Sekitar jam 9 mlm tadi, Uwa (atuk) sblh mama telah meninggal. Adik ke-4 dari Kuching memaklumkan melalui talian telefon. Aku sambung berita sedih ini utk adik ke-6 di Labuan, walaupun pasti dia telah dimaklumkan...oleh mungkin adik ke-2 atau ke-3... Sedikit aku dengar tangisan ditahan...'mau balik', katanya...pantas aku sambut supaya tidak hilang motivasinya utk esok. Esok dia ada presentasi kerja kursus...Tak apalah...sabar saja...kita doakan dari jauhpun...InsyaAllah akan sampai jua.
Aku telefon bapa, utk mendengar berita lanjut..Bapa tak dpt menemani mama ke Hulu (rumah pakcik Lahab) utk melihat jenazah org tua kesayangannya itu. Kena jaga rumah, tapi bukan kerana rumah, adik bongsu dan adik ke-8 sudah lena, itu sbbnya, ntah tahu ker tidak adik berdua tuh...
Untuk seluruh keluarga, sahabat, kawan...sedekahkan Al-Fatihah buat Uwa(Atuk) kami...Al-Fatihah untuk Allahyarham Hj. Yusof, semoga rohnya dicucuri rahmat Allah dan dikumpul bersama para solihin dan syuhada'. Amin.
p/s : uwa pernah hadiahkan aku basikal utk ku ke sekolah...masa tuh darjah enam...aku tingal bersamanya hampir 6 bulan sehingga selesai UPSR...terima kasih ku ucapkan...Jasa pun kan ku kenang sampai akhir hayat.
Rejim Zionis Israel gali kubur sendiri – Tuan Guru Abdul Hadi
-
* KUALA LUMPUR* : “Kezaliman rejim Zionis sebenarnya hanya akan menggali
kubur diri mereka sendiri.”
Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ber...
2 bulan yang lalu
0 Usul:
Catat Ulasan