Cuti Hujung Minggu; Part I : GH Penang dan Plaza Gurney

Selesai perkara di GH Penang, kami terus ke Plaza Gurney. Appointment ngan pakar Neurological Surgery. Kena postpond. Pakar memang tak ada masa tu. Pakar tu cuma ada pada selasa dan khamis. Aku dan awek decide ambik khamis. So, khamis depan 9 Julai 2009, jam 10.30 pagi. Dah set ngan awek kena cuti...hopely, tk ada apa. Walaupun masih risau dan tertanya2. Kenapa Neurological Surgery? Apa Neurological Surgery? tak apalah tunggu khamis ni. Wafi sebenarnya sihat luaran, cuma kami nak bagi puas hati sbb tengok dev. progress Wafi mcm lambat sikit. Tak mcm baby biasa. So, untuk langkah awal, kami jumpa pakar, nak tahu apa katanya. Doakan kami mudah-mudahan Arif Wafi tak ada apa. Pasal Neurological Surgery tu u all google kt sini. Baca ajelah utk pengetahuan. Sebenarnya, masa umur wafi 3 bulan dulu, kami ada buat brainscan, dr pun mention pasal ada cecair dalam otak (water on the brain) atau Hydrocephalus. Baca sini. Dan kesan Hydrocephalus disini. Sebab tu nak refer pakar. Lagi pun ia atas advise Tok Wan Wafi (Tok Wan adalah salah sorg dr kt KMC. Dr. Razif, Kedah Medical Center. Kami selalu berjumpa dia dan sbb itu kami gelar dia Tok Wan Wafi..huhuhu)...beribu habis wei. Klu ada ibu bapa yg ada pengalaman, just share ngan kami.

Kami teruskan dengan aktiviti cuti hujung minggu kami. Makan tengah hari seh. Baru jam 12.15 t/hari. Check ini hotel jam 3 - 4. So ada masa jalan2 kat Gurney. Entah mcm mana aku terlepas cakap pasal citer carton animation kt wayang. ICE AGE..."Yea...yea...ayah nak tengok wayang citer Ice Age, bleh tak"? Ok, jom. Awek ngan wafi, gi shoping. Aku ngan mardiah tengok wayang. Show jam 1. Layan. Best memang best. Yang tk best kami ambik show 3D, aku memang tk berkenan nak kena pakai spek 3D tu. Naik pening kepala. Tk dah trambik yg tu, layan ajelah. yang penting mardiah gumbira. Dan dia tunjuk dengan perkataan "Wahhh". Klu dia dah kata mcm tu, kira oklah tu.
(bersambung...)

0 Usul:

 
Copyright 2009 Blog K.A.M.I All rights reserved.
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Blogspot Templates From Wordpress Theme by EZwpthemes