Salam Merdeka

Cerita member yang direka-reka...

Member aku mempunyai masalah di mana kehidupan dia agak terlalu dikontrol oleh isterinya membuatkan kadang-kadang dia rasa terlalu diikat sehinggakan banyak keputusan hal rumahtangga ditentukan oleh isteri. Mana nak duduk,mana nak menetap,rumah nak beli kat mana,nama anak,apa nak makan,keluar makan mana,makan apa...semua tu ditetapkan oleh isteri.

Dan, isteri tu jadi makin kuat apabila keluarga belah isteri tu tu pun menyokong anak mereka membuatkan menantu mereka ni agak tertekan.Seorang suami yang tertekan macam tu kebarangkalian dia untuk
makan luar atau kahwin lain adalah sangat besar,kerana...jika seorang lelaki yang sudah bergelar suami,hilang kuasanya sebagai seorang suami,dia akan menegur isteri dia atau lebih kejam lagi, memberontak Kecuali dia dayus.

Dan member aku ni pun agak kuat memberontak. Mungkin kerana hidup dia terlalu teruk dikawal dia buatlah macam-macam.Come on la,nak ajak isteri keluar jalan2 pun susah.

Aku rasa,perasaan paling teruk yang boleh dirasai oleh seseorang lelaki adalah apabila isteri tu melawan cakap dia. Apa yang lagi teruk dari tu?Seorang isteri yang menggantikan tugas suaminya dalam membuat keputusan dan si suami tu terpaksa berdiam diri kerana tak nak isteri berkecil hati.Ramai kaum isteri menggunakan taktik kecil hati dan merajuk untuk mendapatkan kemahuan mereka.Adakah diorang tak sedar sebenarnya mereka memperkecilkan tugas sebenar seorang suami yang dia setuju nak kahwini sebelum tu?

Raya dah dekat.Mesti akan ada kisah-kisah suami isteri bergaduh sebab berebut nak balik kampung masing-masing.Persoalannya, kenapa sampai bergaduh?Kahwin nak,kenapa tak nak patuh pulak?

(cerita ini hanyalah rekaan semata-semata, dan tidak merujuk kepada mana-mana individu sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia, apa yang anda perlu ambik dan buka hati serta minda adalah pengajarannya, walaupun sedikit)

Salam Lebaran

Klik pada gambar untuk besarkan, save dan cetak. Kos cetak ditanggung oleh anda.

Yang paling cantik...

Pada suatu hari, seorang murid bertanya pada gurunya. Ketika itu gurunya sedang mengajar tentang kasih sayang.

Pelajar : Cikgu, mcm mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai seorang yang kita sayang? Mcm mana juga kasih sayang itu hendak berkekalan?

Cikgu : Ok, kamu ikut apa yang cikgu suruh. Kamu pergi ke padang. Kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di depan kamu. Pilih yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang walau sekali. Dah petik rumput yang paling cantik, bawa ke kelas.

Apabila pelajar tersebut kembali ke kelas, tiada sehelai rumput pun yang dipetiknya lalu cikgu bertanya.

Cikgu : Kenapa tiada rumput yang dipilih?

Pelajar : Tadi, masa saya berjalan, saya pilihlah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik, tapi cikgu kata petik yang paling cantik, maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari rumput yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai ke penghujung padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik.Mungkin ada di belakang saya tadi yang paling cantik, dah cikgu kata tak boleh menoleh ke belakang walau lagi. Jadi, tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya, maknanya apabila kita berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita mencari yang lebih baik dari itu. Kita patut hargai orang yang berada didepan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi, kerana yang berlaku tetap telah berlaku. Semoga yang berlalu tidak berulang lagi, dan ingatlah orang yang paling kita sayang itu adalah orang yang paling cantik dan yang paling baik.

Perusahaan belakang rumah...

Ramadhan...

 
Copyright 2009 Blog K.A.M.I All rights reserved.
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Blogspot Templates From Wordpress Theme by EZwpthemes