Assalamualaikum wrt dan salam sejahtera,
Pendakian 2014 bersama beberapa anggota Majlis Perbandaran Kulim. |
Pada saya, sekiranya anda masih muda, sihat tubuh badan, boleh jalan kaki pergi 'shopping' berjam-jam lamanya tanpa sakit kaki, anda boleh mencuba untuk mendaki Gunung Kinabalu, sama ada sampai atau tidak, saya tak boleh jamin, 'Mountain Guide' pun tak boleh jamin, semuanya terletak atas diri anda sendiri. Cuma apa yang boleh saya katakan, peluang untuk mereka-mereka yang memiliki tubuh badan yang baik untuk sampai ke puncak amat cerah bergantung pada keadaan cuaca.
Pendakian 2014 bersama 17 orang yang lain, termasuk 5 orang adik saya. |
Seringkali juga saya terserempak dengan para pendaki yang usianya jauh lebih tua dari saya, semasa mendaki baru-baru ini saya ada terserempak dengan seorang pendaki warga Malaysia berbangsa Cina yang penuh uban di kepala, melihat keadaanya, saya menjangkakan yang usianya sekitar 60 tahun. Dia mendaki dari Mesilau dan bersama beberapa lagi pendaki lain dan semasa kami tiba di Laban Rata, dia sedang menunggu pendaki lain dari kumpulannya, apa yang mengagumkan saya, yang ditunggunya bukanlah yang lebih berusia darinya tetapi anggota kumpulannya yang jauh lebih muda darinya, sekitar lingkungan umur 20 – 35 tahun...Jangan tak caya...
Saya juga pernah mendaki dengan adik saya (Jaja Haszliza) pada tahun 2009 dan bersama jiran (Cikgu Shaari) serta kawan-kawan yang lain (Bazilah, Munirah, Amir, Khamis), kebanyakan mereka tidak ada pengalaman mendaki gunung dan adik saya bukanlah seorang yang aktif bersukan tetapi Syukur Alhamdulillah kami berdua selamat sampai ke puncak Gunung Kinabalu dengan tiga orang yang lain (Cikgu Shaari, Bazilah dan Munirah). Tahniah.
Sebelum kita ingin mendaki, kita perlu tanya diri kita dahulu, apa sebabnya kita ingin mendaki? Kerana kawan-kawan yang lain telah mendaki, saja nak cuba kemampuan diri atau macam-macam lagi, anda perlu tahu “What Drives You or Motivates You“?
Bila anda dah tahu sebab apa anda nak naik, yang lainnya akan jadi agak mudah, tetapi tidak bermakna pendakian tersebut adalah sesuatu yang mudah, anda mendaki gunung bukan berjalan di taman bunga, tambahan pula dengan ketinggian gunung tersebut, udara semakin nipis, bila anda mendaki sehingga aras 3000 meter dan ke atas, kita akan mengalami kesukaran bernafas sedikit, kita akan rasa cepat penat dan langkah akan jadi sedikit perlahan. Paling ditakuti, kemungkinan anda akan mendapat High Altitude Pulmonary Edema atau HAPE atau paling sering berlaku ialah Acute Mountain Sickness (AMS) dan High Altitude Cerebral Edema ( HACE ). Trylah tanya simptom-simptomnya dekat pakcik Google ok untuk persediaan awal.
Pendakian saya pada tahun 2013 bersama 20 peserta daripada anggota Majlis Perbandaran Kulim dan kawan-kawan daripada JPBD, LADA dan pihak swasta. |
Kalau anda ingin mendaki secara santai tanpa terlalu membebankan diri, ada baiknya anda ambil 'porter' untuk membawa beg anda, atau anda boleh juga suruh 'Mountain Guide' anda bawa beg anda dengan sedikit bayaran. Percayalah 'backpack' yang kecil saiznya pun akan jadi satu beban yang cukup berat untuk kita. Cukup untuk kita bawa kamera dan 'trekking pole' sahaja. Tak perlu nak bawa makanan banyak-banyak kerana makanan dah termasuk dalam 'package' kos pendakian.
Sebelum mendaki kita di beri “packed lunch/breakfast”, hanya berupa sebotol air mineral, dua biji epal dan roti sandwich. Sebaiknya sebelum mendaki awal pagi elok anda bersarapan dahulu dengan makanan yang tidak terlalu berat, makan nasi goreng pun boleh, burger pun boleh, nasi lemak takut mengantuk pulak. Selebihnya bawa coklat seperti 'snickers' atau apa-apa jenama yang anda suka, tak perlu banyak sangat.
Air minuman pula, bawak botol air mineral yang kecil pun dah cukup, untuk sampai ke Laban Rata ada terdapat lebih kurang tujuh pondok untuk kita berhenti dan di setiap pondok tersebut ada disedikan tandas dan air dari gunung, insyaAllah selamat untuk diminum tetapi tidak digalakkan untuk meminum dalam kuantiti yang banyak.
Pendakian saya pada 2009 bersama 7 orang kawan-kawan yang lain. Hanya 5 orang berjaya sampai ke puncak. |
Rasanya tak perlu lagi saya tulis panjang lebar tentang mendaki gunung ni kerana, dah beribu-ribu orang mendaki gunung ini dan cukup banyak tips-tips tentang mendaki Gunung Kinabalu yang boleh kita cari di internet ni. Cuma dari pengalaman saya sendiri, jangan mendaki terlalu laju, perlahan pun tidak mengapa, tetapi teruskan mendaki.
Jangan berhenti terlalu lama di satu-satu pondok, berhenti untuk mengalas perut sedikit ataupun untuk minum air selain mengambil gambar, elakkan berbual-bual panjang di pondok kerana kita takkan perasan masa berlalu. Kebiasaanya pendaki akan sampai ke Laban Rata, tempat bermalam seawal jam 12 PM dan 2:30 PM sekiranya mereka memulakan pendakian seawal 8 a.m pagi tetapi ada juga saya jumpa pendaki yang memberitahu kepada saya, terdapat beberapa orang dalam kumpulan mereka yang sampai ke Laban Rata pada jam 9 p.m malam dan ada juga yang sampai pada jam 11 p.m malam.
Setiap orang berbeza, kali ini saya dan kumpulan (18 orang termasuk saya) sampai di Laban Rata helipad seawal jam 2 p.m, - 5 p.m kali ini saya agak lewat tiba berbanding tahun lepas (2013) kerana kecederaan lutut. Dan sudah semestinya ini bukanlah rancangan saya untuk mendaki.
Untuk maklumat 'dinner' disediakan seawall jam 4:30 PM, jadi kalau anda sampai awal pun belum ada lagi makanan di sediakan. "Take your time..beb", tak perlu nak cepat-cepat sangat. Yang penting sekali “Mental” kena kuat kerana kadang-kadang kita tewas di sini, walaupun tubuh badan kita masih lagi berupaya meneruskan pendakian, kita tewas “Mentally”. Jangan mudah patah semangat.
Bagi saya kepada yang berminat, cuba dulu, jangan dengan baca blog sana sini kita dah mengalah, tak cuba tak tahu. Orang kata “Di Mana Ada Kemahuan, Di Situ Ada Jalan, Inn sha Allah”. Jalan atau “trail” untuk ke puncak memang dah ada, takkan sesat, cuma anda perlu cari “Kekuatan Mental” untuk sampai ke puncak Gunung Kinabalu.
Yakin Boleh, Be Confident With Yourself…
Saya cukup yakin anda boleh...
SubhahanAllah, maha besar cipta Allah SWT. |
Pendakian 2014 adalah mungkin pendakian terakhir saya. Tetapi kalau ada 'What Drives You or Motivates You', contohnya, wife ajak naik ker. Kenapa tidak sekali lagi?....hohoho.
Jumpa lagi nanti. Salam.
0 Usul:
Catat Ulasan