Semangat !!! ke mana menghilang?


Aku membaca beberapa buku yang berkisar motivasi. Apa yang aku dapat ialah motivasi sebenarnya suatu bentuk inovasi minda yang memerlukan cetusan bagi membangkitkannya, menghidupkannya, meng'vibrate'kannya..meng'Gegar' gitu...(sedikit tersenyum sbb ingat pasal seseorang bila sebut "GEGAR")..wakaka. Ok, aku teruskan. Manusia dan haiwan ada motivasi asas yang sama. Tapi, bezanya manusia ada peluang dan kemampuan untuk mengembangkan motivasi asas untuk mendapatkan faedah (sama ada baik atau jahat) maksimum dirinya sebagai insan di dunia. Contoh; Apa yang sama sebenarnya?...manusia - bila perut lapar, tergerak hati untuk mencari makanan, bagaimana mencari makanan? Disalurkan pula ke minda untuk mencetuskan idea atau cara/kaedah untuk mencari makanan. Dan kadang-kadang nafsu pula menjadi perhitungan minda untuk memilih makanan yang bagaimana bagi memenuhi selera pada masa itu. Haiwan – bila lapar, perlu makan. Disebabkan rantaian yang ringkas inilah, haiwan tidak berpeluang untuk mengembangkan potensi yang ada. Adapun dlm keadaan terhad.

Proses ini tidak selalu difahami oleh kebanyakan orang. Begitu juga dengan aku yang masih mencuba untuk memahaminya. Tidaklah ALLAH ciptakan manusia itu kecuali untuk memperhambakan diri kepada-NYA dan mentadbir dunia. Apa yang penting di antara proses tersebut adalah bagaimana manusia mentadbir dirinya sendiri. Secara peribadi, aku lihat prosesnya simple dan diketahui secara semulajadi. Namun, aku gagal untuk mendapatkan semua kebaikan daripada potensi diri ku sendiri. Aku yakin, anda semua juga melalui situasi yang sama. Oleh itu, sesuatu perlu dilakukan supaya potensi-potensi yang sentiasa menanti untuk dikembangkan itu tidak dibazirkan begitu sahaja. Suiznya perlu dipetik. Lampu yang berada dalam diri perlu dihidupkan. Samar-samar yang meyelimuti perlu diterangkan.


Hidup OSC !!!...U all memang hebat...



0 Usul:

 
Copyright 2009 Blog K.A.M.I All rights reserved.
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Blogspot Templates From Wordpress Theme by EZwpthemes