Dan, isteri tu jadi makin kuat apabila keluarga belah isteri tu tu pun menyokong anak mereka membuatkan menantu mereka ni agak tertekan.Seorang suami yang tertekan macam tu kebarangkalian dia untuk makan luar atau kahwin lain adalah sangat besar,kerana...jika seorang lelaki yang sudah bergelar suami,hilang kuasanya sebagai seorang suami,dia akan menegur isteri dia atau lebih kejam lagi, memberontak Kecuali dia dayus.
Dan member aku ni pun agak kuat memberontak. Mungkin kerana hidup dia terlalu teruk dikawal dia buatlah macam-macam.Come on la,nak ajak isteri keluar jalan2 pun susah.
Aku rasa,perasaan paling teruk yang boleh dirasai oleh seseorang lelaki adalah apabila isteri tu melawan cakap dia. Apa yang lagi teruk dari tu?Seorang isteri yang menggantikan tugas suaminya dalam membuat keputusan dan si suami tu terpaksa berdiam diri kerana tak nak isteri berkecil hati.Ramai kaum isteri menggunakan taktik kecil hati dan merajuk untuk mendapatkan kemahuan mereka.Adakah diorang tak sedar sebenarnya mereka memperkecilkan tugas sebenar seorang suami yang dia setuju nak kahwini sebelum tu?
Raya dah dekat.Mesti akan ada kisah-kisah suami isteri bergaduh sebab berebut nak balik kampung masing-masing.Persoalannya, kenapa sampai bergaduh?Kahwin nak,kenapa tak nak patuh pulak?
(cerita ini hanyalah rekaan semata-semata, dan tidak merujuk kepada mana-mana individu sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia, apa yang anda perlu ambik dan buka hati serta minda adalah pengajarannya, walaupun sedikit)
0 Usul:
Catat Ulasan