Berita dari kampung...

Semalam, adik ke 3 (Sawal) menghantar sms bertanyakan email ku. Lalu aku berikan dan masih benak ku memikir. Dia nak buat apa email ku. Lalu, bagi memuaskan hati...ku talipon aje. Tak berangkat...masa itu aku on the way pulang ke Sg. Petani dari Alor Setar. Tak sampai beberapa minit, dia menelepon semula...alhamdullilah... jimat prepaid telefon bimbitku...wakaka..
Oooo..rupanya dia nak email photo2 dibawah...Aku cadangkan upload saja dalam blog ini untuk di ceritakan. So aku jadikannya bahan untuk cerita dengan tajuk entri ini "Berita Dari Kampung"...

Tekun...Bapa dan mama memproses telur itik untuk dimasinkan menjadi
telur masin. Kemudian dijual.


Cayalah...Cita-cita famili ku kini tercapai dengan adanya
kolam ternakan itik telur di belakang rumah.
Santainya, Mama dan adik ke 8 (Pool) memerhati itik-itik.


Turut membantu...anak dan cucu juga memberi sokongan.
Yang no. 8 itulah adik ke 9 (Remy atau Baby) anak kesayangan Bapa dan Mama.


Atas : Mama yang sibuk dengan itik-itik. Hampir 150 ekor semuanya.
Bawah : Reban itik, Bapa buat sendiri..dulupun Bapa memang tukang. Itulah hasilnya.

Haa...yang ini NIA ARDINIE, anak adik ke 3.


Setakat tu aje..aku akan sambung nanti. Itupun kalau ada photo2 terbaru dari kampung.

0 Usul:

 
Copyright 2009 Blog K.A.M.I All rights reserved.
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Blogspot Templates From Wordpress Theme by EZwpthemes