Ada satu kisah benar...
Terlintas jgk dibenak, puak2 Manusia Dalam Bahaya ni tk perasan ker...atau tk boleh fikir...st lg kalau Tuanku tgk...murka dia...tak tahu plak klu dia rasa muda...Utk info kengkawan, Besday Sultan Kedah tahun ni yg ke-81 dah. Tapi banner tahun lepas masih ada trgantung dipagar pejabat Manusia Dalam Bahaya...Mamposss...tk ker konfius org tu...depa ni tk trfikir ker?
Kalau tak sengaja aku kira bohong. tak kan dalam ramai-ramai puak2 (Manusia Dalam Bahaya) yg lalu lalang tuh tak dak sorang pun yang terfikir benda2 mcm tu?Samada tak terfikir, kurang pandai berfikir atau saja buat tak mau fikir, aku tak tau.......
SLEEPING TIME
Coretan hujung minggu...
Itu dalam situasi awek rajin msk, klu tk rajin...kedai jugak jawabnya...tak apa..kes2 itu sbnrnya boleh dimaafkan...lainlah klu betul2 malas...malas yg dibuat2..malas yg beralasan tidak canggih utk diterima...klu kes mcm tuh...kena 'ceramah' lah...kena 'basuh', kena masuk kursus motivasi tuh...
Sentuh pasal 'ceramah', ha..Bkt Selambau antara yg menjadi pusat ceramah yg paling aktif, hampir setiap hari ada...teringin jgk nk tgk n dengaq live. Tp takut..takut kena kes yg mcm 23hb lepas. Kena sembur beb..kena tembak leh 'if air u'... pedih mata...gatai badan2 semua...sapa nk garu...awek dh tentu ada kat A. Star masa tuh...nasib baik tk pi...
Aku sbnrnya bkn nk brpolitik, tp apa yg aku boleh simpulkan...sapa2 aje jd pmimpin dia kena ingat ayat nih..."Rakyat bagi undi, org yg dpt undi patut bagi balik (sesuatu) pada rakyat"...kenapa sesuatu...subjektif..semua segi...semua. klu tak boleh...tak guna jadi wakil rakyat...ingat tu !!!.
Hngpa tgk poster nih, aku nak ckp mcm nih aje.."Tak nak jadi hero, tapi nak jadi 'tok guru' pada hero"..ntahlah..
Pening di Penang...
Lepas solat jumaat, KBN 7101 telah tersedia...mcm nk pi jauh...baju spare utk mardiah, wafi...dan telekung pun dibawa. Sah mmg nak pi jauh. Aku sendiri tak tahu nak pi mana... Yg pasti awek ku ada sebut..pi island...isk...island mana plak nih.. ? Tuala tak mau bawak ker?... "ah..tak payah..hotelkan ada...". hatiku berkata...seolah2 mengiakan bhw kami akan pi jauh dan akan menginap di penghujung destinasi...
Ke mana kami nak pi nih...?
Ahh..nak tahu kami pi mana...jeng..jeng..jeng... kami pi tempat nih...
Uwa kembali ke rahmatullah...
Aku telefon bapa, utk mendengar berita lanjut..Bapa tak dpt menemani mama ke Hulu (rumah pakcik Lahab) utk melihat jenazah org tua kesayangannya itu. Kena jaga rumah, tapi bukan kerana rumah, adik bongsu dan adik ke-8 sudah lena, itu sbbnya, ntah tahu ker tidak adik berdua tuh...
Untuk seluruh keluarga, sahabat, kawan...sedekahkan Al-Fatihah buat Uwa(Atuk) kami...Al-Fatihah untuk Allahyarham Hj. Yusof, semoga rohnya dicucuri rahmat Allah dan dikumpul bersama para solihin dan syuhada'. Amin.
p/s : uwa pernah hadiahkan aku basikal utk ku ke sekolah...masa tuh darjah enam...aku tingal bersamanya hampir 6 bulan sehingga selesai UPSR...terima kasih ku ucapkan...Jasa pun kan ku kenang sampai akhir hayat.
Bunga utk Awek...
p/s : Jay, jgn lupa blanja 'kuli' kita tuh...hrp2 dia tak marah...hehehehe
Family; Raya Tahun Lepas
Romeo n Juliet Bongawan
Rizal n Muhainie
Adik perempuan...bila la nk kenduri kawin lagi...
Yang baju seakan sama tuh...Bob (Hadam)..n Ipol (Syhadan)...
peace...Ini Baby (Rahimi atau Remy)
Kawan lama..Bos lama
Aku nak nak cerita pasal kawan lama ni... Orgnya baik...nak kata kaya tak...miskin pun tak. Tapi mampu...dari semua segilah...yang aku bangga dan respect... pasal family dia...wowww..dah ada 5 anak (1 puteri, 4 putera). Masa first time aku jumpa dia n pernah dok umah dia (kacau bubur syura)..anak sorang, naik kancil warna merah...dah jadi bos (pengurus cawangan) syarikat beribu pejabat kat Shah Alam. Kalau tak silap, wife dia pun dah dekat 7 bulan...ke 8 bulan masa tu(anak kedua)...alah..dah tak ingat...
Apapun itulah rezeki tuhan bagi...Mudah-mudahan lagi bertambah rezeki dia lepas ni. Amin. Aku pun, nk dpt sorg lagi..dah tuhan nak bagi. Tak kan nak tolak...kesian. Teringat kisah smlm, ada sorg mamat tentera nih jumpa janin yg dah berkecai tengah jalan (nmpk kaki janin aje beb). Naik mual mamat tuh...kesian kat janin yg tak berdosa tuh..dan aku rasa mcm nak bunuh aje org yg buang janin dlm plastik tengah2 jalan. Celaka punya orang. Masa buat sedap aje korang...tapi dah jadi..buang, lempaq, talang, kubur, sumbat dlm lubang toilet, bakul sampah dll. Memang manusia tak bertamadun betoi. Apa2 pun kita semua doakan kat anak2 kita semua supaya jauhkan dari perkara yang keji tuh.
Balik pasal kawan tadi..aku cuma nk bagi tahu u all...dia sebenarnya bos tmpat kerja lama kat KB 9 tahun sudah. Bosnya Kecil tp skrng dah dpt family besar dan kereta besar...(skrng dia pakai Toyoto ESTIMA)...harap2 bukan kereta sewa..hehehe
p/s: aku nak lagi 5 anak..so semuanya 8 org..ok ker?
Kekalahan yang diduga
Lanjutan Isu Penggunaan nama "Allah"
"Pelbagai isu ditimbulkan di Malaysia, apabila ianya berkait politik maka ianya pasti memeningkan dan berlaku perselisihan yang tidak berkesudahan kerana kekuasaan itu sungguh-sungguh membuatkan manusia sanggup berbunuhan.Diriwayatkan daripada Tsauban ra. yang berkata telah bersabda rasulullah sallallahualaihiwasalam dengan sabdanya yang bermaksud : " Sesungguhnya apa yang aku risaukan ke atas umatku ialah pemimpin yang menyesatkan..." (hadis riwayat Tirmidzi dalam bab Fitan no.2229) disebut darjatnya Hasan Sahih.
Orang bercakap soal agama di mana-mana termasuk Menteri-Menteri yang merujuk agama hanya daripada Kamus dan Ensiklopedia (TV3 - Buletin Utama,2 March 2009)Pelbagai isu ditimbulkan di Malaysia, apabila ianya berkait politik maka ianya pasti memeningkan dan berlaku perselisihan yang tidak berkesudahan kerana kekuasaan itu sungguh-sungguh membuatkan manusia sanggup berbunuhan.
Kita apabila melihat isu ini dengan ilmiah, mengetahui bahawa kalimah "Allah" itu umum merujuk kepada tuhan bagi semua manusia baik yang Muslim, bukan Muslim, manusia dan haiwan serta seluruh hidupan dan kewujudan.Perbezaannya ialah hanya pada Siapa layak disebut Allah ? Sifat dan Ciri Allah, juga apakah ajaran yang datang daripada Allah ? Agama Islam melalui sumbernya iaitu Al-Kitab (Quran) dan As-Sunnah (rasul) beriman bahawa Allah itu Esa, tiada sekutu dan tidak mempunyai anak dan menyakini Allah mempunyai 99 nama, memiliki sifat-sifat yang mulia seperti yang diberitakan di dalam Al-Quran dan As-Sunnah.
Agama Islam melalui sumbernya iaitu Al-Kitab (Quran) dan As-Sunnah (rasul) beriman bahawa Allah itu Esa, tiada sekutu dan tidak mempunyai anak dan menyakini Allah mempunyai 99 nama, memiliki sifat-sifat yang mulia seperti yang diberitakan di dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Manakala Kristian berpegang kepada rujukan mereka iaitu Bible bahawa Allah itu mempunyai anak, isteri dan menjadikan Jesus sebagai Anak Allah.
Kita (orang Islam) tidak bersetuju dengan Kristian di dalam hal tersebut tetapi kita tidak boleh mengatakan bahawa bukan Allah tuhan mereka...kerana tuhan mereka tetap Allah dan apa yang mereka anggap tuhan itu sebenarnya ialah Allah swt cuma sifat-Nya dan ciri-ciri Allah itu yang kita perselisihkan. (puncanya rujukan tidak sama apabila kita merujuk Al-Quran dan mereka (Kristian) merujuk Bible).
Apabila kita menafikan hak Kristian untuk memanggil tuhan mereka sebagai Allah, kita sebenarnya menafikan bahawa Islam ialah pelengkap kepada ajaran Kristian dan yahudi serta pelengkap kepada kitab suci Taurat dan Injil yang semuanya berasal daripada Allah swt.
Bagaimana kita hendak menolak Firman Allah swt yang bermaksud :"dan kami turunkan Taurat dan Injil, sebelumnya (Sebelum Quran) sebagai pertunjuk kepada manusia." (Ali-Imran : 3-4)Allah memerintahkan kita mengakui kewujudan ajaran Taurat dan Injil serta rasul-rasul yang membawa kitab-kitab tersebut melalui Firman-Nya yang bermaksud :"Katakanlah (Wahai orang-orang mukmin): "Kami beriman kepada Allah dan apa yang diturunkan kepada kami, dan apa yang diturunkan kepada Ibrahim, Isma'il, Ishaq, Ya'qub dan anak cucunya, dan apa yang diberikan kepada Musa dan Isa serta apa yang diberikan kepada nabi-nabi dari Tuhannya. Kami tidak membeza-bezakan seorangpun diantara mereka dan kami hanya tunduk patuh kepada-Nya". (Al-Baqarah : 136). (...)
Sila rujuk http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=3656 utk bacaan lanjut.
Arif pun nak jugak !!!
Siannya...Arif...boleh ibu makan sorang2..hehehehe
Kenyataan Dr Mohd Asri Berhubung Isu Nama Allah
Saya telah tulis isu ini lebih setahun yang lalu dalam artikel saya yang disiarkan dalam MM bertajuk BEZA ANTARA MEREBUT NAMA ALLAH DAN MEMPERTAHANKAN AKIDAH. Saya telah kemukakan hujah dan alasan bahawa mereka boleh memanggil Tuhan dengan ‘Allah’. Al-Quran dan Sunnah membenarkannya. Akidah bukan diukur dengan panggilan, tetapi dengan membezakan antara tauhid dan syirik.
Majlis Fatwa Perlis semasa saya menjadi mufti membuat keputusan sebulat suara keharusan bukan muslim memanggil Tuhan dengan panggilan Allah. Jangan kita nak divert isu politik, kita bangkit isu agama, nanti agama menjadi mangsa permainan manusia.
Saya nasihat kepada yang bising isu ini, jika nak berjihad, biarlah kena pada tempatnya.. Ini bukan isu yang patut kita bertarung kerananya. Jika ingin melarang bukan muslim guna nama Allah jangan sebut Islam melarang tetapi beritahu mereka peraturan Kerajaan Malaysia melarangnya atas sebab-sebab tertentu.
Jangan jadikan isu agama nanti mereka hairan lain al-Quran cakap, lain pihak yang memakai jenama agama cakap. Apa yang patut JAKIM fikirkan adalah bagaimana cara agar bukan muslim dalam negara kita lebih faham dan suka dengan Islam”
klik sini utk lanjut http://drmaza.com/
Suka lagu nih...
Aku suka lagu nih..meh sapa2 ada kod gitar utk lagu nih..pas kat aku..aku nak nyanyi depan awek ku...
"Ambuyat"...tekanangkan kampung...
p/s : bahasa digunakan adalah campuran bahasa cincai melayu ngan brunei campur...lu pahamlah sendiri...
Berita dari kampung...
Oooo..rupanya dia nak email photo2 dibawah...Aku cadangkan upload saja dalam blog ini untuk di ceritakan. So aku jadikannya bahan untuk cerita dengan tajuk entri ini "Berita Dari Kampung"...
Turut membantu...anak dan cucu juga memberi sokongan.
Yang no. 8 itulah adik ke 9 (Remy atau Baby) anak kesayangan Bapa dan Mama.
MAULAYU = MAHU LAYU = MELAYU ?
Apa hendak dihairankan kalau orang melayu rajin berusaha semata-mata untuk perutnya, semata-mata untuk kehidupannya, sebab itu tabii alam. Bukan setakat Melayu, cina, india, kadazan, iban, dusun, bugis...(dgn kata lain ..manusia) pun kena berusaha. Sekarang, kita berasa hairan mengapa manusia sanggup meletakkan dirinya setaraf lembu (haiwan)...(Opss..lembu sekarang menjadi popular di selangor dan sepatutnya harga menjadi mahal...huhuhu).Wahai bangsaku, mari kita menjadi Melayu yang luar biasa bagus dan hebat sekali di rantau ini. Melayu yang boleh dibanggakan. Jangan jadi Melayu yang memalukan.Untuk pengetahuan umum, bagi mereka yang tidak tahu, atau pura-pura tak tahu, atau memang tahu tapi tak nak kongsi. Nah, mari kita kongsi pasal orang Melayu. Hebat tak hebat orang Melayu ni.Alam Melayu ini besar dan luas sekali. Malay Archipelago, kepulauan terbesar dunia mengandungi pulau-pulau Asia Tenggara antara Lautan Hindi dan Lautan Pasifik. Tahukah anda ia mengandungi beberapa gugusan pulau? Kesemuanya termasuk 3,000 gugusan pulau yang membentuk Filipina, Borneo dan Papua New Guinea. Maknanya ada sekitar 10,000 gugusan pulau. Punya luas, punya besar beb.Jadi, anda ingat Melayu tu kecil ke? Anda ingat Melayu tu tak hebat ke? Keseluruhan Nusantara ni adalah Melayu. Tak caya tengoklah muka-muka kita. Yang pure lebih kurang sama macam orang Thai, terutama selatan Thai, memang 'sebijik', hampir sama dengan orang Filipina, Indonesia, dan Singapura. Brunei dah semestinya.Jadi kita ni besar. Kita ni kuat. Kita ni hebat. dan kita ni dah meletakkan diri kita dalam peta dunia. Ha, macam mana? dah tahu dah kan siapa Melayu. Bukan calang-calang. Dah tu yang awak nak layu, nak lembik dan nak malas tu pasal apa? Sampai ada kajian di barat yang saya rasa memang kurang ajar penulisnya menulis 'The laziest people in the world is.......'. Sambung sendirilah. Ini salah dia ker salah kita?. Salah kita le. Diorang tulis tu ikut apa yang mereka tengok, yang mereka kaji dan yang mereka rumuskan. Kalau tak sungguh orang tak mengata. Ya tak? Renungkanlah.Oleh itu, marilah kita bekerja kuat. Buktikan yang kita hebat dan luar biasa. Bukan setakat hebat mengampu, mengadu domba, mengumpat, menghebat yang tak tentu hala. Semasa Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2005, JPBD, Semenanjung Malaysia, Ketua Setiausaha KPKT ada mengatakan dalam ucapan aluannya tentang 4 kategori pekerja. Antaranya, pertama; orang yang pandai jek bos, dan pandai buat kerja, kedua; orang yang pandai jek bos, tapi tak pandai buat kerja, ketiga; orang yang tak pandai jek bos, tapi pandai buat kerja dan keempat; orang yang tak pandai jek bos dan tak pandai buat kerja. Yang dia kata 'jek' tu, ha...itulah mengadu domba maknanya. Iklan sikit. wak lu. Jadi, u all ada kat kategori mana?...fikirkan...Berbalik dengan cerita orang Melayu. Anda tahu tak, bahasa Melayu yang kita tuturkan ni dalam makalah intelek dipanggil bahasa Melayu Polynesian atau bahasa Austronesian terdiri daripada kira-kira 500 dialek? Yang paling kuat, paling banyak dituturkan ialah di Indonesia dan Malaysia.Sebenarnya kita ni besar, sama ada nak sedar atau tak je. Walaupun tak semestinya yang besar itu kuat, tapi ikut adat yang besar tu patutnya kuat. Satu soalan. Kalau anda biasa pergi luar negara, anda bangga tak memiliki wajah Melayu, berbangsa Melayu, bernama Melayu dan beragama Melayu? Eh, beragama Melayu pula...agama Islamlah. Bangga tak?...Saya percaya kalau kita pergi ke Makkah atau Madinah, kita bangga sebab rekod kita baik sekali di negara itu. Kita terkenal sebagai bangsa yang bersopan santun, lemah lembut, bertoleransi dan sebagainya. Tapi kalau anda pergi Eropah, agaknya anda masih bangga tak memiliki wajah Melayu, nama Melayu, bangsa Melayu dan beragama Islam?...Hah, yang ni payah sikit nak jawab, sebab berapa ramai anak Melayu yang duduk di England namanya turut berubah menjadi nama London. Tak usahlah pergi ke England, kat sini pun dah berubah nama. Malu pakai nama Melayu, ubah sikit supaya bunyi slang omputih. Tu kalau di sini...kalau di England? Kalau di Amerika? Juraimi jadi Jeremy, Abu Bakar jadi Burn padahal orang putih tak mainlah ikut Melayu. Superman tu daripada nama Suparmanlah (member niaga kat sabah), Carmen itu dari Karmanlah dan banyak lagi. Sendiri mahu fikirlah. Kalau dah Malaysia maju ikut acuannya sendiri, rakyatnya kena ikutlah acuan yang sebagaimana dibentuk. Ini ikut acuan orang lain. Acuan barat pulak tu. Jadi hati-hatilah..
Arif Wafi
Ketika ini, Wafi baru 5 bulan... banyak rasanya dia nak tahu..atau nak ambik tahu...Agak-agaknya, apa sebenarnya dia nak gi tahu kat ayah dia ni?.
Untuk Awek ku...
" Tak perlu mencari teman secantik BALQIS, andai diri tak sehebat SULAIMAN. Mengapa mengharap teman setampan YUSOF, jika kasih tak setulus ZULAIKHA. Tak perlu mencari teman seteguh IBRAHIM, andai diri tak sekuat HAJAR dan mengapa didamba teman hidup sesempurna MUHAMMAD, jika ada keburukan pada dirimu. Bimbinglah kekurangan itu sebagai keunikan, carilah kebaikan pada dirinya, bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya... berdoalah semoga kita akan bersama selamanya "
Semangat !!! ke mana menghilang?
Aku membaca beberapa buku yang berkisar motivasi. Apa yang aku dapat ialah motivasi sebenarnya suatu bentuk inovasi minda yang memerlukan cetusan bagi membangkitkannya, menghidupkannya, meng'vibrate'kannya..meng'Gegar' gitu...(sedikit tersenyum sbb ingat pasal seseorang bila sebut "GEGAR")..wakaka. Ok, aku teruskan. Manusia dan haiwan ada motivasi asas yang sama. Tapi, bezanya manusia ada peluang dan kemampuan untuk mengembangkan motivasi asas untuk mendapatkan faedah (sama ada baik atau jahat) maksimum dirinya sebagai insan di dunia. Contoh; Apa yang sama sebenarnya?...manusia - bila perut lapar, tergerak hati untuk mencari makanan, bagaimana mencari makanan? Disalurkan pula ke minda untuk mencetuskan idea atau cara/kaedah untuk mencari makanan. Dan kadang-kadang nafsu pula menjadi perhitungan minda untuk memilih makanan yang bagaimana bagi memenuhi selera pada masa itu. Haiwan – bila lapar, perlu makan. Disebabkan rantaian yang ringkas inilah, haiwan tidak berpeluang untuk mengembangkan potensi yang ada. Adapun dlm keadaan terhad. Proses ini tidak selalu difahami oleh kebanyakan orang. Begitu juga dengan aku yang masih mencuba untuk memahaminya. Tidaklah ALLAH ciptakan manusia itu kecuali untuk memperhambakan diri kepada-NYA dan mentadbir dunia. Apa yang penting di antara proses tersebut adalah bagaimana manusia mentadbir dirinya sendiri. Secara peribadi, aku lihat prosesnya simple dan diketahui secara semulajadi. Namun, aku gagal untuk mendapatkan semua kebaikan daripada potensi diri ku sendiri. Aku yakin, anda semua juga melalui situasi yang sama. Oleh itu, sesuatu perlu dilakukan supaya potensi-potensi yang sentiasa menanti untuk dikembangkan itu tidak dibazirkan begitu sahaja. Suiznya perlu dipetik. Lampu yang berada dalam diri perlu dihidupkan. Samar-samar yang meyelimuti perlu diterangkan. Hidup OSC !!!...U all memang hebat... |
BOS
Apa khabar semua? Kepada bos-bos. Orang yang telah dilantik bos dan sememangnya layak bergelar bos? Dan apa macam orang yang menjadi bos dengan jalan yang tak wajar (pakai bomoh punya) dan sekarang ini menjadi bos yang menyusahkan hidup orang lain, terutama pekerjanya yang bernasib malang. Tak kisahlah apa kategori bos tu, saya berharap semuanya berasa dalam keadaan hebat sekali. Saya mengambil cerita si tuah, bukan Hang Tuan tapi si tuah tu, alah yang karang buku ’Jangan Tidak-Tidak, Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain...’..tahu tak? Tahu tak apa. Ceritanya pasal bos yang tak habis-habis dengan meeting atau discus. Meeting dalam seminggu kadang-kadang sampai empat lima kali. Dah tu sekali meeting bukan cukup sejam dua, kadang-kadang sampai lima jam. Ya ALLAH. Apa cerita meeting sampai setengah hari ni? Bila masa nak bekerja? Asyik-asyik meeting dua puluh empat jam. Bila kerja tak siap pandai pulak marah. Habis dah hari-hari meeting. Macam mana kerja nak siap? Dulu si tuah ni ada seorang kawan yang bekerja di syarikat penerbitan. Setiap kali jumpa dia, dia dah tukar tempat kerja. Dan bila ditanya kenapa berhenti. Ha, sebab utamanya kerja bos dia asyik panggil meeting. Hakikatnya bukan meeting, tapi soal siasat dan balun-membalun, pentas tunjuk lagak, tunjuk power, platform nak tunjuk siapa yang bagus dan kadang-kadang diselit cerita si polan bin si polan yang kerjanya yang memang tak buat kerja. Ada. Apa pulak tak ada. Alahai, apa punya budaya ni. Anda mungkin bos, ingat bos betul ialah bos yang mempunyai team yang komited terhadap tugas-tugasnya dan tak perlu disoal sangat. Itu dia bos yang berjaya dan itu dia syarikat yang berjaya. Takkan pasal mesin photostate rosak pun nak meeting. Meeting tu maknanya bila dah buntu, tak jumpa jalan lagi dah, perlukan brain storming, barulah meeting. Ini meeting memanjang, hasilnya entah hapa-hapa. Mana nak tercapai matlamat menjadi syarikat unggul. Bos yang kuat buat meeting biasanya bos yang dilantik, tapi kalau dia tu tuake syarikat, dia tak buat banyak meeting. Betulkan? Kalau tak betul, betulkan saya. Tapi cuba perhati dan tengok. Jadi limitkan masa meeting anda (kepada mereka yang bergelar bos) kepada masa yang lebih minima. Maka dengan itu anda adalah seorang bos yang bijak. ”Kebahagian lahir daripada kehidupan yang bebas dari syak wasangka." p/s : Aku tak suka org panggil aku bos, cuma...alangkah bagus kalau orang panggil aku "Big BOSS" |