Bicara Hemie untuk ...TEMAN


Teman…..Aku benar-benar tidak ingin lagi lalui peristiwa lalu. Rasanya tidak lagi aku mahu detik itu berulang,walaupun ada rasa kegembiraan. Aku hargai kehadirannya sebagai seseorang yang istimewa. Tapi, aku tetap seorang perempuan biasa yang punyai keegoan apabila diperlakukan seperti ini. Tuhan sahaja yang tahu apa yang aku lalui. Adakalanya aku ingin terus berlari, biar tiada siapa yang dapat menjejaki langkahku. Ingin aku bersendirian di sebuah pulau yang damai…… sendirian aku mencipta sebuah kehidupan.

Aku benci mendengar tiap bait bicaranya yang masih lagi jelas kedengaran, penuh harapan yang akhirnya menghancurkan perasaanku. Teman, sejak dulu…aku nekad melupakannya, namun…terasa terlalu sukar. Aku cuba meneruskan kehidupan seperti biasa bersama teman-teman seperjuangan. Dengan sokongan seorang sahabat, aku dapat melupakannya. Hari ini….dia hadir lagi, sekali lagi aku harap kehadirannya hanya sebagai seorang teman yang biasa, namun ia begitu menyakitkan….

Tapi kini…..keegoanku benar-benar tercabar, siapa dia sehingga hanya kerana dia aku mengalirkan air mata. Cukup setakat ini…aku benar-benar tidak mahu mempercayai kaum adam ini. Sepatutnya tidak aku sanggup katakan seperti ini, tapi jauh di sudut hati aku seolah-olah membencinya sekaligus menguggat persepsiku terhadap kaum adam sepertinya.

Biar hari ini dia atau sesiapa saja katakan, aku seorang yang ego atau keras hati…aku akan buktikan suatu hari nanti, aku juga mampu berjaya tanpa kehadirannya. Biar harapan ini pernah punah, aku tetap akan bangun dengan sendiri…mengatur langkah berbekalkan semangat dan keredhaanNya……..Apa maknanya kehadiran seorang lelaki jika hanya datang ibarat persis ombak yang akan surut, sejauhmana kasih yang dibawa bersamanya jika ia bukan satu tautan kukuh untuk seorang perempuan yang tulus cintanya. Adakah layak kaum adam ini mencipta azimat dari bait-bait bicara indah, lantaran ia tidak membawa secebis pengertian, bicara kosong yang menjadi racun yag sukar dicari penawarnya……

0 Usul:

 
Copyright 2009 Blog K.A.M.I All rights reserved.
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Blogspot Templates From Wordpress Theme by EZwpthemes