Apa khabar semua? Kepada bos-bos. Orang yang telah dilantik bos dan sememangnya layak bergelar bos? Dan apa macam orang yang menjadi bos dengan jalan yang tak wajar (pakai bomoh punya) dan sekarang ini menjadi bos yang menyusahkan hidup orang lain, terutama pekerjanya yang bernasib malang. Tak kisahlah apa kategori bos tu, saya berharap semuanya berasa dalam keadaan hebat sekali. Saya mengambil cerita si tuah, bukan Hang Tuan tapi si tuah tu, alah yang karang buku ’Jangan Tidak-Tidak, Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain...’..tahu tak? Tahu tak apa. Ceritanya pasal bos yang tak habis-habis dengan meeting atau discus. Meeting dalam seminggu kadang-kadang sampai empat lima kali. Dah tu sekali meeting bukan cukup sejam dua, kadang-kadang sampai lima jam. Ya ALLAH. Apa cerita meeting sampai setengah hari ni? Bila masa nak bekerja? Asyik-asyik meeting dua puluh empat jam. Bila kerja tak siap pandai pulak marah. Habis dah hari-hari meeting. Macam mana kerja nak siap? Dulu si tuah ni ada seorang kawan yang bekerja di syarikat penerbitan. Setiap kali jumpa dia, dia dah tukar tempat kerja. Dan bila ditanya kenapa berhenti. Ha, sebab utamanya kerja bos dia asyik panggil meeting. Hakikatnya bukan meeting, tapi soal siasat dan balun-membalun, pentas tunjuk lagak, tunjuk power, platform nak tunjuk siapa yang bagus dan kadang-kadang diselit cerita si polan bin si polan yang kerjanya yang memang tak buat kerja. Ada. Apa pulak tak ada. Alahai, apa punya budaya ni. Anda mungkin bos, ingat bos betul ialah bos yang mempunyai team yang komited terhadap tugas-tugasnya dan tak perlu disoal sangat. Itu dia bos yang berjaya dan itu dia syarikat yang berjaya. Takkan pasal mesin photostate rosak pun nak meeting. Meeting tu maknanya bila dah buntu, tak jumpa jalan lagi dah, perlukan brain storming, barulah meeting. Ini meeting memanjang, hasilnya entah hapa-hapa. Mana nak tercapai matlamat menjadi syarikat unggul. Bos yang kuat buat meeting biasanya bos yang dilantik, tapi kalau dia tu tuake syarikat, dia tak buat banyak meeting. Betulkan? Kalau tak betul, betulkan saya. Tapi cuba perhati dan tengok. Jadi limitkan masa meeting anda (kepada mereka yang bergelar bos) kepada masa yang lebih minima. Maka dengan itu anda adalah seorang bos yang bijak. ”Kebahagian lahir daripada kehidupan yang bebas dari syak wasangka." p/s : Aku tak suka org panggil aku bos, cuma...alangkah bagus kalau orang panggil aku "Big BOSS" |
Penyebab Sindrom Baby Blues dan Cara Mengatasinya
-
Bagi banyak ibu baru, kelahiran buah hati merupakan momen yang sangat
membahagiakan dan ditunggu tunggu. Namun, tidak sedikit juga yang justru
merasakan ...
3 minggu yang lalu
1 Usul:
big boss xle sb bos kecik, kalo pangge OS ble? ngeee
Catat Ulasan