[Entri Tertunggak] Family Trip Hatyai 2102

Assalamualaikum semua, Kemaskini entri yang tertunggak setahun yang lalu. Saksikan...

Ulang Tahun Perkahwinan Ke-9



Ya Allah, aku bersyukur kepada Mu yang telah memanjangkan jodoh ku bersama isteriku sehingga kesaat ini. Kekalkan lah nikmat Mu ini ke atas kami dan jadikan lah kami berdua suami isteri di dunia dan di akhirat.

Ya Allah, Andai Kau berkenan, limpahkanlah rasa cinta kepada kami, yang Kau jadikan pengikat rindu Rasulullah dan Khadijah Al Qubro, yang Kau jadikan mata air kasih sayang Ali bin Abi Thalib dan Fatimah Az Zahra dan yang Kau jadikan penghias keluarga Nabi-Mu yang suci.

Ya Allah, andai semua itu tak layak bagi kami, Maka cukupkanlah permohonan kami dengan redha-Mu. Jadikanlah kami suami dan isteri yang saling mencintai di kala dekat, saling menjaga kehormatan dikala jauh, saling menghibur dikala duka, saling mengingatkan dikala bahagia, saling mendoakan dalam kebaikan dan ketaqwaan serta saling menyempurnakan dalam peribadatan.

Ya Allah, sempurnakanlah kebahagiaan kami dengan menjadikan perkahwinan kami ini sebagai ibadah kepada-Mu dan bukti ketaatan kami kepada sunnah Rasul-Mu.

Ya Allah…indahkanlah rumah kami dengan kalimah-kalimah-Mu yang suci. Suburkanlah kami dengan keturunan yang membesarkan asma’-Mu. Penuhi kami dengan amal shaleh yang Engkau redhai. Jadikan mereka Yaa…Allah teladan yang baik bagi manusia.

Ya Allah…damaikanlah pertengkaran di antara kami, pertautkan hati kami, dan tunjukkan kepada kami jalan-jalan keselamatan. Selamatkan kami dari kegelapan kepada cahaya. Jauhkan kami dari keburukan yang tampak dan tersembunyi.

Ya Allah…berkatilah pendengaran kami, penglihatan kami, hati kami, keturunan kami dan ampunilah kami. Jadikanlah kami termasuk golongan orang-orang mukmin. Amin..amin, ya rabbalallamin.

Selamat Ulang Tahun Sayangku, Nor Azliza binti Jamian...I Love U..

ABANG...

Mesyuarat Penyelarasan dan Pelaksanaan Unit OSC Zon Utara

Memandangkan hari ini semua gambar tidak dapat di'upload' melalui FB, jadi saya akan gunakan blog KAMI untuk anda tontoni. 

 Wirawati dan Wira OSC Utara

 Pengerusi Bersama (Tuan rumah dan KU OSC Pendang)

Perbincangan Bermula

 KU OSC yang hadir dan para wakil KU OSC

Santai ditengah hari (patutnya saya berdiri ditengah)

Selamat menikmati hidangan tengah hari. Menu adalah daripada saya sendiri. Diharapkan ada selesa dan itu sahaja yang mampu kami buat dan semestinya yang terbaik dari OSC MPKK.

Anda juga diminta untuk memberi komen/ulasan atau maklumbalas kepada cadangan logo Kelab Kebajikan OSC Zon Utara di bawah.

Untuk makluman, cadangan untuk mendaftarkan kelab ini kepada pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) akan dibuat sedikit masa lagi. Ini setelah JK Penaja (merujuk mesyuarat pada 21 Mac 2013)Ini adalah inisiatif saya sendiri dan harap anda semua menyokongnya. Kertas kerja penubuhan kelab akan dibuat oleh OSC MPKK dan dibantu OSC MDB dan anda (OSC Utara) juga boleh menyumbang idea.

p/s : Untuk paparan yang jelas, sila klik pada gambar.

Apa ker jadah...

Assalamualaikum untuk semua.

Salam SeMalaysia untuk mereka yang berada di bumi Malaysia dan mendaftar sebagai warganegara yang sah. Melainkan anda bukan warga negara yang sah yang mendapat kerakyatan melalui agen-agen untuk memenangi parti semasa pilihanraya.
Nyah dari bumi Malaysia ini.


Muhammad Jamalul Kiram III

p/s : Gambar tiada kaitan dengan kenyataan di atas...:::kikikiki:::

Mencabar PM

Dato’ Seri,
yang di hormati,
ketua sebuah negara
juga ketua keluarga....
tidak pernah ia menjadi mudah,
tidak boleh juga diambil mudah...
Ia adalah persoalan besar dan penting...
Ia persoalan agama bangsa dan negara.

Dato’ Seri,
yang di hormati,
tindakan perlu ada prinsip,
sebagai neraca…
Jangan mengikut apa yang telah diikut sekian lama,
Orang lama, orang lamalah, biarkan mereka,
Kita yang baru ini pula punyai prinsip berlain daripada mereka, 
walau wawasan kekal, tujuannya tetap satu,
Hidup Sejahtera...
sesetengah orang, meletakkan demokrasi ...
tidak kurang kepentingan peribadi mahupun kroni,
atau Sosialisme, Liberalisme dan sebagainya....
malang sekali orang itu kalau inilah prinsipnya...
bukankah neraca asas seorang muslim itu...ISLAM.

(nasihat ini juga ku tujukan untuk diri sendiri sebagai ketua keluarga)

Pesan Dari Jalan Telawi

Kawan-kawan segenerasi-ku: anak-anak muda Malaysia!

Pilihanraya Umum yang paling genting dalam sejarah telah tiba. Bilapun tarikh sebenar hari mengundi tak begitu penting lagi. Nah! Kita harus membuat keputusan sekarang! Apakah kita mahu kekal dalam keadaan lama, atau merintis jalan baru?
Anak-anak muda tak boleh memilih sesebuah parti hanya kerana ibu-bapa atau nenek moyang kita memangkah parti itu. Begitu banyak sejarah pembaharuan di dunia ini di mana orang-orang muda telah meninggalkan keputusan generasi sebelum mereka.
Satu di dalam Quran dititihkan kisah Nabi Ibrahim yang menentang dan meninggalkan bapanya sendiri, bernama Aazar kerana bapanya masih mengamalkan hal-hal zalim, melakukan sesuatu yang tiada faedah sama ada kepada dirinya atau kepada yang disembah—iaitu selain Allah. Di hujung ayat Al-An’am 74 antara lainnya beginilah kata Nabi Ibrahim kepada orang tuanya itu, “Sesungguhnya aku melihatmu dan kaummu dalam kesesatan yang nyata.”
Keputusan memangkah di kertas undi bukan warisan, sepertimana agama yang diwarisi daripada ibu-bapa. Keputusan mengundi adalah keputusan atas penilaian akal kita sendiri. Meskipun ibu-bapa atau nenek-moyang kita dahulunya tetap mengundi parti yang memerintah sekarang, tak jadi satu kesalahan untuk kita mengundi parti yang lain.
Dalam mana-mana sejarah dunia, parti yang begitu lama berkuasa lebih banyak membawa keburukan berbanding kebaikan. Lihatlah tetangga sebangsa serumpun kita, Indonesia.
Ayo! Lihatlah bagaimana sejak lebih sepuluh tahun lalu, pertumbuhan ekonomi Indonesia lebih baik ketimbang Malaysia. Bahkan, Indonesia hari ini telah mempunyai ruang demokrasi lebih segar dengan medianya yang lebih bebas, berimbang serta bertanggungjawab. Semua itu dapat dikecapi hanya selepas generasi muda Indonesia telah dengan berani membuat keputusan menumbangkan rejim tua yang dipimpin Seoharto di bawah parti Golkar. Golkar sekalipun tidaklah memerintah selama parti pemerintah Malaysia.
Selama lebih 50 tahun ini juga, kita tidak pernah merasakan keadaan sepertimana hari ini apabila melemahnya parti pemerintah telah sedikit membuka kembali ruang demokrasi. Hanya selepas kekalahan besar Umno-BN di dalam Pilihanraya Umum lalu, barulah beberapa akta zalim disemak dan diganti. Hanya selepas itu juga, ruang kebebasan untuk mahasiswa sedikit terbuka. Semua ini adalah kejayaan rakyat. Semua itu pula bukanlah kejayaan yang akhir yang mahu kita kecapi.
Betapa sejak ternafi majoriti dua pertiga BN di Parlimen, tiba-tiba dilaksanakan pula program mencurah wang kepada rakyat jelata. Program pemberian BR1M lima ratus ringgit sehinggalah baucer RM200 untuk anak muda membeli telefon baru, mahupun potongan lesen motosikal yang dilabelkan sebagai “Janji Ditepati”.
Namun semua program itu bukan jawapan kepada masalah ekonomi rakyat. Tidak pernah sejak lebih 50 tahun Merdeka, bangsa kita dianggap dan dilihat laksana ‘mengemis’ begini rupa; boleh dipikat dan dibeli dengan wang tunai beberapa ratus sahaja. Kawan-kawan segenerasiku… harga diri kita, harga bangsa dan negeri ini tidak semurah itu!
Sekiranya pemerintah dapat menyelesaikan masalah rasuah dan korupsi; sekiranya pertumbuhan ekonomi dapat dipacu kembali di samping pembahagian kek kekayaan negara dapat diseratakan, maka rakyat tak perlu beratur panjang hanya untuk menagih wang lima ratus ringgit BR1M. Tidak perlu!
Dalam keadaan ekonomi yang adil… misalnya sebagai anak, kita pasti mampu menitip wang yang lebih besar kepada ibu-bapa dan keluarga kita tiap-tiap bulan untuk mengukir senyuman di wajah ibu-bapa kita. Kita tak perlu penghinaan ini dan begitu kuat ibu-bapa cuba dibeli dan dihina, nescaya hanya ada satu jawapan. Rejim ini perlu ditukar.
Di saat pertumbuhan ekonomi yang tewas dengan banyak negara jiran dan negara-negara sebaris Malaysia dahulu, cara menutup semua kelemahan pemerintah ialah dengan percubaan membakar sentimen rakyat. Berkali-kali sejak beberapa tahun ini, isu seumpama “kalimah Allah” dijadikan bahan cerita kononnya ada usaha untuk menindas kaum majoriti (Melayu-Islam) oleh kaum minoriti. Ini adalah politik lapuk. Lagi jahat.
Hal kalimah Allah hanya boleh selesai dengan jalan pendidikan. Khususnya dalam pendidikan agama dan tauhid. Tidak masuk akal sama sekali, bahkan jelas bertentangan apabila pemerintah yang mahu menampakkan dirinya sebagai ‘faham agama’; yang ‘Islamis’; tetapi pemerintah itu juga yang mengacip kebebasan akademik. Malahan mereka jugalah yang menyebabkan sistem pendidikan kebangsaan semakin hari semakin merosot kualitinya.
Di keliling sang penguasa itu pula dipenuhi orang-orang yang mahu dilihat warak tapi pengampu. Soekarno pernah melabelkan golongan seperti ini sebagai “kiai sontoloyo”. Kaum alim-alim kucing itu takkan peduli dan takkan pernah mampu untuk menentang korupsi dan rasuah, bahkan takkan mampu melawan kezaliman walaupun di depan batang hidung mereka sendiri. Bahkan dalam keadaan tertentu, mereka bersekongkol pula dengan pemerintah atau orang-orang yang zalim, perasuah lagi jahat.
Sebanyak mana pun sentimen cuba diulang-ulang-ulang di media perdana, itu semua takkan mengubah tumpuan anak-anak muda Malaysia yang sedar demi terus menegakkan keadilan. Dan keadilan pula akan hanya tertegak dengan tekad politik untuk melakukan perubahan dan pembaharuan.
Media massa akan semakin menggila. Berita bukan lagi berita.
Beberapa minggu kehadapan ini, surat khabar atau berita di kaca TV akan hanya menjadi propaganda yang kalang-kala sampai ke tahap mengugut rakyat. Dakyah pula tentu ada batasnya.
Senjata ampuh untuk sesuatu proses perubahan bukanlah surat khabar mahupun kempen di media massa, tetapi mulut setiap di antara kita. Segeralah gunakan mulut kita untuk menjelaskan keadaan sebenar. Saban hari, bertemulah dengan orang-orang yang diperjelaskan keadaan. Hanya dengan pertemuan dan penjelasan dari mulut ke mulut; dari hati ke hati; dari manusia ke manusia yang lain; diam-diam, tup-tup apabila sampai masanya kelak, rejim yang ada akan tumbang.
Sekukuh mana pun pokok, takkan dapat berdiri kalau akarnya sudah dihurung anai-anai. Pokok itu pasti tumbang meskipun mereka menguasai semua “senjata keriuhan” seperti surat khabar dan rangkaian televisyen. Kerja pertemuan dan penerangan adalah tanggungjawab setiap anak muda yang mahukan pembaharuan dan keadilan. Mulailah sekarang.
Kita telah dengan insaf menyedari dan sangat-sangat menyedari betapa kita tak pernah meminta mana-mana pemimpin politik membela nasib kita. Apa yang kita mahu ialah mendapatkan ruang-kesempatan untuk membela nasib dan zaman kita sendiri.
Kawan-kawan, inilah ikhtiar dan jejak awal untuk membebaskan bangsa kita daripada pembodohan, dan pembodohan adalah awalnya kezaliman apa pun. Pohon sampaikanlah pesan ini kepada semua anak-anak muda Malaysia.

Hasmi Hashim, juga dikenali sebagai Buddhi Hekayat, penulis, penulis lirik dan politisi. Boleh juga ikuti di Twitter: @HasmiHashim.
 
Copyright 2009 Blog K.A.M.I All rights reserved.
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Blogspot Templates From Wordpress Theme by EZwpthemes