kemaskini Masa yang dinanti tiba. Malam 9 Ogos 2008, Jaja dah terasa sakit nak bersalin. Tapi masih mampu bertahan. Walaupun kesakitannya tak mampu ku layan dan ku tahan, sbb memang dia saja yang rasa betapa sakitnya ia.
10 Ogos 2008 ( ahad), 12.30 am, ku rasa dah tiba masa utk admit jaja ke hospital. Mak mertua ku panggil, Achi (Kak Jaja) bingkas bangun, mungkin dia rasa ada perkara yang boleh dibantu.
Malam itu dalam keadaan bertahi mata yg tak sempat dibasuh, kereta meluncur terus ke Hospital Sultanah Bahiyah yang dulu sbnrnya dekat aje ngan umah kat mergong, kini jauh dalam beberapa batu. 1.22 pagi, Liza kawan sepejabat Jaja dulu seolah2 menunggu kehadiran kami untuk menghulur sedikit bantuan. Ntah mcm mana dia tetiba aje ada di sana. Oh, ayahnya masuk hospital. Pengsan. Muntah2. Info dari mulutnya. Liza tanpa berfikir panjang menolak kerusi roda terus ke kaunter daftra wad. Aku pun tak tahu kat mana kaunter tu (masa tu). Nasib baik liza ada. Aku naik aje dekat Dewan bersalin Jaja dah masuk LR, bersedia bersalin.
Lebih 9 jam, barulah doc panggil, aku dimaklumkan pmbedahan perlu kerana trdapat tanda baby lemas. Aku setujukan saja, ku doakan semuanya selamat. Dulu Mardiah pun kes sama. Tak apa yg penting kedua2nya selamat. Ibu dan anak. Jaja dipindah ke dewan bedah (bersalin). Akhirnya kira-kira jam 1.30, jaja keluar dalam keadaan masih baring. Dia kata dah "Baby sama mcm ayah", maknanya baby boy. Syukur alhamdulillah, kedua2 selamat.
Jaja dibawa ke Wad Kenanga 2A, baby pula perlu diletak di Wad NICU utk jagaan rapi.
Itulah detik2 kelahiran Arif Wafi, selama 9 jam aku ngan mak mertua menunggu diluar dewan bersalin, sedangkan Jaja meronta menahan kesakitan hndak bersalin.
1 Usul:
ptg 9hb tu walaupun tgh sakit... tapi ibu gagahkan stay kat sala restaurant juga sebab teringin nak minum teh ais... klu ikut hati nak order carrot o ais...... TQ sayang
Catat Ulasan