X-press-C Dirimu...lama tk update

Antara koleksi foto dalam fotopages...sorila lama tk update. Nnt klu dh dpt SLR satu, rajin sikit kot...bilalah aku nk dpt satu...Canon 450D RM2830 beb...sebulan gaji habih dah..

atau yg nih...Nikon D90...canggih ooo...selalu guna yg nih..tp pinjam pnyer....siannn..

famili kami masa Sawal(Rizal) kawin...

mardiah umur 2 tahun..

Hessemennn....(klik sini utk tgk foto len)

Mardiah nak jadi arkitek

Sepanjang bulan ini saja, dia dah buat mcm2 bentuk yang semetrik. Hadiah untuk ibu dan ayah dia kata...Ayah..ayah, Mardiah sudah besar nanti nak jadi arkitek...Ayah pun jawab. "OK".




Ni dia marah, sbb ada satu bentuk (arca) tu dia buat tak jadi...apa lagi..gedeganggg. Tgk muka dia...masam mcm asam jawa...huhuu

Perjalanan pulang dari Putrajaya...kejutan demi kejutan

Keterujaan mendapat tawaran HLP aku bawa dengan rasa tawadu' dan bersyukur ke hadrat Illahi. Rasa mengantuk dari dalam dewan taklimat seawal pagi hingga ke petang tadi hilang dengan rasa sedikit gusar apabila kawan2 sibuk dengan sms spekulasi penempatan dan perpindahan. Urusan2 penempatan dan perpindahan itu adalah bagi kenaikan pangkat atau mengganti kekosongan yang ditinggalkan. Ahhh...biarlah. Bukan ada surat pun, lagi pun aku cuma calon simpanan. Sememangnya tidak meletak harapan yang tinggi. Cukup sekadar, kalau ada alhamdulillah, tp kalau tiada pun, sambung belajar ni sudah memadai. Kenyataan untuk menyedapkan hati..hahaha. Tapi bila sahabat (d.u.n.i.a . k.h.a.a.l.i.s.h) memaklumkan kesahihannya, aku mula tersengeh. Entah sbb apa, tp ia ada kaitan dengan tempat kerja aku sekarang. Kejutan sekali lagi.

Aku singgah RNR, Restoran Jejantan, Sg. Buloh untuk solat. Sekali lagi kejutan dengan teguran salam. Aku jawab salam dan terus mencari siapakah dia. Alhamdulillah, memoriku masih tajam, sah aku mampu sambung study lepas ni. Salam itu tadi dari Drs. Khalil Idham Lim, Ahli Dewan Undangan Negeri Titi Serong, Perak, Malaysia (Sila baca blog YB). Aku sempat minum bersama beliau dan bertanyakan tentang hal-hal terkini serta aktiviti semasa yang dibuat. Respon sangat baik. Semasa perbualan, datang dua orang dari arah belakang sambil menghulur salam. Awalnya, aku tak kenal pun kedua-duanya. Tapi YB Khalil menyebut AJK Pas Pusat dan seorang lagi mungkin driver dia. Nah, rupanya orang penting juga. Dia adalah Dr. Haji Dzulkefly b. Ahmad, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat. Baca wordpress nya di sini

Kira oklah. Untuk makluman, aku bukanlah sebelah mana2. Mahu yang hijau atau biru. Aku cuma menjalankan amanah dan tugas kerajaan. Apapun, kalau ada yang rasa entri ini bersifat politik, mohon maaf dan sila nyatakan perenggan mana. Yang pasti aku menganggap mereka-mereka tu kira pangkat abang atau sahabat seislam kita.

Putrajaya International Convention Centre (PICC)

Aku telah menghadiran jemputan JPA untuk Majlis Penyampaian Surat Tawaran HLP Sesi 2010 pada 25 Jun 2009. Teruja sedikit sebab dah 2 kali aku mohon. Kali pertama pada 2007, gagal diperingkat panel PSM JPBD (urusetia). Kini aku cuba pada tahun ni. Akhirnya berjaya ditawarkan. Syukur.


Aku terima tawaran dan jemputan inilah membawa aku ke PICC. Terima kasih kepada Dato'KP JPBD, Panel PSM JPBD dan JPA kerana memberi peluang ini. Memang teruja beb. Seluruh kakitangan awam di Malaysia yang berjaya berhimpun di sini. Seramai 300 lebih, yang ambik PhD dan master sama ada pengajian dalam dan luar negara daripada 1000 lebih yang memohon. Tapi yg tak bestnya, penyampaian tawaran ala pra-konvokesyen tu hanya untuk penerima tawaran program PhD. Master dan yang lain2 tengok dari jauh aje. Tapi..aa...ada aku kisah. Apa yang penting (bukan kerjasama), tapi, aku kena cari tempat kt universiti yang menawarkan pengajian yang aku pilih. Bidang perancangan menjurus kepada pengangkutan, secara sepenuh masa melalui penyelidikan. Dan tempat belajar yang bermain dibenak yang dah hampir berkarat tahap 4 ni adalah UTM, Skudai, Johor. Harap2 ada tempat lagi. Dan yang paling penting, harap2 boleh study lagi walaupun tahap berkarat dah tahap kritikal (Tahap 4 tuh)...InsyaAllah.

p/s : Terima kasih kepada semua yang menyokong. Untuk awek; kena plan our 2010 program terutama sekolah Mardiah lebih awal. Ada satu kejutan lagi untuk U my dear....jeng..jeng..jeng Tungguuuu...post pada entri akan datang.

21st June.... Happy Father's Day!!!

Kepada para bapa seantero melaya, K.A.M.I ingin mengucapkan Happy Father's Day.


Mohon siar kata2 pujangga dari Mother of Three Mohd.

Hanya sepotong kek, sebatang lilin...

Hujung minggu ada misi, aku kena ambik cuti Ahad 21hb. Kot2 misi telajak sampai ahad tu. Sambutan besday awek aku yang ke-31...dah tua rupanya dia tuh...


Misi Pertama:

Misi start tengah malam jumaat. Aku ingat nk bg surprise, mkn biskut atas neja makan, dengan nyalaan lilin, dan lampu ala2 romantik gitu. Tp dia kena kan aku surprise dulu...dia dah tido dah. Tk payah kejut, kalau awek aku ni dah tido, jawabnya...ke pagilah. Aku tahu, apa yg aku tahu dan korang tak kan tahu. Awalnya dia tido...melepas aku (hanya bg yg dah kawin, tidak signifiken bg org yg belum kawin). Tak apalah, misi pertama tak jadi, aku letak aje hadiah atas meja makan nih...harap2 dia perasan esok pagi.

Misi Kedua:

Meraikan hari jadi awek di Penang. Jumaat, memang dah plan nak gi hotel kat Bt. Feringgi, dkt dengan pantai. Aku dah plan petang tu aku akan cari kek hari jadi yg special dkat2 hotel tuh...jambangan Bunga rose...merah putih, 31 kuntum, extra hadiah utk dia...(aku patut bagi sblh mlmnya)..jeng..jeng..jeng...Cancel.... Atas sebab...'bulan tua' beb. Tk kisah sbnrnya bulan tua ker muda. Aku nk awek aku happy sampai ke tua bila dia ingat aku buat mcm nih...rancangan terpaksa di'postpond' ke minggu hadapan. Still on, tp tak adalah extra mcm plan asal. Akhirnya, kami sambut kat Secret Recipe, kat Village Mall, SP. Dengan hanya sepotong kek Chocolate Indulgence, nyanyi lagu happy birthday Mardiah. Rasmilah sambutan birthday awek aku.




Misi Ketiga:

Sbnrnya misi ni hanya tambahan dan lanjutan daripada misi pertama. Pasal Hadiah. Aku nk awek aku pakai hadiah tu masa nak pi penang. Kat hotel dan sepanjang hari itu. Oleh kerana plan cancel. Dia tetap memakainya sepanjang cuti hujung minggu termasuk hari ahad sempena sambutan hari bapa. Masa masak tengahari pun dia pakai...cun memang cun. Tp awek aku orang kedua rasmi hadiah tu. Orang pertama yang makainya...huh..sape lagi...Mardiah lah.




Happy Birthday To You CINTA

XPDC Gunung Baling

Hampir 2 tahun aku di tempatkan di sini. Mulai hari pertama, aku dh teringin nak panjat gunung ni. Bukan apa, saja suka2. Memamg syok. Mulanya nk panjat 2 minggu sudah. Tapi ada aktiviti lain plak. Memenuhi jemputan kahwin merata tempat. Yerlah, waktu cuti sekolah. Bila cuti sekolah aje, kenduri bercambah. Cuti sekolah adalah musim 'mengawan' bagi orang melayu...huhuhu. Tgk bangsa len, tak kisah pun nak buat hari apa.

Mengenai Gunung Baling ni. Ketinggian lebih kurang 420 meter. Ia merupakan sejenis gunung limestone outcrops atau bahasa mudahnya yang ada gua batu kapur yang dihuni kelawar. Lokasi :Mukim Pulai, Daerah Baling, Kedah. Koordinat puncak tertinggi gunung ini adalah 5°40.790’N 100°54.567’E. Klik Google Map untuk melihat peta. Kami start mendaki di Kg. Bawah Gunung.

9.15 Pagi: Bersedia untuk bertolak. Tapi masih menunggu seorang lagi member belum sampai. Katanya masih panaskan badan kat kolam air panas ulu legong...hehehe yg tu aku tambah.

9.25 Pagi:
Perjalanan mendaki bermula, yang aku risau sangat...pacat. Harap2 keluarga pacat masih tido. Grombolan kami menyusuri kebun2 orang kampung. Durian bersepah, atas kepala bawah tanah. Bawah tanah ditebuk tupai, atas kepala yang aku risau. Jatuh atas kepala...fuhhh...panjang cerita.

10.15 Pagi: Melalui trek berbatu. Mencabar bagi aku, sian kat sorang member. Ketinggalan merata. Mulut yg nyaring tu pun dah diam tak berkata...Penat agaknya. Yang aku respect kat pompuan nih, pergghhh...mmg kuat. Apa lah dia makan ntah. Aku dah mengeluh, peluh dah hampir habis...dia..still cool beb. Nama dia cukup aku panggil Huda. dah kampung pun duk bawah bukit ni aje.
10.45 Pagi: Aku tk kisah, dari sejam yg lalu aku dengaq member kata dah nak sampai. Tp, sampai sekarang tak sampai2...Dalam hati...cinabeng betul. Tapi kat luar...jaga penafasan. Kerap juga terkentut sepanjang perjalanan. Harap benda hidup yang terhidu kentut aku tu paham. Depa tak peduli perlakuan buruk kita kepada alam ia akan selalu membuka lebar tanganya menyambut kita, selayaknya kita berlajar darinya dan menjadi sahabatnya. Mintak kebenaran dulu.
11.10 Pagi: Aku kira dah sampai puncak. Tapi kini kami kena melalui trek batu kampur yang berbentuk-bentuk dan tajam. Bahaya. Malang aku pulak masa tuh. Kaki kejang, sikit aje lagi. Yang lain dah memacu mcm dah tak ingat dunia. Aku hanya duduk menahan sakit. Ada jgak mamat nih kesian kat aku. Dia bagi bantuan urutan tenaga batin..huhuhu. Tapi kena teruskan jugak. Tinggal beberapa tapak aje lagi.

11.36 Pagi. Akhirnya grombolan kami sampai. Lega. Tak payah fikir nak balik, jom kita tgk dunia melalui gunung ini. Kita nikmati alam. Bila lagi, entah esok lusa, aku dah tak ada di sini...atau tak ada lagi di dunia ini. Hampir setengah jam di puncak. Inilah hari yang paling mencabar sepanjang tahun 2009. Mungkin akan ada lagi. Stay tune...


Sawan mengikut kefahaman melayu

Aku hamparkan maklumat ni untuk pengetahuan semua. Bukannya apa, saja nak sambung post sebelum ni (di sini).

Empat jenis penyakit sawan yang sering menyerang bayi. Kita lupakan dulu sawan babi atau gila babi atau yang belajar tinggi sikit dia panggil epilepsi. Anak aku kata, tak elok kata 'babi', tapi minta kebenaran semua pengecualian untuk entri ni ok. Tak kan aku nak kata gila khinzir...

Berbalik fakta mengenai sawan. Empat jenis tadi. 1. Sawan tangis, 2. Sawan esak, 3. Sawan tarik atau sawan terjun dan 4. Ibu sawan.

Yang aku nak cerita pasal Ibu Sawan yang kena kat anak aku baru-baru ni. Sian dia. Tapi tak apalah. Dah hampir sembuh dah. Minta2 tak kena lagi lepas ni. Ibu sawan ialah bisul yang bernanah, berkudis, berair serta berbau hanyir yang betompok-tompok di kepala bayi. Penyakit ini dipercayai berpunca daripada darah ibu yang kotor akibat ketidakseimbangan amalan pemakanan harian kerana banyak mengambil makanan yang kurang berkhasiat, atau semasa hamil, ibu tidak sihat. Misalannya, ibu ketika hamil gemar memakan buah-buahan atau makanan berjeruk, terperam, serta makanan laut, atau masakan bertumis pedas, yang mungkin menimbulkan alahan. Segala makanan yang dimakan oleh ibu itu disalurkan kedalam darah bayi, dan oleh yang demikian, bayi yang bakal dilahirkan terpaksa menerima racun atau toksik semasa masih di dalam kandungan.

Oleh itu amat penting untuk ibu hamil menjaga pemakanan harian bagi memastikan kandungannya bebas daripada sebarang risiko kerasunan dan dapt dilahirkan dalam keadaan sihat, cergas dan cantik.

Rawatan :

Untuk mencuci ibu sawan, sediakan air rebusan daun sirih, daun inai, jintan hitam, garam kasar/jantan, sedikit mata kunyit serta sedikit daun mambu. Gunakan ramuan ini sebelum mandi dan semasa mandi.

Selepas mandi, gunakan sapuan herba yang dirumus daripada tepung sagu rumbia yang digaul dengan ubi keladi betawi merah. sapukan rumusan itu di bahagian ibu sawan yang berkudis. Jika ibu sawan bengkak serta bernanah seperti benjolan bisul, lakukan cucian air rebusan sirih, kemudian pupuk sarang angkut-angkut, tepung sagu rumbia atau bedah mentah belut, seperti menggunakan bedak sejuk.


Senang-senang pi jumpa doktor aje...

Apakah itu `Unity Government'?

Senang untuk difaham tetapi mengapa payah nak reti? Sebenarnya, inilah yang disebut sebagai `negara tanpa pembangkang' yang pernah diamalkan di UK selepas Perang Dunia, diperkenalkan oleh Nelson Mandela selepas menamatkan dasar apartied di Afrika Selatan dan sekarang diamalkan di Indonesia. Konsep ini berusaha untuk menamatkan perbalahan politik yang merugikan negara. Tiada kaitan langsung PAS masuk Umno seperti yang dihebohkan oleh media dan ramai ahli dan sesetengah pimpinan PAS. Media memang akan memanfaatkan setiap ayat yang boleh dimanipulasikan untuk kepentingan mereka.

Hampeh si media buta...yang ni aku kata.

[Nak baca lanjut klik sini]

Mustika : Bukan dari cerita pek mustika

Waduh, aku ingat best sangatlah pek baru astro ini. Bukan apa telah kedengaran rungutan penonton pek mustika tidak berbaloi berbanding dengan nilai yang ditambah setiap bulan. Banyak cerita-cerita diulangtayang sampai muak orang nak tengok. Sudahlah kebanyakan filemnya telah diulang siar semasa adanya Kirana (telah dimansuhkan) pada ketika dulu. Ramai juga mempertikai kenapa Kirana dimansuhkan. Tak apalah, kita beri peluang pada krew yang terlibat, mungkin telalu awal untuk menilai. Biarkanlah dan beri peluang kepada mereka. Mungkin bulan seterusnya telah disusun rancangan yang lebih 'mantop' dari biasa.

Entri ini bukanlah entri komentar pek baru astro. Cerita sebenarnya yang aku nak tulis, yang nih. Biar aku rangkumnya 3 cerita dalam satu entri. Macam mana. Ok ak?.


Cerita I : Pasai Minggu berblog di pejabat

Ntah apa racun depa ni makan ntah, aku tak tahu. Minggu lepas ramai orang nak ada blog sendiri. Ada yang memblog untuk mempromosi kedai makan dia, untuk cerita keluarga, untuk melepaskan geram kat sesapa, untuk menghentam partian politik, menjual produk-produk kesihatan dan macam-macam lagi. Termasuklah kawan aku sorang nih. Beria sangat dia nak ada blog, sampai dia termimpi-mimpi nak ada blog sendiri. Jadi, dengan muka tak malu dia tuh, dia nak aku ajarkan. Aku tak kisah beb. Bab ajar mengajar nih bagi free aje. Sama macam aku tulis dulu pasai ngajar free nih. (Klik sini) Tapi aku tak kisah. Ni pun salah satu cara bersosial. Tak payah pi mana pun. Duk kat depan com. aje. Ha jangan dok bodo kat depan com. aje, kenalah ada line ternet atau berukband. Baru syok berblog. Kalau berblog kat pejabat...ni tak privasi, pas tu memang salahlah waktu pejabat pun nak berblog. Ni lontaran pandangan aku yang sure betul punya. Betul tak? Ok selamat berblog. Ni mutiara naga, eh mutiara kata aku untuk yang baru berblog. "Jangan jadi goblok bila berblog, sebab kalau goblok sahih tak syok".


Cerita II : Cik Midah Kahwin

Ni pasai ahli masjlis Baling kawin. Sbnrnya majlis kat pengantin pompuan (ahli majlis tulah) dah berlangsung minggu lepas. Kat Johor. Sahih kami staf kat baling tak sorang pun dapat pi. Jauh beb. Kalau majlis sedia kenderaan, blehlah nak nompang...hehhehe.Tapi tak apa, nak cerita pasai pengantin. Fuhh, memang cun...midah ajelah. Suaminya...bolehlah. Sekarang ahli majlis tu dah dapat title puan, jadi nama dalam minit JK OSC pun kena tukaq lepas nih yer Bella, Puan Hajah Hamidah bt. Khalil. Ingat tuh. Apa-apa pun tahniah untuk Puan Hajah Hamidah dengan suaminya Muhamad Rohaizan. Rohaizan nih orang Alor Janggus, Kedah. Utara Vs Selatan. Cayo.



Cerita III : Ada bisul kat kepala Wafi..sian dia

Sian Wafi, ada bisul kat kepala dia. Nampak dia macam hapi aje.Tapi kita tgk dia...ngeri plak. Malam tu, sblm tido, dia nangis...nangis..nangis. Bagi susu, tak mau. Bagi makan, tak mau. Buai...lagi tak mau. Ibu dia ambik..dari buai..ptupss.....bisul wafi dah pecah..tersembur darah...keluar nanah. Ibu dah tak nak tengok. Ngeri dia kata. Aku plak kelam kabut..ke hulu ke hilir...cari apa aku sendiri tak tahu. Hampehhh.... Tapi wafi plak...sempat tersengeh. Gelak plak bila disergah...An..ger..an..ger.....eh..budak nih.

Malam tu kami berdua dah ada anak yang pakai lebai...Lebai Arif Wafi..huhuhu..asal kreatif aku sendiri..huhuuhu...tapi memang ngeri wa cakap lu..

Bab pasal bisul tu, org tua kata Ibu sawan. Nanti aku cari fakta perubatannya dan aku postkan dalam entri akan datang. Kalau aku rajinlah.

Deklarasi YM 09

BUZZ!!!
Sangasura78: yer ds
atoch smart: ds tu hape
Sangasura78: dato'seri
atoch smart: eshh, aku atas sikt dari ds.
Sangasura78: tun ker?
atoch smart: atas sikit, SPBYDA.
Sangasura78: Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong...fuhhh...patik mohon sembah derhaka...tk maklum.
atoch smart: Takpe patik berjiwa rakyat. Tuan hamba pergi ke mesyaurat d Langkawi?
Sangasura78: tiada jemputan...maknanya?
atoch smart: aik, afsal tiada jemputan selaku ketua di jajahan sana
Sangasura78: jajahan sini...semua pmberontak...mohon sembah patik..utk membunuh semua pmberontak ini...
atoch smart: barangkali mereka terlepas pandang, sebenrnya memang kita cari pemberontak selain memasukkan semula komunis ke tanah melayu.
Sangasura78: Maaf patik bertanya...apakah gerangan d langkawi itu, shingga pemberontak2 ini bgitu penting utk dijemput...
atoch smart: Ada perbincangan isu negara katanya sepanjang 3 hari 2 malam.
Sangasura78: Isu negara !!!...cheng peng?..H1N1?...murtad? kerajaan perpaduan?...agaknya yg utama bersiaran sahaja.
atoch smart: saya rasa isu bahasa inggeris. Eh, bukan saya patik.
Sangasura78: Kenapa di langkawi....kenapa tidak dikumpulkan para cerdik pandai itu di ibukota..kan lebih senang...gajah ker kuda...berlari2 anak sampai ke ibukota...berbanding hendak berenang menyeberang ke pulau nun di sana...
Sangasura78: Patik tidak mengerti...memanda menteri semuanya beradu sahaja..katil empuk..cap kepala naga...
atoch smart: Patik pun kurang pasti kerana barangkali lojistik mereka lemah dan lebih memetingkan foya foya. Sebab itu Melaka jatuh ke tangan portugis. cilakak!
Sangasura78: Apakh tidak cukup bermuzakarah di bawah pokok rendang tidak berbuah..kerna jikalau berbuah...jatuh tertimpa memanda menteri yg tidur ...mati....khakk..ptuihhh...
atoch smart: Mereka dah disogokkan hiburan.
Sangasura78: Patik mohon supaya dipecat menteri2 itu...
atoch smart: PRU13 medannya, selain daripada beta memanggil semua raja utk Majlis Raja-raja.
Sangasura78: PRU13, mungkin trlalu lmbat...masa itu semut sudah beranak 4 juta berganda empat. Apakah ada cara lain..? .segera...!!!. Buangkan sahaja undi tidak percaya kepada kepala Bapak Memanda menteri...dan tukarkan kepada ulamak profesional...Jgn kata langkawi..patik rasa, gudang padi belakang istana itupun boleh menjadi medan bersuara...
atoch smart: Di YM juga pun boleh jadikan medan.
Sangasura78: Letak webcam dimerata...dihadapan monitor naga atau dibelakang sebelah kanan tepi bangku warna jingga...
atoch smart: termasuk kamera tersembunyi di butang baju
Sangasura78: Patik setuju
atoch smart: tapi takut disalah guna pula utk tujuan lain. alahai
Sangasura78: Tangkap dan sebat sahaja...
atoch smart: Lebih elok kalau negara kita melayu bersatu.
Sangasura78: Patik mohon diri utk beradu seketika...patik rasa pening dan loya...memikir hal2 negara...
Sangasura78: Bersurai
atoch smart has signed out. (6/10/2009 1:53 PM)

Mustika : Jangan pandang belakang

(Entri Tertunggak 2006)

(klik...utk ke fotopages)

"Jangan pandang belakang", abng nk ambik gmbo nih...hehhe...Itu awek aku ngan putri sulong K.A.M.I, Ainul Mardiah. Siannn...masa ni Ainul demam, cirit2 aje. Ayah plak kena keja. Ibu asyik kenen2 nk ikut. Last2 angkut...Awek aku tu, klu pasai jalan...aku boleh jatuh ranking jadi no 3...huhuh..no 2, fuluszz... Gmbr ni aku ambil waktu petang bersiaran tepi pantai Bt. Feringgi, Penang tahun 2006

Mustika : Tunggu order kat Radix Cruise Sg Petani

Sementara tunggu order... aku sempat ambik nih, layan...(lepas awek buka pose, janji nk belanja dia kt rest. nih)...

Mustika : Tengok adik main kriket

Hujung minggu, aku pi penang. Apa kes... kena pi sekolah pompuan St. George. Ha nak tahu, aku tak layan MUSTIKA hujung minggu, sbb adik (Bob) ada kat penang. Kat sekolah tu lah. Awek kena pi Alor Star, mini family gathering. Trpaksa bagi2. Aku pi Penang dia pi AStar.



Hampir sejam aku cari skolah tu, pusing2 hampir sepuluh kali. Lastnya sampai kat yg dituju. Bukan tringin sangat nk tgk org main kriket. Aku sendiri tk tahu mcm mana game tu. Cuma aku nk jumpa Si Bob aje.Satu lagi yg menarik aku nk jumpa dia, sbb tk penah2 dlm family ada wakil MSSM (Majlis Sukan Sekolah2 Malaysia)...huhuhu...game kriket plak tuh...org kata game nih...mamak aje reti main...ntahlah...yang pasti team si Bob jadi team belasahan...nasib lah Bob.


Aku sempat ambik gmbr sikit2.

Team Wilayah Persekutuan Labuan

Bob ngan kawannya

Tengah pakai guard kaki...

Stanby player...nak pukul dah nih...

Jurulatih beri kata2 peransang...cayo.

Majlis Makan Malam/Penutup Sukna JPBD 2008 : KL

(Entri Tertunggak 2008)
Last perform...KL DIN (Delilah)...

Haah..ni dia Elvis Presley JPBD...En. Abbas (Blue Suede Shoes)

Yang nie aku...bla...bla..bla (Hujan: Pagi Yang Gelap)


Yang ni...Norhana (bini org beb)..dia nyanyi lagu Rossa - Aku bukan untukmu...


En. Sharif dgn dendangan lagu 60-an (Teman Baru-A Halim)
Bersama kumpulan kugiran JPBD (nama dia panjang sangat..tk ingat)...nnt klu ingat aku gi tahu...

Mustika : K.A.M.I yang baru

Sambil2 tgk channel 131 (CITRA) dalam pakej MUSTIKA. Citer Orang Minyak...yg ntah ape2 ntah citer dia, so ku alih borinx ku ke laman sesawang streamyx ku dngn monitor 19" Samsung LCD. Layan punya layan, tetiba teringat niat 1 Jun 09 tempoh hari nak tukaq template blog ni. SO aku google n cari kat yahoo...

Nah, ni hasil 2 - 3 jam...ku buang masa mencari & mencari....Mcm tak ada keja lain nak buat...huhuhu. Dengan ini saya mempersembahkan wajah baru K.A.M.I.

Template ni ku ambik kat sini. Atau u all leh download aje kat sini. Cuma perlu edit sikit HTML.

Mustika : Bijaknya awek ku

Ni yg aku sayang kt awek ku sorang ni.
Dia tahu aku suka kuar malam, tgk wayang n jalan2. Jadi dia bayaq harga tgk wayang ngan jalan2 tu dengan hanya RM12.95 sebulan. Bukan apa, sian kot dia tgk aku dok sorg2 kat umah baru (dah 2 tahun) kami beli kt SPetani mcm dh tak ada arah. Hobi ada pun, tp hangat2 tahi ayam aje.
Jadi dia langgan pakej nih. Dlam hati kecilnya "Nah, abng jgn pi melilau mlm2 lagi..cukup dah tu 3 channel skali gus aku bagi tgk...semua update punya citer."
Fuh, bijak2. Lepas ni aku tk kuar umah dah. Balik keja, mkn siap2. Smpi umah jam 6.30ptg, tgk MUSTIKA, smpi pagi esok jam 6.30pagi pi keja. Setiap hari. Sehinggalah weekend. Sbb weekend bersama CINTA tgk MUSTIKA plak.
p/s : Jgn lupa noh, bil astro dah naik tuh. Sikit lagi bil letrik plak...hehehe
 
Copyright 2009 Blog K.A.M.I All rights reserved.
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Blogspot Templates From Wordpress Theme by EZwpthemes