Ibu tinggal Ayah pula...



"Malam masih muda". Itulah kata2 spirit bagi mengekang mata sebab esoknya ada exam. Fuh, dulu masa kat "studio", Aku selalu kata mcm tu. Yerlah kalau study kat bilik, sahih katil & bantal jawabnya. Lantaran masa itu persaingan dengan kengkawan yang nak dpt keputusan exam cun punya.

Itu masa study dulu lah, rindu plak rasanya nak study balik. Sekarang, kat umah... apalah aku nak buat nih... Ibu seminggu outstation. Kat KL, jauh. Jaja tinggal Aku plak kali ini. Selalunya, masa kerja kat tempat lama lu, aku yang tinggalkan dia. Sian jugak kadang2 tu. Nak buat mcm mana, tanggungjawab kerja. Sekarang ni, dalam sarat tu, dia nak pi jugak tinggalkan aku. Tapi semuanya bersedia, baju baby satu beg, surat hospital, kot2 lah kena brsalin kat KL. Harap2 tak. Jaja sebenarnya dalam lembut & manja tu, dia "besi & batu" sbnrnya...hahahaha...sori ja.

Kali ni Ibu tinggal ayah plak, malam ni tak tahu nak masak ker tak, sbb lepas magrib tadi, ntah macam mana, lena... bangun aje dah nak habih warta perdana di tv1. Tu yang malas nak masak (sbnrnya. diet sbb perut dah naik beb). Makan maggilah jawabnya. Eh, memang jenama MAGGI, kari..pedasss..tambah teluq ngan bawang goreng. Sedapppp... yang penting kenyang...pastu tu leh tidur lena.

Esok rutin, 6 pagi, bangun, mandi, solat, pi kerja. Lusa, 6 pagi, bangun, mandi, solat, pi kerja...dari rumah nak pi tempat kerja 1 jam wooo... itulah setiap hari hingga khamis ni, minggu depan, bulan depan, tahun depan (harap2 tak sampai tahun depan).... PENAT.

Ok, mata pun dah naik stim baik punya, jumpa lagi nanti. Ibu, mardiah...baby dalam perut. Good Nite, miis u all. I LOVE U all. Bye...

0 Usul:

 
Copyright 2009 Blog K.A.M.I All rights reserved.
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Blogspot Templates From Wordpress Theme by EZwpthemes