Hujung minggu ada misi, aku kena ambik cuti Ahad 21hb. Kot2 misi telajak sampai ahad tu. Sambutan besday awek aku yang ke-31...dah tua rupanya dia tuh...
Misi Pertama:
Misi start tengah malam jumaat. Aku ingat nk bg surprise, mkn biskut atas neja makan, dengan nyalaan lilin, dan lampu ala2 romantik gitu. Tp dia kena kan aku surprise dulu...dia dah tido dah. Tk payah kejut, kalau awek aku ni dah tido, jawabnya...ke pagilah. Aku tahu, apa yg aku tahu dan korang tak kan tahu. Awalnya dia tido...melepas aku (hanya bg yg dah kawin, tidak signifiken bg org yg belum kawin). Tak apalah, misi pertama tak jadi, aku letak aje hadiah atas meja makan nih...harap2 dia perasan esok pagi.
Misi Kedua:
Meraikan hari jadi awek di Penang. Jumaat, memang dah plan nak gi hotel kat Bt. Feringgi, dkt dengan pantai. Aku dah plan petang tu aku akan cari kek hari jadi yg special dkat2 hotel tuh...jambangan Bunga rose...merah putih, 31 kuntum, extra hadiah utk dia...(aku patut bagi sblh mlmnya)..jeng..jeng..jeng...Cancel.... Atas sebab...'bulan tua' beb. Tk kisah sbnrnya bulan tua ker muda. Aku nk awek aku happy sampai ke tua bila dia ingat aku buat mcm nih...rancangan terpaksa di'postpond' ke minggu hadapan. Still on, tp tak adalah extra mcm plan asal. Akhirnya, kami sambut kat Secret Recipe, kat Village Mall, SP. Dengan hanya sepotong kek Chocolate Indulgence, nyanyi lagu happy birthday Mardiah. Rasmilah sambutan birthday awek aku.
Misi Ketiga:
Sbnrnya misi ni hanya tambahan dan lanjutan daripada misi pertama. Pasal Hadiah. Aku nk awek aku pakai hadiah tu masa nak pi penang. Kat hotel dan sepanjang hari itu. Oleh kerana plan cancel. Dia tetap memakainya sepanjang cuti hujung minggu termasuk hari ahad sempena sambutan hari bapa. Masa masak tengahari pun dia pakai...cun memang cun. Tp awek aku orang kedua rasmi hadiah tu. Orang pertama yang makainya...huh..sape lagi...Mardiah lah.
Happy Birthday To You CINTA
Rejim Zionis Israel gali kubur sendiri – Tuan Guru Abdul Hadi
-
* KUALA LUMPUR* : “Kezaliman rejim Zionis sebenarnya hanya akan menggali
kubur diri mereka sendiri.”
Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ber...
2 bulan yang lalu
0 Usul:
Catat Ulasan