2007 aku dikejutkan dengan panggilan telefon dari 'unit khas'. Daripada sebuah kantor di sebatang jalan berhampiran cenderasari. 'Unit Khas' itu menyatakan dgn nada kedengaran sedikit simpati tetapi seakan-akan teruja utk memaklumkan berita yang aku anggap 'ribut' itu. Mana tak nya, dlm sibuk aku membuat persiapan kerja kantor utk dihebah-hebahkan kepada rakyat tentang sedikit rancangan kemajuan sebuah negeri di utara semenanjung yang kecil dan terpencil itu, tetiba lenyap seketika disapu oleh 'ribut' yang kalut malut sampai di speaker talipon tangan ku dalam keadaan 'separuh bogel' di hari jumaat...(korang paham2 ajelah..sbb apa separuh bogel..hehehe)
'Ribut' yang aku maksudkan itu baik hakikinya tapi semcm ternampak sesuatu tanda keraguan. Mungkin itu perasaan, lantar aku tidak menghiraukannya. Tapi, isunya Gerombolan kakitangan kantor besar di'usir' keluar dari sama ada kantor2 bahagian, mahupun kantor2 di zon terpilih yang dipilih oleh KP kantor besar. Dengan alasan, mereka ini punyai kaliber dan pengalaman untuk menubuhkan 'unit khas yang satu lagi'.
Permulaan 'ribut' itu hampir menyesakkan nafas hampir semua gerombolan kakitangan yang terkena tempias 'ribut'. Keadaan tertekan, sedih, hampa, pilu, cuak, gelabah, nista, gemuruh dan ada lagi ayat2 lain yg seumpama dengan perasaan itu.
Tanggal 14 Mei 2007, gerombolan itu diminta berhimpun menerima watikah peng'usir'an, sambil kesempatan KP kantor besar menerangkan situasi sebenar. Walaupun, medan itu bertukar menjadi luahan rasa terkilan dan terkejut serta rayuan2 secara lisan untuk 'pohon sembah derhaka'. Namun, misi 'ribut' tetap diteruskan dgn janji. "U all pergi dulu, set up the 'ribut' first, set up the agenda 'ribut' first, dah settle lepas tu u all tulisla surat tukar semula", dan kata2 KP kantor besar itu aku pegang hingga ke hari ini.
Mungkin KP kantor besar merasai 'ribut' yang kami lalui setelah hampir 2 tahun sudah hampir reda atau cuma tinggal angin sepoi2 bahasa sahaja, sungguhpun begitu, khabaran apa pun tak dak. Jangan kata jenguk, nak kata hai dalam telefonpun susah...oh lupa, gerombolan itukan telah dipinjamkan kepada 'kantor besar yang satu lagi' makanya, 'unit khas yang satu lagi' itu adalah dibwh tggjwb 'kantor besar yang satu lagi'...kini dah tak ada kait-mengait dengan kantor besar di jalan cenderasari. Ahhh..sudah...'ribut' lagi. Mana boleh tak ada kait mengait !!!.
Betul lah kata kawan aku itu yang baru msk di kantor besar yg kini aku dengar ditugaskan di negeri Cik Siti Wan Kembang..siannnn. Apa boleh buat, itulah penangan ayat keramat 'SAYA YANG MENURUT PERINTAH'...apa2 pun selamat bertugas...ikut ajelah !. Berbalik dengan kata2nya..."Dunia kantor ini mcm ribut dlm cawan.."nahhh !, satu lagi 'ribut' yang aku jumpa...Tambahnya lagi..."Pusing2 situ jugak. Then, cerita dari mulut ke mulut sngat cepat. Cerita baik ditambah-tambah jadi kurang baik". Tambahnya lagi "Dlm cawan tu takde air. Kosong... Yang ada angin, oksigen. Angin tu bertiup kencang jadi mcm 'ribut'. 'Ribut' dalam cawan tertumpu n pusing2 di situ saja. Sudahnya cawan pecah, serpihan kena kat muka org, luka". Berdarah..biarlah, boleh belah...ayat yg last tu aku saje tambah...kasi panassss...
Ahhhhh !!!, malaslah nak hirau, sbb klu aku hiraupun, sapa plak yang nak hirau aku kt sini. Kalau u all nak tahu, 'ribut' dekat sini lagi dasyat dari 'ribut' dekat kantor besar di jalan cenderasari itu. Dengarnya pula, cerita mulut ke mulut (masih belum rasmi)....dlm masa terdekat aku akan di'kembali'kan ke dalam 'ribut' yang cuma dalam cawan itu. Mungkin.
Rejim Zionis Israel gali kubur sendiri – Tuan Guru Abdul Hadi
-
* KUALA LUMPUR* : “Kezaliman rejim Zionis sebenarnya hanya akan menggali
kubur diri mereka sendiri.”
Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ber...
2 bulan yang lalu
2 Usul:
melankolik saya menjadi-jadi.
Barangkali ada hikmahnya. Saya bersangka yg baik-baik saja. Semoga saya dikikis dari sebarang prejudis.
Entah apa rasionalnya saya diletakkan dalam keadaan yg tidak challenging langsung! Huhuih
rehatkan ajela minda dari memikir idea utk dizahirkan dlm rancangan2 yg ntah betul org nak ikut ker tak...itu mnkin salah satu hikmahnya...REHAT. Bukan 'PUPUS'.
Catat Ulasan