Cpol dapat 7A, 1B PMR

Cpol atau nama sebenarnya Shahadan bin Abd Rahman...mendapat 7A 1B dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang lepas di mana keputusannya diumunkan hari ini. Sejarah dapat B pol, mcm mana ni...apa2 pu tahniah....KINI MP4 on the way...TAHNIAH sekali lagi...

Bekas pencuri terkejut enjin jet boleh dicuri

Seorang bekas pencuri motosikal yang ditemui di sini menyatakan dia tidak pernah terfikir enjin jet juga boleh dicuri.Jika dia tahu enjin jet boleh dicuri,sudah tentu dia tidak perlu mencuri motosikal selama ini.Lebih baik dia mencuri enjin jet kerana dengan sekali curi sahaja tak perlu lagi buat bersusah payah untuk buat kerja mencuri.Habuan yang diperolehi boleh menyara tujuh keturunannya.

Beliau yang sebelum ini melakukan rutin mencuri motosikal di sekitar kampung di sini juga pernah mencuri lembu sebanyak 8 kali.Namun kelapan-lapan kali dia kantoi.
Tambah beliau lagi,mencuri enjin jet juga selamat kerana tiada siapa yang akan tertangkap dan didakwa walaupun setelah 2 tahun enjin jet itu dijual kepada pembeli di luar negara.Beliau yang kelihatan terkejut dengan berita enjin jet dicuri telah menghubungi beberapa rakannya yang juga pakar pecah rumah untuk memberi idea bernas ini kepada mereka.
Selepas ini beliau bertekad untuk menganjurkan kursus mencuri enjin jet di seluruh negara berdasarkan konsep 1 Malaysia. -TAKBERNAMA

mintak izin cilok dari http://biaqpila.blogspot.com

Bukit Merah...cuti hujung minggu

Hujung minggu di Bukit Merah...dari jauh aku rasa bukit itu masih hijau...ntah mcm mana bleh dpt title merah itu...atau memang dulu bukit itu mengluarkan cahaya merah pada waktu malam... barangkali...

Percutian kami hujung minggu, ikut plan Lost World Bkt Tambun..ttp kami pendekan perjalanan sbb kt area tu, penginapan dah penuh...Bukit Merah, sejam leh smpi dr rumah. Balik hari.




Salam Maal Hijrah

Projek Dekinabalutrip'09 (5 berjaya, 2 tewas)

Salam semua,

Tajuk sikit punya...mcm ngulas sukan sea plak..hehehe.

Ni nak habaq mai ni, projek K.A.M.I mndaki gunung kinabalu dah berlalu. Ini antara adegen2 yang sempat dirakam. Yang berjaya naik puncak hanya 5 org (Aku, Cikgu, Mun, Jaja (adik) dan Baz)...dan yang gagal 2 org (Amir dan Khamis)...boleh cuba lagi tahun depan.


Wafi pagi tadi...

Assalamualaikum semua,

Rasanya lama dah tk update... K.A.M.I. Bukan malas, cuma tk berapa rajin sikit. Terlalu bnyk entri tertunggak...dulu ingat bil air aje yg ada tertunggak, tp skrng nk update blog pun dah ada istilah tu...

Apapun, KAMI doakan kawan2 berkeadaan baik sejahtera. Tk ada apa yg nk ditulis dlm entri ni sbnrnya, cuma nk tunjuk gambar wafi pagi tadi tengah mandi. Layan....ok. Mungkin akan aktif kembali nulis blog ni tahun depan..hehehe.


ps: guna Nikon dslr D5000...power gila aku rasa

Bebal aku...


Aku rasa isu u all semua sebut telah disebut berabad yg lalu..skrang masih begitu...rt n rs dah jadi educational shj, mcm tk ada kuasa langsung...jpbd harus buat sesuatu, bukan setakat seminar, taklimat, koloborasi atau seumpama dengan nya, tp pi bawah tanah terus (underground), terangkan apa jpbd buat, jadikan pusat pembelajaran spanjang hayat JPBD di negeri, daerah, mukim atau kampung...bagi orng2 kg tu paham cikit..baru senang citer...

Aku org gomen, tapi jiwaku masih tetap swasta, aku dicabar, yer tanpa sapa2 pun aku boleh buat...yer tanpa sapa pun, semua aku boleh buat, ...come on wei, tak adil lh...habis, diorang tu semua nk keja apa, klu semua keja ko buat...ahhh..peduli apa aku. Nak kata diorg tu tak paham bahasa, dh dpt diploma dah, nk kata aku ckp bahasa yg diorag tk paham, dk jugak...paham punya !!. Apa yg tak adil...lh bodoh jugak ko ni... Depa tu dpt gaji wei, gaji sebulan ribu lebih...tk kan ko tk nak bahagi2 kerja...Ahh...aku bagi keja dgn aku tak bagi keja, sama aje...

Keja sehari, buat seminggu...keja seminggu buatnya sebulan, keja sebulan, buatnya setahun..ko paham tak. Lahhh.. tu biasalah wei. Biasa kepala otak hg. Itu namanya, biul apa....ko paham tk keja ko..., klu tk reti belajar lah wei...blajar facebook..kejap aje leh pandai, buka blog pun kan kena belajar...tk kan pandai sendiri kot....

Isuya masih tk adil...

1. 8 jam X 5 hari X 4 minggu = RM sebulan gaji...
tp 8 jam - (sembang jam, buat hl lain jam, facebook jam, blog jam, minum jam, mkn jam, mcm2 hal jam) X 4 minggu = tak kan sama dgn RM sebulan gaji kan?...berkat tak? adil tak?...emak bapak aku kata...ohh..patut gaji u tak cukup2...duit tk berkat....

2. Ahad 8 jam hanya tinggal 2 jam setengah buat kerja..tp gaji tetap sama..apa hal bro. Ahad kena potong gaji klu tak cukup jam. Apa dia..? ada baca yasin..Ohhh...baca yasin rehat boleh...kan?...rehat kn panjang...ko ambik waktu pejabat baca yasin...bagus..tp ko bukan dibayar gaji utk baca yasin waktu pejabat, hk yg mengajar tu tk apalah, mmg keja dia, tp boleh buat waktu rehat kan? adil tak?

3. Akar, Dahan, Daun sama ker?...tk samakan. Ada tinggi dan ada yg rendah. Kenapa tuhan buat mcm tu. Sbb masing2 ada tugas dia. Semua berfungsi utk tujuan yg sama. Jadi kenapa fikir kalut dan kolot sangat...mana yg rasa dia bos, dia layak utk jadi bos dan diberi hormat, tk kisah bos mata pejam atau celik, dia layak...klu ko rasa dia tak layak, cakap ajelah...aku cadang ko cakap mcm no..."Wei, KO tak layak jadi bos aku, Aku Layaklah..." Tp cakap belakang beb. Dia tahu dan berani ckp belakang aje. Jadi 11, 17, 26, 38, 41, 44, 52, 54..tak kisahlah itu cuma pangkat...org kata makin tua, makin kuat merajuk....aku pun kuat merajuk..sbb tgk org tk reti buat kerja. Adil ker?

4. Hari ni aku kerja adil ker? cuba tanya. Hari ni aku sembang ,,wah dekat sejam. Aku main fb, wah berejam....sbb hari ini aku dibayar guna duit rakyat...klu rakyat tahu mesti kena kutk gila babing punya kaw aku kena nih...itu rakyat..TUHAN? Tak adil ker mcm tu?

5.
6.
7.

LU FIKIRLAH SENDIRI, MASING2 dah ada DEGREE n DIPLOMA, SEKOLAH pun TINGGI2 kan? Klu tk reti fikir pun tak apa? ko tanya diri sendiri ajelah..depan cermin...haX3...

Rumah K.A.M.I di kampung...

Kalau nak ke rumah. Tengok Aje map ni..hehehe. Aku ambik dari pak google map.

Kata-kata Yana

Assalamualaikum

Osc ada 6 org kakitangan

Bos a.k.a Abd Talip
Man toya a.k.a Kamarul Zaman
Bella a.k.a Siti Nubailah
Yana a.k.a kaki kutuk osc Nor Haslina
Cha ’a a.k.a Md. Zahar
Apit ak.a budak petak + bulat Mohd. Hafizulah

Semua ni ada hidup sendiri

Bos
• Ada bini baru 1 org, katanya ada rancangan nak buat no.2, so coming sun la.
• Ada anak 2 org,sorang perempuan ,AINUL MARDIAH dgan lelaki, ARIF WAFI
• Masuk sini maser bos ujung 20-an tahun 2007 dan akan keluar 15.7.2009 awal 30-an.
• Dier pendek sikit dari lelaki biasa tetapi hatiya baik dan semua org suka dier cumer org yg suka buang masa , keja xsungguh2 jerk xsuka dier.
• Dier bahagia dok baling tapi dalam terpaksa la (itu apa yg i nampak)
• Ni bos baru lalu depan aku, ntah aper yg dier piker ,BAHAGIA DI NAIK PANGKAT,SAYANG TINGGALKAN BALING, SERONOK DPT DOK DGN BINI AKHIRNYA,RISAU SELALU TRAVEL DI TEMPAT BARU,ntah betol ke x ?

Cha’a
• Dier ada seorg mak dgn gf yang saiz sama dgn dier (KECIK) maksud I dgn jelas lagi saiz S.
• Dier pun kecik jerk tapi nampak normal ler
• Sebenarnya semua lelaki osc PENDEK kecuali yang sorang tu.
• Ni agak low profile,sukar diduga, cakap ada isi, dan susah nak difahami
• Tapi tu xefekkan sapa2 la.
• KONSEP IDUP, gua buat untuk hidup wa,lu jangan campur
• Trademark = rambut trojan

Apit
• Cam mana nak mengambarkan dier, PETAK, BULAT, OMONG KOSONG,CAKAP KEMAS TAPI XLEH CAYA,KURANG MATANG walaupun rupanya mencerminkan beliau dalam lingkungan 30-an
• Ini lelaki ke-3 yang pendek dalam osc
• Berkaca mata dan sekarang sedang menggigit pen sendiri,MUNGKIN KELAPARAN
• Dier suka men FACEBOOK,TAGGED,cari perempuan yg lebih CANTIK darinya dan suka surf internet dan chatting dalam YM dan suka buat kerja luar terutama dari PON
• Dier anak BONGSU dan ada seorg mak yg tabah dan sabar dgn SIKAP mcm UMUR 6 TAHUN dier tu.

Man
• Satu-satunya manusia tertinggi di osc.
• Perasan best dan selalu mengganggap tindakannya betol dalam segala hal tapi dier xtau org xpenah kesah hal dier
• Suka menarik perhatian ,dan i gelarkan beliau ARTIS dan GILA GLAMER tapi I xsuka kisah artis MURAHAN hahahhahahahaha so story adik beradik I dgn dier da ending lama da and hope xnak mula sampai biler2
• Alhamdulillah , baru kawen dgn WANITA yang beriman,bertaqwa dan baca Quran.
• Dier ni la yang paling tua dari semua org selepas BOS ku
• Sukar dimengertikan ,abstrak dan maleh to get involved with him anymore bcoz I think he a little bit POYO+PERASAN HENSEM+EGO+BERLAGAK+ANNOYING dan I xharap ada kena mengena dgn beliau lepas ni.

Bella
• Sedang2 jerk , xtinggi ,xrendah, xrendang (ayat pon ketika membantu aku dalam memilih perkataan)
• Hari ni bertudung hitam, berbaju ijau , I meant hijau pas (TAKBIR…………..)
• Senang nak kawan and most important thing ‘tunaikan permintaannya”
• TRADEMARK= “this world is about me ok,so pay attention”,,,hak hak hak tapi suka penuhi permintaannya sebab senang dipenuhi …………..(bukan mintak duit berkoyan2,duit syiling)
• Dan suka memenuhi kehendak hati org terutama I dgn Bos (masa makan,kuar,merewang,dll)
• Jujur terlampau sangat dalam kata2 tapi ok dari LIAR
• Masih solo dan tersenarai sebagai GADIS-GADIS SOLO YANG MASIH TINGGAL
• Carta yang aku buat untuknya menyatakan ranking beliau

ROS
BELLA
JIHA
KAK LIN
KAK JAH
• So ranking dier 2/5 , kira ok ler tu

Yana
• Em ,sama saiz dgn bella
• Start dok baling baru blaja kuar, karaoke,wayang,boling dan keluar malam
• Kadang2 lalang, kadang2 besi., suka dengar cakap org , mudah dipengaruhi
• Selalu negative thinking maksud I suka DOUBLE MEANING…
• Selalu nak perhatian , suka mengganggu ketenteraman org (pencemaran bunyi a.k.a bukan kentut tau)
• Selalu sakit , org cakap aku gersang (apit petak) lalang (bella) ikut orang –ary (bos) mudah terpengaruh (man)
• Selalu kena BODOH sebab bendul dan terlalu bagi ruang ….part paling aku suka dan meluat bile KAWAN KAWAN BODOH-BODOH dan MEN –MENKAN aku.
• Sometime penting diri gak (selalu benarnya)
• Hal peribadi selalu efekkan KEJA dia.
• Paling benci “xpandai pertahan apa yang dia nak tapi merungut terutamanya masa order makan.”

Di taip pada hari-hari terakhir aku nk belah daripada situ (MDB).

Thanks Yana.

Adik...kena serang lima jantan

Promosi Gambus sepupuku...

Klik gambar ni utk ke websitenye..

Raya 2009

Sila ke http://alieja.fotopages.com/ untuk yang lain...

Sedikit Info Dekinabalutrip'09


Peserta Dekinabalutrip'09

Senarai Perserta
1. Abd Talip b. Abd Rahman (Ketua Program Dekinabalutrip’09)
2. Saari b. Saad (Guru Sekolah)
3. Amir Hamzah b. Abdullah Sani (Juruteknik Pejabat Projek Zon Utara)
4. Khamis B. Awang (Pegawai Kementerian Pembangunan Luar Bandar)
5. Bazilah bt. Mohd. Ramaly (Ketua Unit OSC, Majlis Daerah Setiu)
6. Normunirah bt. Awaluddin (JPBD, Negeri Kedah)
7. Noor Mazidah bt. Mohd. Khir (Juruteknik Pejabat Projek Zon Utara)
8. Tarik Diri – masalah kesihatan
9. Tarik Diri – kenduri kahwin anak saudara
10. Tidak membuat confirmation awal...
(tempat ke 11 – ke 20 ditolak oleh penganjur)


Tentatif Perjalanan Dekinabalutrip09 (naik gunung sahaja)

8 Dis. 2009 (Selasa)

6.30 am - Berkumpul di Ambangan Height (rumah akuler)
7.00 am - Bertolak ke Airport Penang
8.00 am - Check-in penerbangan ke Kota Kinabalu,Sabah
10.15 am - Berlepas ke Kota Kinabalu-AirAsia
1.05 pm - Dijangka tiba di Bandaraya Kota Kinabalu
1.30pm – 3.00pm - Berehat di Kota Kinabalu,makan tengahari
Membeli keperluan mendaki
3.00pm - Perjalanan ke Kinabalu Park
5.00pm - Dijangka tiba di Kinabalu Park
Urusan Check-in di Hostel.
Bayaran Permit masuk ke Kinabalu Park

6.30pm – 7.30pm - Makan malam di Bayu/Balsam Restoran
7.30pm - Kemas peralatan dan keperluan yang akan dibawa mendaki Fasa pertama iaitu dari Timpohon Gate ke Laban Rata seperti :
Peringkat ini pendakian dibuat pada waktu siang, jadi sudah memadai memakai pakaian ringan seperti track bottom,t-shirts atau seluar pendek.
1. Cap/Hat
2. Sun-glasses
3. Baju hujan jenis pakai buang bagi meringankan beban
4. Kasut yang sesuai-kasut sukan sudah mencukupi.Tetapi untuk menjaga kaki dan ankle pakai kasut ‘high-cut’.
5. Jika selesa memakai slippers/sandals tidak menjadi masalah.ia juga boleh digunakan jika hendak ke Toilet dll.
6. Sun block for skin & lips (Factor 15+)
7. Face towels.
8. Botol air mineral 1 liter.Botol kosong boleh diisikan dengan air semasa di hentian pondok2 tersebut.
9. Bag plasik
10. Stokin 5 pasang
11. Kertas tissue
12. Makanan ringan dan mudah dimakan seperti raisins, chocolate, nuts, energy bars, glucose and some oral rehydration salts, Other food like instant noodle, instant coffee or tea, bread, canned sardines and tuna .
13. Bag kecil pinggang
14. Bag sandang kecil.Jika bag tidak kalis air.masukkan barang keperluan tadi didalam plastik bag sebelum dimasukan kedalam bag sandang.Limitkan beban yang hendak di tanggung kepada 10 kg.
15. Still camera.Pastikan batery,memory.
16. Walking/hiking stick (boleh dibeli di Timpohon Gate) kepada yang memerlukan sahaja.
17. Berus gigi,ubat gigi dll .
18. Kit ubat-ubatan,seperti:
· Painkillers (paracetamol/PANADOL is adequate. Strong painkillers should not be taken as they may mask the symptoms of altitude sickness)
· ster treatment
· Anti-nausea/anti-vomiting tablets
· Antihistamines
· Imodium or other anti-Diarrhea tablets
· Plasters/Band Aids
· Knee supports etc.
· Oral rehydration salts/sachets
· Insect repellent containing DEET

9 Dis. 2009 (Rabu)

6.00am - Bersedia untuk bergerak ke Pejabat Renjer
Kinabalu Park untuk pendaftaran
Sarapan pagi

7.30am – 8.00am - Urusan Pendaftaran peserta untuk mendapatkan tag nama serta bayaran:
Permit mendaki
Bayaran Guide
Bayaran Pengangkutan ke Timpohon Gate
Bayaran Insuran Nyawa
Bayaran untuk porter(jika perlu) - RM7 bagi 1 kg

8.00 am-8.30am
Menaiki Bas menuju ke Timpohon Gate
Disini pendaki dikehendaki melaporkan nama sebelum di benarkan melalui pintu gerbang ini

8.30am-4.30pm
Disepanjang pendakian ada disediakan beberapa pondok bagi pendaki merehatkan diri seperti Pondok kandis,Pondok Ubah,Pondok Lowii,Pondok Mempening,Pondok Layang-Layang,Pondok Villosa dan akhirnya Pondok Paka.
Disetiap pondok(shelter) ada disediakan tangki air minum untuk kemudahan pendaki

4.30pm-5.30pm
Daftar masuk ke Hostel Gunting Lagadan dan merehatkan diri

5.30pm-7.00pm
Makan malam di Laban Rata Resort
Kemudian balik ke hostel untuk rehatkan diri dan masuk tidur awal untuk mendapatkan kesegaran badan untuk awal pagi bagi memulakan pendakian fasa ke-2 ke puncak Gunung Kinabalu
10 Dis. 2009 (Khamis)

1.30 am
Bangun dan menyiapkan diri serta barang keperluan Seperti:
- Glove-pakai yang kalis air
- Cap
- TorchLight-jenis ikat di kepala (ikut guide aje)…kalau nak beli pun tak apa.
- Windbreaker
- Plastik bag
- Sweater
- Coklat bar
- ½ liter botol air mineral
- Camera
- Bateri tambahan
- Pastikan hanphone telah dicas sepenuhnya kerana kuasa bateri cepat hilang di puncak

2.30 am
Mulakan pendakian fasa ke-2.Pada peringkat ini pendakian dijalankan serentak dengan kumpulan lain.Bilangan pendaki dihadkan kepada 140 orang sahaja dalam satu masa.

6.00am
Setelah melalui sesak nafas dan kepayahan mendaki akhirnya kita tiba di puncak tertinggi di Asia Tenggara.

8.00am
Dijangka turun kembali ke Laban Rata.Pendaki tidak digalakkan lama berada di puncak,disebabkan kesukaran bernafas yang memberi kesan sakit kepala serta lalui turun dikhuatiri dilanda kabus yang akan menyukarkan perjalanan.

4.30 pm
Dijangka tiba di Kinabalu Park.Rehat sebentar disini sambil minum petang

5.30pm
Kembali ke Kota Kinabalu

8.30pm
Dijangka tiba di Tang Dinasty Hotel,Kota Kinabalu
Check-in di
Makan malam / aktiviti bebas
Tidur

11 Dis. 2009 (Jumaat)

7.00am-5.00pm
Aktiviti bebas.
Aktiviti pilihan yang disediakan penganjur
1. 3 pulau. Pulau Manukan, Pulau Sapi dan Pulau (aku tk ingat nama pulau tu)…
2. Shopping di pasar Philipine.

7.00 pm - 8.00 pm
Makan malam dan Aktiviti Bebas

12 Dis. 2009 (Sabtu)

4.30 am
Breakfast dan bertolak ke Airport Terminal 2 (Penerbangan Air Asia)

7.00 am
Bertolak ke Penang Airport

9.50 am
Dijangka tiba di Penang Airport


Persediaan kelengkapan MendakiTimpohon Gate ke Laban Rata. Mendakian Waktu Siang(Barangan Keperluan semasa mendaki)
Pendakian dijalankan pada waku siang yang kebiasanya panas dengan pancaran cahaya matahari, jadi pakaian yang ringkas seperti t-shirts berseluar pendek sudah memadai.
Track bottom pun sesuai juga
Cap/hat. (jika memerlukan)
Sun-glasses (jika memerlukan)
Baju hujan, persediaan jika hujan.gunakan jenis pakai buang bagi meringankan beban.Boleh di dapati di Kinabalu Park.
Kasut yang sesuai.memakai kasut jenis’high cut’mampu melindungi buku lali daripada cedera.Kasut sukan sudah memadai.
Sandal atau selipar.Setengah pendaki hanya memakai sandal dengan stokin tebal di peringkat pendakian ini. Ia juga boleh digunakan semasa di hostel di Gunting Lagadan, Laban Rata
Krim Penahan Cahaya Matahari
Tuala Muka.
Botol air mineral 1 liter.Botol ini boleh digunakan untuk mengisi air di setiap pondok perhentian
Kertas tisu
Makanan bertenaga yang mudah dibawa, seperti - raisins, chocolate, kacang, energy bars, glucose and some oral rehydration salts.
Disyorkan membawa makanan segera, seperti – maggi mee,makanan dalam tin dan juga kopi,teh dan roti bagi menjimatkan perbelanjaan di Laban Rata. (walau bagaimanapun ia perlu disembunyikan kerana tidak digalakan oleh pengurusan)
Beg plastik
Ubat penangkis seranggga
Ubat-Ubatan(yang ni aku akan sediakan)
Pouch Bag.Berguna semasa pendakian peringkat kedua
Bag sandang.Disyorkan gunakan bag yang kalis air hujan.Jika tidak bungkus pakaian anda didalam bag palstik sebelum dimasukkan kedalam bag sandang.Limitkan berat barangan yang akan dibawa mendaki hanya kurang dari 10kg.jangan menyiksa diri dengan mengangkat beban yang berat
Kamera untuk gambar atau video.Jangan lupa bateri tambahan,memori card atau negetif filem.Di Laban Rata Mahal
Tongkat, boleh didapati di Timpohon Gate(kepada yang memerlukan sahaja hanya RM 1 – 10 sahaja)
Tuala,berus gigi,ubat gigi serta sabun.

Penyakit Perubahan Altituide
Gunung Kinabalu di kategorikan sebagai gunung beraltitude tinggi(12,000 - 18,000 feet [3,658 - 5,487 meters) , jadi risiko anda mendapat “altitude sickness atau acute mountain sickness” (AMS) sentiasa ada..Laban Rata adalah tempat dimana anda akan berehat untuk satu malam sebelum meneruskan perjalanan ke Low’s Peak pada ketinggian(8,000 - 12,000 feet [2,438 - 3,658 meters]) bagi membiasakan diri dengan tekanan tanah tinggi. Anda perlu berhati dengan perubahan pada diri anda, kerana bukan semua orang akan mendapat kesan yang sama.Bagi anda yang belum pernah berada di kedudukan altitude tinggi eloklah waspada..
Pada peringkat ketinggian 10,000 feet (3,048 meters), 75% daripada kita akan menerima kesan AMS yang sederhana (Laban Rata, 3,270 meters/10,728 feet). Kesan ringan AMS seperti sakit kepala,pening, tak mampu bernafas,tiada selera makan,susah tidur,rasa nak muntah,rasa khayal.Kesan AMS lebih dirasai pada sebelah malam.Jika anda mengalami gejala di atas, eloklah mengambil penadol/paracetamol atau ubat tahan sakit.Kebiasaannya kesan AMS ini dapat di atasi dengan memakan penadol.Tetapi jika kesan AMS ini masih ada setelah memakan ubatan di atas, elok lah anda tidak meneruskan perjalanan
Panduan bagi mencegah AMS:
Jika anda merasakan terkena kesan AMS, eloklah berhenti mendaki sehingga kesan tersebut sabil atau hilang
· Selalu ingat, kesan AMS tak sama pada semua orang.Ada yang teruk ada yang biasa sahaja.
· Banyakkan minum air kosong.Pendaki akan kehilangan banyak air semasa mendaki (sekurang2nya 3-4 quarts sehari). Warna urine sepatutnya cerah.
· Adakan aktiviti ringan pada altitude ini, elakkan daripada banyak tidur.Kerana tidur akan mempercepatkan seseorang terkena AMS
· Elakkan merokok atau pengambilan dadah serta ubat tidur.
· Makan banyak karbohyidrat(nasi,roti)
· Jika gejala AMS masih terasa eloklah turun ke bawah

Nasihat Perubatan Kepada Pendaki
Setelah anda menyiapkan diri dengan kesihatan dan kekuatan tubuh badan sebelum mendaki, anda perlu juga menyediakan sebarang ubat melawan penyakit semasa pendakian.Kebiasanya kebanyakan pendaki menghadapi masalah dengan kesan acute gunung(Acute Mountain Sickness), kecederaan buku lali, lutut,anggota badan melecur dan sakit perut(kesan dari air gunung yang tak bertapis). Adalah di nasihatkan anda membawa bersama Kit perubatan sendiri.
Dibawah ini di senaraikan ubat-ubatan yang perlu anda bawa:
KOTAK KECEMASAN PERIBADI
Ubatan tahan sakit (paracetamol/PANADOL mencukupi.Ubatan tahan sakit yang kuat tidak digalakkan kerana ia memberi kesan sampingan kepada penyakit perubahan altitude
Ubatan merawat kulit melecur
Penahan loya/muntah
Anti- alahan(histamines)
Penahan cirit-birit(Imodium or other anti-Diarrhea tablets )
Plasters luka
Krim penahan matahari untuk kulit dan bibir
Penyokong lutut.
Paket garam rehidrat (oral rehydration salts)
Ubatan pelindung serangga DEET

KEPERLUAN KESIHATAN
Walaupun hampir keseluruhan laluan hingga ke puncak tidak memerlukan kemahiran teknik memanjat gunung, tetapi latihan kecergasan amatlah dituntut sebelum pendakian di jalankan. Adalah penting untuk memahami anda akan mendaki di pelbagai keadaan bentuk muka bumi.Ia akan memberikan tekanan kepada otot dan lutut. Perlu juga diingatkan kebanyakkan pendaki akan mengalami kecederaan semasa di dalam perjalanan turun. Semasa peringkat awal pendakian anda di nasihati memperlahankan langkah supaya membolehkan badan kita menyesuaikan diri dengan altitude ketinggian 3,000meters.Pada ketinggian ini kandungan oksigen hanya 70% berbanding pada paras aras-laut.
Untuk mendaki gunung Kinabalu:-Anda perlu berkeadaan fizikal yang baik.-Anda TIDAK berpenyakit lemah jantung atau dada.-Lutut dan kaki anda berada dalam keadaan baik..-Jangan terburu-buru dan tahu had fizikal anda..
Minta pandangan pakar fizikal:-Jika anda perlu mengambil sebarang jenis ubatan-Jika anda mengalami masalah kesihatan lain sila maklumkan lebih awal bagi persediaan pencegahan atau langkah lain yang difikirkan perlu.
Jika anda perlu memakan ubat semasa mendaki, anda perlu memaklumkan kepada doktor sebelum pendakian. Perubahan altitude dan tekanan mungkin memberi kesan sampingan.kepada ubatan yang di makan .



MAP dekinabalutrip'09


NOTA KHAS DARI PIHAK PENGUASA TAMAN SABAH
Adalah disarankan individu yang akan mendaki Gunung Kinabalu menjalankan pemeriksaan perubatan sebelum pendakian .Jika anda mempunya sejarah perubatan penyakit dibawah, anda amat tidak digalakkan peneruskan pendakian ini: Hypertension, Diabetes, Palpitation, Arthritis, Heart disease, severe anemia, Peptic ulcers, Epileptic fits, Obesity (overweight), Chronic asthma, Muscular cramps, Hepatitis (jaundice); atau penyakit lain yang akan memberi kesan kepada pendakian.Pendakian Gunung Kinabalu merupakan “pendakian sekali seumur hidup” bagi kebanyakkan orang, oleh itu persediaan rapi amatlah dituntut sebelum mendaki. Dengan mendapatkan maklumat lengkap dan jadual persedian yang sempurna, anda akan berpeluang cerah untuk mencapai kemuncak gunung.Nota di atas di sampaikan oleh Pihak Berkuasa Taman Sabah.Anda dinasihatkan mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh mereka untuk menghindarkan kemalangan atau anda di timpa sakit semasa di atas gunung.

Kad Raya

Bodoh ker ? atau ke bodoh? (ke arah bodoh).

Sebenarnya bnyk isu aku nk tulis dlm 2 -3 minggu nih. Bukan pasai politik, tapi pasai aku sendiri, keluarga aku. Tp, ntahlah, rasa malas. Sbnrnya, aku nk tulis pasai parking kt pejabat baru (lama sbnrnya), aku nk tulis org bermuka-muka dgn talam 18 muka, aku nk tulis pasai dekinabalutrip09 aku, pasai kerja baru ku, pasai bulan pose, banyak pasailah pndeknya. Tapi aku paste kn tulisan seorg sahabat nih, harap dia tk marah. Link nya jugak aku sertakan. Begini ceritanya...

Mail Sabri kata harga minyak tak naik. Ianya kekal. Sama ja. Ada minyak harga dua hengget. ada minyak ada sringgit lapan kupang. Sama ja. Tadak beza apa pun. Apa pun tak naik.Semua maintain. Steady. Cuma, katanya, minyak RON97, yang selalu rakyat pakai tu, dia naikkan taraf kepada minyak premium. So, bila dah naik taraf ni, otomatik la harga pun canak naik. RON97 naik dari RM1.80 ke dua ringgit.Tapi jangan risau, katanya. Sebab rakyat masih boleh isi minyak dengan harga RM1.80 lagi, guna RON95. RON97 dah ' upgrade ' , kalau mau yang ' tak upgrade ' , guna RON95. Harga sama. Warna pun cantik, kuning. La ni petrol pam dah macam lampu trafik light. Ada merah, kuning, ngan hijau. Cantik kan ? Cantik kan ? Kan ? Suke tak? Suke tak?

Tutp matee! Tutup matee! Suurrrpriissssseeee !!!Ada jugak yang kena tendang perut bulan2 posa ni.

Soalan pertama, apakah RON97 yang telah dinaiktaraf menjadi minyak premium itu lebih baik kualitinya sebelum harganya dinaikkan? Adakah minyak ini telah dicampur dengan formula2 hebat yang boleh membantu menambahbaik enjin, samada dari segi ' ketukan ' ka hapa ka? Adakah dengan menggunakan RON97 yang lebih mahal ini, proton wira 1.3 aku bertambah pikapnya sampai ke tahap aku tak perlu tutup ekon setiap kali meghagaih bukit?Jawapannya sudah tentu tidak! Dan kalau jawapannya adalah ' tidak ' , jadah hapakah yang kamu naikkan harga minyak yang sama kualitinya ni, tapi tiba2 jadi mahal keesokan harinya? Bukankah itu namanya kamu sengaja menaikkan harga minyak? Bukankah harga minyak sebenarnya telah naik?!

Ini macam pi market nak beli ikan temenung, tiba2 tokey cakap sekilo kena tambah lagi dua ringgit. Tanya pasaipa, dia kata ikan temenung dah jadi ikan premium. Tanya dia lagi ikan temenung yang dia jual harini semua masuk univesiti ka? Ada ijazah semua ka? Isi manis lagi ka? Sisik makin kurang ka? Dia kata dak, sama ja. Tanya lagi ikan temenung kurang ka kot tengah laut la ni? Dia kata dak, belunggok huk lagi. Paihtu kenapa naikkan harga ikan temenung? Dia jawab harga tak naik, tapi taraf ikan temenung ni dah naik, jadi premium.Tapi harga ikan temenung mahai dari kemarin. Kita kata tak puas hati. Dia kata kita bulih beli ikan puyu, ikan puyu harga sama macam ikan temenung kemarin. Tapi ikan puyu bukan ikan temenung! Kita jawab bantah. Tapi ikan jugak! Dia betah. Tapi kita tak bulih makan ikan puyu, nanti naik ruam. Kita bagi sebab. Dia suruh makan ikan temenung. Tapi ikan temenung mahai! Kita jawab. Bukan mahai, itu harga untuk ikan premium!Last2 ada yang kena takek dengan parang tengah2 market tuh.Naik harga cakap la naik harga! Dok pebodo orang pasaipa? Cakap. Harga dah naik. Kalau nak murah, beli yang rendah kualiti. Yang ni dah naik harga. Yang sama. Harga ja beza, lebih mahai. Kan senang?

Soalan kedua. Kenapa naik harga petrol? Mail Sabri dilaporkan dalam tibitiga tempoh hari sebagai berkata sebab harga minyak dunia dah naik sampai USD82 setong.Aku tak pernah hisap rokok. Jauh lagi nak hisap dam atau hidu gam. Tapi masa mengaji dulu, ada sekoq dua kawan2 yang dok wat kerja loklaq ni. Jawapan Mail Sabri ingatkan aku kepada sorang kawan yang overdose ganja. Samada dia hidu gam, atau telebih hidu petrol, aku tatau, tapi statistik tahun bila yang dia rujuk kata harga minyak dunia dah naik sampai USD82 setong?Harga minyak dunia tak pernah lepas USD75 selepas merudum jatuh sampai ke USD40 tuhari. Samada dia di bawah pengaruh ganja, ataupun sengaja nak membodohkan rakyat sekali lagi, itu aku serah pada pembaca semua. Tapi mengatakan minyak dunia dah naik ke 82 dolar setong adalah statement yang sangat bengong. Tak masuk akal. Dan hanya boleh dilafazkan oleh orang2 yang hilang akal sahaja!Jadinya, kalau kenaikan bukan disebabkan oleh kenaikan minyak dunia, jadah hapakah yang dinaikkan jugak harga minyak? Adakah sebab BN dah senak tak tau nak kaut duit tang mana, maka last kopek, pau rakyat sekali lagi?

Soalan terakhir. Adakah kualiti RON95 sama seperti RON97? Jika rendah kualitinya, kenapa harganya sama seperti RON97?Jawapannya jugak adalah tidak. RON95 lebih rendah kualitinya daripada RON97. Dan ada beberapa laporan mengatakan bahawa sesetengah enjin tidak sesuai menggunakan RON95.

Kesimpulannya?Harga minyak memang dah naik. BN bodohkan rakyat melalui Mail Sabri mengatakan harga tak naik. Rakyat disuruh menggunakan minyak yang rendah kualitinya, tanpa sebarang kebaikan kepada kenderaan, dan disuruh membayar pada harga yang sama!Mail Sabri kata harga minyak kenderaan tidak berubah, cuma ianya telah ditingkatkan kepada premium.Rakyat juga akan kata PRU13 ini kerajaan tidak berubah, cuma kami akan gantikannya dengan Pakatan Rakyat, kerajaan Malaysia yang telah dinaiktaraf kepada tahap premium.

Sumber : Badri (hthttp://lamputih.blogspot.com/2009/09/memang-kita-dah-kena-bodoh-dengan.html)

Kari Kepala Ikan...

Sehingga menjilat jari...mcm tulah aku nak gmbarkan betapa sedapnya makan tengah hari ni. Bukan juga aku nak samakan sedapnya KFC itu sama dengan kari kepala ikan ni. Tapi, 'menjilat jari'yang aku maksudkan ini lebih sedap sehingga aku hanya mampu meniru slogan itu...(sedap giler ahh..wa cakap lu).

Itulah dia, masak dengan penuh kasih sayang. Kari Pak Andak (sorg yg popular di PPZU), sori tak tertanding. Inilah aku rasa kari yang terbaik di dunia yang penah aku rasa...(mcm aku ni dah keliling satu dunia..huhuhu).

(nnt sya akan 'attach'kan gambar)

Di entri ini aku nak ambik kesempatan nak ucap Selamat Menyambut Ramadhan al-mubharak kepada semua keluarga di Alor Setar, Keluarga di Sabah, adik di Kuching dan di Teronoh, Perak serta di Labuan, kengkawan yang berada di Malaysia dan luar negara serta semua muslimin dan muslimat.

Mimpi

Macam betulpun ada. Aku sukanya, cintanya , sayangnya...real mmg real. Akan aku bawa ke sini dan ke sana, semua aku layan, dia pun layan sama. Semua yang aku nikmati, dia pun rasa sama. Best giler...Kalau ada benda istimewa, bukan dapat kat isteri, atau anak-anak....aku bagi kat dia dulu...pandai-pandai dialah nak...rasa 10 kali, 100 kali atau 1000 kali sekalipun, asal memorinya boleh ingat semua. Aku sayang dia, aku cinta dia, aku mula ingin mencari duit untuk dia, bagi lagi solid, lagi, anggun dan lagi menarik. Mana nak tahu, rezeki dia.

Tapi sayang, hari ni aku bangun...rupanya aku bermimpi lagi...untuk memiliki yang ini...


Aku masih bermimpi yang sama dari 2 - 3 hari yg lepas. Harap-harap tahun depan ada orang nak bagi hadiah masa besday ke 32. Hehehehe...

dekinabalutrip09


Bayaran(boleh dibuat 2 kali) adalah termasuk mendaki gunung sehingga menuju puncak(sijil diberikan), penginapan di Kota Kinabalu dan Gunung, melawat 3 pulau dan berhenti mandi serta snorkeling(option) di pulau manukan. Shopping di pasar philippine serta shopping kompleks berhampiran...kalau larat lah...hehehe...
Promosi ini adalah sehingga 3 September 09(tarikh tutup penyertaan), penyertaan hanya terhad 20 orang peserta. Ikut jangan tak ikut, ada berani, jom sertai kami....bla...bla...bla
dekinabalutrip09

Arif Wafi dah setahun...

Cepat masa beredar...kini Wafi dah setahun. Dalam setahun bermacam dugaan buat ujian kami sekeluarga. Telah aku nukilkan sebahagiannya dalam blog ini. Dan sebahagian lagi, biarlah kami yang rasa dan lalui.

Ayah dan Ibu acapkali mendoakan semoga Wafi terlindung dan terhindar dari segala jenis penyakit. Amin Ya Rabbal Alamin.

Product of XSMK Bongawan


U all tgk yang ini. Web ni dibuat utk bekas2 pelajar kt sekolah tu. Selain itu dijemput juga bekas2 cikgu yg mengajar budak2 kt sekolah ni. Mcm nilah lebih kurang jemputannya...

"X SMK Bongawan yang aktif ber internet atu, bah join website ni n kita kongsi2kan kenangan..Juga jemputan Khas kepada guru2 smk bongawan.."

Kalau u all nk tahu bahasa2 kt dalam ni adalah bahasa2 perbualan aku di kampung..Bahasa Brunei. Tk purelah...ada yg campur2 juga. Ok...layannnn di sini.

Pakar oh pakar...

09.07.2009 ; Kami dpt giliran yg ke 25. Giliran semasa ketika itu 17, so ada 7 pesakit lagi yg tk kisah menunggu lama. Yg penting mereka itu semua mahukan jawapan segala persoalan. Begitu juga K.A.M.I. Arif sudah mula gelisah. Nak kan susu kot. Aku gemuruh sikit. Jaja, ntahlah..dia masih senyap dari tadi. Mardiah...hepi aje aku tgk. Dah, aku sendiri tk cerita pasal apa kena pi hospital. Tak apalah, nnt mardiah besar, dia akan tahu sendiri. Atau mungkin melalui blog ini juga...

25, Bilik 1, giliran sudah tiba, takut sudah terasa, lutut ketaq pun ada. Dr. Noor Hazlina, pegawai perubatan yg bertugas. Rasanya blum kawin lagi. Ntahlah, mgkin kot. Gambar aku tk berani ambik. Nanti dia terperasan yg aku syok kat dia. Padahal tak pun...hahaha. Keputusan daripada observation pakar. Rupanya dia bukan pakar, pakar cuma datang tgok x-ray (KMC CT Scan) dan dia blah. Ntah, mgkin mcm tu lah kot prosedurnya. Aku mati2 ingat jumpa pakar.... Tak apalah.

1. ?signifiken, masih negatif...tp kena buat follow up. So kena dtng sekali lagi selepas 3 bulan iaitu pada 3.9.2009.

2. Progres Dev. wafi delay. Patutnya dia dah boleh duduk, atau merangkak atau meniarap. Tapi smpai entri ni aku tulis, dia masih tk mampu buat semua tu. Jadi Dr. tu minta kita refer Unit Pemulihan carakerja di Hospital Alor Star.







3. Untuk follow-up seterusnya dia minta kita refer semula hospital alor star (psychiatry). Dptkan ukuran kepala setiap 2 minggu atau semasa follow-up dibuat dalam tempoh 3 bulan tersebut.

Itu ajelah. Wlu pun resultnya masih none signifiken, kami masih nk tahu juga kalau2 dia (Hydrochepalus) akan jadi lebih serius. Dr. tu pun mention setiap bayi perlu ada cecair tu dlm kuantiti tertentu, tetapi cecair trsebut perlu circulate and observ (mengalir dan diserap) dan perlu balance. Dalam kes wafi, dia sendiri tk tahu kuantiti cecair sbb Brain scan kt hospital seblum tu (masa umur 3-4 bulan) tiada. Sbb tu kena dtng skali lagi pada 03.09.2009.

Aktiviti lepas tu; Lepas je pi GH, kami pi aktiviti santai depan queensbay... lunch dan ambik gmbr kat sini. Saja nk try memory card (Olympus xD Picture Card 2 GB) kamera buruk ku...yg lama dah rosak...atau nk cool down kn lutut ketaq tadi...layannn...

"Close up" Kamera buruk ku...

Ini hasil karya ku yang tak seberapa hebat...tp bagi aku hebatlah jugak. Yerlah...sape lg yg nak puji...klu tak aku sendiri...hehhehehe....


Buah Catur...Dis 2008


Bunga IKEA RM3.80 satu...Mei 2009


"Puting"...November 2008


Mambang pokok...Mei 2009


Itik Toilet...Mac 2009


Kulat...Mei 2009


Kriket Adik Main...Jun 2009

Hphone Bella yg telah rosak...Jun 2009


Mambang Gunung Baling...Jun 2009


Ini tapak iklan tidak berbayar beb... sape2 nk rekemen fotografer jalanan ni contact aku...
Saja nk bagi ada post bulan ni...ada beberapa entri yg aku terpaksa KIV sbb masih tak stabil dengan enviro di tempat baru (opis)... boleh saja buat kt umah....tp komitmen len pulak...antara posting yg aku KIV, keputusan PAKAR GH Penang pasal wafi, Santai depan queensbay"jasamu dikenang", dan 'apa ntah rasanya'...u all layan aje entri 'close up' ni dulu okey.
 
Copyright 2009 Blog K.A.M.I All rights reserved.
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Blogspot Templates From Wordpress Theme by EZwpthemes