PBT ker Federal ?

Assalamualaikum...

Kita berehat minda seketika.. berikan sedikit minda dengan membaca pesanan-pesanan dari Alquran... Khasnya untuk diri aku sendiri....Bagi aku PBT ker Federal ? sama saja cuma persepsi diantara kepentingan peribadi dan kepentingan amanah dan tanggungjawab kerja berbeza-beza. Tidak salah, kerana itu adalah HAK. Walau bagaimanapun....JANGAN MENGELUH ..........Kita selalu Bertanya.... ......... .......dan Al-Quran sudah menjawabnya. ......... .......

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?QURAN MENJAWAB 'Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; 'Kami telah beriman,' ('I am full of faith to Allah') sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.'-Surah Al-Ankabut ayat 2-3.

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?QURAN MENJAWAB 'Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.'- Surah Al-Baqarah ayat 216.

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?QURAN MENJAWAB 'Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. '- Surah Al-Baqarah ayat 286.

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?QURAN MENJAWAB 'Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman.'- Surah Al-Imran ayat 139.

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?QURAN MENJAWAB 'Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?QURAN MENJAWAB 'Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk'- Surah Al-Baqarah ayat 45.

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?QURAN MENJAWAB 'Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?- Surah At-Taubah ayat 111.

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?QURAN MENJAWAB 'Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. '- Surah At-Taubah ayat 129.

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!QURAN MENJAWAB '... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.'- Surah Yusuf ayat 12Kalu nak mengeluh lagi ............ pi ngaji

Nasihat untuk diriku dan juga utk semua ahli group (osc_team@yahoogroups.com) selamat memilih.

(diolah dari sumber http://manjongmari.blogspot.com/)

WaLlahu 'Alam

Sifu;Guru;Cikgu;Techer;Master...16052009

Selamat Hari GURU, kerana mu aku ada di sini. Jasa mu tetap ku kenang sampai bila-bila.

Semasa di Vietnam, Julai 2007.

(Entri tertunggak 2007)
Di sebuah bandar Vietnam (Saigon), Julai 2007. (klik gambar utk gambar besar)
Apa yang anda fikir tentang gambar ini jika anda seorang town planner ?.

Wayang Tengok


Semalam aku layan citer ni...10 minit pertama, mmg best lepas tu..hampesss, bknnya tk best...tapi aku yang hampes. Tetido. Penat. Dah tahu dah, mmg penat...seharian dok tgh padang...ada Hari Keluarga MDB...Tp nak pi tgk jgk. Kan dah rugi. Inilah dia klu dilayan nafsu tu sangat. Ini bukan tengok wayang...tp Wayang Tengok...aku tido. Sahih aku nk tgk lagi. Sebenarnya ada benda yg aku tengah fikir masa 10 minit pertama tu. Bkn fikir nk cari bini no. dua atau nk jadi wolverine dlm citer tu, tp fikir pasal bini yang satu tu.......fikir punya fikir..last2 tetido.

Hari ini hari pekerja..K.A.M.I (masih mengemas rumah)

Selamat Hari Pekerja 010509 kepada semua.

Semoga terhibur dengan seloka ini,

Pagi-pagi buka mata
Sudah siap nak bekerja
Kerja pulak sini-sana
Segala bahaya sedia ditempa

Kerja untuk dapat upah
Untuk mereka yang di rumah
Terima saja bila dimarah
Oleh boss yang cekik darah...

....lanjut aku cilok dari sini...http://katataknak.blogspot.com/2008/05/seloka-hari-pekerja.html

Mohon cilok artikel tuan katataknak. Semoga terhibur.
 
Copyright 2009 Blog K.A.M.I All rights reserved.
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Blogspot Templates From Wordpress Theme by EZwpthemes