Mana duit penjimatan subsidi itu menghilang selain untuk mengurangkan defisit negara yer?. Kalau itupun tujuannya sehingga sekarang defisit masih tidak berkurangan. Alamak, dimana silapnya perancangan kerajaan 1Malaysia ini. Yang gah hanya laungan 1MALAYSIA yang aku rasa anggaran utk publisitinya juga telah mencecah lebih dari sasaran penjimatan yang diumumkan semalam. Alangkah manis dan bergulanya sekiranya diumunkan sekali kaedah penyaluran penjimatan (750 juta) itu. Yang pasti, bonus untuk kakitangan tahun ini...sebagai contoh saja. Ataupun penyaluran kepada rakyat yang tidak mampu menghadapi situasi kenaikan yang diumukan tanpa melalui Dewan Rakyat ini. Sehingga kini, aku masih tertunggu-tunggu mekanisme bantuan tatkala kenaikan setiap tahun berlaku.
Kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula sememangnya mungkin tidak dapat dielakkan. Ini merupakan keputusan perit yang terpaksa dilakukan oleh kerajaan PM1Malaya. Seandainya ada lagi pengumuman program rasionalisasi subsidi selepas ini, di harap kerajaan lebih bersedia dengan pengumuman kaedah-kaedah penyaluran penjimatan kepada rakyat yang berpendapatan rendah. Itu pasti sebab mereka juga pengguna petrol, diesel, LPG dan gula. Harap Maklum Kerajaan 1Malaysia.
p/s: kami terpaksa naik air asia beb, depa kata murah, tp mcm sama aje bila bayar guna waran kerajaan. Ntahlah..