25, Bilik 1, giliran sudah tiba, takut sudah terasa, lutut ketaq pun ada. Dr. Noor Hazlina, pegawai perubatan yg bertugas. Rasanya blum kawin lagi. Ntahlah, mgkin kot. Gambar aku tk berani ambik. Nanti dia terperasan yg aku syok kat dia. Padahal tak pun...hahaha. Keputusan daripada observation pakar. Rupanya dia bukan pakar, pakar cuma datang tgok x-ray (KMC CT Scan) dan dia blah. Ntah, mgkin mcm tu lah kot prosedurnya. Aku mati2 ingat jumpa pakar.... Tak apalah.
1. ?signifiken, masih negatif...tp kena buat follow up. So kena dtng sekali lagi selepas 3 bulan iaitu pada 3.9.2009.
2. Progres Dev. wafi delay. Patutnya dia dah boleh duduk, atau merangkak atau meniarap. Tapi smpai entri ni aku tulis, dia masih tk mampu buat semua tu. Jadi Dr. tu minta kita refer Unit Pemulihan carakerja di Hospital Alor Star.
3. Untuk follow-up seterusnya dia minta kita refer semula hospital alor star (psychiatry). Dptkan ukuran kepala setiap 2 minggu atau semasa follow-up dibuat dalam tempoh 3 bulan tersebut.
Itu ajelah. Wlu pun resultnya masih none signifiken, kami masih nk tahu juga kalau2 dia (Hydrochepalus) akan jadi lebih serius. Dr. tu pun mention setiap bayi perlu ada cecair tu dlm kuantiti tertentu, tetapi cecair trsebut perlu circulate and observ (mengalir dan diserap) dan perlu balance. Dalam kes wafi, dia sendiri tk tahu kuantiti cecair sbb Brain scan kt hospital seblum tu (masa umur 3-4 bulan) tiada. Sbb tu kena dtng skali lagi pada 03.09.2009.
Aktiviti lepas tu; Lepas je pi GH, kami pi aktiviti santai depan queensbay... lunch dan ambik gmbr kat sini. Saja nk try memory card (Olympus xD Picture Card 2 GB) kamera buruk ku...yg lama dah rosak...atau nk cool down kn lutut ketaq tadi...layannn...
1 Usul:
tu spam ke tu bos..xpaham baso cina tu.
harap wafi dapat sembuh..sian tgok budak kecik sakit..isk isk
aminn
Catat Ulasan