi awek aku kata ada satu persamaan yg unik. Aku pi register sorang-sorang. Dulu aku dari Sabah, tapi skrang aku dari Kedah. Aku drive siuttt...menaiki suria kontot NAZA kia..letih gila. Alhamdulillah aku menjejak kaki di UTM yang sememangnya banyak kenangan di sini.

Wish me luck my dear...utk kengkawan pun sama. Doakan kejayaan aku. InsyaAllah aku akan doakan kebahagian dan kesejahteraan kamu semua.

Oklah, nak survey geng yg leh ajak main badminton sat...ntah mcm mana nak mula. Tapi yg pasti aku nk gi kompleks sukan sat...see u all. Bye.

Salam Maal Hijrah

Happy Deepavali

Untuk Mardiah...




klik sini

Untuk awek ku.....Luv uuuuuuuu...

Salam Merdeka

Salam Lebaran

Klik pada gambar untuk besarkan, save dan cetak. Kos cetak ditanggung oleh anda.

Ramadhan...

Gong Xi Fa Cai

Besday Mardiah 5th

B'day Mardiah, tiada yg menarik sekadar sambutan biasa...tapi..haha..Mcm anak raja plak..sampai nk kena buat dua kali....bukan apa, ibunya ingat ayah kena pi outstation..minggu sudah...tp tk jadi..so, itu yg buat smpi 2 kali..hari sabtu lepas sekali...sekali lagi khamis (7.1.2010 - tarikh yg sbnrnyanya Mardiah berumur 5 tahun...dengan surprise party...yg ada kami (berempat) sahaja.
Hehe...banner ada syarikat yg sponsor...sambutan hari sabtu lepas (2.1.2010)

Mardiah..siap make up lg...ini keja ibulah..


Karekter upin & ipin kali ini menjadi pilihan...depa kata mcm toyol lh plak...


Yang ni plak...khamis (7.1.2010)...Mardiah kata nk surprise party..haha ni dia...siap ada lilin keliling rumah lagi..

Ha..tu dia....

Apa2 pun selamat hari lahir yang ke-5. Sayang Mardiah..sayang ibu n ayah serta wafi juga...Tahun ni dah masuk tadika...rajin-rajin belajar...boleh belajar kt oversea..kt negara yg ada salji...itu yang mardiah nak kn...


2010

Kad Raya

Kari Kepala Ikan...

Sehingga menjilat jari...mcm tulah aku nak gmbarkan betapa sedapnya makan tengah hari ni. Bukan juga aku nak samakan sedapnya KFC itu sama dengan kari kepala ikan ni. Tapi, 'menjilat jari'yang aku maksudkan ini lebih sedap sehingga aku hanya mampu meniru slogan itu...(sedap giler ahh..wa cakap lu).

Itulah dia, masak dengan penuh kasih sayang. Kari Pak Andak (sorg yg popular di PPZU), sori tak tertanding. Inilah aku rasa kari yang terbaik di dunia yang penah aku rasa...(mcm aku ni dah keliling satu dunia..huhuhu).

(nnt sya akan 'attach'kan gambar)

Di entri ini aku nak ambik kesempatan nak ucap Selamat Menyambut Ramadhan al-mubharak kepada semua keluarga di Alor Setar, Keluarga di Sabah, adik di Kuching dan di Teronoh, Perak serta di Labuan, kengkawan yang berada di Malaysia dan luar negara serta semua muslimin dan muslimat.

21st June.... Happy Father's Day!!!

Kepada para bapa seantero melaya, K.A.M.I ingin mengucapkan Happy Father's Day.


Mohon siar kata2 pujangga dari Mother of Three Mohd.

 
Copyright 2009 Blog K.A.M.I All rights reserved.
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Blogspot Templates From Wordpress Theme by EZwpthemes