InsyaAllah, PRU 13 KAMI Mengundi...

KAMI lebih suka video Namewee, Afdlin Shauki, Ku Li arahan Pete Teo ni berbanding yang sering ditayang di TV terutamanya TV3. Rakyat Malaysia pilih Malaysia, tapi salah satu masalah yang disebut oleh KU LI (Tengku Razaleigh) adalah, Bangla juga pilih Malaysia, Indon, Vietnam, Pakistan dan lain-lain juga pilih Malaysia, masalahnya mereka berstatus PATI. ISUnya, pengurusan kedatangan warga ini ke Malaysia perlu diperbaiki atau perlu ada 'transformasi' (pinjam ayat PM) ke arah yang lebih terurus dan terkawal. Tidak salah juga kalau membuat 'reformasi' (pinjam ayat ketua pembangkang Malaysia) secara menyeluruh supaya wujudnya pendekatan baru bagi mengurus lambakan pendatang ini. Jadi, video Saya Pilih Malaysia ini tidak relevan walaupun ada unsur patriotik. Kalau anda semua nak tengok, mai tengok yang ini dulu. Lepas tu cue tengok yang ni plak... Nampak sangat video tersebut condong kepada pemerintah sekarang iaitu BN dengan tema warna biru. Walau pun ini mungkin persepsi tetapi ia mungkin juga ada betulnya. Apa ada hal, nilai sajalah sendiri. Korang semuakan bijak-bijak belaka. Peace No War. Saksikan video ni ok. Jom mengundi. Tak sabar rasanya.

Ulang Tahun Kelahiran Arif Wafi Ke-4.

 Happy Birthday untuk Arif Wafi. Dah nakal macam BoboiBoy dah yer. Suka gusti2 kepala yer. Mentang-mentang kepala keras macam batu..adoihai. Terbaekk!!!

Ayah doakan semoga Wafi sihat selalu dan dilindungi rahmat dilimpahi berkat oleh Allah swt. Amin.



Hadiah minta kat ibu yer Arif. Miss U, Love U sayang...Ummmah.

Salam Ramadhan

Salam semua, Hari ini terasa nak update blog yang dah lama bersawang ni. Rasa macam tak percaya bila bekerja semula. Setelah setahun setengah berhempas pulas mengasah dan membilas otak agar segala karat marat yang berada celah sel neoron tertanggal satu demi satu. Nah sekarang bila mula kerja, tenganga. Semuanya hampir berubah dek kerana transformasi yang sering dilaungkan oleh PM. Transformasilah sangat. Yerlah, kita hanya menurut perintah. Tetapi kali ini agak berbeza lenggoknya, bila mana sebelum entri ini ditulis, entri terakhir lebih kepada memuja seseorang yang entah macam mana terasa macam dia tu hebat sangat. Apa tak hebatnya, hari-hari masuk TV. Tak payahlah nak dipanjangkan cerita. Tapi apa yang aku mampu nasihat kepada mereka-mereka yang benci sangat orang tu, abaikanlah saja dia tu. Kalaupun dia nak jadi PM supaya tak kempunan, berilah dia sepenggal dua. Kita lihat kalau dia mampu mengubah dan merubah Malaysia. Apa ada hal. Berbalik dengan cerita aku. Selepas sahaja selesai belajar, pada 2 Julai lepas, telah melapor diri di JPA. Padan muka aku, sebabnya kalau ikut aku boleh melapor diri pada 3 Julai, tapi memandangkan keterujaan untuk bekerja semula, pada hari itu juga surat melapor diri ke HQ dikeluarkan. Hampeh. Ingat ada sehari lagi nak 'enjoy' katak kat KL ni. Tapi tak apalah. Dengan harapan dapat penempatan cepat, bolehlah 'settle' semuanya. Ko gila beb, rupanya, kena kerja lagi beberapa bulan kat KL....KL menjerit lah gamaknya...huhuhu. Kini bagi penempatan sementara waktu,aku berada di Bahagian Korporat dengan menbawa lagak korporat yang agak-agak berlagak, walau tidak berapa segak. Biarlan. KL pun KL lah, dah nama sementara. Jangan nanti yang kekal lebih teruk daripada yang ini. Saya yang menurut perintah. Nanti sambung lagi. Mungkin tahun depan.Hahaha....Untuk kesempatan kali ini, KAMI ingin mengucapan selamat menyambut Ramadhan Al-mubarak kepada semua rakan-rakan pengunjung. Sekian.Tamat.Titik.
Klik imej untuk besarkan.

Kenapa ramai sokong DSAI?

Posted on Wednesday, December 21 @ 04:48:26 PST.
Analisis Isu Oleh: senik.
"Assalamualaikum, sejak zaman Demostrasi pelajar lagi, DSAI telah berjaya menarik sokong ramai.Inilah personaliti yang melakar sejarah sehingga kini tetapi sejarah DSAI telah dicemari dengan unsur unsur negatif sehingga satu satunya pemimpin yang didapati bersalah dan mungkin akan didapati bersalah lagi kerana meliwat ialah DSAI.Hebatnya melayu kerana memilik pemimpin seperti ini.
Namun di celah celah sokongan kuat rakyat kepada wadah perjuangan menuntut keadilan untuk semua, masih terdengar suara suara sumbang seolah olah mengatakan semua dakwaan terhadap DSAI adalah benar, Pakatan rakyat yang dipimpin DSAI bersama TGHA, TGNA, LKT hanya terhasil kerana PAS hanya bertahlul bukan kerana bersama bersetuju dengan idea keadilan DSAI.Maka berbagai bagai hujah dan fakta cuba diketengahkan mengenai keburukan DSAI tetapi sehingga kini masih belum ada yang benar benar sahih walaupun ada tokoh tokoh seperti Dr.Jomo dikaitkan sekali dengan penentangan kepada DSAI.Lalu bagaimana suara suara ini mengharapkan rakyat menerima dakwaan yang mereka bawa? Di mana justifikasi yang mengatakan menyokong DSAI kerana taksub dengan peribadinya semata mata?
Umumnya, sesuatu bukti jahat yang dilakukan oleh seseorang pasti mudah diketahui sekalipun cuba disembunyikan oleh orang orang berpengaruh tetapi bukti yang didakwa tersembunyi pada ketika terminal untuk mendedahkan terbuka luas adalah satu yang tidak dapat diterima apatah lagi rakyat sudah ramai yang cerdik.Ini bermakna orang orang yang menyimpan bukti bukti jahat DSAI adalah pelik sekali sedangkan banyak dokumen yang tidak releven langsung tetapi masih cuba dikaitkan dengan perangai jahat DSAI didedahkan.
Saya teringat satu ketika dulu, seorang SB polis mendakwa beliau ada menyimpan VCD lucah DSAI tetapi sehingga sekarang gagal ditontonkan kepada saya sekalipun sudah lama saya memintanya tetapi tiba tiba muncul trio dato K mendedahkan video hitam putih mendakwa hubungan sex DSAI yang berlaku tahun ini.VCD yang didakwa SB polis tersebut tak silap saya kejadian pada tahun 1998.Inilah peliknya, ada bukti kejahatan DSAI tetapi enggan mendedahkannya sedangkan sokongan kepada DSAI semakin bertambah hari demi hari.
Begitu juga dalam kes bank dunia dan IMF, DSAI didakwa mahu memimjam dari IMF tetapi sehingga kini belum ada satu dokumenpun boleh membuktikannya.Baru baru ini dikeluarkan kenyataan Mustafa Mohamad berkaitan peranan IMF dirantau asia yang cuba mengaitkan DSAI dengan usaha mendapatkan pinjaman tersebut tetapi saya tidak menjumpai apapapun yang mengatakan DSAI yang membuat permohonan pinjaman dengan IMF.Di mana dokumen pinjaman IMF yang dibuat oleh DSAI? Sampai hari ini tidak ada walaupun masih kuat suara yang menuduh demikian.
Yang ada adalah dokumen berkaitan pinjaman bank dunia yang dikeluarkan oleh EPU, satu agensi yang bertanggungjawab terus kepada PM Mahathir ketika itu.Jadi siapa yang membuat pinjaman ini? DSAI atau Mahathir? Walaupun ada percubaan mengatakan bank dunia itu lebih baik dari IMF sedangkan kedua duanya adalah ceti.Ada ceti baik dan ceti tak baik?
Dalam kes liwat pula, Heboh diperkatakan bahawa hakim yang membebaskan DSAI atas asalan teknik walaupun hakim tersebut mengakui ada kejadian liwat, peliknya ketika perbicaraan saksi utama mengaku beliau tidak diliwat, tilam yang diusung tiba tiba didapati berada di satu tempat yang jauh dari villa yang didakwa kejadian liwat berlaku kerana pada tarikh yang disebut dalam kes villa tersebut masih belum dibina.Tetapi orang orang yang mahu membuktikan DSAI tidak baik akhlaknya tetap mengolah hujah yang boleh menunjukkan liwat itu berlaku.Bagaiaman pula pengakuan Mahathir bahawa pendakwaan itu hanyalah kerana kuasa di mana pengakuan tersebut dirakamkan di you tube sehingga hari ini.Kes video Liggam juga semacam tidak mahu disentuh mereka sekalipun panel hakim telah memutuskan ada kes terhadap 6 jahaman yang terlibat antara lain dalam konspirasi terhadap DSAI.
Namun DSAI tetap dikatakan jahat walapun sehingga kini tiada bukti yang terang dan jelas.Mereka mula menggunakan kes perbicaraan kes liwat baru DSAI sebagai bukti kerana kegagalan DSAI menyediakan pembelaan yang menyakinkan.Mereka membandingkan dengan kes 1998 dulu di mana pembelaannya berjaya mengujudkan keraguan yang terlalu munasabah tetapi tidak mereka katakan kenapa dalam keadaan keraguan yang munasabah DSAI tetap didapati bersalah?
Kegagalan DSAI mengemukakan alibi dijadikan hujah yang nampak menarik sebagai bukti DSAI bersalah.Begitu juga pengakuan peguam bela memang DSAI melakukan liwat suka sama suka serta tindakan DSAI memanggil Najib hanya satu usaha memburukkan imej Najib sahaja.Mereka semacam membenci DSAI tetapi semacam suka pula dengan Najib.Sebagai menguatkan lagi hujah mereka, mereka mengatakan dibuktikan ada penemuan air mani DSAI dipunggung Saiful walaupun sudah berhari hari di situ yang sebenarnya menggambarkan DSAI seorang yang istimewa kerana air maninya hidup lebih lama dari manusia biasa!(Sebagai perbandingan, macam mana pula pengakuan seorang peniaga Pakistan dalam kes perbicaraan bunuh seorang MP Sabah tempoh hari, yang mengatakan beliau tidak tahu bagaimana air maninya boleh berada dicelah kangkang si mati).
Pun begitu mereka menyembunyikan beberapa fakta yang sudah jelas sepanjang perbicaraan itu.Hak DSAI sebagai yang dituduh dinafikan satu demi satu, penemuan DNA lelaki ketiga yang tidak dikenali juga diabaikan serta pertuduhan dibawah seksyen yang jelas tidak adil kepada DSAI juga tidak langsung diusik.Kenapa Saiful tidak dituduh sama sedangkan seksyen tersebut mengatakan liwat suka sama suka?
Nampaknya tetap masih ada orang yang bersungguh sungguh mahu membuktikan DSAI bersalah dan seorang yang tidak bermoral sekalipun di luar negara DSAI menerima jemputan demi jemputan termasuk dari Erdogan. Ada orang yang mahu menongkah arus dengan membawa hujah dan fakta yang tidak dapat dibuktikan dengan jelas tetapi terus menuduh orang yang berpihak kepada DSAI sebagai taksub.Namun sebagai seorang yang waras dan adil, seharusnya kita semua faham bahawa pembelaan ini bukanlah kerana taksub tetapi kerana membela seorang yang dizalimi.Kecuali orang yang mendakwa boleh mengemukankan bukti yang jelas dan menghuraikan semua yang berlaku, bukan hanya menghurai fakta yang boleh menunjukkan kejahatan DSAI sahaja(yang dipercayai dimanupulasi)tetapi mengabaikan fakta yang menzalimi DSAI.Barangkali orang orang yang membuat dakwaan ini ada menyimpan bukti besar tentang kejahatan DSAI, jadi keluarkan sekarang kerana semua media termasuk TV sentiasa bersedia untuk menyiarkan bukti bukti itu.Jangan jadi macam SB polis itu yang masih menyimpan VCD DSAI sebagai khazanah berharganya sahaja(mungkin harganya meningkat tinggi macam kondo NFC tu), untuk apa masing masing fikirlah sendiri.
Fakta terbesar yang perlu dijawab dengab jujur ialah permintaan DSAI untuk ke putrajaya, satu peluang yang dipohon DSAI untuk membuktikan kezaliman dan kejahatan orang orang yang memegang kuasa.Apa kata orang orang yang sering menuduh DSAI jahat, tidak berakhlak, diktator rosak akidah dan sebagainya.Bolehkan peluang yang dipohon ini diberi? DSAI berjanji kalau dia silap maka rakyat boleh tukar kerajaan dan boleh tukar serta hukum beliau.
Orang orang yang adil dan tidak berkepentingan pasti tidak bermasalah untuk memberi peluang yang dipohon itu, lagipun selama ini menyokong DSAI bukan kerana taksub tetapi kerana ingin bersama DSAI memperjuangkan keadilan walaupun ramai juga yang tewas kerana "PERUT LAPAR".

short term memory loss (STML)...

Memori merujuk kepada pengekalan penyimpanan, dan recall balik maklumat-maklumat yang tersimpan termasuklah pengalaman kita yang lepas, pengetahuan dan pemikiran. Memori untuk maklumat tertentu mungkin jauh berbeza mengikut individu dan keadaan individu itu berfikir.Sejauhmana mereka berhempas pulas menekan dan terus meneran supaya kita dapat mengingati semula. Ia juga boleh berbeza-beza mengikut kandungan maklumat itu sendiri, atau sejauh mana kita dapat membuat panel pemisah serta mengurus kategori-kategori maklumat yang sebenarnya kita cipta sendiri.

Oleh itu maklumat yang menarik cenderung untuk menjadi lebih diingati daripada maklumat yang tidak menarik atau biasa. Contohnya, kalau aku mengandaikan maklumat hubungan seks mesra dengan awek ku beberapa hari yang lepas itu merupakan 'tragedi' yang menarik, maka aku mungkin akan ingatnya lebih lama berbanding kuliah ANOVA yang disampaikan oleh Dr. Irina (bukan nama sebenar). Walaupun anda tidak nampak perkaitan antara kedua-dua contoh peristiwa tersebut dari segi moral kerana kedua-dua 'tragedi' mempunyai sifat negatif dan positif. Walaupun anda meletakkan 100% tahap keyakinan menyatakan bahawa kedua-dua tidak mempunyai impak besar kepada memori, tetapi aku sebaliknya. Senang disimpulkan macam ni, jangan diingat benda-benda yang 'lucah' tak berfaedah tuh, nanti ingatan (memori) terganggu....ok ker kesimpulan tuh..... Kan bagus kita cuba mengingati fakta-fakta dan fomula-fomula kelas ANOVA berbandingn...ehem..ehem tuh. Tetapi apa sebenarnya yang berlaku adalah sebalik. Punahhh...

Kegagalan memori yang biasanya boleh menyebabkan dari kegagalan menyimpan ingatan di tempat yang pertama (priority), kegagalan untuk mengekalkan maklumat (lupa), dan seterusnya kegagalan untuk mendapatkan maklumat kemudiannya (recall). Ini adalah masalah utama aku....adusss, dah tua agaknya. Neuron pun dah lembik.

Mekanisme biologi memori yang tepat sukar difahami sepenuhnya, tetapi kebanyakan ahli-ahli sains percaya memori yang hasil adalah sejauh mana perubahan dalam sambungan atau kekuatan sambungan antara neuron di dalam otak. Patutlah selalu tengok iklan susu lembu mengwar -warkan situasi ini. Jadi aku menyimpulkan berdasarkan iklan susu-susu baby di TV, susu lembu yang diproses dengan tambahan agen-agen penguat yang banyak kandungan AHA DHA (ape ke jadah benda alah ni aku pun tak tahu), yang berfungsi untuk perkembangan saraf otak, pembentukan jaringan lemak otak dan menjaga penyambungan sel-sel saraf otak. Jadi ia sebenarnya boleh dijadikan makenisme penguat memori...yer lah kot.

Ooo...kalau macam tu, betul lah. Aku boleh setuju aku mempunyai kawalan daya memori yang lemah kerana waktu usiaku bayi, aku cuma minum susu yang diperbuat daripada air beras setelah berhenti penyusuan mama. Harap-harap aku hanya ada STML daripada LTML
 
Copyright 2009 Blog K.A.M.I All rights reserved.
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Blogspot Templates From Wordpress Theme by EZwpthemes